Bible Melayu Satu Ancaman?

18 03 2011

Salam Sejahtera semua.

Kita semua sedia maklum isu ini isu sensitif dan sedang menjadi polemik dalam negara. Tidak perlulah saya ulang kembali kronologi isu ini. Yang penting orang kristian menerusi pihak gereja memang tengah hangin dengan Kerajaan Malaysia (Baca: Kementrian Dalam Negeri) dalam menangani kitab suci agama mereka.

Dipihak Kristian mereka rasa terhina kerana Bible versi Melayu diperlakukan seolah olah bahan yang berbahaya. Di pihak Islam,ada yang menyuarakan kebimbangan dengan Bible Melayu ini. Persoalannya adakah Bible Berbahasa Melayu ini satu ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia?

Saya berpandangan Kita umat Islam perlu lebih terbuka. Lemah sangatkah akidah umat islam di Malaysia  sehingga rasa terancam orang Kristian baca kitab mereka dalam Bahasa melayu?Kenapa rasa terancam dengan Kitab agama orang lain?bukan dia paksa kita beli dan baca pun.Bukan die heret kita ke Gereja pun. Betul tak?Kat Sarawak dan Sabah umat Islam-Kristian hidup harmoni meskipun kitab Bible versi melayu dari Indonesia telah lama di gunakan di sana.

Bukankah mereka juga rakyat Malaysia?Bukankah kita nak bahasa melayu ini dipertuturkan oleh semua warga?Adakah bila Bible ada versi melayu,maka orang  Melayu akan pakat pakat murtad ramai ramai?Saya tak fikir begitu.Bukan semudah itu.Umat Islam bukan bodoh. Kita bukan lembu yang tak boleh berfikir.

Mungkin kerajaan takut orang Islam keliru. Takut diorang akan baca Bible ni dan jadi tertarik. Tu sebab sekian lamanya Bible bahasa melayu di Semenanjung ni memang susah nak jumpa.Ia bahan terlarang. Saya ni dulu aktif dalam perbandingan agama. Memang saya baca Bible. dan cuba mencari Bible berbahasa Melayu/Indonesia tapi tak jumpa jumpa.

Ramai sebenarnya umat Islam yang membaca Al Kitab Bible ini. Bukan tujuan mencari kebenaran tapi untuk tujuan study dan mencari hujah bagi mengukuhkan iman mereka terhadap Islam. Bible itu mengandungi hujah hujah yang terlalu banyak untuk Umat Islam membuktikan kebenaran Islam.

Kita kena ingat Bible ini sudah ada dalam 2000 bahasa dunia. Bible juga ada dalam bahasa Arab.tak peliklah sebab Kristian memang giat menterjemah kitab mereka ke banyak bahasa dunia.

Kepada pihak kerajaan dan golongan umat Islam, kita patut memperteguh kekuatan akidah umat Islam dengan mempertingkatkan penghayatan Islam di kalangan mereka. Tidak wajar kita memperkuat kedudukan kita tapi dengan cara menyekat hak dan kebebasan beragama umat lain di bumi Malaysia ini.

Sungguhpun di cop pada semua Bible itu “Untuk Orang Kristian Sahaja”, saya yakin orang yang ingin baca mesti akan beli juga. Sama macam Harakah yang tertulis “untuk ahli PAS saja”. Berapa ramai yang bukan ahli yang membeli akhbar tersebut. Saya tak rasa dengan membaca Bible, orang terus nak masuk Kristian. Bukan. Not that Easy. Rasanya bukan sebab Bible Edisi Melayu ada orang Islam murtad. Murtad ni berlaku lama dah. Banyak faktornya. Dan tak dengar pulak ia berlaku sebab baca Bible dalam Bahasa Melayu.

Perkasakan umat Islam dengan ilmu dan agama. Itu yang penting.Kalau nak ikutkan, Baca Bible menyebabkan umat Islam lebih bertambah keimanannya dengan agama Islam,dan bukan sebaliknya. Dan ini akan merancakkan lagi percambahan ilmu perbandingan agama dalam negara.

Apapun, mestilah ada kawalan dan peringatan pada pihak kristian untuk tidak menyalahgunakan Bible versi Melayu tersebut.Kepada Umat Islam, kebenaran sudah ada didepan matamu.Tidak usah lagi cari yang lain.

Nasihat saya hentikan polemik ini. Polemik macam nilah menyebabkan orang jadi lagi nak bertambah suspen untuk baca Al Kitab tu nanti. Mungkin saya pun akan beli satu. Tujuannya bukan untuk masuk Kristian,tapi untuk tujuan research dan perbandingan agama.

Apapun, Islam satu satunya agama di redhai oleh Allah SWT. Apa yang baik dari Allah,yang buruk dari diri saya sendiri. Semua kesilapan harap Allah ampunkan.

 

 


Actions

Information

One response

22 03 2011
joe

Baca Bible dan baca juga Quran apa salah. Mahu tahan Alkitab bible dalam bahasa Melayu apa pasal. Kan Datuk Najib dah kata satu Malaysia. Saya adalah seorang Kristian dan selalu juga buka buku Quran dan bacanya. Tujuan saya adalah untuk mencari the common goods in Islam and Christian. Banyak orang Kristian membaca Quran sebab itu mereka tidak mudah emosi sebab mereka tahu apa dalam Quran dan apa dalam Bible. Tetapi banyak orang Islam di Malaysia takut untuk membaca Bible sehingga Bible pun di tahan dan perkataan Allah pun di bawa ke dalam court. Kan kita ini sama manusia ciptaan Allah. Cuma agama kita mengajar kita tentang Allah daripada pandangan yang berbeza-beza. Umat Kristian bukannya orang kafir. Umat Kristian pun menyembah satu Allah yang Maha Kuasa/Maha Esa. Umat Kristian tidak anti dengan sesiapapun. Kalimah Allah sebetulnya “universal”. Lagi umat Kristian di Malaysia ini sudah biasa sebut nama Allah kalau berdoa dalam Bahasa Malaysia oleh kerana Munshi Abdullah bin Abdul Kadir seorang Melayu itulah yang pertama kalinya menterjemahkan perkataan God sebagai Allah dan perkataan Lord sebagai Tuhan pada tahun 18 th Century kurang lebih dalam tahun 1852 A.D. Rujuk saja Abdullah Bible atau carilah dan baca “Hikayat Abdullah. Stamford Raffles tokoh penjajah Inggeris dan Dr. Mekhior Leidekler tahu Bahasa Melayu dan menterjemahkan Bible dalam Inggeris/Latin ke Bahasa Melayu atas bantuan Munshi Abdullah. Sebab dia sebagai interpreter mereka. Untuk mengatasi masalah kalimah Allah ini ada baiknya kalau religious council Islam dan Kristian duduk semeja dan dialog untuk bebaikan bukan keburukan. Contohnya:- Allah dalam agama Kristian adalah Zat yang wajib ada dengan sendiri-Nya sebagai pencipta semesta alam, tepatnya sebagai ” Oknum ” Banyak ayat ayat Alkitab Bible yang menyatakan tentang Allah pencipta ini. Tuhan adalah jambatan Allah, kewibawaan Allah maknanya penguasa/pembimbing/penyelamat dan lain-lain. Trinity atau Tritunggal bukan bermaksud tiga Allah. Allah mencipta di sebut dlm Kristologi Kristian adalah : Bapa. Allah itu berfirman dlm Kristologi Kristian adalah Anak dan pembimbing/penolong di sebut Roh Kudus. Jangan anggap sama makna dengan “tritheisme ” Fahaman tritheisme adalah menyembah tiga allah atau dewa, dewi. Utk renungan bersama. semoga Tuhan memberkat kalian semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: