BN Masih Dalam Dilema

12 04 2010

Bahang PRK Hulu Selangor makin hari makin panas.Pihak BN dan Pakatan kini masing masing dilihat sibuk mengatur strategi bagi memenangkan parti mereka. BN sudah tidak berahsia lagi. Najib telahpun mengakui MIC akan bertanding. Yang menjadi dilema waktu ini ialah siapakah dari MIC yang akan bertanding?

Samy Vellu kata dia hanya hantar satu nama saja. Tapi Muhyidin kata hari ni BN ada beribu calon yang boleh diketengahkan di Hulu Selangor dan beliau berkata , nama nama telah dishortlist. Yang mana satu yang betul? BN nampaknya sekali lagi terjerat dengan isu calon.

BN kecundang di Kuala Terengganu dan di Permatang Pasir kerana salah memilih calon. Calon yang dipilih tidak disukai masyarakat setempat. Hanya Palanivel dicadangkan MIC di sana. Beliau sudah merayu rayu untuk diberi peluang. Kesian.Tapi masyarakat bawahan nampaknya tidak suka Palanivel. UMNO tak suka beliau. UMNO Hulu Selangor kata kok iye pun MIC nak jadi calon,pilihlah selain dari Palanivel.

setakat ini tinjauan umum masih memberi kelebihan kepada Parti Keadilan Rakyat dari PR untuk memenangi pilihanraya kecil ini. Keputusan undian yang dijalankan di mstar online.com  (pro-UMNO).Saya tidak dapat mengupload pol tersebut disini. cukuplah kalau saya bagi link di sini:

http://mstar.com.my/tinjauan/?id=168&view=result&err=invalid





Bukti DAP *anti-Islam dan anti-Melayu*

10 04 2010

ihsan : bersumberkan ceramah di Bukit Sentosa,dari akhbar Suara Keadilan

Ahli Parlimen Rasah dari DAP,Antony Loke hari ini membuat pendedahan terbuka bahawa DAP ternyata *anti-Islam dan anti-Melayu*.Perkara ini sangat ketara berlaku terutamanya di Pulau Pinang dibawah pemerintahan *komunis* Lim Guan Eng.

Antara bukti bukti yang beliau sebut ialah :

  1. Selepas menawan P.Pinang pada tahun 2008,DAP dengan *biadapnya* menaikkan peruntukan untuk Majlis Agama Islam P.Pinang dari RM12 juta kepada RM24 Juta.Mereka jadi semakin kurang ajar pada tahun 2009 kerana menambah peruntukan kepada RM25 Juta.
  2. Kerajaan Lim Guan Eng dengan *cauvinisnya* telah menaikkan gaji guru guru KAFA diseluruh P.Pinang.
  3. Guan Eng turut memberi bantuan kepada sekolah sekolah agama rakyat di samping memberi sumbagan memperbaiki makmal makmal sains sekolah agama persendirian di Permatang Pauh.
  4. Dalam memerangi kemiskinan,Kerajaan Komunis P.Pinang ini telah memberi bantuan kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM500. Jika kurang maka kerajaan Negeri akan top-up jadi RM500. 90% penerima skim ini adalah melayu.
  5. Memberi saguhati kepada seluruh warga emas di P.Pinang sebanyak RM100.

Barisan Nasional yang memimpin kerajaan pusat pula terkenal dengan perjuangan membela agama,bangsa dan negaranya. Barisan Nasional ternyata jauh lebih hebat dari DAP kerana DAP ini kafir,manakala BN ni Islam hadhari. Anthony Loke mendedahkan lagi bahawa ;

  1. Parlimen meluluskan tambahan belanjawan sebanyak RM10 Billion termasuk hasil cukai judi haram bagi menampung perbelanjaan negara yg tidak berhemah oleh kerajaan BN.
  2. Jurang defisit semakin melebar kerana hasil tidak cukup jadi perlu top-up dengan hasil cukai judi.
  3. Apabila beliau menyoal di parlimen mengapa  judi ditambah,tak ada pun wakil rakyat UMNO yang bangun menjawap.
  4. Bila ditanya berapa banyak keuntungan kerajaan dari cukai judi,kementrian menjawap Negara mengaut keuntungan bersih RM 1.2 Billion dari cukai judi nombor 4 ekor sahaja. Hebatkan??
  5. Kerajaan pada tahun ini dan tahun lepas telah menambah bilangan cabutan khas judi (special draw) dari 3 hari kepada 4 hari seminggu untuk meningkatkan rezeki negara. ternyata banyak sekali duit judi dalam kewangan negara ni.
  6. Bila menteri ditanya kemana duit cukai ini dibelanjakan,menteri menjawap wang cukai diguna untuk pembangunan negara,kebajikan sosial,sukan dan PEMBINAAN RUMAH IBADAT.

hebatkan Kerajaan Barisan Nasional? Tak sangka pulak Ahli Parlimen DAP yang kafir pun ambil berat pasal judi tapi UMNO-BN yang merupakan pejuang agama boleh kasi lepas,malah menggiatkan perjudian. Jadi mari sama sama kita *beri sokongan* kepada UMNO Barisan Nasional supaya judi semakin subur dan pendapatan negara semakin meningkat.Ini selari dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara Berpendapatan TInggi.





BN Diramal Kalah Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Kerana Pilih MIC

9 04 2010

Ihsan : Suara Keadilan


Sistem kuota yang diamalkan oleh Barisan Nasional dalam pembahagian kerusi berkemungkinan menjejaskan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin walaupun media mewar-warkan bahawa populariti Umno kini kembali pulih dan sokongan kaum Cina bertambah mantap kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun keputusan tidak memihak kepada calon Melayu atau Cina untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor.

“Semua indikasi menunjukkan kerusi ini akan sekali lagi diberi kepada MIC, parti yang paling kecil dan lemah dalam gagasan BN pada peringkat federal yang secara kebetulan kalah kepada PKR dalam pilihan raya umum 2008.

“Inilah dilemma BN yang mungkin akan mengorbankan kerusi ini sekali lagi. Bukan sahaja MIC parti yang terkecil dalam kumpulan parti asal di Semenanjung, bahkan ia juga mempunyai pengikut paling sedikit di Hulu Selangor,” kata Kadir dalam catatan blognya Isnin lalu.

Kawasan Parlimen tersebut didominasi oleh penduduk Melayu yang merangkumi hampir 54 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 63,000 orang, diikuti oleh pengundi Cina (26.7 peratus) dan India (19 peratus).

Spekulasi yang berlegar ialah calon BN yang kalah iaitu Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC akan dipilih menjadi calon.

“Seorang yang dianggap baik tetapi hubungan rapat beliau dengan presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, juga tokoh dari MIC yang kalah teruk dalam PRU 2008, dilihat sebagai satu liabiliti.

“Meletakkan calon India di yang mempunyai kawasan majoriti Melayu serta komuniti Cina yang besar, dan di mana Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat akan menampilkan seorang calon Melayu, akan hanya melemahkan peluang BN untuk mengambil balik kerusi tersebut,” jelas Kadir.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutian kematian wakil KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mach.

Pada PRU 2008 Zainal Abidin mengalahkan Palanivel dengan majoriti tipis sebanyak 198 undi. Beliau mendapat 23,177 undi berbanding Palanivel yang memperolehi 22,979 undi.

“Samada  Umno atau the BN tidak berani mengakui bahawa kekalahan kerusi itu disebabkan undi protes pengundi Melayu terhadap Umno yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuasan hati terhadap calon India yang dipilih.

“Demonstrasi besar-besaran oleh pertubuhan haram, Hindraf yang mendakwa penindasan ke atas kaum India serta reaksi MIC telah menyebabkan kemarahan orang Melayu. Akibatnya majoriti calon MIC termasuk Samy Vellu, kecundang dalam pilihan raya,” kata beliau lagi.

Tambah Kadir, kelompok Melayu yang tidak berpuas hati tersebut  mungkin tekah kembali menyokong Umno di bawah Najib seperti mana yang dicanangkan oleh parti itu.

Persoalannya adakah mereka akan mengundi BN di Hulu Selangor sekiranya gagasan itu masih diwakili oleh MIC?BN kalah kerusi tersebut pada PRU 2008 disebabkan protes oleh penyokong Umno.Mereka juga bencikan pentadbiran Abdullah dan terguris akibat protes kaum India pada 2007 kata pengarang veteran itu.

“Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor mengatakan segalanya. Peratusan keluar mengundi adalah rendah – hanya 75.24 peratus – dan bilangan undi rosak dan ditolak adalah tinggi – 1,689 – menunjukkan elemen protes yang kuat.

“Saya tidak fikir pandangan dan perasaan ahli dan penyokong Umno terhadap MIC telah berubah kepada suatu yang positif. Mereka masih tidak yakin mengenai kekuatan MIC kerana tampuk pimpinan parti masih kekal dan tidak banyak berubah. Samy Vellu masih kekal berkuasa sementara pada waktu yang sama Umno dan MCA telah melalui proses pertukaran kepimpinan.

“Tambah lagi kesetiaan pengundi India berbelah bagi dengan begitu banyak parti politik dan NGO India berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan kaum itu.

“Keputusan PRU 2008 jelas menunjukkan majoriti pengundi India berpihak kepada KEADILAN-DAP-Pakatan Rakyat,” ujar Kadir dalam analisis beliau.

Menurut Kadir lagi, terdapat parti berasaskan kaum India lain yang kecil – samada yang menyokong BN atau sebaliknya – seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.

“Jadi, sementara meletakkan calon MIC mungkin dilihat selari dengan semangat BN dan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri dikalangan kaum India, langkah ini dianggap amat payah untuk meyakinkan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon kaum India yang berkemungkinan gagal untuk memobilisasi sokongan dari komunitinya sendiri.

“Oleh itu sekiranya KEADILAN-Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerusi itu bukan kerana mereka kuat tetapi disebabkan BN masih belum pulih sepenuhnya. Sistem kuota yang masih digunakan dalam pembahagian kerusi antara parti komponen untuk membantu parti minoriti akan menjadi beban kepada BN,” kata Kadir.

Kata Kadir Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah mereka tersendiri, terutamanya KEADILAN yang tercalar imejnya akibat tindakan melompat parti oleh tiga daripada 31 Ahli Parlimennya.

“Kita mungkin akn melihat ulang tayang tindakan protes oleh pengundi Melayu terhadap BN kerana memilih untuk meletakkan calon yang salah,” kata beliau.





Hubungan Kerajaan Malaysia & APCO Worldwide si-Zionis dan Anti Islam

8 04 2010

Ihsan : Anwaribrahimblog.com

Dari Nat

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecothanak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura. Continue reading ‘Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam’

tambahan penulis : Penulis mendesak kerajaan Malaysia untuk segera menamatkan kontrak dengan syarikat konsultan yahudi ini.Bukankah Yahudi itu musuh umat islam?Mengapa Kerajaan sanggup mendedahkan Malaysia kepada ancaman Zionis?Perkara ini akan melukakan perasaan umat Islam Palestin dan seluruh dunia.

PAS telah menghantar memorandum kepada Agong bagi campur tangan dalam isu ini. Pendedahan baru baru ini menyebut,bukan sekadar konsep 1Malaysia tercemar dengan campur tangan APCO,malah alat alat telekomunikasi dalam PDRM turut terheret sama. Rakyat Malaysia mestilah bangun membantah tindakan tidak bijak kerajaan ini.





Mengapa Saya Tinggalkan UMNO?

25 03 2010

Hari ini saya akan cuba huraikan tajuk ‘Mengapa Saya Tinggalkan UMNO’ seperti yang tertera di atas.Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri setelah saya mula mengambil cakna tentang isu politik tanah air.

Mengapa Saya Tinggalkan UMNO?Bunyinya seolah olah saya adalah ahli UMNO.Ingin saya tegaskan,saya bukanlah ahli UMNO.Bahkan juga bukan ahli mana mana parti politik.Pada asasnya perkenalan saya dengan dunia politik adalah masih baru.

I used to be an UMNO-BN supporter.Segala galanya bermula di sekolah menengah. Yang saya kenal pada waktu itu ialah UMNO dan PAS sahaja. Saya merasa tidak suka dengan guru guru yang cakapnya seolah olah menyindir kerajaan.Bagi saya guru mestilah setia kepada Kerajaan. Mereka tidak boleh menyokong pembangkang kerana kerajaanlah yang bagi mereka gaji setiap bulan.

Parti politik yang saya paling tidak berkenan pada waktu itu ialah PAS.Saya tidak suka cara PAS memperjuangkan Islam.Bukan bermakna saya tidak suka Islam,tapi saya tak suka PAS. Nik Aziz pula suka cakap lepas. Ada ke patut die cakap Tuhan mencarut,Tuhan samseng,Wanita cantik tak boleh bekerja.Waktu itu saya juga berfikiran jika hukum islam dilaksanakan,maka negara mundur seperti Afganistan.Inilah kefahaman yang tertanam dalam fikiran pada waktu itu.Saya tak setuju dengan semua kenyataan si Nik Aziz ni.inilah yang saya pelajari dari buletin utama TV3.Saya menerima sumber berita ini kerana bagi saya apa yang berita laporkan,ia adalah benar.Dan saya tidak pernah kenal sumber berita lain pada waktu ini.

Ketika itu kecenderungan saya kepada politik mula bertunas.Tapi saya tidaklah secakna seperti hari ini. Saya hanya sekadar bersentimen. Jauh sekali dari fikiran saya untuk menyiasat kesahihan laporan berita tersebut. Saya juga tidak pernah terfikir untuk mendengar penjelasan Nik Aziz atau PAS berhubung isu isu yang timbul. Jadi lama kelamaan ia menjadi satu kebenaran yang diyakini bagi saya.Inilah dia kesan media kepada masyarakat kita.

Pada waktu sekolah menengah ,saya masih percaya bahawa Anwar Ibrahim memang bersalah dalam tuduhan rasuah dan liwat ke atasnya. Saya merasa pelik dengan orang yang tidak mempercayainya. Saya yakin dan saya hormat Tun Dr Mahathir. Dia adalah tokoh yang saya sangat kagumi.

Namun, selera saya kepada UMNO-BN mula berubah sewaktu saya di tingkatan lima.Apa yang berlaku mengubah pandangan saya 100% terhadap UMNO-BN.Saya pergi ke kedai runcit. Seperti biasa saya akan membaca surat khabar yang ada disitu.

Saya tak ingat sama ada ia utusan atau pun berita harian.Jadi,apa sebenarnya yang saya baca sehingga ia mengubah pandangan baik saya terhadap parti UMNO-BN?Pada waktu ini isu Negara Islam sedang hangat dimainkan oleh surat khabar. Jadi saya membaca kenyataan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang meminta kebenaran menteri penerangan, Dato Seri Khalil Yakob untuk menerangkan konsep negara islam yang PAS mahukan terus kepada rakyat daripada parlimen.

Apakah jawapan menteri penerangan?adakah beliau memberi kebenaran?Tidak. Beliau menjawap Kerajaan tidak mengizinkan dan PAS perlulah mencari kaedahnya sendiri untuk menerangkan konsep negara Islam kepada rakyat.

Mulai dari saat itu, hati saya telah berpaling daripada UMNO. Mengapa UMNO kejam sebegitu sekali?Apa salahnya PAS bercakap terus kepada rakyat dari parlimen supaya rakyat faham niat PAS?Bukankah UMNO pun orang Islam?

Pada waktu ini saya masih mentah.Saya tidak dapat membaca sebab kerajaan menolak. Sekarang saya sudah tahu. Jika Kerajaan benarkan PAS berucap langsung dengan rakyat,maka ditakuti rakyat akan faham dan memberi sokongan pada PAS. itulah puncanya.Jika rakyat faham,maka rosaklah rencana UMNO untuk terus memburuk burukkan PAS dimata orang Melayu dan orang Bukan Islam.Jika rakyat faham,maka persepsi PAS parti ekstrim,radikal,hudud pasti akan lenyap dari minda rakyat.

sejak hari itu,saya telah berubah. Tapi tidaklah setegas hari ini. Saya hanya membentuk kepercayaan baru dalam diri. Inilah serba sedikit sejarah mengapa saya meninggalkan UMNO.

bersambung..







KJ PAHLAWAN ISLAM SEJATI!

20 02 2010

Pemuda UMNO dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin kini menanggung malu yang amat besar kerana menimbulkan isu kerajaan Pulau Pinang yang kononnya membatalkan perarakan Maulidul Rasul.Khairy dan media arus perdana dikecam hebat kerana telah sengaja mencetuskan isu perkauman dengan meng api apikan sentimen agama di kalangan masyarakat  melayu Pulau Pinang dan umat islam seluruh negara.

Terdahulu, UMNO dan Utusan Melayu menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan tidak mendukung cita cita Islam kerana dikatakan membatalkan perarakan maulidul rasul.Ini ditambah lagi oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah dan juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang tumpang sekaki untuk menjadi hero dan pahlawan Islam sebenar.Media menggunakan isu ini berhari hari dengan komen rasis ramai pemimpinnya kononnya mereka mempertahankan Islam.

Terbukti hari ini negeri Kelantan di bawah Pas sendiri tidak pula menganjurkan perarakan kerana ia bukan tuntutan Islam. Tuan Guru Nik Aziz berkata berarak itu tiada fadilatnya sebagaimana bulan Ramadhan. Beliau berkata Kelantan telah lama mengikuti sunnah Nabi Muhamad SAW.Namun Tuan Guru turut dikecam cuba berkompromi dan cuba menyelamatkan imej DAP di Pulau Pinang.Inilah dia tuduhan tuduhan liar pemimpin UMNO.

Portal berita online Malaysiakini melaporkan bahawa negeri negeri dibawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional seperti Pahang,Johor dan Perlis juga tidak melakukan perarakan. Meskipun ada yang meminta diadakan perarakan,namun Jabatan Agama Islam negeri negeri terbabit tidak membenarkan kerana berarak itu bukan satu tuntutan Islam. Tetapi negeri negeri ini menggantikan upacara berarak dengan acara lain yang lebih bermanfaat seperti majlis ceramah dan sebagainya.

Jadi,kemanakah perginya Ketua Pemuda UMNO, si pejuang Islam Khairy Jamaludin yang sejati itu?kenapa tidak diheret Johor,Perlis dan Pahang sebagai anti-Islam???Kini terpaksalah UMNO menanggung malu besar dek kerana perbuatan bodoh Ketua Pemudanya. Pulau Pinang dibawah tadbiran Lim Guan Eng pula kini meneruskan sambutan Maulidul Rasul selama 4 hari berturut turut dengan pelbagai aktiviti Islami untuk disertai masyarakat Islam seluruhnya.Jadi kini semakin jelas bahawa UMNO sudah ketandusan isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.