PR mesti menang di Hulu Selangor

27 03 2010

Ihsan : http://n32.blogspot.com/ (Roslan SmS/)

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga ahli parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ahmad atas kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham semalam. Sesungguhnya Dato Dr Zainal Abidin Ahmad telah berkorban begitu banyak kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Kini dengan pemergian beliau, Hulu Selangor akan menyaksikan satu pilihanraya kecil.

BN sedang bertelagah menentukan apakah MIC yang akan bertanding atau mungkinkah kerusi yang 19 peratus pengundi India itu akan diserahkan kepada Umno (Melayu 53.9 peratus Cina 26.7 peratus).

Mana pun arahnya pasti pertelagahan ini akan menguntungkan calon Pakatan Rakyat. Jika MIC kekal di sana, Umno dijangka merajuk, dan memang adat kalau Umno merajuk, habis kelambu dan katil-katil dicucuhnya dengan api! Manakala jika Umno menjadi calon, MIC pula akan naik angin, ketika itu tidak mustahil pengundi India akan “solid” berdiri di belakang calon Pakatan Rakyat.

Apa pun, yang pentingnya Pakatan Rakyat mesti menang di Hulu Selangor.

Kemenangan ini penting buat Selangor kerana ia menandakan yang rakyat Selangor sudah muktamad, mereka akur bahawa 24 bulan yang lalu, sinar perubahan sudah mula bertijar dan nampak jelas bersinar di bumi Selangor. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat walau dalam tempuh singkat telah membuktikan yang mereka komited dan bersungguh mahu mengubah dan merobah nasib rakyat, memajukan negeri ini dalam kerangka bersih, adil dan saksama buat semua.

Menteri Besar dan barisan EXCO Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP berlainan sama-sekali dengan kerajaan terdahulu. Mereka lebih ikhlas, lebih tekun dan lebih jujur mengemudi negeri ini ke arah kebaikan dan kesejahteraan buat semua.

Dahulu rakyat terpasong, rakyat terpinggir, rakyat kelabu dan dikelabukan oleh retorik dan janji-janji palsu dan yang separuh masak. Kini rakyat dapat merasa bahawa kerajaan ini milik dan bikinan mereka. Rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan negeri, berdiri megah merasai kemajuan negeri dan dapat berhubung terus dengan pimpinan mereka tidak seperti dahulu.

Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) contohnya membuka peluang rakyat menikmati hasil kejayaan negeri. Air percuma yang tidak pernah dinikmati di bumi lain, dapat dirasai di Selangor. Begitu juga bantuan usia emas, hadiah anak ke IPT, tuisyen rakyat semuaini mungkin kecil pada mata tubuh orang seumpama Qarun, tetapi bagi rakyat jelata ia adalah bukti keprihatinan kebajikan kerajaan terhadap rakyat yang mereka kasihi.

Kerana itu Pakatan Rakyat perlu menang di Hulu Selangor.

Kerana ia akan menjadi obor membawa pengharapan baru bukan sekadar di bumi Selangor malah menyala terang kesegenap pelusuk bumi Malaysia. Rakyat sudah kenal mana kaca dan mana permata.

Ayuh kita bekerja bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor!





Dari Titi Tinggi ke Hulu Selangor

25 03 2010

Kita dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato Dr Zainal Abidin Ahmad (bukan rektor UTP) pada pukul 9.27 malam sebentar tadi. Allayarham memang sudah lama diberitakan sakit.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Sebagai rekod, Dato Dr Zainal (PKR) telah memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menewaskan calon Barisan NAsional dari parti MIC, Dato G Palavinel. Beliau mendapat undi sebanyak 23, 177 undi manakala Dato G Palavinel pula 22,979 undi. Beliau menang dengan majoriti tipis 198 undi sahaja.

Seperti yang kita ketahui, pilihanraya hampir hampir berlaku di Dun Titi Tinggi,Perlis baru baru ini berikutan perletakan jawatan Adun MCA kawasan itu.Walaupun surat perletakan jawatan sudah diserahkan, entah ilmu apa yang BN guna, mereka berjaya membujuk Adun tersebut untuk menarik kembali perletakan jawatan beliau.

Hari ini, ditakdirkan pula Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal. Ini bermakna satu pilihanraya kecil akan diadakan di Selangor tidak lama lagi.

Pilihanraya ini adalah yang pertama untuk tahun ini dan yang ke-10 selepas pilihanraya umum. Saya menjangkakan pilihanraya ini akan berlangsung dengan sangat sengit.

Ia akan menjadi cukup getir buat PKR dan juga MIC (BN). Bagi PKR, pilihanraya ini akan menjadi kayu ukur sejauh mana krisis parti itu mempengaruhi mood rakyat ke atas PKR. manakala BN pula ia akan menjadi ukuran sama ada konsep 1Malaysia benar benar telah menarik sokongan rakyat ke parti itu.

Sama sama kita saksikan nanti kesudahannya. MIC juga tidak boleh goyang kaki kerana krisis kepimpinan parti itu tidak kurang hebatnya. UMNO pula mungkin akan mendesak MIC untuk menyerahkan kerusi itu kepadanya kerana MIC sudah hilang sokongan rakyat. sama sama kita lihat drama politik di Selangor Darul Ehsan tidak lama lagi.





Daftar Segera:Pilihanraya Umum Sudah Dekat

8 03 2010

Penulis blog menggesa anak anak muda yang telah layak mengundi tetapi belum berdaftar sebagai pengundi untuk segera berbuat demikian dalam masa terdekat. Ini bagi membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada pemilih pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun dan ke atas adalah layak untuk mengundi dalam pilihanraya.SPR menganggarkan kira kira 15 juta rakyat Malaysia sudah layak mengundi pada waktu ini.Malangnya setakat ini, hanya 11 juta sahaja yang telah mendaftarkan diri.

Ini menunjukkan sejumlah 4 juta yang layak masih tidak berbuat demikian pada masa ini.Walaupun SPR telah menjalankan pelbagai initiatif untuk mendaftarkan pengundi baru,namun semenjak PRU ke-12 tamat pada Mac 2008 yang lalu, mereka yang didaftarkan masih tidak ramai.Ia hanya dalam lingkungan ratusan ribu orang sahaja.

Meskipun tempoh 5 tahun pemerintahan Najib masih berbaki 3 tahun, kita mestilah ingat bahawa pilihanraya tidak menunggu sehingga tahun yang terakhir.Dato Seri Najib boleh membubarkan parlimen bila bila masa dari sekarang, lebih lebih lagi dalam situasi politik tidak menentu seperti sekarang.

DAP menjangkakan Najib akan memanggil pilihanraya umum pada pertengahan tahun 2011 yakni selepas pilihanraya Sarawak berlangsung. Ura ura juga menyatakan Najib bakal membubarkan parlimen sebelum polisi baru, Good & Service Tax (GST) dilaksanakan di Malaysia.

Golongan muda diseru menjadi sebahagian daripada pemilih pada PRU yang akan datang supaya undi undi mereka dapat membawa perubahan bermakna kepada negara.Mengundi adalah tanggung jawab sosial yang perlu ditunaikan kepada negara.Dalam Islam sendiri,memilih pemimpin yang terbaik adalah wajib.

Alasan tidak sukakan politik,politik itu kotor dan tidak berminat hendaklah dikikis dari diri anak anak muda.Jika anda merasakan politik pada waktu ini kotor maka silalah buat perubahan menerusi peti undi.Lantik pemimpin yang akan menjadikan politik itu lebih baik dan demokrasi lebih terjamin.Jika anda hanya berdiam diri dan tidak turut serta, jangan harap politik yang anda kata kotor itu akan berubah dengan sendirinya.

bersambung.





Strategi Melemahkan Anwar dan Pakatan

5 03 2010

Kekecohan politik terbaru negara mendapat reaksi berbeza dari pelbagai pihak.Bagi pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang, apa yang berlaku kini adalah satu proses pembersihan yang memeritkan bagi PR. “Kita perlu bersihkan rumah tangga kita sekarang” Kata beliau kepada wartawan.

UMNO pula mendakwa gejolak dalam PKR tidak membawa apa apa kekuatan kepada parti mereka. Ini disuarakan sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin.Mereka berpendapat ahli UMNO tidak boleh merasakan parti mereka menjadi kuat  kerana merasakan PKR sedang menjadi semakin lemah.

Ada juga pandangan menyatakan bahawa apa yang berlaku hari ini adalah satu fasa biasa yang wajip dilalui oleh semua parti parti politik.UMNO sendiri menyaksikan barisan bekas Presiden UMNO yang keluar parti seperti Tunku Abdul Rahman.Parti biasanya akan kembali kuat setelah krisis sebegitu berlalu.

Bagi pandangan penulis pula,apa yang berlaku ini adalah satu usaha terancang bagi melemah dan menghalang kemaraan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim.Barisan Nasional melihat beliau sebagai ancaman yang sangat berbahaya kepada parti mereka.Pakatan Rakyat semakin hari semakin luas pengaruhnya keseluruh Malaysia meskipun media media memberi liputan negatif yang sangat meluas terhadapnya dan parti parti PR.

Anwar diheret sekali lagi kepada tuduhan liwat bagi mengurangkan tumpuan beliau terhadapa PR.Akibatnya Anwar jadi kurang tumpuan kerana banyak masa beliau habis bagi tujuan naik turun mahkamah.Kini berlaku pula perkara perkara bodoh seperti yang kita semua tahu (lompat parti).

Penulis sangat kesal diatas sikap pentingkan diri wakil wakil rakyat yang memilih menjadi katak.Tidakkan mereka kasihan barang sedikitpun terhadap fitnah yang sedang melanda pemimpin no satu mereka?Bukankah ini masanya untuk ahli parti bersatu?Penulis sangat kecewa dengan sikap tidak mengenang budi wakil wakil rakyat ini.

Tindakan melampau mereka pasti memberi tekanan yang hebat kepada Anwar Ibrahim.Tak tau mana nak fokus.Jika tak fokus dimahkamah,takut takut dijerat musuh pula,Jika tak fokus pada pergolakan parti, takut takut parti terus hanyut dan tidak dapat diselamatkan.Keadaan beliau ternyata cukup sukar.

Penulis melihat dua natijahnya disini. BN mahu memberi gambaran seburuk buruknya tentang Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Sarawak sedikit masa lagi. BN juga dikatakan mahu membeli sebanyak mungkin wakil rakyat PR bagi membolehkannya meminda sempadan kawasan pilihanraya sebelum PRU ke-13.Ini adalah taktik bagi memastikan BN terus berkuasa di Malaysia.





Malam Inspirasi Seni 2010

28 02 2010

Saya berkesempatan untuk hadir ke malam saringan Malam Inspirasi Seni 2010 malam tadi.Seperti yang dijanjikan saya akan mengutarakan pendapat peribadi saya tentang kualiti persembahan setiap kumpulan.Komen dan kritikan saya adalah pendapat peribadi saya sendiri.Harap tidak menjadi isu besar pula selepas ini.

figura 1 : logo MIS

Sebanyak 9 kumpulan berentap malam tadi.Alhamdulillah saya berada dimajlis dari awal hinggalah ke akhirnya. Berikut adalah pandangan saya berkenaan kualiti persembahan setiap kumpulan.

GROUP 1 : IN-SAFF

Saya kurang berpuas hati dengan persembahan in-saff kali ini.Walaupun tampil dengan  kostum modern dan kontemporari,namun suara penyanyi utama tenggelam dalam gema percussion.Persembahan mereka agak kelam kabut dan kurang tersusun.Tapi ia semakin baik dihujung persembahan. Mungkin in-saff gementar malam tadi sebagai group pertama.Apapun persembahan mereka bertenaga,harmoni yang boleh tahan bagus.,tapi tidak sebaik persembahan sebelum2 ini.Tahniah kepada kumpulan percussion yang bagus dan skillfull dalam bermain.   BINTANG : 8/10

GROUP 2 : SHOUTUL MUJAHIDIN

Bagi saya persembahan group ini tidak memuaskan.Jumlah yang agak ramai kelihatan tidak tersusun diatas pentas.Paduan suara tidak menjadi dan kadang kadang bunyi pelik muncul disebalik bunyi paduan yang cuba dibuat.Suara penyanyi solo tenggelam.Majoriti tidak menunjukkan ekspresi muka sepatutnya.Suara penyanyi solo tenggelam timbul manakala gerakan beliau terbatas.

Meskipun ramai,namun mereka gagal menguasai pentas.percussion pula kurang menyengat dan lagu tidak sesuai dengan percussion yang dimainkan.Part yang paling tak best ialah apabila key lagu menjadi semakin tinggi sehingga menyebabkan semua hilang kawalan dala nyanyian.Walau apapun,segala kelemahan ini ditutupi dengan populariti dan lawak penyanyi solonya.Minta group ini perbaiki mutu nyanyian.  BINTANG : 5/10

GROUP 3 : IKRAR

Walaupun pakaian tidak sedondon,namun ia nampak menarik. Group yang tidak ramai penyanyi ini kurang menonjolkan aspek harmoni dan paduan suara.Namun kekuatan kumpulan ini adalah pada solo solonya.Mereka menyanyi dengan baik sebagai individu,tidak sebagai kumpulan.percussion mereka cukup berkualiti dan berjalan seiring dengan kekuatan alunan lagu.Apa yang penting,mereka menyanyi dengan ekspresi muka yang sewajarnya.  BINTANG : 6/10

GROUP 4 : AFU

Pakaian mereka nampak tradisional.Group ini membuat intro yang cukup bagus dengan percussion yang menarik untuk didengar.Namun group ini menyanyi tidak sekuat kumpulan satu.Walau bagaimanapun mereka memiliki paduan suara yang cukup baik.Namun begitu ada saja beberapa kesilapan kecil yang berlaku sepanjang persembahan seperti ekspresi muka yang terlalu gloomy,suara overall yang perlahan,baju dan kostum tak sesuai dengan lagu yang ingin dibawa.Apapun,kualiti group ini cukup memuaskan. BINTANG : 7.5/10

GROUP 5 :  I.S.A

Group ini dulu,kini dan selamanya dengan kostum begitu;berbaju putih dan slack hitam.Cukup sederhana.Bagi saya group ini masuk MIS hanya untuk tujuan persembahan dan juga mungkin dakwah.Mereka susah untuk menang,walaupun kelihatan agak popular dengan gimik gimik luar jangka mereka.

percussion mereka bagus.Suara penyanyi solo bagus.Namun ada ketika mereka suka suka hati swap key suara.Memang tak kena sangat.Kesempoian mereka menjadikan persembahan mereka begitu menghiburkan penonton.Namun mereka tiada paduan suara yang bagus.Mereka hanya menyanyi bersama sama.Tidak lebih dari itu.Apapun tahniah kepada group tahun akhir ini. BINTANG : 6/10

GROUP 6 : READ-ONE

Pakaian group ini nampak tradisional dan elegan.Ntah berapa Ringgit ntah sewanya.Intro mereka bagus,jelas dan menyerlahkan bakat mereka.Mereka kelihatan saling tak tumpah dengan penyanyi nasyid dalam televisyen.Kedudukan mereka tersusun di atas pentas.Mereka mencantikkan persembahan dengan gerakan gerakan tertentu.

Mereka bagus kerana mereka senyum ketika menyanyi.Suara mereka harmoni cuma ia tidak berapa kedengaran. Ia tidak kuat.Acapellah mereka bagus dan rancak.Formation/gerakan group mereka juga sangat membanggakan.Saya berpuas hati dengan persembahan mereka.percussion mereka sangat baik.Seriously. BINTANG : 8.5/10

GROUP 7: S.I.F.U

Saya tertarik dengan percussion group ini yang sangat bertenaga.Dengan pakaian serba hitam dan kelihatan sederhana,mereka menyanyi dengan cukup kuat dan memukau.Intro mereka bagus dan mereka membawa elemen yang cukup berani dalam intro dimana,jika mereka gagal kawal intro itu,ia akan mencacatkan persembahan mereka.

Suara mereka kuat dan paduan suara mereka penuh harmoni.Cuma penyanti solo tiba tiba hilang suara di tengah tengah babak persembahan.Gaya mereka cukup bersahaja.Adunan penyanyi solo,percussion yang mantap dan kenakalan mereka menjadikan persembahan mereka menarik.Cuma nak pesan kat group ini jangan bercekak pinggang dan bercakap cakap semasa menyanyi.Ok?Apapun,well done. BINTANG : 8.5/10

GROUP 8 : AS-SYAKIRIN

Mereka memakai kostum yang cukup menarik.Intro mereka bagus dan penuh harmoni tetapi susunan mereka yang kurang cermat agak menjadikan pandangan penonton kurang nice. Group ini suka guna key tinggi sehingga mereka sendiri tak mampu nak capai.Kesannya sangat tidak baik kerana penonton akan detect kelemahan mereka dengan mudah.

percussion group ini tidak berkesan dan slow bunyinya.Penyanyi solo group ini disaran memilih key suara yang lebih selamat selepas ini.Menjelang saat saat akhir persembahan,ketidak-menjadian persembahan mereka especially dalam part paduan suara menjadi semakin tidak terkawal.Mereka juga kurang gaya dan kurang pergerakan.Pemain percussion pulak yang dilihat lebih over dari penyanyi utama.Boleh perbaiki kelemahan untuk persembahan yang akan datang. BINTANG : 5/10

GROUP 9 :WELL-DONE

Dengan pakaian serba hitam,ditambah lilitan selendang india dileher,group ini berjaya mencuri tumpuan saya dan penonton lain juga. Suara mereka harmoni,paduan suara mereka memukau dan ia kelihatan menonjol sekali. Mereka juga tidak lupa untuk menerapkan elemen perasaan dalam ekspresi wajah mereka dan ini sungguh sesuai dengan lagu.

Intro intro mereka menyeronokkan telinga untuk mendengar.Nyanyian mereka cukup kuat,seiring dengan kuatnya bunyi percussion.Walaupun tidaklah terlalu ramai,tetapi bila dilihat,mereka seolah olah menguasai keseluruhan pentas.Gerakan gerakan mereka juga bagus.Dalam semua semua tu, keharmonian suara merekalah yang paling ingin saya beri penghargaan.BINTANG: 9/10

Harap analisis analisis ini dapat dijadikan panduan untuk group group terbabit memperbaiki diri especially yang akan masuk final nanti. Keputusan juri malam itu 100% sama dengan jangkaan saya. 4 kumpulan iaitu IN-SAFF,A.F.U,READ-ONE dan WELL-DONE berjaya ke peringkat final tidak lama lagi. Selamat Maju Jaya kepada semua group!