PKR Kena Muhasabah Diri

22 04 2010

Tahun ni boleh kata Tahun Melompat se-Malaysia. Apa tidaknya, hari demi hari ada saja yang buat sidang media untuk keluar parti.Parti yang suffer paling teruk dari isu lompat parti ni adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setakat ni, dah 3 Ahli parlimen isytihar keluar parti dan seorang dipecat. (Bayan Baru,Nibong Tebal,Bagan Serai,Kulim Bandar Baharu). Manakala 6 Ahli Dewan Undangan Negeri; 2 di kedah,3 di Perak dan 1 di Selangor (Lunas,Bakar Arang,Changkat Jering,Behrang,Jelapang,Pelabuhan Kelang)

Mereka keluar parti disaat Pakatan Rakyat semakin kukuh di Malaysia. Yang paling sengal ialah di Perak. Kerana sikap durjana mereka,Kerajaan Pakatan Perak tumbang ke tangan Barisan Nasional. Negeri jadi kalut kerana perangai ketiga tiga Adun ini.

Sepanjang minggu ini saja,macam macam lagi dah isytihar keluar PKR. Bendari la,ketua AMK la,EXCO AMK la,Ketua Wanita la dan macam macam lagi. Ada yang keluar sebab nak jadi bebas. Ada yang keluar untuk jadi bebas mesra BN kononnya macam lagu ‘teman tapi mesra’. Ada juga keluar parti terus apply borang UMNO.

Disebabkan ramainya yang melompat (ada yang bukan ahli pun,tapi isytihar lompat juga) , rakyat jadi lali alias tak heran dah dengan mereka ni semua. siapa tak tahu PKR ni. Semua orang tahu pengalaman PKR ni dalam meniti usia mudanya.

Timbalan Presiden pernah keluar (Chandra Muzhaffar), Ketua AMK (Ezam) pun keluar,dan macam macam lagi yang keluar.Begitu sekali pahit yang perlu ditelan PKR untuk menjadi sebuah parti yang matang. Terdapat beberapa sudut pandangan di sini.

Pertama PKR ditubuhkan atas dasar protes. PKR diasaskan sebab orang benci UMNO dan benci BN. Mereka nak bawak agenda reformasi bagi menjahanamkan BN seterusnya membawa perubahan di malaysia.Jadi yang jadi ahli PKR ni ramainya adalah ahli UMNO dan ahli parti BN lain yang protes. Jadi kalau kita perhati, orang dalam PKR ni bila dia rasa tak puas hati, dia akan keluar parti dan masuk semula ke parti asal dia.

Kedua, PKR ini semakin kuat dan mendapat sokongan sangat kuat dari rakyat. PKR bangkit bergaya masa PRU ke-12 aritu meskipun semasa beberapa hari sebelum membuang undi, Anwar Ibrahim di maki sebanyak banyaknya dalam surat khabar. Ingatkan rakyat termakan cara tu,rupanya BN lagi kalah teruk buat gitu.Justeru kekuatan PKR sangat digeruni dan menjadi ancaman bagi BN.Biasanya,yang paling kerap dihentam oleh BN itulah yang sebenarnya paling mengancam BN.

Sejak tamatnya pilihanraya umum ke-12 hinggalah kehari ini, BN tak pernah jemu memaki,mengutuk,memfitnah,membidas,menghasut,memprovok,mengganyang, menawarkan wang ganjaran dan lain lain. Jadi tak hairanlah ada yang tertekan,tak tahan dan sebagainya. So apa lagi keluar partilah jawabnya. BN dilihat akan  mudah approach orang yang kecewa dan terasa hati dengan PKR. orang orang beginilah biasanya akan menjadi sasaran untuk dipujuk keluar parti.

Ketiga PKR ini parti muda. Baru remaja bermumur 12 tahun (darjah 6). So PKR tak matang lagi.Pemimpinnya masih tidak matang mungkin. Dato Seri Anwar mana mampu nak kemudi PKR sorang sorang. Jadi susahlah nak kawal ahli ahli yang kurang matang ni. Maka sebab susah nak kawal dan sukar memantau,terlepaslah keluar beberapa pemimpin yang kecewa.

Seterusnya yang kelima, PKR ini tegas sangat dengan prinsip dia. Tak boleh rasuah,tak boleh kronism,tak boleh guna duit rakyat dan macam macam lagi. Ahli ahli partinya maybe ramai yang berkorban diperingkat awal parti.Ramai mungkin yang guna duit sendiri untuk gerakkan parti.Bila PKR menguasai negeri,maka orang orang ini masih begitu. Takkan nak guna duit sendiri lagi. So mereka expect untuk lebih mudah la dapat peruntukan. Thus if tak dapat,mereka akan rasa mereka tak dihargai walaupun PKR dah menang negeri. So adalah yang geram dan merajuk bawak diri.

Last sekali,mungkin ramai ahli parti tak faham dan tak hadam lagi agenda perjuangan PKR ni. mereka tak hayati mungkin prinsip keadilan yang diperjuangkan PKR. Lagipun dalam PKR,tidak ada sistem tarbiyah sebagaimana PAS ada. Perangai perangai UMNO masih banyak bersarang dalam diri mereka. Tu sebab bila tak faham dasar,maka mudahlah untuk berpaling tadah.

Kesimpulannya,tamat saja PRK Hulu Selangor ni, Saya mintak PKR ni bawak bawaklah bermuhasabah dan bincangkan 6 perkara yang saya sebut tadi. Jangan sampai rakyat rasa muak dan meluat melihat setiap hari ada yang melompat.Mungkin dari jangka pendek UMNO akan kata PKR ni seperti telur dihujung tanduk sebab ramai orang keluar tinggalkan parti,namun dari segi jangka masa panjang, PKR akan jadi lebih bersih dari orang orang yang lemah ni.

Muhasabahlah cepat sebelum PRU ke-13. Jangan biar BN ambil kesempatan disebalik semua masalah ini. BN mungkin jadi kuat semula atas kelemahan PKR dan Pakatan Rakyat. Jadilah seperti PAS yang bersih dari tindakan lompat parti.

Sekian,Penulis.





Pertarungan Sengit di Hulu Selangor Dengan Rasminya Bermula Hari Ini

17 04 2010

ihsan : Malaysian Insider

Kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak akan menjadi medan yang mudah untuk Parti Keadilan Rakyat mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum 2008.

Yang memenangi kerusi itu bagi pihak PKR dua tahun lalu adalah Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Allahyarham bukan sebarangan orang; bekas Timbalan Menteri Besar sewaktu Umno-Barisan Nasional menguasai Selangor. (Allahyarham menyertai PKR pada 2005.)

Namun dengan populariti dan kehebatan Allahyarham pun, kerusi Parlimen itu yang mempunyai kira-kira 64,000 pengundi hanya dimenanginya dengan majoriti 198 undi, menewaskan penyandang Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Malah, kesemua tiga Dewan Undangan Negeri — Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baharu — dalam kawasan Parlimen itu telah dimenangi oleh BN.

Faktor-faktor ini yang menjadikan pucuk pimpinan Umno dan BN yakin dengan usaha mereka untuk menawan semula Hulu Selangor Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertekad supaya BN berjuang habis-habisan untuk merampas semula kerusi itu. Malah, bukan setakat menang, katanya, tetapi juga berjaya meraih undi sebanyak yang mungkin.

Tetapi Hulu Selangor juga menjadi masalah kepada BN. Sebelum pemilihan Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan sebagai calon BN, gabungan pemerintah pusat itu mengalami masalah pemilihan calon.

Umno yang merasakan dipinggirkan sejak Merdeka di kawasan di mana Melayu mewakili separuh jumlah pengundi mahu calon dipilih dari kalangan mereka. Namun, pucuk pimpinan Umno memilih jalan selamat dengan mengekalkan status quo.

Apabila MIC diberi mandat sekali lagi, timbul lagi soal siapa calon. Palanivel sebagai bekas penyandang menjadi pilihan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu tetapi ia ditolak oleh Umno dengan mengemukakan calon MIC pilihan mereka sendiri. Akhirnya Kamalanathan dipilih sebagai calon kompromi.

Sejak PKR menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada Selasa lalu, Umno melalui media perdana miliknya telah membangkitkan isu “anak tempatan” atas alasan Zaid adalah anak negeri Kelantan, walau pun telah menetap di Selangor sejak lebih 30 tahun.

Isu itu kemudiannya dimatikan apabila Kamalanathan dipilih kerana beliau juga bukan anak tempatan Hulu Selangor.

Begitu juga usaha Muhyiddin untuk mempelekehkan Zaid dengan menyifatkannya sebagai calon bukan “heavyweight”, sebaliknya “lightweight”. Timbalan Perdana Menteri itu juga menambah: “Kalau kita lihat rekod Zaid bukanlah baik sangat.”

Seranah terhadap Zaid ini pula disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berada di Washington DC dalam rangka lawatannya ke Amerika Syarikat pada Jumaat lalu; apabila ditanya mengenai pencalonan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Najib menjawab: “Semua orang kenal Zaid. Tak perlu saya ulas.”

Memang Najib mahu memperlekehkan Zaid. Bagi pihak BN tentunya Zaid adalah musuh kerana enggan bersama Umno dan menyertai PKR. Tetapi jika kata-kata “semua orang kenal Zaid” itu dilihat dalam perspektif lain, ia memberi pengertian positif.

Walau pun lama bersama Umno, Zaid sering menjadi sasaran dalaman parti kerana ketegasannya mahu membawa perubahan positif dalam Umno. Malah, rekod cemerlangnya sebagai Menteri yang paling singkat berkhidmat — 6 bulan — masih diingati ramai. Sepanjang perkhidmatannya, beliau mahu mereformasikan sistem perundangan negara tetapi disekat oleh pimpinan Umno.

Zaid adalah satu-satunya Menteri — sejak lebih 40 tahun lalu — yang berani meletak jawatan kerana atas dasar prinsip kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tanpa bicara pemimpin DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng pada September 2008.

Suara Zaid, sejak dalam Umno hingga hari ini, yang mahu peluang saksama dan keadilan ditegakkan untuk semua tanpa mengira kaum telah menjadi duri dalam daging kepada Umno. Zaid juga secara terbuka menyatakan rasa sayang kepada Melayu dan mahu Melayu dmartabatkan ke tahap yang lebih tinggi dan mulia tanpa perlu bergantung kepada sistem ala feudal dan korup Umno.

Pendirian tegas Zaid ini sedang dan akan terus dimainkan oleh Umno melalui kempen serta media perdana milik mereka untuk menggambarkan penyeralas Pakatan Rakyat itu sebagai “Melayu liberal” yang tidak sayangkan kaum sendiri.

Namun, tohmahan terhadap Zaid sukar untuk memadamkan kelemahan dalaman Umno dan BN yang terpaksa memilih calon kompromi.

Pada hari penamaan calon pagi ini, dua calon bebas telah disahkan pencalonan mereka. Kedua-duanya adalah anggota BN — seorang dari Umno Johan Md Diah manakala satu lagi dari MIC V.S. Chandran; mereka dikatakan anak tempatan Hulu Selangor.

Johan telah pun diumumkan akan dipecat kerana bertanding bebas atas alasan mahu membela Melayu manakala Chandran sebelum ini menyatakan beliau mahu “mengajar” Samy Vellu dan MIC kerana tidak mempedulikan nasib kaum India. Undi siapa yang akan mereka pecahkan?

Jika Muhyiddin menggambarkan Zaid sebagai “lightweight”, pengundi Hulu Selangor mungkin sukar untuk memberi penarafan kepada Kamalanathan.

Mungkin yang mampu menyaingi Zaid adalah jentera besar dan janji-janji pilihan raya yang bernilai beratus juta ringgit yang sudah menjadi kebiasaan kempen BN. Tetapi kali ini juga BN menghadapi tentangan dari kawasan Parlimen yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Dalam pertandingan yang tak mudah dimenangi ini, semua pihak terpaksa bekerja keras untuk memujuk pengundi yang semakin merasakan tekanan ekonomi keluarga, runtunan isu-isu perkauman dan kekeliruan semasa yang dipenuhi slogan-slogan kosong.





Dato Zaid Ibrahim Calon Pakatan di Hulu Selangor

13 04 2010

Sungguhpun pengumuman rasmi belum dibuat,namun sola calon PKR telah bertiup kencang di alam maya.Nampaknyat teka teki rakyat malaysia telah menjadi.Dato Zaid Ibrahim bakal mengalas tugas berat mempertahan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Zaid Ibrahim dilihat sebagai tokoh politik nasional yang cukup popular. Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor,namun itu bukanlah persoalan besar buat pengundi. Tinjauan yang dibuat menunjukkan Zaid Ibrahim sangat popular di Hulu Bernam dengan 90% responden inginkan beliau bertanding di situ.

Secara keseluruhan, 60% responden dari seluruh bahagian Hulu Selangor memilih Zaid Ibrahim untuk bertanding berbanding dengan calon anak tempatan iaitu pakar bedah saraf, Dr Halili. Zaid dilihat lebih popular dan kerap muncul dalam isu isu nasional.

Muhyidin hari ini telah menyatakan kesediaan membuka semua aib dan tembelang Zaid Ibrahim. Muhyidin kata, BN akan mendedahkan macam macam perkara tentang Zaid. Kita akan sama sama lihat apakah yang akan terdedah nantinya.

Saya yakin,pemimpin Pakatan telah memikirkan strategi terbaik bagi berhadapan dalam pilihanraya yang cukup penting,getir dan sengit ini.BN kini dilihat mula  memainkan isu calon tempatan untuk mempengaruhi pengundi untuk menolak Zaid. Khir Toyo pula nampaknya sudah mula mahu berkempen untuk BN di Hulu Selangor.

Sebagai rekod, Khir Toyo pernah dikritik hebat kerana menghadiahkan penyapu sampah kepada PBT di Hulu Selangor.Perbuatan beliau dilihat sangat memalukan dan menjatuhkan maruah pegawai kerajaan. Mungkin ia satu sebab kenapa kerajaan Barisan Nasional dihukum di Selangor kerana dendam kakitangan kerajaan kepada pentadbiran BN.





BN Masih Dalam Dilema

12 04 2010

Bahang PRK Hulu Selangor makin hari makin panas.Pihak BN dan Pakatan kini masing masing dilihat sibuk mengatur strategi bagi memenangkan parti mereka. BN sudah tidak berahsia lagi. Najib telahpun mengakui MIC akan bertanding. Yang menjadi dilema waktu ini ialah siapakah dari MIC yang akan bertanding?

Samy Vellu kata dia hanya hantar satu nama saja. Tapi Muhyidin kata hari ni BN ada beribu calon yang boleh diketengahkan di Hulu Selangor dan beliau berkata , nama nama telah dishortlist. Yang mana satu yang betul? BN nampaknya sekali lagi terjerat dengan isu calon.

BN kecundang di Kuala Terengganu dan di Permatang Pasir kerana salah memilih calon. Calon yang dipilih tidak disukai masyarakat setempat. Hanya Palanivel dicadangkan MIC di sana. Beliau sudah merayu rayu untuk diberi peluang. Kesian.Tapi masyarakat bawahan nampaknya tidak suka Palanivel. UMNO tak suka beliau. UMNO Hulu Selangor kata kok iye pun MIC nak jadi calon,pilihlah selain dari Palanivel.

setakat ini tinjauan umum masih memberi kelebihan kepada Parti Keadilan Rakyat dari PR untuk memenangi pilihanraya kecil ini. Keputusan undian yang dijalankan di mstar online.com  (pro-UMNO).Saya tidak dapat mengupload pol tersebut disini. cukuplah kalau saya bagi link di sini:

http://mstar.com.my/tinjauan/?id=168&view=result&err=invalid





BN Diramal Kalah Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Kerana Pilih MIC

9 04 2010

Ihsan : Suara Keadilan


Sistem kuota yang diamalkan oleh Barisan Nasional dalam pembahagian kerusi berkemungkinan menjejaskan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin walaupun media mewar-warkan bahawa populariti Umno kini kembali pulih dan sokongan kaum Cina bertambah mantap kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun keputusan tidak memihak kepada calon Melayu atau Cina untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor.

“Semua indikasi menunjukkan kerusi ini akan sekali lagi diberi kepada MIC, parti yang paling kecil dan lemah dalam gagasan BN pada peringkat federal yang secara kebetulan kalah kepada PKR dalam pilihan raya umum 2008.

“Inilah dilemma BN yang mungkin akan mengorbankan kerusi ini sekali lagi. Bukan sahaja MIC parti yang terkecil dalam kumpulan parti asal di Semenanjung, bahkan ia juga mempunyai pengikut paling sedikit di Hulu Selangor,” kata Kadir dalam catatan blognya Isnin lalu.

Kawasan Parlimen tersebut didominasi oleh penduduk Melayu yang merangkumi hampir 54 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 63,000 orang, diikuti oleh pengundi Cina (26.7 peratus) dan India (19 peratus).

Spekulasi yang berlegar ialah calon BN yang kalah iaitu Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC akan dipilih menjadi calon.

“Seorang yang dianggap baik tetapi hubungan rapat beliau dengan presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, juga tokoh dari MIC yang kalah teruk dalam PRU 2008, dilihat sebagai satu liabiliti.

“Meletakkan calon India di yang mempunyai kawasan majoriti Melayu serta komuniti Cina yang besar, dan di mana Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat akan menampilkan seorang calon Melayu, akan hanya melemahkan peluang BN untuk mengambil balik kerusi tersebut,” jelas Kadir.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutian kematian wakil KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mach.

Pada PRU 2008 Zainal Abidin mengalahkan Palanivel dengan majoriti tipis sebanyak 198 undi. Beliau mendapat 23,177 undi berbanding Palanivel yang memperolehi 22,979 undi.

“Samada  Umno atau the BN tidak berani mengakui bahawa kekalahan kerusi itu disebabkan undi protes pengundi Melayu terhadap Umno yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuasan hati terhadap calon India yang dipilih.

“Demonstrasi besar-besaran oleh pertubuhan haram, Hindraf yang mendakwa penindasan ke atas kaum India serta reaksi MIC telah menyebabkan kemarahan orang Melayu. Akibatnya majoriti calon MIC termasuk Samy Vellu, kecundang dalam pilihan raya,” kata beliau lagi.

Tambah Kadir, kelompok Melayu yang tidak berpuas hati tersebut  mungkin tekah kembali menyokong Umno di bawah Najib seperti mana yang dicanangkan oleh parti itu.

Persoalannya adakah mereka akan mengundi BN di Hulu Selangor sekiranya gagasan itu masih diwakili oleh MIC?BN kalah kerusi tersebut pada PRU 2008 disebabkan protes oleh penyokong Umno.Mereka juga bencikan pentadbiran Abdullah dan terguris akibat protes kaum India pada 2007 kata pengarang veteran itu.

“Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor mengatakan segalanya. Peratusan keluar mengundi adalah rendah – hanya 75.24 peratus – dan bilangan undi rosak dan ditolak adalah tinggi – 1,689 – menunjukkan elemen protes yang kuat.

“Saya tidak fikir pandangan dan perasaan ahli dan penyokong Umno terhadap MIC telah berubah kepada suatu yang positif. Mereka masih tidak yakin mengenai kekuatan MIC kerana tampuk pimpinan parti masih kekal dan tidak banyak berubah. Samy Vellu masih kekal berkuasa sementara pada waktu yang sama Umno dan MCA telah melalui proses pertukaran kepimpinan.

“Tambah lagi kesetiaan pengundi India berbelah bagi dengan begitu banyak parti politik dan NGO India berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan kaum itu.

“Keputusan PRU 2008 jelas menunjukkan majoriti pengundi India berpihak kepada KEADILAN-DAP-Pakatan Rakyat,” ujar Kadir dalam analisis beliau.

Menurut Kadir lagi, terdapat parti berasaskan kaum India lain yang kecil – samada yang menyokong BN atau sebaliknya – seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.

“Jadi, sementara meletakkan calon MIC mungkin dilihat selari dengan semangat BN dan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri dikalangan kaum India, langkah ini dianggap amat payah untuk meyakinkan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon kaum India yang berkemungkinan gagal untuk memobilisasi sokongan dari komunitinya sendiri.

“Oleh itu sekiranya KEADILAN-Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerusi itu bukan kerana mereka kuat tetapi disebabkan BN masih belum pulih sepenuhnya. Sistem kuota yang masih digunakan dalam pembahagian kerusi antara parti komponen untuk membantu parti minoriti akan menjadi beban kepada BN,” kata Kadir.

Kata Kadir Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah mereka tersendiri, terutamanya KEADILAN yang tercalar imejnya akibat tindakan melompat parti oleh tiga daripada 31 Ahli Parlimennya.

“Kita mungkin akn melihat ulang tayang tindakan protes oleh pengundi Melayu terhadap BN kerana memilih untuk meletakkan calon yang salah,” kata beliau.





Dari Titi Tinggi ke Hulu Selangor

25 03 2010

Kita dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato Dr Zainal Abidin Ahmad (bukan rektor UTP) pada pukul 9.27 malam sebentar tadi. Allayarham memang sudah lama diberitakan sakit.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Sebagai rekod, Dato Dr Zainal (PKR) telah memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menewaskan calon Barisan NAsional dari parti MIC, Dato G Palavinel. Beliau mendapat undi sebanyak 23, 177 undi manakala Dato G Palavinel pula 22,979 undi. Beliau menang dengan majoriti tipis 198 undi sahaja.

Seperti yang kita ketahui, pilihanraya hampir hampir berlaku di Dun Titi Tinggi,Perlis baru baru ini berikutan perletakan jawatan Adun MCA kawasan itu.Walaupun surat perletakan jawatan sudah diserahkan, entah ilmu apa yang BN guna, mereka berjaya membujuk Adun tersebut untuk menarik kembali perletakan jawatan beliau.

Hari ini, ditakdirkan pula Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal. Ini bermakna satu pilihanraya kecil akan diadakan di Selangor tidak lama lagi.

Pilihanraya ini adalah yang pertama untuk tahun ini dan yang ke-10 selepas pilihanraya umum. Saya menjangkakan pilihanraya ini akan berlangsung dengan sangat sengit.

Ia akan menjadi cukup getir buat PKR dan juga MIC (BN). Bagi PKR, pilihanraya ini akan menjadi kayu ukur sejauh mana krisis parti itu mempengaruhi mood rakyat ke atas PKR. manakala BN pula ia akan menjadi ukuran sama ada konsep 1Malaysia benar benar telah menarik sokongan rakyat ke parti itu.

Sama sama kita saksikan nanti kesudahannya. MIC juga tidak boleh goyang kaki kerana krisis kepimpinan parti itu tidak kurang hebatnya. UMNO pula mungkin akan mendesak MIC untuk menyerahkan kerusi itu kepadanya kerana MIC sudah hilang sokongan rakyat. sama sama kita lihat drama politik di Selangor Darul Ehsan tidak lama lagi.





Letakkan Jawatan Segera

4 03 2010

Negara terus dikejutkan dengan siri pengkhianatan segelintir wakil rakyat PKR yang bertindak meninggalkan parti.Yang terbaru ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri,65 tahun telah mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi bebas.

Beliau adalah ahli parlimen ke-3 yang meninggalkan parti setelah Dato Seri Zahrain Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru) dan juga Tan Tee Beng (PKR-Nibong Tebal).Jika ditambahkan kesemuanya,sudah 7 orang wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu sejak tahun lalu.

Perkara ini sungguh memalukan Pakatan Rakyat.Umum mengetahui bahawa mereka yang meninggalkan parti ini adalah pemimpin yang bermasalah dan ada juga yang berkepentingan peribadi.Adalah sangat memalukan jika ada diantara mereka keluar kerana dibeli oleh pihak musuh.

Tidak dapat dinafikan, perkembangan terbaru ini boleh menghantar mesej yang salah kepada seluruh ahli parti dan juga para pengundi atas pagar yang telah memberikan undi mereka kepada PKR.Tindakan khianat wakil wakil rakyat ini sangat dikesali.Mereka telah sengaja mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi mereka.

Namun,mengikut veteran politik,apa yang berlaku kepada PKR ada hikmahnya.Hakikatnya parti perlu dibersihkan dari segala daki dan kekotoran agar yang tinggal hanyalah yang bersih dan suci sahaja. Parti perlu dibersihkan dari pemimpin berkepentingan,yang khianat,yang tidak kuat dan tidak setia kepada dasar perjuangan.

Diharapkan PKR dengan bantuan DAP dan PAS akan segera menyelesaikan kemelut ini dan bersiap sedia turun padang memberi penerangan ke seluruh negara tentang isu ini.Kita sudah lihat betapa perlunya calon yang beriman dan berakhlak serta kuat prinsip dilantik menjadi calon pilihanraya.PKR dimasa depan mestilah tidak lagi mengulangi kesilapan memilih calon calon seperti itu.

Penulis berpendapat wakil wakil rakyat yang sudah cabut lari ini untuk segera meletak jawatan sekiranya mereka bermaruah.Mereka dipilih atas nama PKR dan wadah Pakatan.Ahli ahli parti PAS dan PKR lah yang telah bermati matian memenangkan mereka dalam pilihanraya.Jika kini mereka sudah tidak mahu dan tidak setuju dengan Pakatan,sewajarnya mereka meletakkan jawatan mereka.

Letakkan jawatan secara terhormat sebelum rakyat membenci.Rakyat benci pada pengkhianat.Jangan sampai  nama kalian tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat perjuangan.Saya yakin katak katak yang melompat ini sudah menempah kubur dalam karier politik mereka.