Seruan Untuk Sahabat se-Gemencheh

6 04 2010

Saya berasal dari Tampin N. Sembilan. Secara spesifiknya dari Gemencheh.Tapi Kampung yang saya duduki sekarang tidak termasuk kawasan Dun Gemencheh kerana telah berlaku persempadanan semula pilihanraya sebelum ini.Jadi kini kampung saya berada dalam kawasan Dun Repah.

Kawasan Parlimen Tampin ini diwakili oleh Dato Shaziman (BN),seorang menteri. Dalam kawasan Parlimen ini ada 3 Dun iaitu Dun Repah,Dun Gemencheh dan Dun Gemas. Selepas PRU ke-12, Dun Gemencheh dan Gemas kekal dibawah BN manakala Dun Repah dirampas oleh DAP. MCA tewas di Repah akibat berlakunya swing besar besaran pengundi cina dan india di seluruh negara pada pilihanraya umum yang lepas.

Sekolah asal saya ialah di SMK Dato Taha Gemencheh. Semasa zaman sekolah menengah saya,saya tidak ada pengetahuan politik.Tiada siapa yang saya sokong melainkan UMNO pada ketika itu. Namun guru guru di SMK Dato Taha ramai sebenarnya yang menyokong pembangkang. Ini sangat saya kesali pada ketika itu.Perkara ini turut di sahkan oleh Puan Norzila ketika itu. Guru guru ramai yang membangkang.

Jika saudara ada membaca laman FB saya, muncul “pemimpin pemimpin muda” UMNO yang secara tiba tiba menyerang saya.Mereka tidak lain tidak bukan adalah bekas kawan kawan di SMK Dato Taha dulu. Alasannya kerana saya kini tidak sama fahaman politik.Mereka kelihatan sangat terkejut dengan perbezaan yang wujud antara saya dan mereka. Seolah olah saya kini sudah “tersesat” dari jalan yang lurus.

Bukan semua kawan lama yang mencerca dan menyerang saya.Hanya dua tiga kerat je.Mereka gelarkan saya pengkhianat bangsa,tidak mengenang jasa dan sebagainya. Tidak mengapalah. mereka boleh berkata apa sahaja.Saya yakin pendirian saya adalah berpaksikan hujah yang betul dan bukan sekadar sokongan membabi buta.

Bila berada di universiti,kita bercampur baur dengan orang orang yang bijak pandai. Maklumat pula semakin luas. Fikiran kita menjadi kritis dalam menilai isu. Dan kita ada ruang untuk menilai pemimpin dan juga parti politik dengan lebih seimbang.Orang orang Gemencheh mungkin tidak ramai yang mendapat maklumat politik yang betul. Kerana di Gemencheh dan di Gemas, banyak kampung kampung dan felda felda. Sumber berita mereka terhad.

Jadi,maklumat politik yang tidak seimbang ini telah melahirkan masyarakat yang tidak seimbang kefahaman politik mereka.Justeru pembohongan,fitnah,tuduhan yang diulang ulang akan dilihat sebagai kebenaran. Inilah kelebihan parti yang menguasai media perdana. Bermula dari RTM sampailah ke Utusan Malaysia.Mereka telah meracuni fikiran masyarakat dengan laporan berita yang sangat berat sebelah.

Namun kini masyarakat  semakin bijak. Maklumat pula tersebar dengan sangat pantas. Internet kini menjadi satu ancaman besar kepada media arus perdana.Kini jumlah pengguna internet di Malaysia mencecah angka 14 Juta. Mengikut Prof Dr Hasan Hasbullah,penganalisis politik terkenal, Malaysia adalah antara negara pengguna Internet paling tinggi di dunia. Jika dinisbah dengan saiz penduduk, Malaysia jauh meninggalkan United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam kadar penggunaan Internet dalam pelbagai bidang.

Dan beliau menegaskan antara faktor berlakunya fenomena ini ialah kerana demokrasi yang disekat di Malaysia.Kebebasan media ditekan.Maka rakyat mencari maklumat alternatif. Mereka tidak percaya dengan laporan media konvensional.Sebagai rekod,salah satu faktor berlakunya tsunami politik di Malaysia pada PRU ke-12 adalah kerana rakyat meluat dengan laporan berita yang tidak bebas oleh media media arus perdana.

Kesimpulannya,saya tidak menyokong atau membangkang secara membuta tuli. Kita mestilah kritikal dalam menilai sesuatu parti dan juga berita.Jangan sekadar menyokong kerana sentimen politik sempit. Jika anda yakin dengan apa yang anda sokong,kemukakan hujah dan fakta yang kukuh. Bukan dengan cara menghina,mencerca dan memburukkan orang lain.

