Analisis Dari Blogger Cyber Trooper UMNO Berkenaan Kekalahan Barisan Nasional di Sibu

18 05 2010

Dari : Unspinner


Kawan saya kata kita harus lakukan sesuatu dengan bersungguh2 dengan menjiwasi usaha kita. Dalam kemenangan, kita rasa gembira dan puas mencapai sesuatu. Bila dalam kekalahan, kita harus rasa sedih dan kesal.

BN telah tewas dengan jumlah undi yang tipis 398 undi. Kita harus bertanya samada penyokongh BN atau PBB atau SUPP atau UMNO/MCA/MIC menjiwai kekalahan itu? Adakah antara mereka masih boleh bersenyum dan berjenaka menghadapi kekalahan yang tipis itu?

Adakah mereka sedar makna kekalahan itu? Sarawak bakal berhadapan dengan PRN dalam tahun ini atau tahun hadapan. Ini adalah suatu perkembangan yang mengugarkan keyakinan buat BN Sarawak.

Selain dari cara kempen jahat yang membakar perasaan rasisma Cina dan Kristian, rata2 DAP menjalankan kempen yang teratur dan bersedia. Billboard mereka lebih baik design dan mesej yang jelas. Taktik untuk roll out satu demi satu mesej baru turut menarik.

Mereka berusaha kuat untuk mengadakan ceramah. Menerangkan isu2 dan rancangan mereka. Bila sampai masanya dan perlu, mereka tingkatkan haba kempen sedikit demi sedikit dan pada masa yang tepat.

Manakala PAS dan PKR cuba masuk ke kawasan MElayu dan Iban dengan rancangan masing2 untuk memecahkan undi.

Di Sibu kekuatan DAP hanya dalam 60% prngundi cina. Mereka tidak dapat tercapai 80-% yang dimahu tapi hanya dalam lingkungan 65-70% pengundi Cina. Itu tidak cukup untuk memberi kemenangan. Pecahnya undi Melayu dan Iban yang menyebabkan kekalahan.

PKR dan PAS membakar perasaan Melayu dan Iban dengan isu NCR yang kompleks. Pendik cakap, ianya kompleks kerana perubahan dunia lama ke dunia nation state modern dengan keperluan legal.

Perkara ini boleh diselesaikan dan dijawab tapi tidak dijawab. Satu langkah boleh dilakukan tapi tiada yang datang. Kami marah sekali dengan ADUN Nangka kerana kawasannya berpaling tadah disebabkan sikapnya yang angkuh dan pentingkan diri.

Betul iya digelar ADUN jambatan yang asyik bercerita projek million2 tapi yang diberikan orang kawasan hanya kayu2 untuk buat titi yang diajuk jambatan.

Yang paling menjadi marah pengundi Melayu DUN Nangka adalah beliau terlibat dengan taukeh2 Cina untak membeli tanah2 Melayu bagi projek corridor Sibu dengan harga murah. Dari menjadikan rakyat mendapat manafaat dari pembangunan, beliau mahu mengaut keuntungan untuk dirinya tanpa memikirkan nasib rakyat marhaen. Ini tamak dan tidak bertanggungjawab.

Perkara sebeginiu dalam era rakyat diutamakan tidak sepatutnya ada lagi. Masaalahnya perkara begini masih ada dan masih terus berlaku.

Berbalik kepada kempen, dalam berhadapan dengan kempen DAP yang jelas teratur dan tersusun serta dikaji dengan rapi, sikap SUPP dan PBB adalah agak lewa. Mereka masih yakin asal taukeh2 atas sudah memberi arahan, pengundi akan akur. Memang ada pengundi yang tidak mahu undi BN tidak datang tapi ada yang akhirnya datang mengundi waktu akhir petang.

Baik PBB mahupun SUPP jelas tidak bersedia kerana hanya di hari ketiga baru bayangan seolah2 “their act is in order” walaupun tidak. Mereka seolah2 tidak sedar bahawa kempen yang dibawa DAP adalah cara Semenanjung. Mereka mengambil sikap tidak ada apa2 perlu ditakuti.

Disini saja yang boleh dikomen mengenai PBB dan SUPP.

Berkenaan Dato Najib yang menyalurkan wang RM18 juta untuk sekolah Cina, dan missionary school. Maaf saya mahu cakap. Ini seolah2 langkap yang tidak berfikir.

Baik di Selangor lagi di Sarawak, keadaan sekolah orang Melayu dan khususnya Iban begitu daif dan akses ke pendidikan kurang. Kenapa perlu RM18 juta diberi kepada sekolah cina dan missionary yang jauh lebih hebat dari sekolah2 kerajaan di Semenanjung????

Ingat pribumi tak ada mata dan perasaan?

Hentikanlah memberi kepada pihak yang tidak memerlukan. JIka mereka tidak hargai, hentikan bantuan mee segera ini. Berikan pada yang memerlukan dari pengundi yang menyokong.

Walaupun DUN Nangka ada DUN bermasaalah, ada usaha untuk menyelesaikan. Tapi Dato Najib atas nasihat penganjur DUN Nangka membatalkan perjumpaan dengan penduduk Nangka pada malam terakhir kempen. Penganjur membatalkan kerana tidak mahu rakyat memberitahu sendiri Dato Najib masaalah mereka disebabkan kecuaian dan keangkuhan ADUN siamang tersebut.

Kalaulah Dato Najib utamakan ke situ dari pergi ke ulangtahun Rimbunan Hijau yang dia tidak ada dalam rancangan, defisit undi 398 boleh jadi surplus.

Semua pihak dalam BN perlu bermuhasabah. Di Sibu, kami hairan kenapa MCA tidak datang membantu? Kenapa tiap kali PRK, hanya UMNO yang bersungguh? Dimana komponen parti yang lain?

Parti politik Cina khususnya nampak sangat tidak boleh diharapkan membantu. Adakah mereka kini duri dalam daging BN yang membantu DAP menjadi parti untuk orang Cina dan biar saja parti mereka lenyap? Pasti mereka nafikan, tapi kami percaya MCA, Gerakan, dan belum pasti SUPP seolah2 membantu DAP.

MCA dan Gerakan tidak kritik pembangkang dan biarkan DAP bermaharajalela. Malahan mereka membantu melemahkan parti tunjang dengan kritikan mereka.

Adakala mereka menuntut perkara sama yang dimahukan pembangkang dengan alasan konon ianya kehendak kaum mereka. Bukankah mereka yang berpura2 menuntut keadilan untuk semua bangsa?

Nampaknya mereka sedia melihat negara berpecahbelah berdasarkan kaum.

Masalah kita kini adalah kaum Pribumi pun berpecah belah sesama sendiri. Salah pemerintah juga yang sedikit demi sedikit kelihatan tidak menjaga kebajikan kaum pribumi.

Rakyat tidak bodoh. Mereka boleh lihat apa yang berlaku. Dunia Internet akan mendedahkan segala kepincangan kita. Jangan lihat rakyat untuk mudah diotak katik.

Berapa kali hendak cakap? Hentikan rasuah. Bersihkan rasuah. Tangkap perasuah. Bagi kerajaan meyakinkan rakyat mereka serius menghadapai rasuah, tangkap dan dakwa perasuah. Tidak kira pembangkang atau kerajaan atau Menteri atau Tan Sri.

Sekian. The Unspinners mohon cuti sehari dua.

# disunting 18/6 8 am


Actions

Information

Leave a comment