Masa Depan Politik UMNO

2 05 2010

By Shazwan Mustafa Kamal

diterjemahkan oleh  : Penulis Blog Zamankini

Meskipun Barisan Nasional muncul juara pada Pilihanraya kecil ahad lepas, ahli pemimpin UMNO dan penganalisis politik masih percaya bahawa parti nasionalis melayu itu perlu melakukan perubahan besar bagi kekal relevan kepada golongan generasi muda.

Hulu Selangor membuktikan majoriti pengundi (51.8% BN and 48.2% PR) memilih BN diperingkat Parlimen,namun pengundi muda yang bekerja diluar kawasan masih berpihak kepada PR. Calon BN P. Kalamanathan bagaimanapun muncul juara ahad lepas dengan majoriti 1725 undi dengan kempen agresif BN bernilai puluhan juta ringgit.

‘UMNO masih bermain isu kaum. Ini sangat jelas. Kalau Cina rujuk MCA,Kalau india serah pada MIC,pemikiran kita (BN) masih perkauman.Manakala PR pula cover semua,merentasi jalur perkauman’ kata anggota majlis tertinggi UMNO, Dato Seri Mustafa Mohamed kepada Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Jeli (BN),Dato Seri Mustapa Mohamed

Pemimpin UMNO ini menyifatkan UMNO buat masa ini masih tidak menentu kerana masih bermain dengan isu kaum disaat pengundi telah mula bergerak merentasi sempadan politik perkauman.

‘ Saat ini, sekiranya UMNO terus mengekalkan kaedah sedia ada,ia tidak akan mampu menjadi parti masa depan’ katanya yang juga seorang Menteri.

Beliau turut menambah, apa yang berlaku di Hulu Selangor adalah cerminan kepada pola undi seluruh negara,dimana mereka yang tinggal di ‘kawasan pedalaman,terpencil’ akan mengundi BN manakala mereka yang ada ‘pendidikan lebih baik dan inginkan lebih kebebasan’ akan mengundi PR.

Walau bagaimanapun,Mustafa enggan mengulas sama ada masihkah ada masa yang cukup untuk UMNO menukar mindset sebelum tibanya Pilihanraya umum yang disebut sebut akan diadakan tahun hadapan.

‘Saya tidak berapa pasti’ Katanya

Kamalanathan pada ahad lepas menewaskan calon PKR Dato Zaid Ibrahim pada pilihanraya kali ke-10 semenjak 2008. Dato Seri Najib secara peribadi telah mengetuai kempen dan telah berjanji untuk memberi pampasan kepada penduduk Felda dan juga menjanjikan RM3 Juta pada sekolah rendah Cina.

Seorang lagi ahli Parlimen UMNO,Datuk Nur JAzlan Mohamed mendakwa pemimpin utama parti mengalami sindrom ‘mind block’ menyebabkan ia masih terikat dengan kaedah lama dalam melakukan sesuatu perkara.Nur jazlan yang gagal merebut jawatan no 2 parti pada tahun 2007  berkata BN mungkin hilang sekali kerusi Hulu Selangor pada PRK tempohari sekiranya najib tidak turun melawat kawasan seluas negeri melaka itu.

‘Bahagian Utara Selangor kebiasaannya adalah kubu kuat UMNO. Memandangkan UMNO sudah bertapak lama disitu,kempen kempen pembangkang dilihat sangat efektif.

‘Meskipun UMNO memiliki jentera yang besar,namun ia tidak begitu berjaya. Mereka lemah. Kita mungkin tewas jika PM tak turun tempohari’ Katanya kepada Malaysian Insider.

Ketua Bahagian UMNO Pulai itu merasakan bahawa generasi baru tidak akan lagi mengundi BN sebagaimana ibubapa mereka pernah berbuat dimasa lampau,tetapi mereka akan mengundi PR kerana mereka rasa tidak lagi ada kaitan dengan cara UMNO yang usang.

‘Saya pasti Hulu Selangor boleh jatuh ke PR semula.Dalam masa 2 tahun,UMNO patut buat sesuatu di situ, namun ia tidakpun kelihatan’.

‘Pengundi boleh undi Zaid meskipun dia ada mengaku pernah ada isu. Meskipun kita sudah main isu moral calon,guna PERKASA tapi kita hanya mampu tarik 67% sahaja undi melayu’katanya.Nur Jazlan menyatakan salah satu cara untuk dibuat sekiranya UMNO betul betul serius dalam perubahannya ialah dengan membawa masuk calon baru yang tidak tercemar.

‘salah satu penyelesaisannya ialah dengan calon baru yang bersih.Sekiranya UMNO tak lantik orang baru,macam mana kita nak mintak orang percaya kat UMNO lagi?sedangkan PMpun ada isu’ tambahnya.

Kata kata beliau muncul ketika 192 bahagian UMNO seluruh  negara bersiap sedia untuk ‘retreat’ hujung minggu ini untuk membentangkan indeks prestasi utama mereka (KPI) dan memberi laporan bagaimana untuk menguatkan parti sebelum tibanya pilihanraya umum.

Penganalisis politik James Chin percaya generasi muda menyebelahi PR kerana mereka (pengundi) kurang terikat,sesetengahnya belum berkahwin dan tidak ada kekangan ekonomi. ‘ orang muda tidak ada apa untuk dirisaukan,mereka lebih idealistik dan terpengaruh dengan idea barat yang lebih liberal’.

‘Rasa untuk mengundi BN hanya datang selepas mereka berkahwin dan bila ada sumber harta,keluarga. Bila ada kekangan ekonomi,mereka tidak mahu mengambil risiko dengan mengundi PR.Mereka akan cenderung untuk undi kerajaan yang merak kenali,meskipun kerajaan tidak sempurna’ kata Chin,pensyarah Universiti Monash cawangan kampus sunway.

Ahli akademik ini mendakwa Najib mungkin akan mengadakan pilihanraya umum seawal awalnya tahun ini bagi mengelakkan pendaftaran 4 juta lagi pengundi baru yang dijangka bakal menyebelahi PR.

‘BN ada cara untuk elakkan pendaftaran 4 juta pengundi ini. 60% daripadanya adalah pengundi muda dan jika mereka diberi peluang mengundi,mereka akan undi PR’.

PR kini menjadi pilihan generasi muda.

‘Jika PR berjaya mendaftarkan pengundi pengundi baru ini sebelum pilihanraya umum,PR akan mendapat lebih banyak manfaat berbanding BN’.Ramalan saya ialah PM akan buat pilihanraya tahun ini,jadi pengundi baru takkan sempat mendaftar’tambah Chin.

Pada masa yang sama, pengarah merdeka center Ibrahim Suffian menyatakan bahawa memandangkan kemenangan BN di Hulu Selangor adalah tipis, PR mestilah cuba memecahkan jurang antara mereka dan pengundi melayu di felda felda.

‘BN perlu terus meyakinkan pengundi muda. BN tidak boleh rasa selamat di Hulu Selangor. Pada masa yang sama, meskipun PR mendapat sokongan pengundi muda,mereka perlu mencari sebab kenapa mereka masih kurang berjaya di kawasan pengundi Melayu,’ kata Ibrahim.

Ahli Parlimen Kuala Selangor (PAS),Dr Zulkifli Ahmad

Namun, ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Zulkifli Ahmad tetap yakin bahawa peluang PR pada Pilihanraya umum akan datang tetap kukuh.

‘Keputusan pilihanraya ahad lepas adalah satu tamparan buat PR kerana tidak betul betul dekat di kawasan itu.Walau bagaimanapun, BN sebenarnya sedang mengira hari hari akhir mereka kerana PR adalah parti masa depan. BN sudah mula nampak penghujung hari mereka’kata Dr Zul kepada Malaysian Insider.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: