Mari Berbahas:Penganjur,Penonton,Ulama atau Pemerintah Yang Bersalah?

16 04 2010

Saya akan mulakan post ini dengan satu sabda Rasulullah S.A.W yang kira kira berbunyi:

Sekiranya kamu melihat berlakunya kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa),jika kamu tidak mampu cegahlah dengan lisanmu (tegur) dan jika tak mampu juga,memadai dengan membenci perbuatan tersebut dalam hatimu.Dan ia adalah selemah lemah iman.

Mengikut khutbah yang disampaikan Ustaz Dawi Cahyono beberapa minggu yang lepas, perkataan tangan merujuk kepada kuasa.Dalam konteks ini orang pertama yang bertanggungjawab mencegah kemungkaran ialah pemerintah atau orang yang berkuasa disesuatu tempat.

Perkataan lisan pula merujuk kepada perbuatan menegur/memberi nasihat  atas kemungkaran meskipun dirinya tidak ada kuasa sebagaimana  pemerintah.Contoh yang jelas ialah teguran ulama,ustaz mahupun oran yang mampu menegur.

Manakala tingkatan yang paling rendah sekali ialah dengan membenci dalam hati. Jika seseorang tidak ada kuasa dan tidak ada kudrat untuk menegur kemungkaran di depan matanya,maka hendaklah dia menyatakan protes dan rasa benci dalam hatinya akan perbuatan itu. Inilah ia perbuatan selemah lemahnya iman.

Berbalik semula kepada cerita Sure Heboh.Semua orang tahu dan semua orang rasa nak pergi.Siang buat jualan,malam buat konsert besar besaran.Tak ramai pun yang datang.adalah dalam berpuluh puluh ribu,jumlah yang tak dapat di challenge oleh mana mana event di UTP ni.Kalau buat kat Bukit Jalil,mesti boleh mencecah ratus ribu.

Konsertnya memang havoc.Semua duduk atas tanah je.Ada yang berdiri.Ada yang terjerit jerit.Percampuran memang tak payah cakap la. Dalam istilah inggeris kita panggil ‘evenly distributed’.Di atas artis perform,dibawah pun ada juga yang buat performance sendiri.

Negara gempar dengan Konsert Sure Heboh di Alor Star Kedah pada April 2004.Apa tidaknya,selepas konsert tamat,pekerja majlis bandaran Alor Star menemui 460 kondom bertaburan di atas tapak konsert.Dan yang lebih menjijikkan,16 daripadanya masih basah dengan air ?#@%.Kalau dah 460 kondom,meaning 460 pasangan mengambil kesempatan untuk berzina.Bagaimana mereka boleh melakukannya?ala..lu pikirlah sendiri!rujuk di sini

Di Seremban pula,negeri kelahiran saya,Sure Heboh memang  hebat. waktu tu saya masih form4. Saya pun pergilah (masih jahil).Tan Sri Isa Samad masa tu masih MB Negeri Sembilan.Saya tak sabar nak tengok artis artis popular waktu tu untuk perform.Misha Omar,Ning Baizura,Ezylin,Afdlin Sauki,dsb. Tuan tuan nak tahu,konsert start kul 9 malam. Tapi sebelum maghrib padang bola yang bapak punyer besar dah sedia penuhhh dengan orang ramai. Dan yang penting crowd tak berkurang pun,ia konstant malah bertambah tambah sebelum konsert bermula. Persoalannya ialah, dimanakah mereka solat magrib???Saya sendiri waktu itu telah tertinggal solat magrib kerana tak tau mana nak pergi waktu tu (minta maaf cakap.Bukan nak bukak aib.Saya sudah insaf dan telah ganti solat tu).

Itu baru konsert di Kedah dan di Seremban.Tak kira lagi di Johor,Kuantan,Bukit Jalil,Perak,Sarawak dan lain lain..cuba bayangkan betapa rakyat Malaysia ini kemaruk konsert dan artis. Bayangkan siapa  yang kita nak salahkah dalam hal ini?Penonton,Penganjur atau siapa?Kerajaan?Siapa????

mufti perak : Harussani

Sebab kelalaian yang melampau lampau inilah mufti Perak, Tan Sri Dato Harussani telah mengeluarkan fatwa bahawa Konsert Sure Heboh ini HARAM (ini bukan saya cakap tau,ini mufti cakap,nnti jangan hentam saya lak).Sebab apa?Jumudkah dia?Bekukah dia?sebabnya ialah telah saya nyatakan seperti di atas. Konsert yang di adakan  melalaikan dan melekakan orang ramai. Bukan itu saja yang haram. Dia mention banyak lagi konsert lagi yang sewaktu dengannya.Sila baca di sini.

Tu sebab saya kata,menganjurkan konsert ini banyak risikonya.Banyak perkara yang penganjur perlu ambil kira.Bukan kira untung rugi,berseni dan nak bertalent semata mata.Kalau puluh ribu orang tinggal solat sebab asyik dengar konsert anjuran kita,siapa nak tanggung dosa?Jika orang bercampur baur tanpa batas  sehingga berlakunya persentuhan sehingga membuka ruang kepada zina…siapa nak disalahkan?

Kesimpulannya, if nak buat konsert,buat elok elok. Consider all factors.Sediakan guidelines,sebab kita penganjur memang ada kuasa untuk garikan guidelines.Jika tak mampu nak handle benda benda ni,so susah la nak buat konsert…

Justeru kita semua perlulah mengambil iktibar.Hiburan ni actually semua dah ada dah dalam bilik (laptop) masing masing.Jika teringin sangat nak tengok Britney Spears nyanyi,tengoklah sorang sorang kat bilek.Kalau tengok sendiri,mungkin ada orang rasa tak ada apa apa masalah.Tapi kita tak tahu orang lain macam mana?Boleh jadi ia melalaikan kepada yang lain.

Namun, itu hanya fatwa seorang mufti.Hakikatnya Sure Heboh (Kini Jom Heboh) tetap berjalan seperti biasa hinggalah hari ini.Ramai yang cop Mufti Perak sebagai jumud,ketinggalan zaman kerana fatwa ini.Well,kalau ikut hadis nabi yang saya sebut di awal tadi,ulama hanya mampu menegur.Hakikatnya kuasa masih berada ditangan pihak yang berkuasa yakni sang pemerintah.

sekian. terima kasih.Yang baik ambillah.Yang buruk tinggalkanlah.

Bersambung : Jom Heboh Kini Berubah


Actions

Information

6 responses

16 04 2010
Abu Bakar

Is this your FYP? hmmm. quite impressive. i mean the time and effort u put in.
Good job there😉

16 04 2010
Abu Bakar

eh stop changing ur title la… dizzy2 @_@

16 04 2010
krzaman87

My FYP Finished Already.Huhu. Well, I feel I need to share this with my readers. Just another thought. This is work of Dakwah.

16 04 2010
Abu Bakar

oo ic.
u’re quite a dedicated one. nice🙂
anyway good luck. haha.😀

17 04 2010
mao

jalan dakwah xkan sunyi dr rintangan
well done bro~
bukan semua muslim di utp ni berani sprti anda dalam ‘amar makruf dan nahi mungkar’ yg sebenarnye wajib bagi semua

17 04 2010
faiz

slm bang krzaman..xper..truskn usehe abg.. jgn patah semangt dgn kate2 mereka.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: