MAHKAMAH SUDAH MEMUTUSKAN!

9 02 2010

Dari awal pagi lagi, seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Perak menunggu nunggu keputusan hakim mahkamah persekutuan berhubung MB Perak yang sah. Keputusan yangdijangka diumum pada pukul 9.30 pagi itu tidak juga kunjung tiba.Barangkali seluruh dunia, terutamanya negara negara komanwel kerana keputusan mahkamah ini akan menjadi rujukan diseluruh mahkamah di negara negara bekas jajahan British selepas ini.

Kini sudah diketahui keputusannya. Panel 5 orang hakim sebulat suara menyatakan Zambry sebagai MB Perak yang sah. Keputusan 5-0 hakim hakim ini sebenarnya sudah dijangka oleh sesetengan pihak. Walaupun ramai yang meramalkan keputusan hari ini akan menobatkan Nizar semula ke kerusi MB sebagaimana mahkamah tinggi tempohari,namun nampaknya ramalan tingggal ramalan.

Kepada seluruh pendukung Pakatan Rakyat dan kepada 74% rakyat Perak yang sudah lama menderita menantikan pembubaran Dun, diharap dapat bersabar. Saya tahu anda akan bertambah derita kerana Zambry tidak akan membubarkan Dun. Keputusan mahkamah hari ini tidak sedikitpun akan menyembuhkan luka rakyat Perak yang dari awal awal lagi inginkan mandat memilih kerajaan dipulangkan kepada mereka. Bersabarlah rakyat Perak!

Kepada Nizar dan Pakatan rakyat, apa pula selepas ini?Rakyat tahu, jika Nizar menang hari ini, Nizar pasti akan membubarkan Dun kerana beliau bukan gila kuasa. Beliau hanya ingin memulangkan hak rakyat yang direnggut oleh Barisan Nasional. Tidak mengapalah. Nizar mungkin kalah dimahkamah Persekutuan,namun Nizar tetap menang di mahkamah rakyat.

Tahniah Zambry.tadbirlah negeri ini dengan baik. Tadbirlah negeri disaat hati rakyat engkau lukai. Tadbirlah negeri dibalik derita hati rakyat.Tak usah buat pilihanraya baru walaupun rakyat sangat menginginkannya.

-pengundi Perak-

Advertisements




KEPUTUSAN MAHKAMAH ESOK

8 02 2010

Mahkamah dijangka mengumumkan  keputusan rayuan kes siapa MB Perak yang sah esok di mahkamah persekutuan Putrajaya. Justeru kedua dua Menteri Besar, Dato Seri Zambry dan Dato Seri Nizar Jamaludin masing masing menyeru para penyokong dan rakyat untuk menunaikan solat hajat supaya mahkamah memberikan keputusan yang terbaik.

Nizar dan PAS sudah menyeru ahli dan penyokong pakatan sejak awal awal lagi. Manakala sepanduk ‘Solat Hajat Rakyat’ anjuran kerajaan Zambry sudah kelihatan di Ipoh.selewat lewatnya diadakan hari ini. Beliau telah menjemput kaki tangan kerajaan negeri untuk hadir bersama isteri masing masing bagi bersama sama bermunajat pada majlis itu.

Perang saraf antara kedua dua musuh politik ini kini semakin rancak. Kajian dan survey sudah dijalankan dimana beberapa kesimpulan penting dapat dicapai. Pertama sokongan Melayu kepada Zambry adalah jauh lebih tinggi meninggalkan Nizar. Ini dilihat sebagai kejayaan BN memainkan isu derhaka dan juga boneka DAP dikawasan majoriti Melayu.

Kedua, sokongan pengundi Cina terhadap Nizar adalah tinggi,jauh meninggalkan Zambry. Kaum Cina menunjukkan sokongan yang semakin kuat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya atas faktor Nizar Jamaludin. Hanya beberapa peratus sahaja Cina yang menyokong Barisan Nasional. Manakala sokongan kaum India pula adalah 50-50 terhadap BN mahupun Pakatan. Kita dapat melihat bahawa sokongan Melayu dan India beransur ansur pulih terhadap BN semenjak Pilihanraya Umum yang lalu. Manakala Cina kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dan yang paling penting bila soalan siapakan MB Perak yang paling layak memimpin Negeri, maka majoriti Cina dan India menyokong Nizar manakala skala sokongan melayu pula menyebelahi Zambry. Secara keseluruhannya, Nizar masih menjadi pilihan utama rakyat Perak untuk memimpin negeri ini.

Sama sama kita nantikan keputusan mahkamah esok.Hidup rakyat!





MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK SIRI-2

7 02 2010

Hampir seminggu Pakatan tidak dapat menghubungi 2 EXCO terbabit. DAP juga gagal menjejaki kemana hilangnya wakil rakyat mereka,Hee Yit Foong sehingga DAP terpaksa mengeluarkan arahan bahawa mana mana adun DAP yang tidak bisa dihubungi dalam masa 24 jam, ia dikira sudah mengosongkan kerusi dun masing masing.  Akhirnya pada 6 FEB 2009, semua kemelut ini sampai ke kemuncaknya. Seluruh negara khususnya rakyat negeri Perak dikejutkan dengan gelak ketawa Najib beserta Adun Adun pengkhianat tersebut di satu sidang media di Putrajaya.Dalam sidang media tersebut hampir semua wakil rakyat BN-Perak hadir dengan wajah yang gembira. Najib dengan tepukan gemuruh semua yang hadir mengumumkan bahawa BN sudah ada cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak.

foto 1 : Najib bergembira dibalik luka rakyat Perak

Saya selaku pengundi di negeri Perak merasa sangat marah dan benci dengan apa yang berlaku. Saya tidak menyangka ketiga tiga Adun ini sanggup ‘menjual tubuh’ mereka kepada BN.Majoriti rakyat negeri Perak sangat marah dengan  apa yang berlaku.Kerajaan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan angkuhnya oleh BN. Semua orang tahu Najib Dan Zaid Hamidi adalah ‘Master Plan’ disebalik rampasan kuasa terancang ini. Oleh sebab itu, dua watak ini menjadi watak yang paling dibenci pada ketika itu.

foto 2 : rakyat Malaysia tidak akan melupakan sidang media ini selama lamanya

Pada waktu itu,seluruh rakyat Malaysia berduka. Namun BN gembira. Mereka gembira dengan kuasa. Sejarah tercatat kerana 3 Adun Pakatan yang hilang seminggu rupa rupanya berpakat dengan Najib untuk menumbangkan kerajaan sah di Perak.Entah berapa juta bayaran yang mungkin mereka terima.Inilah yang menjadi kepercayaan ramai orang, iaitu mereka dibeli. Dato Nasaruddin Hashim yang sudah masuk PKR dilihat juga kembali ke pangkuan BN. Pelik sungguh. Entah dimana harga diri mereka. Sanggup mereka mengkhianati pengundi pengundi mereka.Saya yakin ke empat empat Adun ini akan dihukum oleh rakyat diatas pengkhianatan besar yang mereka lakukan. Mereka sudah tidak ada masa depan dalam politik Perak.

foto 3 : tiada maaf bagimu wahai pengkhianat rakyat

Perak terus dilanda kebingungan. Kini BN ada 28 kerusi. Pakatan juga 28 kerusi. 3 lagi Adun adalah adun bebas. Jadi siapa sebenarnya memiliki majoriti di Perak?ketiga tiga Adun PR yang melompat itu sebenarnya sudah membuat perjanjian bertulis bahawa sekiranya mereka lompat parti,maka kerusi dun mereka akan kosong secara automatik.Maka speaker pun mengeluarkan notis kekosongan 3 kerusi Dun iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kepada SPR. Namun SPR dengan bodohnya membantah. Mereka mendakwa tiada kekosongan berlaku. Pakar undang undang merasa pelik, bagaimana SPR boleh mengatasi suara speaker dewan?Tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya. Tapi kini SPR sudah canggih. Maka isu ini kini dibawa ke mahkamah oleh Pakatan Rakyat.

Seterusnya Kenapa BN mengambil 2 orang bekas EXCO bermasalah ini?adakah demi kuasa , BN sanggup mengutip sampah sarap dari luar?Ramai orang melihat 2 orang bekas EXCO ini sanggup melompat parti kerana ingin mengelakkan hukuman mahkamah ke atas dakwaaan rasuah  mereka. mereka mungkin tidak ada cara lain. hanya BN mungkin yang bisa menyelamatkan mereka. Rakyat Malaysia tertanya tanya, sejak mereka melompat menjadi Wakil Bebas, perbicaraan kes mereka tidak lagi kedengaran. tidak seperti dulu,sentiasa mendapat liputan meluas.Entah apa sudah jadi kita pun tak tahu. Mungkin hakim pun dah buat buat lupa. Hee Yit Foong pula keluar parti kerana masalah peribadi. Kononnya tidak puas hati.Beliau keluar kerana agenda peribadi yang tidak dapat ditunaikan.

foto 4 : sekadar sindiran

foto 5 : sekadar kiasan

Nizar merayu untuk membubarkan Dun. Namun Sultan menolak. Sultan terus melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan masih banyak perkara yang masih menjadi persoalan. Pertama, Tiada undi tidak percaya terhadap nizar di sidang dun. Justeru Nizar kekal sebagai menteri besar selagi undi tidak percaya tidak dilakukan. Kedua, status ketiga tiga adun yang melompat juga masih kabur. Speaker sudah mengosongkan kerusi mereka,namun SPR menolak padahal ini adalah kuasa mutlak speaker untuk menentukan kekosongan mana mana kerusi. Semuanya kalut. Maka Nizar pun membawa kes ini ke mahkamah bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.

Mulanya rakyat marah kepada BN. Kini rakyat kecewa pula dengan istana. BN dilihat cuba berselindung dibalik istana. Nizar pula digelar derhaka kepada Sultan kerana tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Padahal Nizar bertindak mengikut undang undang. Propaganda Nizar sebagai penderhaka raja,boneka DAP terus dimainkan bagi membuatkan rakyat benci kepada Nizar. Namun BN silap. Liputan meluas terhadap Nizar mengharumkan lagi nama beliau diseluruh negara. Secara tiba tiba Nizar menjadi popular. Rakyat Malaysia bersimpati dan sayang kepada beliau. Kini beliau muncul sebagai icon baru bagi PAS.Kemana saja beliau pergi, beliau akan disambut ribuan umat manusia yang ingin melihat beliau dari dekat.

Pakatan Rakyat berjaya mencuit sentimen rakyat. Rakyat benci BN.Rakyat Perak nyata terus bersama Nizar. Nizar berkali kali mendesak untuk membubarkan Dun. Serahkan semula mandat memilih kepada rakyat,bukan mahkamah. namun BN enggan. BN takut. Tun Dr Mahathir sendiri meramalkan BN bakal ‘kalah teruk’ sekiranya pilihanraya mengejut dibuat di Perak. Jadi BN akan cuba mengelakkannya dengan apa cara sekalipun.

BERSAMBUNG. DAPATKAN  SIRI KE-3  TIDAK LAMA LAGI.





MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK SIRI-1

6 02 2010

Pilihanraya umum 8 mac 2008 menjadi saksi tumbangnya Negeri Perak ke tangan pembangkang. Di samping negeri Perak, negeri Pulau Pinang,Kedah dan Selangor turut berjaya dirampas oleh Pakatan Pembangkang. Manakala PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan kemenangan yang lebih besar.

foto 1: Dato Seri Nizar sentiasa tenang berhadapan dengan wartawan

Di negeri Perak, tiada siapa meramalkan pakatan PAS-DAP-PKR bisa menakluk negeri ini. Negeri Perak sememangnya kubu kuat Barisan Nasional semenjak dahulu lagi. Belum pernah dalam sejarahnya negeri ini diperintah oleh parti pembangkang. Pendek kata, BN tidak menduga akan kalah dan Pakatan pula tidak sangka akan menang.

pada PRU ke-11 pada tahun 2004, Barisan Nasional menang 52 kerusi Dun manakala pembangkang 7 sahaja .Pada PRU ke-13 , Perak dilanda tsunami politik. BN hanya mampu bertahan di 28 kerusi Dun sahaja. Manaka PAS menang 6, PKR 7 dan DAP menang 18 kerusi. Lalu kerajaan campuran PKR-PAS-DAP ditabalkan. Dato Seri Nizar Jamaludin dari PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Memerintah dengan majoriti tipis (beza 3 kerusi) adalah sangat berbahaya. Kerajaan sebegini terdedah dengan pelbagai dugaan. Pihak lawan akan sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan dengan pelbagai cara. Memandangkan pembangkang baru sahaja memegang kuasa, jadi ada diantara mereka yang tidak kuat ketahanan diri. Jadi ada yang mudah diperangkap dan dibeli. Siapa yang tidak kelabu mata jika ditawar wang berjuta juta?Wakil rakyat PAS di Kelantan selalu dirayu dengan wang. Pernah seguni wang dibawa datang kerumah. Namun kerana kekuatan iman dan roh perjuangan, PAS berjaya bertahan sebagai kerajaan walaupun hanya dengan majoriti satu kerusi!

Kerajaan Nizar diserang bertubi tubi. Beliau dikritik disana sini. Tuduhan beliau sebagai boneka DAP adalah biasa didengar. Kritikan ke atas pembelian kereta camry dibuat sehebat hebatnya walaupun Nizar sudah memberi penjelasan yang logik tentang itu. Tapi kita tahu itu semua kritikan politik. Kenapa politik? sebab tidak ada siapapun yang mengkritik kerajaan Sarawak dibawah BN walaupun mereka menggunakan kereta Volvo,Roll Royce yang nyata lebih mahal dan mebazir.

foto 2 : kereta camry yang dijadikan modal politik murahan oleh musuh politiknya

Akhirnya kerajaan Nizar disentak dengan penahanan dua orang EXCO kononnya terlibat dengan rasuah dan habuan seks. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Jamaluddin Radzi (PKR-Behrang) dituduh rasuah bersabit projek perumahan bernilai ratusan juta ringgit di Bandar Seri Iskandar. Mereka diperangkap dan mereka terpaksa mengaku kerana bukti bukti sudah ada. SPRM sudah ada bukti kukuh termasuk rakaman perbuatan mereka.Maka sejak itu mereka mula naik turun mahkamah. Nizar mula diasak disana sini berhubung kedua dua EXCO tersebut. Mereka mendesak agar EXCO tersebut dilucutkan jawatan. Namun Nizar berpendapat jawatan mereka akan terlucut sekiranya mahkamah mensabitkan mereka bersalah kelak.

foto 3 : Dua Adun Pengkhianat. Jamaludin (Kiri) dan Osman Jailu (Kanan)

Semenjak itu bermulalah isu lompat parti di Perak. BN mendakwa sebilangan adun Pakatan bakal menyeberang menyertai mereka. Nizar pula membuat kenyataan yang sama bahawa beberapa Adun BN sudah memberi isyarat untuk menyeberang ke Pakatan. Serangan psikologi semakin sengit dan menimbulkan keresahan dikalangan rakyat. Akhirnya secara tiba tiba Dato  Nasarudin Hashim (BN-Bota) mengumumkan keluar parti untuk bersama sama dengan PKR kerana hilang kepercayaan dengan Barisan Nasional. Negara terkejut. BN tergamam. Satu ceramah besar besaran di adakan di Bota dimana Dato Nasarudin sendiri berucap menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.

foto 4: Adun Jelapang, Hee Yit Foong mengkhianati kerajaan Pakatan Rakyat Perak

Seminggu sesudah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang menyaksikan kemenangan besar PAS, Negeri Perak dikejutkan dengan kehilangan 2 EXCO yang sedang berdepan kes mahkamah. Isteri mereka menangis dan mengadu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mereka gagal dihubungi meskipun melalui SMS. Mereka hilang hampir seminggu tanpa khabar berita. Ini diburukkan lagi dengan ghaibnya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang). Negeri Perak terus berkocak. Kerajaan Nizar dalam bahaya. Ramai wartawan bertanya adakah Nizar akan membubarkan DUN bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Nizat tetap yakin bahawa kerajaannya masih kukuh untuk terus memerintah.

BERSAMBUNG. NANTIKAN SIRI KE-2





MAKLUMAT PENTING PILIHANRAYA NEGERI PERAK

5 02 2010

KEDUDUKAN KERUSI BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT PERAK

Barisan Nasional 28 | Parti Tindakan Demokratik 17 | Parti KeADILan Rakyat 5 | Parti Islam Se-Malaysia 6 | BEBAS 3

No. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
N1 Pengkalan Hulu Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali Barisan Nasional BN
N2 Temengor Hasbullah Osman Barisan Nasional BN
N3 Kenering Mohd Tarmizi Idris Barisan Nasional BN
N4 Kota Tampan Saarani Mohamad Barisan Nasional BN
N5 Selama Mohamad Daud Mohd Yusoff Barisan Nasional BN
N6 Kubu Gajah Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji Omar Barisan Nasional BN
N7 Batu Kurau Mohd Najmuddin Elias Barisan Nasional BN
N8 Titi Serong Khalil Idham Lim Abdullah Parti Islam Se-Malaysia PAS
N9 Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri Parti KeADILan Rakyat PKR
N10 Alor Pongsu Sham Mat Sahat Barisan Nasional BN
N11 Gunong Semanggol Ramli Tusin Parti Islam Se-Malaysia PAS
N12 Selinsing Husin Din Parti Islam Se-Malaysia PAS
N13 Kuala Sapetang Tai Sing Ng Parti KeADILan Rakyat PKR
N14 Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu Bebasl BEBAS
N15 Trong Rosli Husin Barisan Nasional BN
N16 Kamunting Mohammad Zahir Abdul Khalid Barisan Nasional BN
N17 Pokok Assam Yee Seu Kai Parti Tindakan Demokratik DAP
N18 Aulong Yew Tian Hoe Parti Tindakan Demokratik DAP
N19 Chenderoh Siti Salmah Mat Jusak Barisan Nasional BN
N20 Lubok Merbau Mohd Zainudin Mohd Yusof Parti Islam Se-Malaysia PAS
N21 Lintang Ahamad Pakeh Adam Barisan Nasional BN
N22 Jalong Leong Mee Meng Parti Tindakan Demokratik DAP
N23 Manjoi Nadzri Ismail Barisan Nasional BN
N24 Hulu Kinta Rusnah Kassim Barisan Nasional BN
N25 Canning Wong Kah Woh Parti Tindakan Demokratik DAP
N26 Tebing Tinggi Ong Boon Piow Parti Tindakan Demokratik DAP
N27 Pasir Pinji Su Keong Siong Parti Tindakan Demokratik DAP
N28 Bercham Sum Cheok Leng Parti Tindakan Demokratik DAP
N29 Kepayang Loke Chee Yan Parti Tindakan Demokratik DAP
N30 Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan Parti Tindakan Demokratik DAP
N31 Jelapang Hee Yit Foong Bebas BEBAS
N32 Menglembu Lim Pek Har Parti Tindakan Demokratik DAP
N33 Tronoh Sivakumar Varatharaju Naidu Parti Tindakan Demokratik DAP
N34 Bukit Chandan Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad Barisan Nasional BN
N35 Manong Ramly Zahari Barisan Nasional BN
N36 Pengkalan Baharu Hamdi Abu Bakar Barisan Nasional BN
N37 Pantai Remis Nga Kor Ming Parti Tindakan Demokratik DAP
N38 Belanja Mohd Zaim Abu Hasan Barisan Nasional BN
N39 Bota Nasarudin Hashim Barisan Nasional BN
N40 Malim Nawar Keshvinder Singh Kashmir Singh Parti Tindakan Demokratik DAP
N41 Keranji Chen Fook Chye Parti Tindakan Demokratik DAP
N42 Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohammed Radzi Barisan Nasional BN
N43 Sungai Rapat Hamidah Osman Barisan Nasional BN
N44 Simpang Pulai Chan Ming Kai Parti KeADILan Rakyat PKR
N45 Teja Chang Lih Kang Parti KeADILan Rakyat PKR
N46 Chenderiang Mah Hang Soon Barisan Nasional BN
N47 Ayer Kuning Samsudin Abu Hasan Barisan Nasional BN
N48 Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin Barisan Nasional BN
N49 Kampong Gajah Wan Norashikin Wan Noordin Barisan Nasional BN
N50 Sitiawan Ngeh Koo Ham Parti Tindakan Demokratik DAP
N51 Pasir Panjang Mohammad Nizar Jamaluddin Parti Islam Se-Malaysia PAS
N52 Pangkor Zambry Abdul Kadir Barisan Nasional BN
N53 Rungkup Sha’arani Mohamad Barisan Nasional BN
N54 Hutan Melintang Kesavan Subramaniam Parti KeADILan Rakyat PKR
N55 Pasir Bedamar Seah Leong Peng Parti Tindakan Demokratik DAP
N56 Changkat Jong Mohd Anuar Sudin Parti Islam Se-Malaysia PAS
N57 Sungkai Sivanesan Achalingam Parti Tindakan Demokratik DAP
N58 Slim Mohd Khusairi Abdul Talib Barisan Nasional BN
N59 Behrang Jamaluddin Mohd Radzi Bebas BEBAS

KAWASAN BARISAN NASIONAL MENANG TIPIS (BAWAH 1000 UNDI)

NO. DUN MAJORITI Mewakili Parti
1 Selama 355 undi BN
2 Kubu gajah 66 undi BN
3 Alor Pongsu 95 undi BN
4 Trong 916 undi BN
5 Kamunting 555 undi BN
6 Manjoi 348 undi BN
7 Manong 749 undi BN
8 Pengkalan Baharu 14 undi BN
9 Sungai Rapat 636 undi BN
10 Rungkup 454 undi BN

KAWASAN PAKATAN RAKYAT MENANG TIPIS (BAWAH 1000 UNDI)

NO. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
1 Kuala Kurau 467 undi PKR
2 Selinsing 547 undi PAS
3 Kuala Sepetang 564 undi PKR
4 Pokok Asam 865 undi DAP
5 Lubuk Merbau 72 undi PAS
6 Kepayang 490 undi DAP
7 Teja 175 undi PKR
8 Changkat Jong 899 undi PAS