Tuan Hj Mat Nor Rosli:Imej RM Semakin Positif

18 04 2010

Tuan Haji Mat Nor Rosli,selaku ketua Badan Sokongan Perkhidmatan Pelajar mendakwa Rakan Masjid penggal kepimpinan kali ini (2009-2010) telah melonjakkan  imej mereka sebagai sebuah badan dakwah terbesar di UTP ke satu tahap baru.

Beliau menyatakan pandangan tersebut sewaktu majlis perasmian RM malam tadi di Dewan Kuliah Satu.RM dilihat bergelut dengan persepsi umum yang tidak menentu untuk beberapa tahun kebelakangan ini.Sebahagian masyarakat kampus ini memiliki pandangan kurang enak terhadap badan ini.

Persepsi negatif ini sedikit sebanyak menjauhkan mereka dari program program RM.Mereka mereka ini gagal menyelami gerak kerja RM di dalam ruang kampus ini. Justeru Tuan Mat Nor Rosli mengingatkan barisan pimpinan RM beserta ahli ahlinya untuk tidak sesekali memutuskan hubungan dengan warga kampus yang memiliki latar belakang sosial yang sangat pelbagai.

Beliau berkata RM jangan sesekali memutuskan hubungan dengan mereka.Kerana jika hubungan itu putus,maka amat sukar untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka.RM juga diseru untuk lebih bermasyarakat dengan menjadikan badan itu lebih dekat dengan para pelajar.

Beliau menegaskan RM perlu bercampur dengan segenap warga kampus tidak kira apapun latar mereka.Penulis bersetuju dengan saranan ini memandangkan terdapat suara suara dari bawah yang menyatakan RM kurang mesra rakyat.

Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan semester ini RM bangkit lebih gagah dengan event yang lebih banyak dan mendapat sambutan besar besaran. RM mendapat sambutan luar biasa dalam mengendalikan Khemah Ibadah,Forum Baitul Muslim,Program Comparative Religion,Heart For Islam,Malam Inspirasi Seni dan juga kejayaan luar biasa event Interfaith Dialogue hasil kerjasama strategik dengan kelab dan persatuan di UTP.

Semoga momentum ini berkekalan dan bertambah baik dimasa depan.


Actions

Information

4 responses

18 04 2010
Karipap Sardin

Ada error di situ..kalau x silap saya, bukan ke ejaan sebenar Tuan Haji Mohd Nor Rosli?

19 04 2010
Kumbang

Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom.
Ejaan nama mencerminkan kredibiliti penulis.
Sila ambil serius. Kalau org salah eja nama kita, Marah tak?

19 04 2010
Sad

Why “masyarakat kampus ini memiliki pandangan kurang enak terhadap badan ini?” Bleh explain ke?

19 04 2010
Karipap Sardin

Takde la sampai marah kot, melainkan orang tu ada anger management problem. Takkan laa sebab tersalah eja nama pun nak jadi bahan utk melepaskan nafsu amarah?

Kan bersabar tu lebih baik?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: