Bila PRU ke-13 akan di adakan?

5 02 2012

Salam pada semua pembaca,

Zamankini kembali lagi! lama sudah blog politik dan isu semasa ini tidak di kemaskini kerana penulis lebih kerap muncul di alam Facebook dan Twitter berbanding blog. tapi memandangkan sambutan hangat ke atas blog ini maka ia insyaAllah akan dihidupkan bagi merancakkan lagi dunia politik Malaysia ini

Bila PRU ke-13? Ini yang menjadi teka teki ramai orang. sebulan dari sekarang maka genaplah 4 tahun lamanya sejak PRU ke-12 berlangsung. banyak isu isu yang datang dan pergi dalam arus politik nasional. Terlalu banyak kalau penulis nak cerita satu satu.Sejurus selepas PRU ke-12 dulu isu Projek Ternakan Babi di Selangor dan Isu DBE di Penang di mainkan.

Isu kepala Lembu,Isu pemindahan kuil di Shah Alam, isu liwat, isu krisis perlembagaan di negeri Perak, isu video seks,isu Bersih dan yang paling latest ialah isu National Fidlock Corporation (NFC) yang membelit Menteri UMNO.

Sejauh manakah isu isu yang berlaku ini membentuk sentimen dan pola pengundian dikalangan 12 juta pengundi Malaysia?Kita semua pun tidak tahu sebab kita tidak dapat menjangka apa yang bermain di fikiran 12 juta orang.

Apapun, penulis sudah tidak sabar sabar untuk mengundi buat kali pertama pada PRU ke-13 ini. Ramai pengundi yang akan mengundi kali  pertama tidak lama lagi. Penulis berharap u all semua mengundi dengan bijak demi masa depan Malaysia yang lebih baik.Ingat ABU, ingat Slogan Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia.

Sampai bertemu lagi.





UMNO tipu Rakyat 54 Tahun Lamanya

13 09 2011

image

Salam pada semua,

Tajuk kali ni ialah UMNO tipu rakyat hidup hidup selama 54 tahun lamanya. sebab apa? sebab kini, profesor yang memang pro kepada pemerintah mendedahkan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah British!!

Tak sangka British sekadar menaungi saja,ibarat awan menaungi bukitlah kononnya. So apa maksudnya kenyataan Profesor Zainal Kling ini?

ini bermaksud sejarah kemerdekaan negara adalah rekaan saja lah,sebab dijajah pun tidak maka tak timbul ada sejarah kemerdekaan.

kedua, laungan merdeka Tunku Abdul Rahman. kenapa beliau laungkan merdeka?tidakkah beliau sedar bahawa Malaysia tidak dijajah sesiapa seperti yang di nyatakan Prof Zainal Kling.

Buku sejarah yang diajar disekolah telah obsolete,meleset dan wajar dibakar saja. sebab selama 54tahun kita diajat,didoktrin tentang perjuangan kemerdekaan tetapi hari ini profesor sejarah ini menyatakan Malaysia or Tanah Melayu tidak dijajah British.

Kalau UMNO setuju dengan profesor ni, sila rombak sejarah negara,sila hapuskan sambutan merdeka segera!!dan semestinya tidak perlu ada gelaran bapa kemerdekaan.

tapi kalau UMNO tak setuju,mungkinkah TV3 RTM Utusan Malaysia akan mengutuk dan membidas Profesor Zainal Kling habis habisan sebagaiaman mereka buat ke atas Mat Sabu?

semestinya tidak,sebab mereka semua bacul.inilah standard media malaysia..

eh lupa, jangan lupa delete saja lah lagu Sudirman tu. ala yang pasal kemerdekaan tu. delete.tak rasional dah.

sekadar pendapat.





Kenyataan Media : Hentikan Segera Fitnah Jahat

21 03 2011

Kenyataan Penuh Blogger Zamankini

Saya dengan ini mengecam sekeras kerasnya satu lagi percubaan mengheret negara ke lembah kekotoran dan kelucahan melampau. Ini berikutan berita yang sedang tersebar pantas mengenai satu klip video seks 20minit yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Malaysia, Dato Sri Anwar Ibrahim oleh seorang yang sangat rahsia bergelas Dato T. (Mungkin Dato Tenuk).

Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan tuduhan jahat ini.Sungguhpun saya tidak melihat video terbabit,namun terdapat beberapa perkara yang harus kita persoalkan. Pertama isu ini dibangkitkan ketika Dewan Undangan Negeri Sarawak di bubarkan dengan rasminya pada hari ini. Perbuatan ini mirip dengan taktik Sumpah Laknat Saiful Bukhari yang dibuat sehari sebelum penamaan calon PRK Permatang Pauh. Perbuatan ini tidak lain tidak bukan satu muslihat politik yang licik.

Kedua video ini direkodkan berlaku pada sekitar 10 malam 21 Feb 2011 yakni sebulan lepas. Adakah logik bagi seorang pemimpin yang sedang di fitnah teruk dengan isu liwat,naik turun mahkamah dan sibuk dengan jadual harian yang padat selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,Ketua Umum PKR dan Pimpinan Utama Pakatan Rakyat untuk tiba tiba melanggan seorang pelacur cina di Ibu Kota. Ini tidak masuk akal.

Dato Seri Anwar telah menyatakan dengan terang dan jelas bahawa pada ketika tuduhan tersebut dikatakan berlaku,beliau berada bersama keluarga dan cucu cucunya di rumah.Beliau punya bukti kukuh  bahawa ini adalah fitnah terancang ke atas beliau.Sila baca di sini

Disaat fitnah liwat hampir hancur berkecai kerana percanggahan fakta dan kecacatan pertuduhan,adakah beliau ingin diseret sekali lagi ke lembah hina seperti ini?Tidakkah ini satu percubaan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Sarawak seterusnya Pilihanraya Umum ke-13?

Saya dengan ini menyeru supaya rakyat negara ini tidak kira bangsa untuk bersatu menentang pertuduhan jahat ini yang tidak lain ingin mengekang rakyat menuntut perubahan. sama sama kita berdoa supaya semua cubaan jahat seperti itu akan tumpas jua akhirnya.

Rakyat janganlah hilang fokus dengan isu isu sebegini.Fokus kita ialah menggempur Sarawak seterusnya Menumbangkan Barisan Nasional di Putrajaya. Sebarkan buku Jingga!

 





Pembaca Blog Sekalian

28 06 2010

Semenjak meninggalkan UTP dan berhijrah ke Ibu Kota Kuala Lumpur, saya tidak lagi meng *update* blog ini. Saya memohon maaf kepada seluruh pembaca atas apa yang berlaku. Terlalu banyak isu nasional dan isu politik yang berlaku pada ketika ini yang tidak sempat saya ulas di blog ini. Tetapi saya yakin dan percaya saudara sekalian tetap cakna dengan apa yang berlaku.

Saya agak sibuk sedikit sebelum ini.Dan masalah utama adalah tiada internet connection yang mudah di sini. InsyaAllah saya akan kembali aktif menulis selepas ini. Kini saya berada di Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi sebelum mendapat sebarang pekerjaan tetap.

Nantikan kemunculan saya kelak di blog ini dengan ulasan isu isu politik dan nasional!





Di sebalik Tuduhan Nik Aziz Berpolitik di Masjid

6 05 2010

Nik aziz baru baru ini telah meminta Najib untuk menarik balik fitnah  yang kononnya beliau telah melakukan pelanggaran serius terhadap arahan Sultan Selangor untuk tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik.Jika tidak, Nik Aziz berkata beliau tidak akan menghalalkan perbuatan itu dunia dan akhirat.

masyarakat diharap tidak tertipu dengan permainan politik licik media.Nik Aziz tidak menjadikan masjid untuk pentas politik kepartian. Namun beliau memberi pengajaran secara umum bahawa politik itu sebahagian dari Islam. memisahkan politik dari Islam itu adalah pemikiran sekular dari barat. Hanya puak puak sekular saja yang beranggapan agama dan politik mesti diasingkan.Islam ini syumul,meliputi seluruh aspek kehidupan.

Adalah silap jika masjid menjadi pentas politik kepartian. Adalah jelas salah masjid menjadi pentas untuk menyerang individu.Tapi adakah salah untuk menerangkan kepada makmum takrif politik sebenar mengikut acuan Islam?

Najib dilihat lantang mengkritik Nik Aziz sebagai engkar arahan Sultan. Adakah najib dan barisan nasional tidak menjadikan masjid gelanggang politik?Kain rentang dibawah adalah bukti jelas UMNO-BN menjadikan masjid sebagai platform politiknya. Tindakan BN ini saya kira cukup mengaibkan.

Jadi siapa sebenarnya yang menggunakan masjid untuk kepentingan POLITIK KEPARTIAN, BN atau Nik Aziz?Jadi kita menggesa Perdana Menteri untuk menarik balik kenyataan beliau terhadap Nik Aziz yang dilihat cuba merosakkan hubungan Menteri Besar Kelantan itu dengan Sultan Selangor.





Kenyataan Media : This Blog is Not RM mouthpiece

27 04 2010

Post terbaru dari blog ini terpaksa dibuang atas permintaan ‘sesetengah pihak’. Penulis memohon maaf kerana ruang perbincangan dalam ruangan komen telah di delete.Sayang perbincangan dan pendapat yang bagus telah ditiadakan.

Saya ingin  mengingatkan sekali lagi kepada para pembaca,blog ini adalah blog saya, bukan blog Rakan Masjid.Saya tidak dibayar satu sen pun untuk sebarang pos dalam blog ini oleh mana mana pihak. RM ada pendekatannya. Saya ada pendekatan saya.

Justeru semua penulisan ini adalah dari saya sendiri. Rakan Masjid tidak ada kena mengena dan tidak  ada kepentingan langsung dari blog ini. Justeru jika saudara ingin berinteraksi dengan saya dalam ruangan ini,tidak usahlah diheret sama badan dakwah tersebut.

RM ada lamannya sendiri. Blog ini bukan harta pusaka RM. Jadi saudara salah tempat kalau ingin menyumpah seranah  RM disini.Saya tegaskan sekali lagi Blog ini dan RM tidak ada sebarang hubungan.Sekian.

Penulis





Kekuatan KS tahun ini : Shoutul Harakah!

19 04 2010

Jumaat

Sabtu

Ahad

Jumaat,Sabtu dan Ahad depan, tiga event besar akan mengambil tempat. Jumaat menyaksikan Konsert Euphonious,Sabtu menampilkan konsert tahunan Kembara Sufi dan ahad pula pembuangan undi bagi PRK Parlimen Hulu Selangor.

Meskipun Hulu Selangor sangat jauh,namun bahang kempen pilihanraya dapat dirasakan hingga ke sini.Saya secara personal lebih  terpukul dengan PRK Hulu Selangor berbanding dengan 2 konsert hebat ini.Setakat ini saya masih belum merasakan sebarang gelombang daripada 2 event ini. Mungkin barangkali pada waktu ini komiti Eupho dan KS sedang bertungkus lumus tanpa pengetahuan saya memandangkan konsert mereka yang sudah semakin hampir. Mungkin juga kerana kecenderungan saya pada politik lebih kuat dari kedua dua event bercorak hiburan ini.

Euphonious seperti yang kita tahu ada sasaran penontonnya tersendiri.Euphonious dengan kekuatan jentera promosinya terbukti berjaya menarik ribuan penonton ke konsert mereka. Ini kerana pendekatan muzik mereka adalah muzik moden yang lebih cenderung diminati muda mudi diseluruh dunia.Dengan alatan alatan muzik moden beserta lagu lagu catchy masakini menjadi daya tarikan utama event mereka.

KS pula menjanjikan satu dimensi hiburan yang lain pula sifatnya.Kelas muziknya menjadi ikutan dan kegemaran sebahagian warga kampus dan juga masyarakat Malaysia.KS menampilkan hiburan islami yang semakin hari semakin berkembang dan membangun dalam industri muzik tanah air dan juga diperingkat global.Justeru KS dijangka menarik kehadiran ramai pencinta irama nasyid kontemporari ini dengan harapan ia akan memberi ketenangan dan mesej lahir batin kepada para penontonnya.

Saya menjangkakan kejayaan Interfaith Dialogue tempohari akan berulang semula Sabtu ini.Kalau kita masih ingat, Chancelor Hall penuh sesak dengan ribuan penonton yang begitu teruja melihat dialog perbandingan agama.Jika waktu itu comparative religion menjadi daya penarik,apa pula daya penarik KS kali ini?

Saya melihat kekuatan KS pada kali ini hanya 1. Ia bukan Rabbani dan bukan juga Azhan Atan. Tetapi tunjang kekuatan KS kali ini ialah Shoutul Harakah! Mungkin ramai yang tertanya Tanya kenapa Shoutul Harakah?

Well,saya tidak begitu teruja dengan Rabbani dan Azhan Atan meskipun mereka penyanyi berbakat.Sebabnya saya pernah melihat persembahan mereka sebelum ini.Yang paling saya tunggu tunggu ialah persembahan Shoutul Harakah yang diterbangkan khas dari Indonesia oleh KS pada tahun ini.

Kumpulan ini ternyata sangat istimewa.Mereka cukup terkenal di Indonesia,lebih lebih lagi di kalangan mahasiswa dan para aktivis dan pencinta Palestin. Kumpulan ini tidak sama dengan kumpulan nasyid tanah air kerana lagu dan muzik mereka berbeza. Di Indonesia, nasyid mereka lebih terbuka dari segi rentak lagu dan alat muzik. Mereka menyanyi menggunakan alat muzik moden seperti gitar,drum dan sebagainya untuk disesuaikan dengan peredaran masa dan juga selera anak anak muda waktu kini.

Shoutul Harakah ini sangat terkenal dengan lagu lagu perjuangan Palestin. Muzik mereka indah.Liriknya sungguh ampuh.Mendengarnya saja menaikkan semangat juang kita.Silakan dengar lagu mereka sebagai preview di youtube atau di mana mana sumber.

Kehadiran Shoutul Harakah kali ini bakal menarik ratusan pelajar Indonesia yang ada di UTP. Seterusnya ia juga akan menarik hadir aktivis aktivis yang memperjuangkan isu Palestin kerana Shoutul Harakah ini di iktiraf karya mereka oleh Pejuang Hamas. Lagu lagu mereka berorientasikan perjuangan Palestin yang mana ia sangat sarat dengan mesej dan tauladan bagi ummah.

Komiti KS perlulah bekerja lebih kuat dengan menumpukan usaha menarik golongan golongan sasaran utama seperti tadi. Jangan sesekali terpengaruh dengan khabar angin bahawa kononnya gelombang membenci KS telah merebak ke seluruh UTP. Itu adalah tidak benar sama sekali. Pelajar UTP tidak ada sebab untuk membenci KS yang telahpun establish dan diterima baik oleh seluruh warga kampus.

Cuma,komiti KS perlu lebih bersemangat dan jangan mudah termakan provokasi.Jika hari ini tiket tidak terjual itu adalah perkara biasa.Kerana tarikh kkonsert masih jauh dan orang awam masih belum membuat keputusan muktamad. Biasanya tiket akan laris bak pisang goring sewaktu konsert itu berlangsung. Jadi yakin pada diri dan perhebatkan promosi dan hebahan ke seluruh pelusuk UTP ini.

Jangan lupakan staff-staff UTP,lecturer,Persatuan Pelajar Indonesia,Student Universiti Berhampiran dan juga orang awam.Golongan sasaran terbesar bagi saya ialah golongan atas pagar yang sangat ramai dalam UTP ni.Maksud saya ialah mereka ini adalah golongan yang tidak bermasalah untuk pergi ke mana mana konsert pun. Komiti KS perlu focus kepada mereka mereka ini.

Selepas ini KS sepatutnya membuat sedikit perubahan dari segi artis dan penggunaan alat muzik. Kerana KS untuk 8 tahun ini seolah olah hanya sesuai untuk orang orang melayu tempatan sahaja. KS mesti ingat di UTP ini masih ramai sahabat sahabat muslim kita dari berbilang Negara. Jadi perkara ini mungkin boleh ditekankan pada KS yang akan datang.Jadikan irama nasyid ini irama global.

Jadikan KS sebagai agen penyatu kepada seluruh warga UTP tidak kira local or international.Selamat berkonsert,Selamat Bekerja dan Selamat Mengundi di Hulu Selangor!Selamat maju jaya kepada Eupho,KS dan Hulu Selangor.Semoga Tuhan memberkati.





Isu Semasa:Antara Fokus Hiburan dan Fokus Politik Nasional

17 04 2010

Post saya sejak kebelakangan ini banyak menyentuh isu hiburan dan konsert. Oleh kerana blog ini bertemakan isu semasa,maka saya rasa terpanggil untuk turut serta membahaskan apa yang berlaku.Bila mana semua orang senyap tidak berkata apa apa,saya mulakan sesi perbahasan intelek untuk mengajak seluruh warga kampus berbicara soal hiburan.

Nampaknya warga kita sudah bangun dan turus serta berbahas.Meskipun ada kalanya perbahasan menjadi medan maki hamun dan tempat untuk meluahkan emosi dan fakta kosong,namun ia cukup menggambarkan cara fikir student UTP ini.Silalah baca semula komen komen warga UTP di dalam post saya. Dari situ,saudara akan nampak apakah mindset warga kita sebenarnya.

Saya sebenarnya ingin mengalih fokus kita semua sebentar.Saya ingin saudara semua lupakan sebentar isu konsert dan hiburan.Mari beralih kepada isu nasional.Saya nak tanya anda semua,apakah isu nasional mutakhir yang anda ketahui?

Pada hemat saya,ISU BESAR yang melanda negara pada ketika ini ialah isu kerjasama strategik Kerajaan Malaysia dengan syarikat pro-zionis bernama APCO WORLWIDE.Isu ini bukan lagi isu politik,tapi turut melibatkan isu keselamatan negara dan rantau Asia Tenggara.

Sila dapatkan maklumat dari post saya  disini

Malaysia membelanjakan duit pembayar cukai sebanyak RM76 juta setahun kepada syarikat pro-Zionis ini atas khidmatnya membangunkan strategi telekomunikasi dan imej Malaysia.Persoalannya,Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

PDRM juga tidak terlepas.Sistem maklumat (IT) milik PDRM dibangunkan oleh konco konco APCO menerusi syarikat AsiaSoft Sdn Bhd di Singapura dan berpangkalan di Israel.Kita bimbang,keselamatan negara akan terancam kerana aspek aspek strategik negara dibangunkan oleh syarikat syarikat kaitan zionis-israel ini.

Sehingga ada yang menyatakan bahawa pada ketika ini,maklumat lengkap tentang kita semua sudah berada di tangan Zionis Israel ini,memungkinkan cengkaman kuat pengaruh zionis di rantau Asia Tenggara.Untuk makluman Singapura  merupakan proksi zionis di Asia Tenggara.

Pengaruh APCO ini turut menular ke Indonesia.Indonesia sebagai negara populasi muslim teramai di dunia kini turut mendapatkan khidmat APCO WORLWIDE juga. Jika di Malaysia,konsep 1Malaysia dibangunkan oleh APCO,di Indonesia konsep 1Indonesia turut diguna pakai.

Justeru Mahasiswa mestilah bangkit menyatakan bantahan keras diatas campur tangan Zionis-yahudi ini dalam apa jua sistem strategik negara. Kita bimbang,Zionis bukan sahaja menyerang kita dari segi budaya pemikiran,tapi juga akan menyusup masuk ke negara ini dengan cara menguasai segala maklumat dan aspek terpenting negara.

Kita menyeru supaya Perdana Menteri Dato Seri Najib menghentikan segera hubungan dengan APCO WORLDWIDE ini. Najib dan kerajaan mestilah meminta maaf kepada warganegara Malaysia,Umat Islam Palestin dan juga umat Islam seluruh dunia kerana telah menjalin hubungan dengan anasir anasir Yahudi ini.

Jangan bazirkan RM76 juta wang setahun kepada Yahudi semata mata untuk memperbaiki imej Najib dan kerajaan pimpinannya.Duit pembayar cukai tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat malaysia yang masih ramai yang miskin melarat.Masih banyak syarikat lain yang bisa memberi khidmat terbaik.

Mahasiswa,nyatakan pendirian anda.





Kenyataan Media Untuk Edaran Segera

15 04 2010

Segala bentuk penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak disandarkan kepada mana mana pihak.Blog ini milik saya sepenuhnya dan segala isi kandungannya adalah milik saya sendiri.Justeru pembaca digalakkan untuk tidak melemparkan tuduhan kepada mana mana pihak lain yang tidak berkaitan dengan blog ini.

Saya bersedia ditegur jika sekiranya saya terkhilaf. Niat saya cuma satu. Saya mahu tulisan saya menjadi satu check-and-balance kepada isu isu yang  di UTP.Jika ada dari tulisan saya yang menyinggung mana mana pihak,saya minta maaf. Ambillah mesej yang saya ingin sampaikan.Mesej itu sebenarnya yang lebih penting,bukan penulisnya.

Saya tidak berniat merosakkan reputasi mana mana event.Saya cuma melontarkan pandangan supaya event event anda menjadi lebih bermutu dan bebas dari sebarang isu dimasa depan.Dan yang penting supaya event event anda mendapat keredhaan Tuhan.

Anda lebih bijak menilai mana yang baik,mana yang buruk.Anda lebih tahu mana yang halal,mana yang haram.Tepuk dada tanya iman dihati.

Kepada komiti KS yang memberi komen (hrp mmg komiti KS sungguh),ikhlaskan niat dalam bekerja.Jangan kerana nak tiket cepat habis,maka tanggung jawab dakwah dilupakan. Orang yang ikhlas  dan faham mesej yg disampaikan akan pergi jua. Dan orang yang memang tidak ingin pergi memang tidak akan pergi.

Saya tak pernah halang sesiapa untuk pergi KS ke,Eupho ke,Jom Heboh ke..silakan.Bukan saya nak bayar tiket.Lagipun saya dah sampaikan apa yang saya perlu sampaikan.

Message is delivered.Let your iman decides.

Selamat Berhibur!





Hubungan Kerajaan Malaysia & APCO Worldwide si-Zionis dan Anti Islam

8 04 2010

Ihsan : Anwaribrahimblog.com

Dari Nat

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecothanak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura. Continue reading ‘Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam’

tambahan penulis : Penulis mendesak kerajaan Malaysia untuk segera menamatkan kontrak dengan syarikat konsultan yahudi ini.Bukankah Yahudi itu musuh umat islam?Mengapa Kerajaan sanggup mendedahkan Malaysia kepada ancaman Zionis?Perkara ini akan melukakan perasaan umat Islam Palestin dan seluruh dunia.

PAS telah menghantar memorandum kepada Agong bagi campur tangan dalam isu ini. Pendedahan baru baru ini menyebut,bukan sekadar konsep 1Malaysia tercemar dengan campur tangan APCO,malah alat alat telekomunikasi dalam PDRM turut terheret sama. Rakyat Malaysia mestilah bangun membantah tindakan tidak bijak kerajaan ini.