Saya memuji seorang sahabat di SMK Taha dulu, iaitu saudara Rasyid. Beliau adalah seorang yang kritis dalam membahaskan isu isu politik. Kematangan beliau terserlah bila bercakap pasal isu semasa.Saya berharap kita semua orang Gemencheh dapat belajar dari cara fikir beliau ini. Sangat cakna dengan isu semasa.

Kesimpulannya, buatlah sesuatu atas dasar ilmu. Bukan atas dasar sentimen dan emosi semata mata. Saya percaya ramai kawan kawan lama saya di Taha yang faham dengan mesej saya ini. Saya tidak paksa anda untuk menyokong PAS atau PKR. Menyokong mana mana parti politik adalah kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan. Cuma berhati hatilah dalam memilih. Kajilah setiap satunya.

Pesanan saya,sokonglah Islam. Hanya Islam yang akan menyelamatkan kita.Perjuangan berasaskan bangsa hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini.Jika Islam terpelihara maka secara automatik Melayu juga akan terpelihara. Di sisi Allah bukan Melayu yang paling mulia.Bukan pula cina,india,arab atau orang putih. Di sisi Allah orang yang paling mulia ialah orang yang paling tinggi taqwanya. Sila rujuk Surah Al Huujurat ayat 13. Persoalan bangsa tidak berbangkit langsung di dalam kubur mahupun di akhirat kelak. Yang akan ditanya ialah soal taqwa kita.

Fikir fikirkan.Berubahlah untuk agama,bangsa dan negara.

Advertisements




BAITUL MUSLIM

11 02 2010

Petang ini saya akan bertolak pulang ke Negeri Sembilan. Justeru sebelum pulang saya ingin meninggalkan sedikit catatan dalam blog ini berkenaan dengan tajuk BAITUL MUSLIM.Bila bercakap soal BAITUL MUSLIM saya teringat kepada satu babak dalam filem popular AYAT AYAT CINTA. Dalam babak tersebut seorang wartawan Amerika bertanya kepada Fahri ‘Do you have girlfriend?’. Lalu apa jawab Fahri?

Fahri menjawab ‘Oh No I don’t. Islam does not recognise dairing (coupling) but Islam allows TAARUF’.Itulah jawapan ringkas Fahri kepada wartawan Amerika tersebut.Dan saya fikir itu adalah sesuatu yang baru bagi wartawan ini. Saya lantas bertanya, adakah umat islam hari ini especially yang muda mudi tahu apa itu BAITUL MUSLIM ini?

Saya yakin,majoriti umat islam kini sudah tidak tahu apa itu BAITUL MUSLIM dan apa itu TAARUF. Ummah sudah banyak terpengaruh dengan budaya barat. Couple adalah perkara normal dalam dunia islam hari ini. Kalau kita ajukan idea BAITUL MUSLIM, mesti ramai yang geleng kepala. Yela, tak pernah dengar barangkali.

Tapi kini telah muncul Novel dan Filem Islamik popular yang menjadi fenomena baru dinusantara. Filem filem berunsur Islam seperti Ayat Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih dilihat cuba memberi kefahaman berkenaan dengan indahnya Islam dalam mengurus hal berkait cinta,hati dan perasaan.Bagi sesiapa yang sudah menonton filem KCB ini,saya yakin anda sudah ada sedikit idea berkenaan dengan apa itu BAITUL MUSLIM.

Saya sebenarnya belum bersedia untuk mengupas bagaimanakah sebenarnya proses BAITUL MUSLIM ini.Saya tidaklah begitu layak bercakap akan hal ini. Ada yang lebih layak. InsyaAllah yang layak itu akan muncul tidak lama lagi untuk memberi penerangan.Tapi percayalah BAITUL MUSLIM itulah yang menepati hukum syara’, yang lebih memelihara kita dalam konteks hubungan lelaki dan perempuan. Ia  ternyata lebih tenang dan bahagia.Manakala couple seperti yang kita tahu manis-bahagianya sedikit,kecewa-derita dan maksiatnya pula sangat banyak.Sedangkan bila kita kata jodoh, kita  pasti inginkan reda Allah dalam perhubungan kita.Persoalannya,bisakah couple seperti hari ini mengundang reda Allah?

Tahniah kepada Heart For Islam 2010 kerana menganjurkan FORUM BAITUL MUSLIM pada Rabu depan, 17 FEB 2010 bertempat di Chancellor Hall. Kehadiran penulis novel super-laris Habbiburahman Al Shirazy insyaAllah akan memberikan kupasan berkenaan dengan apa itu BAITUL MUSLIM. Jangan lepaskan peluang ini.Tiket hanya RM5.Selepas program itu,anda akan nampak indahnya BAITUL MUSLIM berbanding Couple.

Sekian.

Eh lupa BAITUL MUSLIM itu maksudnya KELUARGA MUSLIM.





POST NO 2: ISU NAMA ALLAH

3 01 2010

Kandungan Post ini telah terpadam dengan tidak sengaja. harap maaf.