PAS Terus Kukuh Tanpa Lompat Parti

6 03 2010

Dikala PKR dilanda masalah pemimpin keluar parti, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus kukuh tanpa seorangpun wakil rakyatnya yang melompat parti.PAS adalah sekutu utama bagi PKR dalam Pakatan Rakyat (PKR) selain DAP. Parti DAP juga memiliki rekod ahli melompat parti iaitu Hee Yit Foong (Adun Jelapang) yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang kepada BN di Perak.

Wakil rakyat PAS cukup terkenal dengan prinsip kesetiaan mereka kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Mereka begitu sukar digugat atau dibeli bagi meninggalkan parti.Hal ini demikian kerana perjuangan mereka berasaskan Al-Quran dan Al Sunnah yang menuntut keimanan dan kejujuran dalam organisasi.

PAS adalah satu satunya parti yang dasarnya Islam di Malaysia sehingga kini. Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kejayaan besar PAS diperingkat negeri dan Parlimen.PAS kini memiliki sejumlah 23 orang ahli parlimen dan juga 83 ahli dewan undangan negeri diseluruh negara. PAS membentuk kerajaan dan menjadi menteri besar di Kelantan,Kedah dan Perak bersama sama rakan rakan dalam Pakatan Rakyat.Begitu juga di Selangor dan juga Pulau Pinang, PAS menjadi rakan yang setia di negeri negeri tersebut.

Apakah rahsia kekuatan PAS sehingga tiada wakil rakyatnya melompat parti?Pertama ialah dari segi pemilihan calon.Pemilihan calon PAS dibuat dengan amat teliti oleh majlis syura ulamaknya. Majlis syura ulama akan memastikan calon calon pilihanraya dari PAS melepasi syarat syarat ketat yang telah ditetapkan. Hanya calon terbaik sahaja yang akan melepasi saringan tersebut.

Kedua setiap calon PAS haruslah berbaiah atau melafazkan sumpah taat setia kepada perjuangan.Setiap calon bersumpah untuk setia kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh parti dan tidak sesekali akan mengkhianati amanah mereka.Sekiranya mereka melompat parti maka samalah seperti mereka mengkhianati islam.

Ketiga,PAS menitik beratkan soal tarbiyah.PAS mendidik ahli ahlinya kepada usrah,ilmu,Qiyamulai dan lain lain. Sistem tarbiyah mereka cukup lengkap.Ia telah menjadi benteng berkesan kearah memantapkan kekuatan hati pengikut pengikutnya,sesuatu yang tidak ditemui dalam mana mana parti lain.

Sejarah membuktikan kerajaan PAS kelantan dalam keadaan amat getir selepas PRU ke-11 dimana beza kerusi PAS dan Barisan Nasional hanyalah 1 kerusi. Satu kerusi itupun hanya dengan majoriti 2 undi. Namun berkat kekuatan prinsip kesemua wakil rakyatnya, PAS berjaya mempertahankan kerajaannya sehingga pilihanraya umum berikutnya.

Kekuatan PAS ini telah membuka mata ramai rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia dilihat mahu parti yang bersih,jujur dan ikhlas berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum.Situasi politik terkini menyebabkan rakyat Malaysia melihat PAS sebagai parti yang memiliki potensi besar dalam mentadbir negara. Tidak hairanlah kini PAS memiliki kelab penyokong yang ramai dari kalangan bukan islam. setakat ini sahaja, terdapat 20 ribu ahli kelab penyokong diseluruh negara.

PKR dan DAP hendaklah belajar dari kekuatan sekutu mereka PAS dalam mengurus wakil rakyat.Kekuatan spiritual calon hendaklah dititikberatkan oleh parti untuk pilihanraya umum yang akan datang.