Kekuatan KS tahun ini : Shoutul Harakah!

19 04 2010

Jumaat

Sabtu

Ahad

Jumaat,Sabtu dan Ahad depan, tiga event besar akan mengambil tempat. Jumaat menyaksikan Konsert Euphonious,Sabtu menampilkan konsert tahunan Kembara Sufi dan ahad pula pembuangan undi bagi PRK Parlimen Hulu Selangor.

Meskipun Hulu Selangor sangat jauh,namun bahang kempen pilihanraya dapat dirasakan hingga ke sini.Saya secara personal lebih  terpukul dengan PRK Hulu Selangor berbanding dengan 2 konsert hebat ini.Setakat ini saya masih belum merasakan sebarang gelombang daripada 2 event ini. Mungkin barangkali pada waktu ini komiti Eupho dan KS sedang bertungkus lumus tanpa pengetahuan saya memandangkan konsert mereka yang sudah semakin hampir. Mungkin juga kerana kecenderungan saya pada politik lebih kuat dari kedua dua event bercorak hiburan ini.

Euphonious seperti yang kita tahu ada sasaran penontonnya tersendiri.Euphonious dengan kekuatan jentera promosinya terbukti berjaya menarik ribuan penonton ke konsert mereka. Ini kerana pendekatan muzik mereka adalah muzik moden yang lebih cenderung diminati muda mudi diseluruh dunia.Dengan alatan alatan muzik moden beserta lagu lagu catchy masakini menjadi daya tarikan utama event mereka.

KS pula menjanjikan satu dimensi hiburan yang lain pula sifatnya.Kelas muziknya menjadi ikutan dan kegemaran sebahagian warga kampus dan juga masyarakat Malaysia.KS menampilkan hiburan islami yang semakin hari semakin berkembang dan membangun dalam industri muzik tanah air dan juga diperingkat global.Justeru KS dijangka menarik kehadiran ramai pencinta irama nasyid kontemporari ini dengan harapan ia akan memberi ketenangan dan mesej lahir batin kepada para penontonnya.

Saya menjangkakan kejayaan Interfaith Dialogue tempohari akan berulang semula Sabtu ini.Kalau kita masih ingat, Chancelor Hall penuh sesak dengan ribuan penonton yang begitu teruja melihat dialog perbandingan agama.Jika waktu itu comparative religion menjadi daya penarik,apa pula daya penarik KS kali ini?

Saya melihat kekuatan KS pada kali ini hanya 1. Ia bukan Rabbani dan bukan juga Azhan Atan. Tetapi tunjang kekuatan KS kali ini ialah Shoutul Harakah! Mungkin ramai yang tertanya Tanya kenapa Shoutul Harakah?

Well,saya tidak begitu teruja dengan Rabbani dan Azhan Atan meskipun mereka penyanyi berbakat.Sebabnya saya pernah melihat persembahan mereka sebelum ini.Yang paling saya tunggu tunggu ialah persembahan Shoutul Harakah yang diterbangkan khas dari Indonesia oleh KS pada tahun ini.

Kumpulan ini ternyata sangat istimewa.Mereka cukup terkenal di Indonesia,lebih lebih lagi di kalangan mahasiswa dan para aktivis dan pencinta Palestin. Kumpulan ini tidak sama dengan kumpulan nasyid tanah air kerana lagu dan muzik mereka berbeza. Di Indonesia, nasyid mereka lebih terbuka dari segi rentak lagu dan alat muzik. Mereka menyanyi menggunakan alat muzik moden seperti gitar,drum dan sebagainya untuk disesuaikan dengan peredaran masa dan juga selera anak anak muda waktu kini.

Shoutul Harakah ini sangat terkenal dengan lagu lagu perjuangan Palestin. Muzik mereka indah.Liriknya sungguh ampuh.Mendengarnya saja menaikkan semangat juang kita.Silakan dengar lagu mereka sebagai preview di youtube atau di mana mana sumber.

Kehadiran Shoutul Harakah kali ini bakal menarik ratusan pelajar Indonesia yang ada di UTP. Seterusnya ia juga akan menarik hadir aktivis aktivis yang memperjuangkan isu Palestin kerana Shoutul Harakah ini di iktiraf karya mereka oleh Pejuang Hamas. Lagu lagu mereka berorientasikan perjuangan Palestin yang mana ia sangat sarat dengan mesej dan tauladan bagi ummah.

Komiti KS perlulah bekerja lebih kuat dengan menumpukan usaha menarik golongan golongan sasaran utama seperti tadi. Jangan sesekali terpengaruh dengan khabar angin bahawa kononnya gelombang membenci KS telah merebak ke seluruh UTP. Itu adalah tidak benar sama sekali. Pelajar UTP tidak ada sebab untuk membenci KS yang telahpun establish dan diterima baik oleh seluruh warga kampus.

Cuma,komiti KS perlu lebih bersemangat dan jangan mudah termakan provokasi.Jika hari ini tiket tidak terjual itu adalah perkara biasa.Kerana tarikh kkonsert masih jauh dan orang awam masih belum membuat keputusan muktamad. Biasanya tiket akan laris bak pisang goring sewaktu konsert itu berlangsung. Jadi yakin pada diri dan perhebatkan promosi dan hebahan ke seluruh pelusuk UTP ini.

Jangan lupakan staff-staff UTP,lecturer,Persatuan Pelajar Indonesia,Student Universiti Berhampiran dan juga orang awam.Golongan sasaran terbesar bagi saya ialah golongan atas pagar yang sangat ramai dalam UTP ni.Maksud saya ialah mereka ini adalah golongan yang tidak bermasalah untuk pergi ke mana mana konsert pun. Komiti KS perlu focus kepada mereka mereka ini.

Selepas ini KS sepatutnya membuat sedikit perubahan dari segi artis dan penggunaan alat muzik. Kerana KS untuk 8 tahun ini seolah olah hanya sesuai untuk orang orang melayu tempatan sahaja. KS mesti ingat di UTP ini masih ramai sahabat sahabat muslim kita dari berbilang Negara. Jadi perkara ini mungkin boleh ditekankan pada KS yang akan datang.Jadikan irama nasyid ini irama global.

Jadikan KS sebagai agen penyatu kepada seluruh warga UTP tidak kira local or international.Selamat berkonsert,Selamat Bekerja dan Selamat Mengundi di Hulu Selangor!Selamat maju jaya kepada Eupho,KS dan Hulu Selangor.Semoga Tuhan memberkati.


Actions

Information

5 responses

19 04 2010
faiz

kalau maheer zain ade next ks bez gak huhu

19 04 2010
muhakim

Setuju sangat.. the best dish for that night will be Shoutul Harakah!

Teringat semasa memperkenalkan lagu Tema Khemah Ibadah 2008, Bingkai Kehidupan. Adik-adik kecil seawal usia 10 tahun hingga 15 tahun begitu teruja menyanyikannya beramai-ramai. Keindahan bait-bait lagu begitu mengasyikkan hingga pernah dicalonkan menjadi lagu Rasmi Rakan Masjid.

Bahkan, bila K.I telah berlalu, bilamana sahaja lagu Shoutul Harakah, Bingkai kehidupan berkumandang, sahabat-sahabat akan berkata” Lagu Abang Hakim ni”… huhu

Can’t wait for Kembara Sufi this time. Hope lagu Bingkai Kehidupan turut tersenarai… (^_^)v

19 04 2010
raihana

salam

insyaAllah UIA akan jemput Maher Zain ogos ini, bolehla komiti mahupun kepimpinan RM dan medtech bertemu dgn penganjur konsert utk dapatkan maklumat awal, boleh jemput next KS..pastinye satu anjakan besar yang cukup baik dalam KS sekiranya dapat jemput Maher Zain…dan yang pasti…kos nya juga tinggi(^^)..bolehla mulakan perancangan yup

19 04 2010
nukman

information menarik…
mudah2an kita smua diberkati Allah dlm apa jua yg kita lakukan..
amin~

20 04 2010
Tertarik « Awangku Alizul Azahari

[…] 20, 2010 by A.Alizul Saya tertarik dengan satu post dari blogger zamankini berkenaan dengan rentetan isu semasa yang akan berlaku pada hujung minggu […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: