Kali Ini Saya Sokong Pemuda UMNO

30 07 2010

Kerajaan baru baru ini telah memberi lampu hijau untuk para guru menyertai politik. Idea ini walaupun nampak baik, namun ia ditafsir berbeza beza oleh ahli politik dan juga rakyat bawahan.

Ada yang melihat polisi baru ini sebagai taktik kerajaan untuk memerangkap guru guru yang menjadi penyokong pembangkang.Sebabnya saya dimaklumkan sesiapa yang ingin berhasrat aktif dalam parti politik,beliau mestilah menghantar surat permohonan kepada pihak atasan (kalau tak silap jabatan setia usaha negara).

Bagi penyokong UMNO mungkin tidak ada masalah. Selama ini mereka relaks ja. maybe dengan kebenaran kali ini orang orang UMNO disekolah sekolah akan lebih agresif. Yang tak sedapnya penyokong pembangkang la. Adakah mereka patut minta izin melalui saluran baru ini atau teruskan aktif secara diam diam.

Mana lah tau Kerajaan nak perangkap. Tak pasal pasal kena tukar ke pedalaman.

Ramai pihak kini meminta kerajaan membenarkan bukan hanya guru untuk berpolitik, tapi juga seluruh kaki tangan kerajaan. Cadangan ini banyak disuarakan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat.Dan yang paling menarik hari ini saya terbaca satu berita bahawa, Khairy selaku Pemuda UMNO Malaysia telah meminta kerajaan supaya membenarkan juga mahasiswa dan pensyarah untuk aktif berpolitik.

Saya sokong idea pemuda UMNO ini!!!

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pergerakan Pemuda Umno berharap kerajaan turut memberi kebenaran kepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu, di sini hari ini.

Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.

Pada Selasa lepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik. — Bernama


Actions

Information

One response

3 10 2010
ann2go2hell

Tak berpolitikpun tak pe asalkan tau cara-cara nak hidup & survival dalam apa jua keadaan dan dasar kerajaan.
Kalau kita tengok org Cina, siapapun yang memerintah, PAS ke, UMNO ke, PKR ke atau DAP pun mereka ttp kaya. Rahsianya perpaduan dlm ekonomi dan peka dgn peluang yg ada. Survival ini juga dapat kita lihat pada kaum minoriti India muslim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: