GST : hadiah untuk rakyat jika BN menang PRU ke13

14 09 2011

image

Penulis terkejut dengan pengakuan berani mati Perdana Menteri Najib Tun Razak berhubung perlaksanaan Good and Service Tax (GST) selepas PRU ke-13 kelak.

Belum lagi reda kemarahan rakyat kerana cukai 6% yang cuba dikenakan kepada semua pengguna prepaid, kini Perdana Menteri sekali lagi cuba mencari nahas dengan pengakuan ingin melaksanakan GST yang sebelum ini dibantah keras.

Untuk rekod GST mula disebut sebut untuk dilaksanakan sebelum ini namun ditangguhkan kerana bantahan yang cukup hebat dai Pakatan Rakyat dan juga penolakan dari rakyat sendiri.

Cukai ini dilihat bakal membebankan lagi rakyat Malaysia yang sudah sedia terbeban dengan banyak lagi cukai. Kerajaan berpendapat pelaksanaan GST bakal membantu kerajaan mengurangkan defisit fiskal yang di alaminya selama lrbih sedekat.

ini membawa maksud bahawa kerajaan menjangkakan lebih banyak kutipan cukai bakal diraih dengan pelaksanaan GST.Justeru kerajaan telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN untuk bersiap sedia melaksanakannya dalam masa terdekat,yakni selepas PRU ke-13

Jadi saya mengira GST akan menjadi hadiah paling manis dari BN buat rakyat sekiranya mereka di angkat sekali lagi menjadi pemerintah kelak.

Saya teringat janji BN sebelum PRU ke-12 dulu yang berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak.Tetapi setelah menang pilihanraya, harga minyak melambung ke paras paling mahal dalam sejarah iaitu RM2:70 seliter

Kepada rakyat,fikir fikirkanlah. Selamat mengundi.

Posted from WordPress for Android

Advertisements




Terbaru dari Blogger

19 09 2010

Blog ini sentiasa dikunjungi meskipun ia sudah sepi dari sebarang kemaskini isu isu terkini. Saya melihat post terpanas yang sentiasa mendapat perhatian ialah berhubung  pemberian laptop 1Malaysia percuma oleh kerajaan. Blog ini mendapat komen bertalu talu dari pembaca yang entah dari mana datangnya.

Masing masing inginkan informasi bagaimana untuk mendapatkannya. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menjawap dengan pantas akan semua soalan soalan itu.Anda hendaklah melanggan perkhidmatan jalur lebar TM untuk mendapatkannya. Anda juga harus memenuhi kriteria yang ditetapkan. Apa apa pun,silalah search untuk update terkini berkenaan hal ini Saya hanya mengambil berita ini dari Utusan Malaysia untuk tatapan anda semua.

Selamat memiliki laptop 1Malaysia. hehe.





Kali Ini Saya Sokong Pemuda UMNO

30 07 2010

Kerajaan baru baru ini telah memberi lampu hijau untuk para guru menyertai politik. Idea ini walaupun nampak baik, namun ia ditafsir berbeza beza oleh ahli politik dan juga rakyat bawahan.

Ada yang melihat polisi baru ini sebagai taktik kerajaan untuk memerangkap guru guru yang menjadi penyokong pembangkang.Sebabnya saya dimaklumkan sesiapa yang ingin berhasrat aktif dalam parti politik,beliau mestilah menghantar surat permohonan kepada pihak atasan (kalau tak silap jabatan setia usaha negara).

Bagi penyokong UMNO mungkin tidak ada masalah. Selama ini mereka relaks ja. maybe dengan kebenaran kali ini orang orang UMNO disekolah sekolah akan lebih agresif. Yang tak sedapnya penyokong pembangkang la. Adakah mereka patut minta izin melalui saluran baru ini atau teruskan aktif secara diam diam.

Mana lah tau Kerajaan nak perangkap. Tak pasal pasal kena tukar ke pedalaman.

Ramai pihak kini meminta kerajaan membenarkan bukan hanya guru untuk berpolitik, tapi juga seluruh kaki tangan kerajaan. Cadangan ini banyak disuarakan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat.Dan yang paling menarik hari ini saya terbaca satu berita bahawa, Khairy selaku Pemuda UMNO Malaysia telah meminta kerajaan supaya membenarkan juga mahasiswa dan pensyarah untuk aktif berpolitik.

Saya sokong idea pemuda UMNO ini!!!

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pergerakan Pemuda Umno berharap kerajaan turut memberi kebenaran kepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu, di sini hari ini.

Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.

Pada Selasa lepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik. — Bernama





Tanda tanda UMNO Hilang Kuasa Pada PRU ke-13 Semakin Ketara

18 07 2010

Hari ini akhbar pro-UMNO paling  popular (Utusan Melayu) telah dengan nyata dan terang mengungkapkan betapa mustahaknya PAS untuk bersatu dengan UMNO sebelum tibanya pilihanraya umum yang ke-13 tidak lama lagi.Belum reda lagi isu Naib Presiden UMNO menuduh PAS parti sesat,tiba tiba saja UMNO buat u-turn dan nak bergabung pula???tak ke gila babi tu (petik kata2 ustaz ismail kamus)

Mufti Perak yang kita kenali berkata, *orang melayu* bakal hilang kuasa politik pada PRU akan datang sekiranya PAS dan UMNO tidak bersatu. Benarkah begitu?

Saya selaku pemerhati politik dari jauh melihat isu ini dari satu sudut berbeza dari mufti Perak tersebut.Saya tidak bersetuju orang melayu bakal hilang kuasa. Tetapi saya pasti yang akan hilang kuasa ialah UMNO.

UMNO dilihat tidak pernah berputus asa untuk memujuk rayu PAS untuk bermuzakarah sejak tamat PRU ke-12 lagi. Gigi UMNO nampak lebih lembut dari lidahnya.Sudah beberapa kali UMNO bising bising untuk bermuzakarah dengan PAS.

Adakah pipi UMNO sudah begitu tebal?tidak malukah UMNO?Bukankah PAS telah berulang kali menyatakan ia akan setia bersama Pakatan Rakyat?PAS ternyata telah serik bersama UMNO. UMNO dulu pernah khianat PAS. PAS ditendang keluar  dari Barisan Nasional di zaman 70-an.

Saya nampak UMNO tidak pernah ikhlas untuk bersama PAS. PAS sekadar talian hayat bagi UMNO yang kian ditolak rakyat Malaysia. Tatkala mereka lemah mereka cari PAS,pujuk rayu PAS. Apa UMNO buat bila mereka kuat?Adakah kedengaran UMNO mahu bersama PAS?

Jelas sekali UMNO memperkuda isu melayu untuk survival politik mereka. Mereka membawa persepsi kononnya politik melayu akan hilang. Yang sebenarnya akan hilang ialah politik UMNO. Hayat politik pemimpin UMNO lah sebenarnya yang kian terancam.

Ikhlaskah UMNO?Kenapa hanya PAS sahaja yang dijemput? Kenapa tidak Anwar Ibrahim dan PKR?Jelas sekali ada udang disebalik batu.Bagi saya UMNO tidak pernah ikhlas untuk bersama PAS. Bukankah Nik Aziz dengan jelas berkata PAS bersedia bersatu dengan UMNO dengan syarat ubah dasar perkaumannya? Kenapa UMNO tak mahu ubah?

Pada pendapat saya, UMNO sedang berada dalam kebimbangan yang amat dahsyat. Perpaduan parti parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat dilihat sangat utuh. Tambahan pula populariti mereka semakin hari semakin kuat.

Ini menggusarkan UMNO dan Barisan Nasional. Justeru mereka akan cuba menggugat dengan apa saja cara untuk memecah belahkan ikatan PAS-DAP-PKR.Cuba teliti ucapan ucapan Najib dan Muhyidin pada mesyuarat agung umno di seluruh negara baru baru ini.  Berkali kali Muhyidin mengingatkan ahli UMNO betapa pembangkang waktu ini bukan setakat saingan buat UMNO tapi satu ancaman.

Muhyidin meraskan proses perubahan UMNO berjalan perlahan.Berkali kali ia meminta ahli UMNO untuk mempercepat perubahan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO. Muhyidin juga membayangkan suasana politik negara kini sudah berubah semenjak kekalahan mengejut Barisan Nasional pada PRU ke-12 dua tahun lepas.

Oleh sebab inilah UMNO akan buat apa saja untuk memusnahkan pembangkang.Pakatan Rakyat dibedil hampir setiap hari.Pada satu ketika DAP akan diserang hebat. Bila tidak berjaya di belasah pula PAS cukup cukup. PKR pula dilanyak hampir setiap hari.Serangan ke atas Anwar pulak sudah tidak terkira banyaknya.

Inilah dia politik bankrap.rakyat khususnya orang melayu usah tertipu dengan permainan ini. Cukup cukuplah kita semua dipermainkan.Berilah Pakatan Rakyat peluang untuk mentadbir negara. Beranilah melakukan perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Malaysia Maju,Bersih dan Berkebajikan.





Mood PRU ke-13 Kian Terasa

12 07 2010

Piala Dunia berakhir sudah. Sepanyol telah menang perlawanan kali ini. Paul situkang ramal telah dengan tepatnya meramal kemenangan Sepanyol dan semua perlawanan lain. Mungkin kebetulan kot sotong ni.Belanda mesti kecewa sebab kalah di saat saat akhir. Tapi nak buat macam mana.Itulah adat resam dalam pertandingan. Ada kalah menangnya.Memandangkan demam bola sudah reda,mari kita sorot berita politik negara kita.

Dalam dua hari ni UMNO begitu sibuk dengan Mesyuarat Agung Tahunannya di setiap Bahagian. Pemimpin pemimpinnya letih kesana dan kemari untuk jadi perasmi. Saya perhati Muhyidin dan Najib serta  yang lain lain tak habis habis bidas Pakatan Rakyat.

Muhyidin selalu berpesan,UMNO mesti bertindak pantas mengubah persepsi rakyat bandar dan luar bandar terhadap Barisan Nasional. Muhyidin kata senario politik telah berubah sejak PRU ke-12 dan ini disulitkan lagi dengan penguasaan Pakatan Rakyat atas beberapa negeri.

Beliau dilaporkan dalam Utusan seperti berikut :

Landskap politik yang berubah sejak pilihan raya umum lalu telah mewujudkan satu corak pemikiran agak kekal di kalangan pengundi, yang mana mereka tidak akan menyokong kerajaan BN lagi“.

Najib pula mintak UMNO jangan syok sendiri. Najib mengingatkan supaya UMNO tidak lingkup sebagai mana lingkupnya parti LDP di Jepun.Najib menggesa pemimpin dan ahli UMNO untuk melunaskan janji pada rakyat dan tidak hanya mendengar keluh kesah ahlinya saja.

Najib dilaporkan berkata

UMNO jangan jadi seperti LDP (Parti Demokratik Liberal) di Jepun yang kalah kerana sikap pemimpin mereka yang berpuak-puak dan syok sendiri,” katanya sambil menyifatkan parti itu ditolak rakyat kerana gagal menyelami cita rasa dan kehendak rakyat.

Shafie Apdal pula ketika merasmikan mesyuarat UMNO di sekitar Selangor berkata UMNO ketinggalan dalam mendaftarkan pengundi baru berbanding DAP. Kata beliau bulan Jun saja, DAP mendaftarkan sekitar 13000 orang manakala UMNO hanya sekirat 7 ribu saja.

PAS pula baru habis retreat di Port Dickson. Retreat itu yang diadakan sebagai mempersiapkan parti menjelang PRU ke-13 menyimpulkan bahawa PAS tidak hilang atau susut peratusan undi melayu dan yang paling penting, PAS telah membulatkan tekadnya untuk merampas 60 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

PRU ke-13 dirasakan semakin hampir disaat UMNO-BN memperhebat serangannya ke atas pemimpin dan parti dalam Pakatan Rakyat. Perlukah kita minta Paul si tukang ramal untuk membuat ramalan siapakah yang bakal ke Putrajaya pada PRU ke-13 akan datang?

sapalah buat gambar ni~





Unspinners Says:Nak menang ke PRU? Gugurkan segera Idris Jalang dan Punahsihat tiada jiwa rakyat!

31 05 2010

Diambil 100% dari blog PRO-BN =The Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com/)

Di saat kerajaan DS Najib diserang bertalu-talu dengan tindakan seorang Menteri bijak pandai kerajaan Barisan mengusulkan untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia yang telah diluluskan oleh kabinet, semalam pula seorang lagi Menteri Kerajaan DS Najib mengeluarkan kenyataan yang bangang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Idris Jala, yang juga CEO “Performance Management And Delivery Unit” (PEMANDU – apakah natang jawatan ini?) telah memberi ceramah di KLCC mengusulkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang paling tinggi menerima subsidi di dunia harus mengurangkan pengantungan subsidi kepada Rakyatnya terutama untuk minyak, elektrik dan toll (yang merupakan keperluan asas) untuk menjimatkan defisit dan hutang Kerajaan sebanyak RM103 billion selama 5 tahun.

Siapa ini Idris Jala?

Bekas CEO MAS yang telah dilantik terus menjadi Menteri Penuh Kerajaan DS Najib tanpa perlu menjadi wakil Rakyat. Apa jasanya? Kata orang, dia telah berjaya memulihkan kewangan syarikat penerbangan utama negara dari mengalami kerugian sehinggakan mencatat keuntungan.

Keuntungan? Pergi dah! Yang rakyat tidak tahu, keuntungan yang diperolehi oleh MAS sepanjang pengendaliannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif hanyalah disebabkan penjualan aset-aset di dalam MAS dan bukannya keuntungan operasi.

Kalau setakat hendak jual bangunan-bangunan MAS dan mencatatkan keuntungan sehinggakan membolehkan beliau dilantik sebagai seorang Menteri, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan orang yang melantiknya. Elok sangatlah beliau dilantik menjadi CEO Pemandu, lingkup Malaysia.

Semalam, orang yang sama bercakap pula mengenai Malaysia berkemungkinan besar akan menjadi bangkrap menjelang 2019 disebabkan hutangnya berjumlah RM1.158 trillion. Sekiranya hutang-hutang ini hendak dipersalahkan ke atas subsidi-subsidi yang diberikan oleh rakyat seperti subsidi minyak minyak, gas, toll, gula, minyak masak dan sebagainya, saya rasa itu merupakan suatu tindakan yang bangang.

Sejak bilakah subsidi-subsidi ini diwujudkan? Pada zaman DS Najibkah? Tidak! Ia wujud sejak zaman beberapa zaman Perdana Menteri sebelum ini. Kenapakah Kerajaan BN di bawah pimpinan Mantan-Mantan Perdana Menteri sebelum ini (kecuali Tun Abdullah) tidak pernah bersunggut mengenai pemberian subsidi kepada Rakyat? Kenapa baru sekarang hendak dikurangkan atau dihapuskan subsidi yang diberikan kepada Rakyat?

Inikah slogan yang dilaung-laungkan. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Cakap berdegar-degar tetapi tidak lebih sebagai mitos semata-mata.

Betulkah Kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi disebabkan oleh kekurangan sumber alam negara atau disebabkan oleh ketirisan dan ketidakcekapan di dalam pentadbiran Kerajaan DS Najib?

Betulkah angka RM103 billion defisit dan hutang disebabkan oleh tanggungan subsidi Rakyat atau adakah ini satu helah untuk menipu Rakyat Marhaen supaya tidak memberontak apabila subsidi dihapuskan? Saya setuju kita tidak patut menjadi Rakyat Subsidi, tetapi adakah Kerajaan pasti semua Rakyat “bermain di padang yang sama”?

Tahniah DS Najib.

Usaha dan tingkah laku menteri-menteri Datuk Seri akan memendekkan karier politik anda. Saya tidak mahu bercakap lebih lanjut tetapi saya berani bertaruh (judi sudah dilesenkan kan) Kerajaan DS Najib bakal kehilangan lebih banyak negeri di dalam PRU13 sekirannya idea bodoh DS Idris Jala untuk mengurangkan dan menghapuskan subsidi kepada Rakyat diteruskan. “I bet my life!”.

Bagi saya, biarlah saya memberi peluang kepada satu pihak yang lagi satu kalau Kerajaan DS Najib sudah tidak berupaya mentadbir soal kewangan Negara. Tka gitu?

Sumber: Cucu Tok Selampit

KOMEN: Cara yang Idris Jalang ini lakukan untuk memeranjatkan rakyat dan menyebar survey untuk rakyat setuju saranan kurangkan subsidi. tidak bertanggungjawab! Dia boleh terus kata nak naik-naikkan barang ini dan itu. Memandai-mandai ke dia? Itu bukan tanggungjawab dan kerja dia.

Apa punya Menteri memainkan fear factor dan emosi rakyat? Tahukah dia impak tindakannnya?

Ini adalah perangai manusia kepala b*** hidup mewah dengan masukan pasir dalam periuk nasi orang melalui cara buang kerja pekerja2. Inilah sialan yang tidak ada perasaan ke atas orang lain.

Lahanat tullah ini yang lakukan ethnic cleansing ke atas orang-orang dan pengurus Melayu daam MAS yang diganti budak Cina tidak tahu apa masuk.

Wahai kelabit tak sedar diri kecik2 main dan bergumul dengan babi kelilinag rumah!

Tak sedar ke susahnya saudara mara orang2 Hulu di Sarawak menghadapai kenaikkan barang naik yang melampaui pendapatan mereka? Dahlah taukeh2 balak Sarawak kasi orang gaji tahap kemiskinan? Satu hari kerja cuma RM10-15?

Siapakah yang paling banyak menyebat subsidi kerajaan? Rakyat biasa atau korporat siamang macam engkau? BUat apa kerajaan mesti sibsidikan minyak dan gas bagi kapalterbang untuk mereka beri harga tambang giler punya murah dan untung giler punya banyak?

Mana lagi IPP yang minum sumber tenaga dan mengkayakan tycoon2 terus ke tahap billionaire? Profit mereka sudah tahap riba atau extraordinary profit atau keuntungan yang berlebih2an.

Toll operator yang membina toll dengan subsidi kerajaan dan kemudiannya dpaat traffic guarantee. Lebih dari itu, mereka sebat. Kurang dari itu, mereka menyalak?

Cakap Idris nak menakut2kan rakyat ini nak untuk apa? Pak Lah dahulu hampir kalah kita kerana naikkan minyak. Ini Deris pun nak jadi pengkhianat dari dalam nak jatuhkan BN ke?


Kami tahu Krismis lepas Idris Jala berada atas pentas DAP raikan Merry Chiristmas!!!!

Hai … Dato Najib.

Nak menang ke tidak pilihanraya umum akan datang? New Economic model la? Biasiswa Nasional la? Tutup MECD la? … Tahu tak peratusan pengundi Bumiputera tu berapa banyak? Asyik layan Cina bangsa tamak saja!!???

Carilah Penasihat yang berjiwa Melayu dan isi hati Muslim yang mengasihhani rakyat yang susah.

Bukannya liberalis dari kalangan Cina muallaf dan Melayu liberal tak tahu cakap Melayu. Banyak sangat Penasihat Najib adalah orang Punahsihat yang tidak kasihan pada rakyat.

Global la … kepala hotak! Lebih kepada Goblokal sebenarnya. Asyik kiblat ke barat dan nak terikut2 barat. Fikirlah dan cari jalan! Ini malas berfikir!

Idris Jalang baik digugurkan segera kalau nak menang PRU13!

Kalau Najib tak nak menang, cakap siang2. Tak payah kami bersusah payah!!!!

Posted by The Unspinners at 12:02 PM





Ulasan Dr Asri Berkenaan: 1Malaysia,Peguam Syarie Non Muslim,Isu Kalimah Allah,Isu Masuk Masjid,Isu Sebat dan Perarakan Maulud

30 05 2010
Source: Malaysiakini

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ‘sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ‘sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno’ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang‘ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz – Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded‘ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

//

Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.