Kebangkitan Pakatan Rakyat di Sarawak

16 05 2010

Berikut ialah keputusan rasmi pilihanraya kecil Parlimen Sibu :

The Election Commission has revised the voter turnout. It now says the turnout was 70% instead of 59.86%.

Votes cast – 37,919 votes
Turnout – 70%
Spoilt votes – 395 votes
Majority – 398 votes
Postal votes – 2,429 votes

Keajaiban Politik telah berlaku di Sibu! Inilah yang di sebut oleh DAP Supremo YB Lim Kit Siang seminggu yang lepas bahawa DAP memerlukan keajaiban politik untuk menang di Sibu. Malam yang dingin ini menjadi saksi bahawa Rakyat Sibu telah bangkit menuntut perubahan! Tahniah orang Sibu.

Jika dibandingkan dengan keputusan PRU 2008, undi BN merosot sebanyak 691 undi (dari 19 138 undi merosot ke 18,447 undi) manakala undi Pakatan Rakyat meningkat sebanyak  2942 undi (dari 15 903 undi kepada 18 845 undi)

Seluruh negara berdebar debar menunggu keputusan rasmi dari SPR. Sepatutnya pukul 9 malam,tapi tak tau kenapa,pukul 11 malam baru keputusan dibacakan.Saya tidak senang duduk seawal pukul 7 malam lagi. Memang susah nak study dalam detik menunggu keputusan pilihanraya Sibu ini.

Rakyat telah bersuara.Pengundi Sibu menjadi saksi.Meskipun BN mengerahkan seluruh jenteranya bermula dari Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,menteri menteri,seluruh medianya seperti tv1,tv2,tv3 dan akhkbar akhbar nya untuk melanyak Pakatan sehabis habisnya,namun ternyata pengundi Sibu telah memberi satu tamparan keras dipipi Barisan Nasional.

Saya secara dasarnya kurang yakin Pakatan mampu menang di Sibu memandangkan undi pos yang mencecah 2800 undi. BN pula menjanjikan banyak sekali rasuah pilihanraya. Dengan sogokan pilihanraya mencurah curah ke Sibu,saya khuatir rakyat Sibu termakan semua jerat umpan itu. Namun siapa sangka, Pengundi Sarawak lebih bijak dari Barisan Nasional.

Mungkin mereka teringat pesan Presiden PAS semalam. BN hulur umpan,makan umpan tersebut tapi jangan gigit kail.Biarkan BN balik KL dengan merenung kail dan tangkai pancingnya.Saya betul betul tabik orang Sarawak kerana memberi BN satu pengajaran bahawa maruah dan harga diri mereka tidak boleh dijual beli oleh Barisan Nasional.

Kemenangan ini dilihat memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Perdana Menteri yang selama ini menyatakan Sokongan rakyat telah kembali pulih dek kerana konsep 1Malaysianya. Namun jika diteliti,sokongan kepada Pakatan Rakyat sebenarnya semakin teguh bermula dari Hulu Selangor lagi. Jadi sekarang Pakatan menang 8 BN menang 3.

Ini mungkin petanda kebangkitan rakyat Sarawak menjelang tibanya pilihanraya negeri. Kekalah BN sebenarnya lebih teruk. Jika tidak di cover oleh undi pos berjumlah lebih 2000 keping, BN mesti akan merasa lebih segan dan malu untuk kembali ke Sibu.Di harap mood ini kekal sama dan akan menjadi titik mula perubahan di Sarawak.

Jika Pakatan ingin ke Putrajaya,maka Pakatan mesti menguasai Sarawak dan Sabah. Jadi langkah Pakatan Rakyat kini semakin jelas.Hari ini rakyat Sarawak dan Sabah pasti sudah nampak harapan baru bagi mereka di Malaysia.

note : tak dapat ulas panjang. tgh bizi nak exam.huhu.


Actions

Information

2 responses

16 05 2010
anynomous

alhamdulillah..biarkan BN balik ke tempat mereka setelah menjaja pasal “menerima DAP bererti menerima negara Islam”..cube menakut-nakutkan rakyat sibu mengenai negara Islam, pdahhal mereka sendiri yg takut ngan negara islam..tahniah kepada rakyat sibu, anda lebeh bijak dr BN!

16 05 2010
Sang Karipap

Patutnya Sarawak tu dah lama dah boleh dapat lebuhraya macam Lebuhraya Utara Selatan kat Malaysia ni..sepatutnya orang2 disana pun boleh merasa kemajuan macam kat sini, tapi sebab ada sesetengah pemimpin tidak merasa beban nya menanggung amanah, tu yang kebajikan rakyat buat tak peduli aje tu.

Semoga PR tidak mengulangi kesilapan BN selama bertahun-tahun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: