Analisis PRK Hulu Selangor

26 04 2010

Saya terpanggil untuk mengulas apa yang berlaku di Hulu Selangor yang telah membawa kemenangan Barisan Nasional.Namun pada waktu ini jadual saya begitu sibuk bagi menyiapkan tugasan tugasan sebagai seorang mahasiswa.

InsyaAllah analisa akan ditulis kemudian. Perlu saya ingatkan seluruh pembaca bahawa setakat ini, apa yang berlaku adalah keputusan seri antara Pakatan dan Barisan. Kenapa seri?daripada 10 pilihanraya setakat ini, 8 pilihanraya adalah pilihanraya kecil untuk mempertahankan kerusi masing masing.

Pakatan berjaya MENGEKALKAN kemenangan mereka di Permatang Pauh,Bukit Gantang,Bukit Selambau,Penanti,Manik Urai dan Permatang Pasir. Manakala BN berjaya mengekalkan kerusi miliknya di Bagan Pinang dan Batang Air.

Yang sepatutnya kita lihat ialah perpindahan kerusi. Kerusi yang berpindah milik hanya ada dua. Iaitu kerusi Parlimen Kuala Terengganu (dari BN jatuh ke PAS) dan juga yang terbaru Parlimen Hulu Selangor (dari PKR ke tangan BN).

Jadi setakat ini,perlawanan adalah 1:1

Kesimpulan ringkas saya ialah,suasana politik sudah sedikit berubah.Kita menjangkakan PKR akan kalah teruk berikutan masalah dalaman parti itu.Namun sebenarnya undi yang diperoleh PKR dihulu selangor adalah lebih tinggi berbanding PRU 2008 dgn pertambahan sebanyak 98 undi.( 23,177 kepada 23,272 undi). Ini menunjukkan segala kemelut politik yang melanda PKR sejak akhir akhir ini tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu.

Kedua, ternyata orang Melayu Hulu Selangor tidak secerdik orang Melayu di Kuala Terengganu. jika kita imbas, di Kuala Terengganu Najib dan BN telah membuat janji pilihanraya yang sangat besar sehingga mencecah lebih 1 billion. Namun orang Kuala Terengganu tidaklah bodoh dan miskin untuk menerima rasuah politik.

Kita sedih di Hulu Selangor, BN membelanjakan lebih 40 juta ringgit untuk menggula gulakan pengundi disana.Mungkin tahap kecerdasan politik tidak sama bagi kedua dua pengundi di dua tempat berbeza.Apapun Pakatan perlulah bermuhasabah. Kelemahan Pakatan adalah felda dan kawasan luar bandar. Itu yang perlu di fikirkan.


Actions

Information

20 responses

26 04 2010
Abdul Hadi

Analisa anda begitu tidak cerdik. Dengan mudah anda mengatakan orang melayu di Hulu Selangor tidak cerdas dan tidak secerdik orang Kuala Terengganu. Dangkal sungguh analisa sebegitu.

Analisa terdahulu anda hanyalah berdasarkan pool di blog sendiri. Analisa ini pula tidak saya ketahui berasaskan apa. Mungkin laporan akhbar semata-mata?

Anda tidak berada di lapangan, seperti mana petugas-petugas sepenuh masa PKR dan PAS. Anda tidak meneliti aspek tempatan, seperti aspek isu-isu tempatan yang ada dan sosio-politik penduduk. Masalah-masalah perumahan yang melanda penduduk tempatan dan masalah-masalah kecil lain seperti sistem perparitan, sistem jalan raya dan lain-lain. Anda tahu apa itu interchange?

Masalah kaum india juga menjadi faktor. Kaum india lebih tertekan, mereka mudah menyokong pihak yang boleh menjanjikan perkara realistik kepada kehidupan mereka, kerana faktor kemiskinan mereka.

Kecelaruan dalam daftar pengundi, di mana hampir 14,000 pengundi diubah tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka, mungkin menyumbang kepada peratusan keluar mengundi yang kurang 80 peratus, berbeza dengan PRK yang biasanya lebih tinggi peratusan keluar.

Konsep 1Malaysia Najib juga merupakan faktor penting dalam PRK ini. Imej Najib lebih bersih berbanding PRK-PRK sebelum ini.

Sekian.

26 04 2010
krzaman87

thanks for the comment.

analisa ni adalah pndapat saya berasakan kefahaman saya tntang apa yg berlaku.masalah asas seperti itu berlaku dimana2 (kt KT pun ada masalah parit,jalanraya,rumah dsb).

yg saya fokuskan ialah sikap trhadap rasuah undi dan janji2 prk.org terengganu or kelantan mungkin ambil bnda2 yg BN bagi kerana itu mmg hak mereka.tapi nak kasi undi kat BN belum tentu.

bukan saya tk tahu faktor2 yg anda cakap tu.

cuma fokus saya ialah kecerdikan pengundi berhadapan dgn gula2 dan rasuah politik. Well,faktor anda juga mungkin ada betulnya. dan sebenarnya banyak lagi faktor lain seperti faktor calon,serangan peribadi,faktor masalah dalaman parti,faktor pengkhianatan Dr Halili dan mcm2 lagi..

26 04 2010
wetriser

siapa kata org kuala terengganu pandai ngan org hulu selangor bodoh…pada aku yg bagi pendapat ni yg bodoh.. kau igt org hulu selangor kemaruk sgt ke ngan rasuah2 yg ko dakwa tu.. apa kau tak pikir ke zaid tu bermoral ke? zaid tu penyokong kuat kebebasan agama hak individu? kaki minum ngan taik judi.. satu lagi raja putar alam anwar ibrahim tak habis2 kelentong.. senarai kelentong anwar terlalu panjang nk dihuraikan… asyik2 anwar je betul org lain semua penipu.. nallakarupan, ezam, zainur zakaria, zahrain, zulkifli nordin, dr halili..

27 04 2010
krzaman87

pengundi Melayu Felda sg Buaya mengaku mereka undi BN sebab BN setuju bagi pendahuluan rm50 000 utk tanah2 mereka yang trgadai. Namun mereka dah warning if BN tak tunaikan janji2 tu, mereka akan tukar fikiran pilihanraya umum akan dtg.

UMNO hanya buka pekung didada bila serang peribadi zaid. Najib,Muhyidin,Khairy,Nazri Aziz,Jamaludin Jarjis dan lain2 sampai hari ni tak jawab cabaran lim kit siang sama ada mereka pernah ambil alkohol atau tidak.

taktik UMNO ini menunjukkan dalam UMNO ini budaya judi dan arak ini wujud dgn berleluasa. Mantan-mantan PM malaysia pun sama (seperti kata Datuk Mustafa Ali).

Zaid mungkin begitu dahulunya ketika dlm UMNO. Tapi skrg dia dah bersama PR dia dah tinggal kerja2 tak elok tu. So org bertaubat jgn diungkit2 lagi. tu bukan urusan kalian dah. Dia dengan Tuhan je……

26 04 2010
Brodan

Kebanyakkan sumber dari pakatan rakyat masih lagi tidak dapat menerima kekalahan ini. Ada yang menyalahkan SPR, isu pengundi hantu, isu BN berbelanja besar. Namun lebih menyedihkan mereka menyalahkan pengundi sendiri, sepertimana penulis, yang mengibaratkan pengundi BN sebagai tidak bijak a.k.a bodoh.

Perlu diingat salah satu faktor pengundi tidak mengundi Zaid kerana beliau seorang yang liberal. Seorang liberal berselindung di belakang tabir PAS. Tidak hairanlah ramai yang keluar PKR selepas Zaid diumumkan sebagai calon yang bertanding.

Kesilapan terbesar PR adalah meletakkan calon yang tidak sesuai. Isunya bukan gula gula ataupun tahap kecerdasan politik penduduk setempat. Isunya adalah PR tidak berfikir apabila meletakkan calon. Tambahan pula calonnya merupakan bekas BN.

26 04 2010
krzaman87

Hulu Selangor tidak pernah dimenangi pembangkang sejak merdeka kecuali pada PRu 2008.

Tahun 2004, BN memperoleh undi 27,807 dan PR pula memperoleh 13,324 undi. PR tewas dengan majoriti hampir 15 ribu undi.

Tahun 2008, BN peroleh undi sebanyak 22,979 manakal PR peroleh 23,177 undi. BN tewas dengan majoriti 198 undi.

sedarkah kita bahawa, undi BN hilang sebanyak 4828 manakala undi PR meningkat sebanyak 9,853 undi.

semalam keputusan menunjukkan undi BN ialah 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi.

undi PR terus meningkat sebanyak 98 undi lagi. Manakala sebanyak 2810 undi masih tidak kembali kepada BN.

pada hakikatnya sokongan kepada siapakah yang bertambah dan sokongan kpada siapakah yang masih belum pulih sepenuhnya??

26 04 2010
wetriser

yang nyata undi melayu lebih kembali ke bn.. parti sosialis seperti pkr semakin dibenci oleh org melayu.. tahukah anda sejak prk bukit gantang.. majoriti peti undi melayu ddimenangi oleh bn..

27 04 2010
ntah apa apa

Undi melayu banyak ke BN sebab BN suka main isu bangsa bila dia lemah. melayu terancamla dan mcm2 lagi. perintah dah 52 thn tapi masih rasa bangsa melayu terancam . itu bukti UMNO gagal selama 52 tahun diberi peluang memerintah. sepatutnya UMNO ini dihukum.

dibukit gantang sedikit saja % pertambahan undi melayu ke BN. itupun sbb BN main isu derhaka dan isu kononnya nizar boneka DAP. tau tau la melayu ni sensitif sket bab raja dan isu melayu.

lgpun, orang2 melayu felda tk dpt info yg seimbang. BN plak guna segenap jentera yg ada utk gempur felda. dan mungkin generasi pertama felda terasa trhutang budi dgn BN. tu je..tak timbul isu sosialis.

yg jelas,pengundi melayu ni tak bijak. senang dibujuk dgn wang ringgit. tengok kematangan politik cina,meskipun dijanji juta juta,tapi mereka tetap tidak ubah pendirian. mereka rasa trhina seolah olah BN nak beli maruah mereka.

26 04 2010
politikus

setuju dgn penulis. Beliau mengulas dari beberapa sudut.Sdr Hadi jangan berlagak sangat.Rasa mcm die je betul.

bagi saya pndangan penulis ada betulnya dan pandangan hadi ada rasionalnya.Banyak faktor yg menyumbang.

Tak perlulah nak kutuk dan kata pandangan orang tak cerdik.Penuh dgn kesombongan…

26 04 2010
krzaman87

Politikus memang betul. Seolah olah pandangannya saja yang cerdik. Kita menghormati semua pandangan yang ada. Lain orang lain sudut pandangnya. Jangan lupa point tu.

26 04 2010
MK Ahmad Said

Didalam pengajian politik kita akan diajar satu modul di panggil “Political Campaign”. di modul ini kita diajar prinsip prinsip kempen politik di mana ia merangkumi iaitu, Masa (time) Orang(people)wang (money). Maka di semua kempen politik mesti berpandu kepada 3 prinsip prinsip diatas. sekiranya kita berkempen politik tidak melibatkan prinsip ketiga iaitu WANG maka calun itu tidak akan berjaya. Masalah besar di Malaysia ini apabila kita cakap pasal wang di dalam kempen politik maka kita akan terus melabelkannya sebagai RASUAH.
Sudah sampai masa nya kita berfikiran selalu positif kepada kawan dan lawan. contohnya USA, mereka akan bersaing didalam menterjemahkan konsep dan perjuangan parti politik mereka baik democrate atau republican kepada rakyatnya tetapi mereka akan bersatu ketika menghadapi hal hal keselamatan negara atau kepentingan nasional.

Biar apa pun sesiapa mengatakan kerajaan BN itu korup dan perkara perkara negatif tetapi saya banga BN khas UMNO telah berjaya membawa anak generasi ke 2 dan ke 3 Melayu dan bumiputra di tahap seperti bangsa bangsa lain. 53 tahun telah banyak terbukti bukan pada andaian tetapi kepada fakta fakta. Saya ingin menasihatkan anak anak muda Melayu dan Bumiputra jangan sampai negara kita tergadai kepada musuh dan baharu kita tersedar.ketika itu sudah terlewat. Musuh negara telah meresapi jiwa dan minda generasi muda dan mereka tidak perlu menghantar bala tentera untuk menghancur Malaysia tetapi dengan mengunakan peperangan media dan informasi sudah cukup untuk memecah belah bangsa Melayu. PRK Ulu Selangor adalah satu contoh yang benar dan terbaik untuk kita mengambil iktibar.

26 04 2010
krzaman87

adakah dalam politik US, mereka ada menjanjikan wang dan projek jika menang? or mereka menjanjikan dasar dasar baru yang menguntungkan negara?

tidak dinafikan BN telah mmbawa kemajuan. Negara Komunis cina pun bawa kemajuan juga. Negara Iran juga membawa kemajuan kepada negaranya. mana mana negarapun.

Namun pada tahap ini bukan skadar pembangunan fizikal yang rakyat mahukan. apa ertinya bangunan tinggi melangit jika sosial rakyat rosak teruk. Saya tak nafikan bangunan2 kita tinggi tinggi,gedung beli belah kita besar besar, banyak universiti.

Rakyat mahukan ketelusan dan good governance,media yang bebas,demokrasi yang subur,pemimpin yang dekat dengan rakyat. Our people are looking for more than just the so call pembangunan.

tergadai mcm mana?kepada siapa negara trgadai?selepas leboh 52 tahun memerintah, kenapa UMNO dan PERKASA masih membangkitkan soal ketuanan melayu dan hak hak melayu?adakah pemerintah gagal mempertahankan hak melayu selama ini?

fikirkan.

27 04 2010
wetriser

ketuanan melayu dan hak2 malayu shaja yg tinggal utk org melayu di bumi malaysia ni.. itu sahaja yg dimiliki oleh org melayu utk dipertahankan sampai mati.. cuba mintak org cina india bubarkan sekolah cina tamil.. mahukah mereka? cuba tanya parti sosialis seperti dap.. konon bukan parti berasaskan kaum.. tp berapa ramai ahli melyu yg pengang jawatn tertinggi dlm DAP? apakah org melayu akan berjaya tanpa deb? sanggupkah org melyu melihat uitm dipenuhi bangsa lain? sekiranya cina india diberikan hak istimewa seperti org melayu adakah mereka mahu melepaskan dengan senang hati?

27 04 2010
krzaman87

Apa yg risau sangat tntang hak melayu?Parti2 dalam Pakatan sudah berikrar utk memperthankan peruntukan perlembagaan. Hak2 istmewa orang melayu,bahasa,agama rasmi,raja raja melayu. dan lain2..awak tak tahu ke mereka dah meterai benda tu?

Yang bukan bukan je yang awalk risaukan..ish ish..seolah olah kalau PR ambil alih Malaysia habislah hilang hak melayu. InsyaAllah PR perintah hak melayu dan peribumi akan lebih terbela. Janganlah banyak sangat fikir yang bukan bukan.

27 04 2010
wetriser

pakatan rakyat jgn harap boleh memerintah malaysia selagi tidak mendapat sokongan melayu.. tak kisahla 100% bukan melayu tak sokong BN.. selagi org melayu yg bodoh ni tak bagi undi kt pr sampai bila2 la bn akan terus berkuasa… PR mau tak mau mesti perlukan undi org melayu yg bodoh ni..klau tak kekal la PR sebagai pembangkang sampai kiamat.. kempunan la anwar jawatan pm yg diidam2kan tu..tahniah penduduk melayu hulu selangor.. tua dan muda menidakkan dakwaan anwar bahawa pengundi muda semua sokong PR.. terbukti saluran mengundi org muda melayu memberi kemenangan kpd BN.. bersatu la melayu menentang parti sosialis pkr dan dap..

27 04 2010
krzaman87

InsyaAllah semakin maju malaysia ni,semakin bermaklumat rakyatnya,semakin tak relevanlah UMNO dan Barisan Nasional. Yang masih menyokong UMNO adalah orang2 nun jauh di kampung kampung dan di felda felda..sebab diorang ni mmg tak dapat informasi seimbang tentang politik. Lagipun generasi lama masih asyik dengan nostlagia lama UMNO zaman lampau, which is not similar dgn UMNO sekarang..yang duk pinggir bandar,bandar,pekan2 dan anak anak muda insyaAllah bersama Pakatan Rakyat.
Bak kata Datuk Mustafa Ali, BN bukan parti untuk masa depan.Kerana semakin maju negara ini,semakin BN akan hilang pengaruh.

26 04 2010
Mat Poyo

`2008 BN tewas bukan sebab PR tu kuat tp disebab taraf hidup yg meningkat, harga barang, harga minyak dan pengundi cina yg memberi sokongan penuh apabila dijanji hak samarata…

26 04 2010
krzaman87

point point anda mungkin ada betulnya. ada orang cakap It’s not because people love PR,but it’s because people hate BN.

Kini PR diberi peluang memerintah di beberapa buah negeri. Biarkan rakyat menilai. Kemudian kita akan nilai balik statement tadi sejauh mana kebenarannya.

Sama sama kita lihat dan saksikan

26 04 2010
masri

sekalung tahniah kepada yang menang. bagi saya penduduk hulu selangor telah menjalankan tanggungjawab yang seatutnya. Kemenangan BN tidak menunjukkan tahap kekuatan dan pengaruh BN itu sendiri. Bagi penduduk yang mendapat habuan adalah hak mereka, walaupun sekian lama menanti (15 tahun) ini merupakan rezeki terpijak yang perlu dipeluk atau disambar sebaiknya. Saya berpendapat penduduk Felda sg buaya cerdik. Kemungkinan besar mereka tidak mendapat 100% seperti dijanjikan pemaju yang telah gulung tikar tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat juga habuan. Kebanyakan pemilik tanah dah dihujung nyawa dan banyak yang telah kerahmahtullah (Al-Fatihah). Ini adalah peluang, sekiranya tidak kali ini mungkin tiada peluang langsung. Beagi mereka samada PR atau BN tidak membawa erti besar kerana kerajaan telah tertubuh masa PRU ke 12, tiada kersajaan baru terbuentuk sekiranya PR menang. Segi moral BN menang tetapi yang lebih beruntung penduduk hulu selangor, pelbagai kemudahan dan peruntukan telah didikecepai dalam tempoh 8 hari. Tolong jangan salahkan pengundi di hulu selangor, mereka ada hak dan agenda terpencil sendiri. Walaupun mulanya saya rasa terkilan dengan kekalahan PR tetapi bila ditinjau semula, ada baiknya. Janji BN untuk membangunkan Hulu Selangor dan tanah Felda sg buaya dinantikan. Jauh dilubuk hati saya bahawa sekiranya PRU 13 akan ada perubahan. sokongan dan gerak kerja BN dari sekecik individu hingga PM sendiri berkempen dengan gula-gula yang memberi nikmat kepada pududuk apasalahnya BN menang. Mungkin lebih RM 50 juta diburkan dan hampir RM 200 juta nilai pembangunan yang dijanjikan untuk dikotakan dalam 2 setengah tahun lagi sebelum PRU ke 13. Di masa itu nanti isu nasional lebih dimainkan dari isu tempatan, calon akan bergerak bersendirian atau jentera yang terhad dan mungkin akan berpihak kepada PR sekiranya PR boleh menunjukkan prestasi pentadbiran yang telus dan adail di Selangor. Iktibar dari IJok boleh dijadikan contoh. Cuma calon yang lebih bersesuaian perlu dicalonkan oleh PR nanti.

PR sebenarnya belum kalah kerana masih ada masa untuk membuat strtegi dan perkukuhkan jentera parti. Manakala BN kiranya nak kekal di Hulu selangor PRU ke 13, soal calon perlu diperhalusi semula mengikut kehendak dan kajoriti penduduk setepat, kalau tidak peristiwa Ijok akan berulang. 2 atau 3 tahun lagi bilangan pengundi belia (muda) akan masuk gelanggang yang majoritinya berpendidikan dan condong kepada PR ditambah pula isu nasional akan dimainkan nanti, ketelusan, pembangunan, peluang bumiputera, isu keselamatan dan ketenteraman, GST, TOL, Minyak, cukai, dan pelbagai lagi yang akan menumbangkan BN sekiranya tidak diambil pusing.

Setiap parti perlu menrancang dengan teliti akan situasi PRU ke 13 nanti. Sekiranya GST dilaksanakan, isu sunsidi minyak, Tol dan tarif elektrik dinaikkan maka peluang BN mempertahan Hulu selangor hanya tinggal kenangan. Isu melayu dan bumiputera perlu ditangani denga berkhemah supaya sikap tolerensi orang melayu jangan dikikis dan terlalu dicabar yang hanya akan menymbang pada kepada BN.

Anak muda melayu telah sedar dan semakin pandai untuk menilai, oleh demikian pastikan hak melayu dan bumiputera terjamin dan terbela, kira tidak pasti melayu akan berhijrah. Adakalanya penghijrahan itu pahit tetapi nikmatnya pasti ada selepas onak dan duri. Bukan rasis atau perkauman tetapi inilah hakikat yang perlu diambil kira kedua-dua parti politik. Malaysia belum bersedia menjadi Amaerika yang berfikiran terbuka, Orang melayu ini penuh dengan susila yang begitu sensitif apabila malayu terlalu dicabar dan tercabar.

Sekian, wasalam.

26 04 2010
krzaman87

pendapat anda ini sungguh bernas. Betul. sebenarnya semakin sukar sesuat perlawanan itu,semakin tinggi ‘nilai’ kawasan PRK tersebut.Bagi saya PRK ini bagus. ia mmbawa sumber rezeki yg melimpah ruah kepada rkyat dikawasan itu. Peniaga2,rumah sewa,makanan,kedai2 printing mesti laku. Mmg hak rakyat utk mndpat pulangan dari kerajaan.Cuma parti hanya giat nk bntu dan selesaikan masalah rakyat waktu PRK saja.

Lepas ni BN mesti sukar,sebab setiap janji janjinya yg brnilai jutaan ringgit mesti ditunaikan..rakyat msti ingat betul2 akan hal ni. Kalau tk tunai, nescaya BN akan dibangkul sampahkan rakyat masa PRU ke-13 nnti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: