Bila PRU ke-13 akan di adakan?

5 02 2012

Salam pada semua pembaca,

Zamankini kembali lagi! lama sudah blog politik dan isu semasa ini tidak di kemaskini kerana penulis lebih kerap muncul di alam Facebook dan Twitter berbanding blog. tapi memandangkan sambutan hangat ke atas blog ini maka ia insyaAllah akan dihidupkan bagi merancakkan lagi dunia politik Malaysia ini

Bila PRU ke-13? Ini yang menjadi teka teki ramai orang. sebulan dari sekarang maka genaplah 4 tahun lamanya sejak PRU ke-12 berlangsung. banyak isu isu yang datang dan pergi dalam arus politik nasional. Terlalu banyak kalau penulis nak cerita satu satu.Sejurus selepas PRU ke-12 dulu isu Projek Ternakan Babi di Selangor dan Isu DBE di Penang di mainkan.

Isu kepala Lembu,Isu pemindahan kuil di Shah Alam, isu liwat, isu krisis perlembagaan di negeri Perak, isu video seks,isu Bersih dan yang paling latest ialah isu National Fidlock Corporation (NFC) yang membelit Menteri UMNO.

Sejauh manakah isu isu yang berlaku ini membentuk sentimen dan pola pengundian dikalangan 12 juta pengundi Malaysia?Kita semua pun tidak tahu sebab kita tidak dapat menjangka apa yang bermain di fikiran 12 juta orang.

Apapun, penulis sudah tidak sabar sabar untuk mengundi buat kali pertama pada PRU ke-13 ini. Ramai pengundi yang akan mengundi kaliĀ  pertama tidak lama lagi. Penulis berharap u all semua mengundi dengan bijak demi masa depan Malaysia yang lebih baik.Ingat ABU, ingat Slogan Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia.

Sampai bertemu lagi.

Advertisements