Ayuh Berjudi

13 05 2010

ayuh berjudi

PRK Hulu Selangor menyaksikan BN menjadi juara dalam isu arak dan judi. Calon PKR yang telah lama bertaubat di serang sehabis habisnya kerana pernah minum arak di zaman lampaunya.Malah Zaid Ibrahim juga dituduh suka berjudi dengan kuda lumbanya.

Mungkin atas faktor ‘kewarakan’ BN pada PRK ini, BN Berjaya menang hasil sokongan padu orang orang melayu felda dan sebahagian pengundi india. Namun alangkah terbaliknya dunia ini!Habis saja PRK Hulu Selangor,kerajaan yang ditunjangi parti UMNO telah meluluskan lesen judi bola sepak pula!Menteri kata lesen judi harus diluluskan bagi mengelak kegiatan perjudian haram.Amboi Awang Adek..Tak sangka pulak lesen akan jadi halal bila dapat lesen dari Kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin bagi mereka, judi dan arak ini haram pada waktu pilihanraya saja kot.Waktu lain halalan toiyiba mungkin.Kini satu persatu isu judi haram jadah ini timbul.Sudahlah hari cabutan loteri ditambah dari 3 ke 4 hari seminggu,syarikat caruman PERKESO dan beberapa lagi saham didapati dilaburkan dalam syarikat arak dan judi!!

Tahniah la atas fatwa baru ni.Allah kata haram,kita kata Halal.Menghalalkan apa yang diharamkan Allah apa ek hukumnya?Tahniah juga kepada kumpulan BERJAYA kerana mendapat kontrak judi bola sepak Piala Dunia tak lama lagi.Kepada teman teman yang suka bola, adakah anda akan berjudi juga waktu Piala Dunia nanti?Yela..kan judi dah halal sekarang ni..

apa pun, SELAMAT BERJUDI~


Actions

Information

3 responses

13 05 2010
pendi.pow

BN dah jadi tuhan…
mengeluarkan lesen halal judi…
masuk neraka ramai-ramai…

13 05 2010
ibnu_ghazali

macam dajal le plak.
yang haram menjadi halal..
yang halal menjadi haram..

ditangan kanan dajal itu kelihatan neraka..
ditangan kiri dajal itu pula kelihatan syurga..

bagi orang yang tidak beriman,akan memilih syurga dajal dan meninggalkan
syurga akhirat..
namun bagi yang beriman,akan memilih neraka dajal dan meninggalkan neraka akhirat..

beruntunglah bagi orang yang gharib(asing)~

19 05 2010
maziah mukhtar

da x cukup duit nk pusing modal agaknye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: