Bila PRU ke-13 akan di adakan?

5 02 2012

Salam pada semua pembaca,

Zamankini kembali lagi! lama sudah blog politik dan isu semasa ini tidak di kemaskini kerana penulis lebih kerap muncul di alam Facebook dan Twitter berbanding blog. tapi memandangkan sambutan hangat ke atas blog ini maka ia insyaAllah akan dihidupkan bagi merancakkan lagi dunia politik Malaysia ini

Bila PRU ke-13? Ini yang menjadi teka teki ramai orang. sebulan dari sekarang maka genaplah 4 tahun lamanya sejak PRU ke-12 berlangsung. banyak isu isu yang datang dan pergi dalam arus politik nasional. Terlalu banyak kalau penulis nak cerita satu satu.Sejurus selepas PRU ke-12 dulu isu Projek Ternakan Babi di Selangor dan Isu DBE di Penang di mainkan.

Isu kepala Lembu,Isu pemindahan kuil di Shah Alam, isu liwat, isu krisis perlembagaan di negeri Perak, isu video seks,isu Bersih dan yang paling latest ialah isu National Fidlock Corporation (NFC) yang membelit Menteri UMNO.

Sejauh manakah isu isu yang berlaku ini membentuk sentimen dan pola pengundian dikalangan 12 juta pengundi Malaysia?Kita semua pun tidak tahu sebab kita tidak dapat menjangka apa yang bermain di fikiran 12 juta orang.

Apapun, penulis sudah tidak sabar sabar untuk mengundi buat kali pertama pada PRU ke-13 ini. Ramai pengundi yang akan mengundi kali  pertama tidak lama lagi. Penulis berharap u all semua mengundi dengan bijak demi masa depan Malaysia yang lebih baik.Ingat ABU, ingat Slogan Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia.

Sampai bertemu lagi.





GST : hadiah untuk rakyat jika BN menang PRU ke13

14 09 2011

image

Penulis terkejut dengan pengakuan berani mati Perdana Menteri Najib Tun Razak berhubung perlaksanaan Good and Service Tax (GST) selepas PRU ke-13 kelak.

Belum lagi reda kemarahan rakyat kerana cukai 6% yang cuba dikenakan kepada semua pengguna prepaid, kini Perdana Menteri sekali lagi cuba mencari nahas dengan pengakuan ingin melaksanakan GST yang sebelum ini dibantah keras.

Untuk rekod GST mula disebut sebut untuk dilaksanakan sebelum ini namun ditangguhkan kerana bantahan yang cukup hebat dai Pakatan Rakyat dan juga penolakan dari rakyat sendiri.

Cukai ini dilihat bakal membebankan lagi rakyat Malaysia yang sudah sedia terbeban dengan banyak lagi cukai. Kerajaan berpendapat pelaksanaan GST bakal membantu kerajaan mengurangkan defisit fiskal yang di alaminya selama lrbih sedekat.

ini membawa maksud bahawa kerajaan menjangkakan lebih banyak kutipan cukai bakal diraih dengan pelaksanaan GST.Justeru kerajaan telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN untuk bersiap sedia melaksanakannya dalam masa terdekat,yakni selepas PRU ke-13

Jadi saya mengira GST akan menjadi hadiah paling manis dari BN buat rakyat sekiranya mereka di angkat sekali lagi menjadi pemerintah kelak.

Saya teringat janji BN sebelum PRU ke-12 dulu yang berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak.Tetapi setelah menang pilihanraya, harga minyak melambung ke paras paling mahal dalam sejarah iaitu RM2:70 seliter

Kepada rakyat,fikir fikirkanlah. Selamat mengundi.

Posted from WordPress for Android





UMNO tipu Rakyat 54 Tahun Lamanya

13 09 2011

image

Salam pada semua,

Tajuk kali ni ialah UMNO tipu rakyat hidup hidup selama 54 tahun lamanya. sebab apa? sebab kini, profesor yang memang pro kepada pemerintah mendedahkan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah British!!

Tak sangka British sekadar menaungi saja,ibarat awan menaungi bukitlah kononnya. So apa maksudnya kenyataan Profesor Zainal Kling ini?

ini bermaksud sejarah kemerdekaan negara adalah rekaan saja lah,sebab dijajah pun tidak maka tak timbul ada sejarah kemerdekaan.

kedua, laungan merdeka Tunku Abdul Rahman. kenapa beliau laungkan merdeka?tidakkah beliau sedar bahawa Malaysia tidak dijajah sesiapa seperti yang di nyatakan Prof Zainal Kling.

Buku sejarah yang diajar disekolah telah obsolete,meleset dan wajar dibakar saja. sebab selama 54tahun kita diajat,didoktrin tentang perjuangan kemerdekaan tetapi hari ini profesor sejarah ini menyatakan Malaysia or Tanah Melayu tidak dijajah British.

Kalau UMNO setuju dengan profesor ni, sila rombak sejarah negara,sila hapuskan sambutan merdeka segera!!dan semestinya tidak perlu ada gelaran bapa kemerdekaan.

tapi kalau UMNO tak setuju,mungkinkah TV3 RTM Utusan Malaysia akan mengutuk dan membidas Profesor Zainal Kling habis habisan sebagaiaman mereka buat ke atas Mat Sabu?

semestinya tidak,sebab mereka semua bacul.inilah standard media malaysia..

eh lupa, jangan lupa delete saja lah lagu Sudirman tu. ala yang pasal kemerdekaan tu. delete.tak rasional dah.

sekadar pendapat.





Update Terbaru Tentang Penulis Blog

10 09 2011

Salam kepada semua.
Bertemu kembali setelah sekian lama saya menyepi. Sungguhpun tidak ada update update terbaru, namun dari bulan ke bulan,ribuan hits diterima oleh blog ini. mungkin dengan ledakan isu isu panas mutakhir ini menyebabkan anak muda lebih cakna dan ingin segera mendapatkan pandangan penulis blog zamankini.

untuk lebih lanjut sila follow saya di facebook dan twitter
utk facebook type kamarulzaman bin nasib manakala untuk twitter follow saya di @pkrzaman87

jumpa lagi. ayuh siap sedia untuk PRU ke-13





Kenyataan Media : Hentikan Segera Fitnah Jahat

21 03 2011

Kenyataan Penuh Blogger Zamankini

Saya dengan ini mengecam sekeras kerasnya satu lagi percubaan mengheret negara ke lembah kekotoran dan kelucahan melampau. Ini berikutan berita yang sedang tersebar pantas mengenai satu klip video seks 20minit yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Malaysia, Dato Sri Anwar Ibrahim oleh seorang yang sangat rahsia bergelas Dato T. (Mungkin Dato Tenuk).

Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan tuduhan jahat ini.Sungguhpun saya tidak melihat video terbabit,namun terdapat beberapa perkara yang harus kita persoalkan. Pertama isu ini dibangkitkan ketika Dewan Undangan Negeri Sarawak di bubarkan dengan rasminya pada hari ini. Perbuatan ini mirip dengan taktik Sumpah Laknat Saiful Bukhari yang dibuat sehari sebelum penamaan calon PRK Permatang Pauh. Perbuatan ini tidak lain tidak bukan satu muslihat politik yang licik.

Kedua video ini direkodkan berlaku pada sekitar 10 malam 21 Feb 2011 yakni sebulan lepas. Adakah logik bagi seorang pemimpin yang sedang di fitnah teruk dengan isu liwat,naik turun mahkamah dan sibuk dengan jadual harian yang padat selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,Ketua Umum PKR dan Pimpinan Utama Pakatan Rakyat untuk tiba tiba melanggan seorang pelacur cina di Ibu Kota. Ini tidak masuk akal.

Dato Seri Anwar telah menyatakan dengan terang dan jelas bahawa pada ketika tuduhan tersebut dikatakan berlaku,beliau berada bersama keluarga dan cucu cucunya di rumah.Beliau punya bukti kukuh  bahawa ini adalah fitnah terancang ke atas beliau.Sila baca di sini

Disaat fitnah liwat hampir hancur berkecai kerana percanggahan fakta dan kecacatan pertuduhan,adakah beliau ingin diseret sekali lagi ke lembah hina seperti ini?Tidakkah ini satu percubaan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Sarawak seterusnya Pilihanraya Umum ke-13?

Saya dengan ini menyeru supaya rakyat negara ini tidak kira bangsa untuk bersatu menentang pertuduhan jahat ini yang tidak lain ingin mengekang rakyat menuntut perubahan. sama sama kita berdoa supaya semua cubaan jahat seperti itu akan tumpas jua akhirnya.

Rakyat janganlah hilang fokus dengan isu isu sebegini.Fokus kita ialah menggempur Sarawak seterusnya Menumbangkan Barisan Nasional di Putrajaya. Sebarkan buku Jingga!

 





Bible Melayu Satu Ancaman?

18 03 2011

Salam Sejahtera semua.

Kita semua sedia maklum isu ini isu sensitif dan sedang menjadi polemik dalam negara. Tidak perlulah saya ulang kembali kronologi isu ini. Yang penting orang kristian menerusi pihak gereja memang tengah hangin dengan Kerajaan Malaysia (Baca: Kementrian Dalam Negeri) dalam menangani kitab suci agama mereka.

Dipihak Kristian mereka rasa terhina kerana Bible versi Melayu diperlakukan seolah olah bahan yang berbahaya. Di pihak Islam,ada yang menyuarakan kebimbangan dengan Bible Melayu ini. Persoalannya adakah Bible Berbahasa Melayu ini satu ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia?

Saya berpandangan Kita umat Islam perlu lebih terbuka. Lemah sangatkah akidah umat islam di Malaysia  sehingga rasa terancam orang Kristian baca kitab mereka dalam Bahasa melayu?Kenapa rasa terancam dengan Kitab agama orang lain?bukan dia paksa kita beli dan baca pun.Bukan die heret kita ke Gereja pun. Betul tak?Kat Sarawak dan Sabah umat Islam-Kristian hidup harmoni meskipun kitab Bible versi melayu dari Indonesia telah lama di gunakan di sana.

Bukankah mereka juga rakyat Malaysia?Bukankah kita nak bahasa melayu ini dipertuturkan oleh semua warga?Adakah bila Bible ada versi melayu,maka orang  Melayu akan pakat pakat murtad ramai ramai?Saya tak fikir begitu.Bukan semudah itu.Umat Islam bukan bodoh. Kita bukan lembu yang tak boleh berfikir.

Mungkin kerajaan takut orang Islam keliru. Takut diorang akan baca Bible ni dan jadi tertarik. Tu sebab sekian lamanya Bible bahasa melayu di Semenanjung ni memang susah nak jumpa.Ia bahan terlarang. Saya ni dulu aktif dalam perbandingan agama. Memang saya baca Bible. dan cuba mencari Bible berbahasa Melayu/Indonesia tapi tak jumpa jumpa.

Ramai sebenarnya umat Islam yang membaca Al Kitab Bible ini. Bukan tujuan mencari kebenaran tapi untuk tujuan study dan mencari hujah bagi mengukuhkan iman mereka terhadap Islam. Bible itu mengandungi hujah hujah yang terlalu banyak untuk Umat Islam membuktikan kebenaran Islam.

Kita kena ingat Bible ini sudah ada dalam 2000 bahasa dunia. Bible juga ada dalam bahasa Arab.tak peliklah sebab Kristian memang giat menterjemah kitab mereka ke banyak bahasa dunia.

Kepada pihak kerajaan dan golongan umat Islam, kita patut memperteguh kekuatan akidah umat Islam dengan mempertingkatkan penghayatan Islam di kalangan mereka. Tidak wajar kita memperkuat kedudukan kita tapi dengan cara menyekat hak dan kebebasan beragama umat lain di bumi Malaysia ini.

Sungguhpun di cop pada semua Bible itu “Untuk Orang Kristian Sahaja”, saya yakin orang yang ingin baca mesti akan beli juga. Sama macam Harakah yang tertulis “untuk ahli PAS saja”. Berapa ramai yang bukan ahli yang membeli akhbar tersebut. Saya tak rasa dengan membaca Bible, orang terus nak masuk Kristian. Bukan. Not that Easy. Rasanya bukan sebab Bible Edisi Melayu ada orang Islam murtad. Murtad ni berlaku lama dah. Banyak faktornya. Dan tak dengar pulak ia berlaku sebab baca Bible dalam Bahasa Melayu.

Perkasakan umat Islam dengan ilmu dan agama. Itu yang penting.Kalau nak ikutkan, Baca Bible menyebabkan umat Islam lebih bertambah keimanannya dengan agama Islam,dan bukan sebaliknya. Dan ini akan merancakkan lagi percambahan ilmu perbandingan agama dalam negara.

Apapun, mestilah ada kawalan dan peringatan pada pihak kristian untuk tidak menyalahgunakan Bible versi Melayu tersebut.Kepada Umat Islam, kebenaran sudah ada didepan matamu.Tidak usah lagi cari yang lain.

Nasihat saya hentikan polemik ini. Polemik macam nilah menyebabkan orang jadi lagi nak bertambah suspen untuk baca Al Kitab tu nanti. Mungkin saya pun akan beli satu. Tujuannya bukan untuk masuk Kristian,tapi untuk tujuan research dan perbandingan agama.

Apapun, Islam satu satunya agama di redhai oleh Allah SWT. Apa yang baik dari Allah,yang buruk dari diri saya sendiri. Semua kesilapan harap Allah ampunkan.

 

 





Terbaru dari Blogger

19 09 2010

Blog ini sentiasa dikunjungi meskipun ia sudah sepi dari sebarang kemaskini isu isu terkini. Saya melihat post terpanas yang sentiasa mendapat perhatian ialah berhubung  pemberian laptop 1Malaysia percuma oleh kerajaan. Blog ini mendapat komen bertalu talu dari pembaca yang entah dari mana datangnya.

Masing masing inginkan informasi bagaimana untuk mendapatkannya. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menjawap dengan pantas akan semua soalan soalan itu.Anda hendaklah melanggan perkhidmatan jalur lebar TM untuk mendapatkannya. Anda juga harus memenuhi kriteria yang ditetapkan. Apa apa pun,silalah search untuk update terkini berkenaan hal ini Saya hanya mengambil berita ini dari Utusan Malaysia untuk tatapan anda semua.

Selamat memiliki laptop 1Malaysia. hehe.





Kali Ini Saya Sokong Pemuda UMNO

30 07 2010

Kerajaan baru baru ini telah memberi lampu hijau untuk para guru menyertai politik. Idea ini walaupun nampak baik, namun ia ditafsir berbeza beza oleh ahli politik dan juga rakyat bawahan.

Ada yang melihat polisi baru ini sebagai taktik kerajaan untuk memerangkap guru guru yang menjadi penyokong pembangkang.Sebabnya saya dimaklumkan sesiapa yang ingin berhasrat aktif dalam parti politik,beliau mestilah menghantar surat permohonan kepada pihak atasan (kalau tak silap jabatan setia usaha negara).

Bagi penyokong UMNO mungkin tidak ada masalah. Selama ini mereka relaks ja. maybe dengan kebenaran kali ini orang orang UMNO disekolah sekolah akan lebih agresif. Yang tak sedapnya penyokong pembangkang la. Adakah mereka patut minta izin melalui saluran baru ini atau teruskan aktif secara diam diam.

Mana lah tau Kerajaan nak perangkap. Tak pasal pasal kena tukar ke pedalaman.

Ramai pihak kini meminta kerajaan membenarkan bukan hanya guru untuk berpolitik, tapi juga seluruh kaki tangan kerajaan. Cadangan ini banyak disuarakan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat.Dan yang paling menarik hari ini saya terbaca satu berita bahawa, Khairy selaku Pemuda UMNO Malaysia telah meminta kerajaan supaya membenarkan juga mahasiswa dan pensyarah untuk aktif berpolitik.

Saya sokong idea pemuda UMNO ini!!!

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pergerakan Pemuda Umno berharap kerajaan turut memberi kebenaran kepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu, di sini hari ini.

Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.

Pada Selasa lepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik. — Bernama





Tanda tanda UMNO Hilang Kuasa Pada PRU ke-13 Semakin Ketara

18 07 2010

Hari ini akhbar pro-UMNO paling  popular (Utusan Melayu) telah dengan nyata dan terang mengungkapkan betapa mustahaknya PAS untuk bersatu dengan UMNO sebelum tibanya pilihanraya umum yang ke-13 tidak lama lagi.Belum reda lagi isu Naib Presiden UMNO menuduh PAS parti sesat,tiba tiba saja UMNO buat u-turn dan nak bergabung pula???tak ke gila babi tu (petik kata2 ustaz ismail kamus)

Mufti Perak yang kita kenali berkata, *orang melayu* bakal hilang kuasa politik pada PRU akan datang sekiranya PAS dan UMNO tidak bersatu. Benarkah begitu?

Saya selaku pemerhati politik dari jauh melihat isu ini dari satu sudut berbeza dari mufti Perak tersebut.Saya tidak bersetuju orang melayu bakal hilang kuasa. Tetapi saya pasti yang akan hilang kuasa ialah UMNO.

UMNO dilihat tidak pernah berputus asa untuk memujuk rayu PAS untuk bermuzakarah sejak tamat PRU ke-12 lagi. Gigi UMNO nampak lebih lembut dari lidahnya.Sudah beberapa kali UMNO bising bising untuk bermuzakarah dengan PAS.

Adakah pipi UMNO sudah begitu tebal?tidak malukah UMNO?Bukankah PAS telah berulang kali menyatakan ia akan setia bersama Pakatan Rakyat?PAS ternyata telah serik bersama UMNO. UMNO dulu pernah khianat PAS. PAS ditendang keluar  dari Barisan Nasional di zaman 70-an.

Saya nampak UMNO tidak pernah ikhlas untuk bersama PAS. PAS sekadar talian hayat bagi UMNO yang kian ditolak rakyat Malaysia. Tatkala mereka lemah mereka cari PAS,pujuk rayu PAS. Apa UMNO buat bila mereka kuat?Adakah kedengaran UMNO mahu bersama PAS?

Jelas sekali UMNO memperkuda isu melayu untuk survival politik mereka. Mereka membawa persepsi kononnya politik melayu akan hilang. Yang sebenarnya akan hilang ialah politik UMNO. Hayat politik pemimpin UMNO lah sebenarnya yang kian terancam.

Ikhlaskah UMNO?Kenapa hanya PAS sahaja yang dijemput? Kenapa tidak Anwar Ibrahim dan PKR?Jelas sekali ada udang disebalik batu.Bagi saya UMNO tidak pernah ikhlas untuk bersama PAS. Bukankah Nik Aziz dengan jelas berkata PAS bersedia bersatu dengan UMNO dengan syarat ubah dasar perkaumannya? Kenapa UMNO tak mahu ubah?

Pada pendapat saya, UMNO sedang berada dalam kebimbangan yang amat dahsyat. Perpaduan parti parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat dilihat sangat utuh. Tambahan pula populariti mereka semakin hari semakin kuat.

Ini menggusarkan UMNO dan Barisan Nasional. Justeru mereka akan cuba menggugat dengan apa saja cara untuk memecah belahkan ikatan PAS-DAP-PKR.Cuba teliti ucapan ucapan Najib dan Muhyidin pada mesyuarat agung umno di seluruh negara baru baru ini.  Berkali kali Muhyidin mengingatkan ahli UMNO betapa pembangkang waktu ini bukan setakat saingan buat UMNO tapi satu ancaman.

Muhyidin meraskan proses perubahan UMNO berjalan perlahan.Berkali kali ia meminta ahli UMNO untuk mempercepat perubahan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO. Muhyidin juga membayangkan suasana politik negara kini sudah berubah semenjak kekalahan mengejut Barisan Nasional pada PRU ke-12 dua tahun lepas.

Oleh sebab inilah UMNO akan buat apa saja untuk memusnahkan pembangkang.Pakatan Rakyat dibedil hampir setiap hari.Pada satu ketika DAP akan diserang hebat. Bila tidak berjaya di belasah pula PAS cukup cukup. PKR pula dilanyak hampir setiap hari.Serangan ke atas Anwar pulak sudah tidak terkira banyaknya.

Inilah dia politik bankrap.rakyat khususnya orang melayu usah tertipu dengan permainan ini. Cukup cukuplah kita semua dipermainkan.Berilah Pakatan Rakyat peluang untuk mentadbir negara. Beranilah melakukan perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Malaysia Maju,Bersih dan Berkebajikan.





Musim Ahli UMNO Pula Lompat Masuk Pakatan

13 07 2010

Ihsan : Malaysiakini

Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati.

Bahagian Umno Jelutong yang tercalar akibat pergeseran dalaman mengadakan mesyuarat agung tahunannya di Pulau Pinang, malam semalam dan tanpa menyangka mendapat sokongan daripada bekas pengerusinya yang kini adalah ahli seumumr hidup Umno dan terbabit dengan kerja-kerja NGO sejak persaraanya.

Abdul Rashid adalah ketua bahagian sebelum 2004 dan secara kontroversial digantung atas dakwaan politik wang tetapi menafikan perkara itu yang dikatakannya tidak berasas.

Sesudah digantung, beliau menjalani zaman yang mencabar apabila isterinya, Khatijah Zainuddin dibunuh di Jelutong pada April 2000.

Malam semalam, Abdul Rashid membuat pendedahan bahawa dia sanggup menyokong ahli-ahli seperjuangannya dari belakang.

“Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan yang beliau akan memegang jawatan kanan parti itu.

Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula.

Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS – masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir.

Dilaporkan sebelum itu bahawa Seramai 50 anggota Umno bahagian Jelutong mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pembubaran 17 cawangan di bahagian itu baru-baru ini.

Berikutan keputusan Umno untuk membubarkan 17 cawangan itu, kesemua cawangan yang terlibat pada 15 Julai lepas telah mendesak MT Umno menarik balik pembubaran tersebut dalam tempoh seminggu.

“Sekiranya MT tidak menghiraukan desakan ini, kami yang mempunyai seramai 4,000 anggota akan menentukan arah mana halatuju politik kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” kata bekas Naib Ketua Umno Bahagian Jelutong Syed Hussin Syed Mohamed.

Sebelum ini, Umno bahagian Jelutong mempunyai 42 cawangan dengan keanggotaan seramai 13,102 orang, dan selepas pembubaran itu ia kini mempunyai 25 cawangan.