Matinya Budaya Tegur Menegur di UTP

15 04 2010

Beberapa hari lagi akan berlangsung Konsert Popular Euphonius kali ke-5.Jika kita perhatikan, semakin ramai penyokongnya tampil mempertahankan majlis ini. Mereka semua bersatu suara seolah olah Konsert Euphonius itu tidak ada sebarang kecatatan dan tidak perlu diubah sama sekali.

Budaya check-and-balance seakan akan dirobek dalam kampus ini. Tindakan menegur dianggap salah.Budaya intelektual diketepikan dalam proses membahaskan sesuatu isu. Penulis melihat penyokong konsert ini melarang sama sekali kritikan membina dari pihak lain ke atas event mereka.Agama tidak lagi menjadi asas sesuatu tindakan.Mencadangkan sesuatu idea asas dalam Islam pula akan digelar ekstrimis.

Pembaca boleh menyemak post post yang ada di blog ini. Tidak ada satu rangkap pun yang menyatakan penulis mengajak orang ramai untuk memboikot Euphonius. Penulis tidak akan berbuat sedemikian kerana penulis percaya,mesej dan ilmu perlu disampaikan terlebih dahulu kepada orang ramai untuk mereka menilai baik buruknya sesuatu perkara.

Penulis ingin menyarankan supaya Euphonius menilai dan mengambil kira pandangan orang ramai terhadap event mereka. Lima tahun sudah berlalu dan Euphonius terus dikritik dan ditegur untuk kebaikan,namun semua itu ditolak ketepi oleh mereka.Kita tidak minta event ini dihentikan kerana semestinya kita tiada autoriti untuk itu.

Namun Euphonius perlulah membuang rasa ego untuk turun mendengar pandangan pihak pihak lain demi kebaikan event mereka khasnya dan demi kebaikan masyarakat kampus ini umumnya.Hal ini kerana kami melihat terdapat beberapa perkara yang ditegur saban tahun namun tidak dihiraukan oleh Euphonius selama 5 tahun lamanya.

Penulis melihat isu ini tidak pernah selesai sejak penulis berada di zaman fondation hinggalah ketahun akhir ini.Adakah kita semua telah diresap sifat individualistik?Adakah budaya amar makruf nahi mungkar perlu ditamatkan?Adakah kita sudah berpedoman dengan budaya ikut suka aku,kubur masing masing?Allah menyuruh supaya kita menyeru perkara yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.Maka selayaknya dalam masyarakat kampus ini kita membudayakan sikap tegur menegur untuk kebaikan kita bersama.

Penulis telah memberi pandangan bahawa sekiranya Euphonius ini mengambil kira pandangan pihak pihak lain dalam pelaksanaan event mereka,maka suara suara bantahan itu akan berkurang dan beransur ansur reda.Namun selagi Euphonius kekal dengan sikap egonya dan selagi peminat fanatiknya terus mempertahankan Euphonius dengan hujah dangkal,emosi dan akal semata mata,maka selagi itulah Euphonius ini akan dibantah oleh orang ramai sehingga hari kiamat.

Kepada komiti Euphonius yang beragama Islam,kalian memikul amanah untuk menyampaikan hasrat islam dalam aspek hiburan.janganlah kalian merasa malu dengan agama yang kalian anuti kerana Islam itu aman dan adil untuk semua.Jika kalian tidak mampu untuk buat semua,janganlah kalian tinggalkan semua.Bawalah perubahan sedikit demi sedikit.

Allah tidak melihat hasil perbuatan kamu,tapi Allah akan menilai usaha usaha kamu.Pertegak yang hak.Jika kamu tidak mampu mempertahankan prinsip,letak jawatan saja.Tidak ada ruginya.

sekian.


Actions

Information

39 responses

15 04 2010
AA

abang, maksudnya abang nak eupho ni terus tidak diadakan ke??
kenapa cakap berkias2?
cakap je direct….

*KS tahun ni xde daya penarik…
Kumpulan Indoneseia tu memang tak dikenali..
bukankah lebih baik jemput artis nasyid malaysia yang sekarang ni susah nak dpt show?
boleh kurangkan kos lagi..
taklah tiket sampai RM10…
kan?
just my opinion..

for eupho, definitely I’ll go..
sebab i do like music..
and KS, i’ll go to.

15 04 2010
krzaman87

bukan. Eupho ni perlu diperbaiki. Pada pendapat saya,kita tak boleh nak slash dan matikan event orang.Sekiranya Eupho ni ikut guideline yang digariskan syara’,maka teruskanlah. tapi jika tidak…..pandai pandailah menilai

15 04 2010
AdoiLaRakanMasjid

once you enter working life after you finished your study, if you change your self, your attitude, all UTPian will put shit on your face. this what always happen once your group (to be specific Rakan Masjid) enter working life. i think you should put aside your ego. pls la bro. every year like this. tak malu ke? committee eupho x condemn pun kembara sufi..tau kite semua kene berdakwah. ko pun kene berdakwah. but in proper way la. ko provoke mcm ni lg org benci

15 04 2010
krzaman87

for your information, bekas Presiden Rakan Masjid Sdr Khairil Nizam attach di PGB Kertih kini menjadi salah seorang pekerja paling cemerlang dan berkaliber. Gaji beliau telah mencecah hampir RM7k. Dan beliau kini bergelar Ir Hj Khairil Nizam dengan berkereta Mercedez and yet, still aktif dalam kegiatan dakwah diluar sana.

15 04 2010
anti-krzaman

RM is shitting people with all their shit agenda…

15 04 2010
krzaman87

are u a muslim wahai anti-krzaman?
saya harap bukan la..sbb agenda Rm ni adalah kerja islam
if u kata kerja islam ni shit..u better bertaubat dan mengucap semula
takut u dh trbatal aqidah sebab kata agenda Rm (islam) sebagai shit.

15 04 2010
AdoiLaRakanMasjid

bekas presiden Rakan Masjid..sorang tu jer ke? so what do u want to explain to us? so that ur bekas presiden bleh riak? or u yg riak? hahahaha..seriously thats so funny la. mentioning the sallary

19 04 2010
Karipap Sardin

Bila org dah jawab, dah bagitau, kata riak pulak. Kata tadi orang RM bila kuar bekerja akan berubah laa ape laa..

Banyak contoh2 lagi orang2 kuat agama luar sana semakin berjaya dan mendapat kejayaan dari masa ke semasa. Dan dalam pada masa yang sama mereka terus jugak menjalankan kegiatan dakwah mereka, mengajak orang ke jalan kebenaran.

Anda dah takde point nampaknya, tup2 fitnah kata orag leh riak2 pulak. Bahaya tuh.

15 04 2010
krzaman87

dah tadi u tanya org RM jadi shit bila dah kerja. that’s why i expose to u. banyak lagi contoh lain. jgn pndang rndah pada org yg bergiat dalam kerja dakwah. mereka bukan hina..mereka buat kerja agama..bukan keja maksiat.

15 04 2010
Sad

Eupho bukan maksiat pon. Takde perkara maksiat yg berlaku smasa Eupho berlangsung.

15 04 2010
Abu Huzaifah

Salam bang zaman, saya hargai usaha abang zaman, bagus dalam mempromosi
event kami, ye saya salah seorang komiti kembara sufi, saya sebagai komitee
berterima kasih atas usaha abang.

Tapi semalam time saya nak jual tiket, kat kawan2 saya, kawan2 saya ” tak nak pegi, baik aku gi eupho”, saya ckap pulak ” ala, ape slah g due2, enjoy, konsert gak,layan lagu gak’, die jawab, “tak sukalah kat kembara sufi, nak koyak poster2 orang, pastu dok bsing2 dlam blog pulak” saya tanya “blog sape?” die jawab “tu hah blog zaman tu, ko pegilah tgk, bkin panas je post die”,

Sekarang ni saya nak komen pulak, abang perasan tak usaha abang ni menyebabkan orang tak suka kat kembara sufi? Menyebabkan orang xnak
pegi konsert, menyebabkan saya nak jual tiket pun tak laku, saya tak taw lah
kalo komiti lain mengalami masalah seperti saya, tapi saya yakin gelombang
membenci ni akan berkembang ke seluruh utp.

Abang mungkin boleh cakap” biasalah event islam, memang orang tak suka,yep naturally memang ade orang tak gemar sangat gi konsert nasyid, sebab biasalah lagu2 nasyid ni kurang digemari.Tapi perbuatan abang bukan menyebabkan orang tak suka, tapi benci. Mungkin sebelum ni faktornye hanya tak minat lagu nasyid, tapi sekarang ni faktornye sebab abang kutuk eupho dan bandingkan dengan kembara sufi, siap buat poll lagi, adehai.

Memang betul abang nak berdakwah ckap pasal hedonism, yep saya setuju, tapi kan lebih elok kalau abang tak sebut nama eupho, tak kondem eupho masa abang berdakwah. Ade orang tak suka kena tegor, dan begitu jugak komite eupho, mungkin diorang pun tak suka kena tegor.

Ini isu dah lama kat utp ni dan antara yang paling panas, dan saya baca post
abang yang lepas dan nampak sangatabang nak konsert ni berjaya, tapi disebabkan tarikh kembara sufi dan eupho sangat dekat, jadi boleh menimbulkan isu dan konfrontasi di situ. Kalau abang nak konsert kami
berjaya dan berjalan lancar mintak tolonglah jangan timbulkan sebarang
isu yang boleh menyebabkan orang benci pada kembara sufi supaya konsert kami dapat berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai.

Banyak lagi saya nak cakap, tapi cukuplah sampai kat sini,last sekali saya nak mintak maaf kalo saya terkasar bahasa ke apa ke dan saya nak ucapkan terima kasih di atas usaha abang mempromosi ks di sini.

15 04 2010
Abu Bakar

hello,
Bang… euphonious la… bukan euphonius…
jika u boleh interpret banner event sebagai satu mesej yang membawa unsur-unsur negatif.. jadi i pon boleh interpret u eja salah name event tu sebagi satu tindakan menghina event euphonious…

15 04 2010
AdoiLaRakanMasjid

i said if u change urself and attitude, people will put shit on ur face. i said this bcoz ramai kwn aku yg mcm ko time kt utp dl. after enter working life berubah. ada faham? ni ape benda nk cerita sallary 7ribu la. naik merc la. tu riak dah tu.

15 04 2010
AdoiLaRakanMasjid

i said if u change urself and attitude, people will put shit on ur face. i said this bcoz ramai kwn aku yg mcm ko time kt utp dl. after enter working life berubah. ada faham? ni ape benda nk cerita sallary 7ribu la. naik merc la. mewah sgt ler tu. hahaha. tu riak dah tu.

19 04 2010
Karipap Sardin

Bukan nak tunjuk riak ke apa, tp orang2 macam korang ni laa yg seringkali menjadikan kereta Merc, gaji ribu2 sebagai aras penanda kejayaan di dunia ni. So dia bagitau la pasal gaji 7K tu. Tu pun riak ke?

Google ada..gunakan kemudahan internet UTP utk carik makna riak yg sebenar-benarnya. Jangan main tuduh2 aje. Krzaman nak bagitau, yang orang bekerja menyebarkan dakwah pun boleh berjaya jugak. Boleh jadi kaya macam orang lain jgak. Bukan macam sesetengah orang tu, pandangan terhadap orang2 yg bergiat dalam bidang agama ni sungguh skeptikal. Konon2 tak boleh laa nk merasa hidup senang, gaji jadi tok imam ciput laa…and many more.

15 04 2010
Abu Bakar

Kita akan tunggu dan lihat apakah saudara “Kamarulzaman” ni akan jadi orang besar ke tak/ jadi orang yang sucess ke?

abang, u asyik kata komiti eupho ego.. macam mana dengan u.. semua orang (kecuali yang sependapat dengan u) tegur u.. u ade dengar ke? 80% of people who leave comment tegur u.. u tak dengar ke? sikap ego la tu…

yang benar dengan statistic je.

15 04 2010
outsider

for those committee from kembara sufi or eupho who not satisfy with this boy, we can sue him. just copy his post. make police report

15 04 2010
bdak baru

to abu huzaifah….
kenape perlu dimarah krzaman???
sbg komiti ks,ko patut faham ape yg nak disampikan beliau…
die nak smpaikan ttg garis panduan yg benar dlm hiburan dlm islam
for example,KS la(event yg ko dok berjuang tu…)
kat sini aku dpat lihat kau(abu huzaifah) sendiri x fhm ape garis2 panduan berhibur dlm islam(an unexpexted thing from KS member itself)

as mulim,ko patut support garis panduan hiburan islam nih…
bkan krn ko x dpt jual tiket tu, ko trus sound pembela2 event2 islam nih…
biase la dlm perjuangan dakwah ni, akan ade org yg menentang…
bkan nye dok relaks2 gitu boleh islam tertegak…

pikir2 kan lah…

15 04 2010
Sad

ala…eupho je pon mau kecoh…sial tol

16 04 2010
hambaAllah

Biasa la krzaman… orang berdakwah mmg akan dihina sebegini… nabi Muhammad SAW yg mulia tu sendiri pernah dibaling dengan batu ketika berdakwah sehingga luka2…. orang mengejek2 dia sepanjang masa…. manusia memang sebegini… dalam Al-quran pon telah menunjukkan sikap manusia mmg tidak dapat menerima hukum2 tuhan… selalu saja ingin mentafsir hukum2 mengikut hawa nafsu… sepanjang zaman manusia mmg perangai sebegini… sekarang mmg akhir zaman…. muzik2 lebih diminati dari lagu2 dakwah dan bacaan qur’an…. kononnya kita akan lebih berjaya sebegini… tapi lihatlah negara kita… ishtihar negara Islam… tapi hiburan sebegini dibenarkan… penyanyi perempuan semakin banyak juga tanda2 dekatnya kiamat..

16 04 2010
hambaAllah

kita memandang remeh benda sekecil ini… padahal semasa zaman nabi dan sahabat…. jika tertinggal membuat sunnah nabi pon dikira suatu kerugian…. renungkanlah… jangan menghina agama sendiri jika yang komen di atas orang ISLAM…. jika mmg bukan org ISLAm no offense la… mmg kurang faham konsep hiburan dalam ISLAM….

16 04 2010
hambaAllah

saya faham benar dengan kata2 adoilarakanmasjid itu…. sy bukanla ahli rakanmasjid…, tapi saya nak jelaskan disini… tugas menyebarkan agama Allah bukan terletak pada rakanmasjid tapi seluruh umat ISLAM… dan orang2 rakanmasjid ni XBOLEH MEMBERI HIDAYAH KEPADA MANUSIA EVEN DIRINYA SENDIRI… sedangkan para nabi ada isterinya tidak mengikut dakwahnya… pointnya disini saya nak cakap HIDAYAH MILIK ALLAH…. klu orang rakan masjid kua g kerja nanti jadi terok pon… tu berkaitan dengan HIDAYAH ALLAH… jangan cari alasan nak kata RAKANMASJID rmi yg jadi terok….. RAKANMASJID PON MANUSIA BIASA… DAKWAH tetap DAKWAH… sabarlah krzaman… di akhirat nanti kita lihatlah siapa yg kena…

16 04 2010
adek

nabi berdakwah, msti ada org tentang…kita berdakwah, msti ada org tentang..itulah sunnatullah..

16 04 2010
Abu Huzaifah

Salam, aku tak marah die, aku tahu die nak berjuang menegakkan benda yang benar, menentang hedonism, yep ,aku faham, tapi kenapa perlu sebut dan ganyang eupho? Kenapa perlu hebah2kan nama eupho. Kalo seorang kawan kita buat maksiat, kita nak tegur, ada ke kita sebut nama die? Ada ke kita tulis nama die kat website semua? Ade ke kita jajakan nama die, malukan die? Sampai ke mesej kita kat orang tu? Jadi begitulah jugak dengan eupho ni, saya nak tinggalkan satu thought untuk anda pikir, tak semestinya orang yang hubungannya baik dengan tuhan, baik hubungannya dengan manusia. Dan
saya maksudkan sini bukan sesama orang2 yang selalu gi masjid, tapi sesama
orang yang perangai nakal2 ni jugak, fahami perasaan orang luar baru mesej
korang sampai. Kalo macam ni cara korang berdakwah ,takkan komiti eupho tu nak bergerak ikut cara korang sebab diorang pun ada ego.

16 04 2010
AA

Abang, saya komiti KS rasa macam dah x terjual tiket2 kami…
thanks ye abg..
thanks sangat2…

sekarang semua org boikot KS…
bcos of ur blog
Thanks

16 04 2010
ain

Assalamualaikum.
respon yang baik daripada para pengunjung. cumanye, perlu diingat, di sini ada yang JAHIL, ada yang ada ILMU, dan ada yang ada ILMU dan FAHAM. saya menulis atas dasar ilmu dan kefahaman. Benda semuanya simple….

1) hiburan itu indah dan tiada salahnya, Islam tidak melarangya, dalil : kepada yang JAHIL, baca sirah nabi ketika nabi disambut dengan nyanyian dan tarian semasa tiba di Madinah. kpd yang ada ILMU, amalkan. kepada yang FAHAM rendahkan ego dan sampaikan.

2) Islam sediakan guideline dalam setiap perkara dari sekecil2 pekara sehingga sebesar2 pekara termasuk dalam hiburan. kepada yang JAHIL, rendahkan ego dan tuntut ilmu. kpd yang ada ILMU, amalkan. kepada yang FAHAM buangkan ego dan sampaikan.

3) sampaikan kebenaran memang pahit dan sakit, susah, lama masanya, penuh cabaran. dalil : kepada yang JAHIL, rendahkan ego dan tanya atau cari dalam AQ surah Attaubah ayat 42.kpd yang ada ILMU, amalkan. kepada yang FAHAM buangkan ego dan sampaikan.

5) dalam sampaikan kebenaran, macam2 cara boleh buat, sejak sekian lama dah beri peringatan dan tidak ada sebarang keinsafan, maka apa lagi bnda yang bole dilakukan sebagai konteks student biasa. kepada yang JAHIL rendahkan ego dan tanya atau baca sirah nabi dalam berdakwah, tidak semuanya diam dan biar sahaja, kefahaman sudah diberi, peringtan sudah diberi, informasi boleh didapati dimana-mana, apa lagi.

6) apabila peringatan dah diberi, tidak kisahla sesiapa sahaja, jika kita tidak berfikir kenapa peringatan sudah diberi, kita adalah orang yang malas berfikir = tidak bijak

7) apa2 pun, buang jauh2 ego, open your mind, u’ll find the truth. perkara ini pukul rata kepada semua. pandai-pandailah nilai semula. SEKIRANYA APA YANG KITA LAKUKAN INI MENYUMBANG KEPADA KESEDARAN MASYARAKAT YANG SEMAKIN ROSAK KEPADA YANG LEBIH BAIK UNTUK SASARAN YANG LEBIH JAUH IAITU KEMENANGAN DI PALESTIN, MAKA SILA LAKUKAN, SEKIRANYA MENGUNTUNGKAN SEGELINTIR PIHAK YANG MENJADI MASTER MIND DALAM MEROSAKKAN MASYARAKAT SEDIKIT DEMI SEDIKIT, UMAT AKAN SENTIASA LEMAH DAN KALAH.

16 04 2010
hambaAllah

btol2.. hiburan tidak salah… tapi ada garis panduannya dalam ISLAM… :))

16 04 2010
Final Year 1st Sem

Wow,ada sampai nak sue author nie, ada yg salahkan blog nie sbb tiket KS tak laku. 1st of all, the author has right to point out his opinion in his blog. Kalau sakit hati or benci, tolong jangan baca. Apa jadi dgn kebebasan bersuara? For me, author nie tak salah pun. Tu pendapat dia kalo nak kata anything yang dia rasa nak tulis. Tak nampak pun dia cuba nak jatuh kan mana2 event. Cuma org yg baca & komen je lebih2. I followed his blog for quite a long time sebab he’s very bold & brave in voicing out his opinion. Ada je blog lain kutuk2 event2 kat UTP nie, tapi takde la kecoh camnie. For me la, korg totally over-reacted about his posts. Please la, don’t take a blame on him kalo tiket KS tak laku. Camnie la org Melayu, asal rugi or tak laku, cuba cari salah org. It won’t make things any better la. Find the solutions, not someone or something to blame. I do respect Eupho committee sbb sekian lama RM try to ‘sabotage’ your event, tapi sambutan tetap hebat dan skrg dah masuk tahun kelima. The same thing can happen to KS. The point is, to all committe KS, be more rationale la. Kalau asyik salah kan org, memang la KS sampai bila2 pun tak ke mana. For others, kalau tak puas hati sgt, buat la blog mcm author nie. Condemn dia puas2 dlm blog korg tue. Nie kalau setakat condemn pastu letak fake name, tak payah la weyh. Sekian~

16 04 2010
akmal

sory to all of you especially the owner of the blog. i am the assistant project director of euphonious 2010. and i am quiet shock with all the your blog post. i know what we did is wrong, and i dont want to make it larger as i am a muslim also. but im not sure that this is the right way to condemn us. as far as i am concern, my committees have never ever condemn any of the rakan masjid at all. i kept tellin them to just keep yourself down. let them do what they want. and im also shock to see that u said my committees are ego? i dont believe it at all. and i also believe that none of my committees ever seen your website at all. the one that backing us up is just our fellow supporters. we dont seek any fight, any provocation, anything! we just organizing an event where student can come and show their talent. actually WHY EUPHONIOUS? why dont you condemn all of other 25 events this semester alone which are more sesat than euphonious. i didnt see any condemnation about ICN (oh yeah, they got belly dancing in their event), or fesco maybe (look at the performers! they are clearly holding hands and showing their hairs), and many others. [not that i condemn you dear other events, im just showing my points]. its not fair for us to be condemn like this. you know what, PDs of KS n Eupho, we are in the same class. and we work with each other at peace. and i dont see any point to pick a fight with them. we let others to spam in all our blogpost, we let all the dakwah at our facebook wall without deleting any of them, and one of the non-muslim even says thank you to all the dakwah. nobody started talking about not to go to KS or whatsoever. one thing i noticed is that your way of telling people not to go to eupho and condemn us like this just made my committees (which most of them are chinese) hated the RM. my PD are working tirelessly to make sure the “other people” (like he said) didnt get mad at us. he even constructed the prelim schedule with my guide of muslims prayers time. you are not giving them dakwah to made them closer to islam, you are just making them hate islam. and you know what, do tell this to your friends..

17 04 2010
hambaAllah

🙂 iya… komiti KS tidaklah perlu menyalahkan blog ini… kerana KS pon adalah 1 medium dakwah bukan?? biasa la bila sebut psl dakwah org tidak berapa minat… sy bukan tidak menyokong KS ni.. sy sndri ingin pergi KS… erm AP director euphonious 2010 yg comment kt atas(xtau btol ke x)… nak quote sket ayat kt atas… “why dont you condemn all of other 25 events this semester alone which are more sesat than euphonious” “i know what we did is wrong, and i dont want to make it larger as i am a muslim also” yg sy fhm kt sini dia sndiri mengaku event dia sesat…. dalam masa sama mengaku juga dia muslim…
renungkan2…

17 04 2010
pemerhati

“Dan janganlah kamu berskap lemah, dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya)jika kamu orang yg beriman.”[3:139]

Hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi:
Daripada abu Najih al-“irbadh ibn Sariyah ra berkata: Rasulullah Saw telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata:Ya Rasulullah!Ia seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda:Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Alla SWQ, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kkamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat byk perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa’ Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat(iaitu berpegang teguh dengan sunnah2 tersebut)dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara2 yang diadakan kerana setiap perkara yg diadakan itu adalah bid’ah dan setiap bi’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.”

Seandainya baginda ada sekarang, Rasulullah pasti mengalirkan air mata melihat umatnya semakin jauh dari Al-Quran dan As-Sunnah..Islam dihancurkan oleh penganutnya sendiri…perkara yang haram dihalalkan dan pelbagai lagi kefasadan yg dilakukan olh umat Islam sendiri!

Hadith riwyat Muslim:
Dari Abu Hurairah ras berkata: Bersabda Rasulullah saw:”Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang2 yang asing”.

17 04 2010
pemerhati

HR Tirmizi:
Drp Anas ra berkata:Rasulullah saw bersabda:”Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”

Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar di mana sesiapa yg mempertahankan agama akan menghadapi tentangan yang hebat. kalau tidak bersungguh2 nescaya agamanya akan terlepas dari genggaman.

Moga tsabat dalam perjuangan..dan yakinlah dengan janji Allah dalam surah As-Saff:10-11:”Wahai org2 beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yg dpt menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(Iaitu)kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah pegangan hidup..moga diberkati Allah SWT dalam setiap usaha menyebarkan Ad-Deen……..

17 04 2010
hamba Allah

salam..whoaa..dasat tol comment2..
sume komen atas pendirian masing masing..

saya rasa kata kata abu huzaifah tu mungkin ada kebenaran.Tidak perlu rasanya dijaja nama eupho tersebut.Cukuplah sekadar memberi guideline hiburan dalam Islam.

Saya da hadapi 3eupho stakt ni,dan ragam keadaan yang sama berlaku setiap tahun.Kalau dulu ada conteng banner,minta tandatangan all that…Mungkin pada zahirnya,kita da berbuat.benar!!tapi mungkin kita terlupa cara hikmahnya..di sini pentingnya fardhiyah.mungkin kawan kawan kita yang dekat2 tu,kita jelaskan guidline2 hiburan dalam islam.Tapi masih dia nak pergi,biarkan..10:99..at least kita suda ada alasan kn 7:164..

saya respek owner blog ni,wpon ada certain part yang sdkit kurang bersetuju,hal politk secara general nya.Tapi saya respek pendiriannya.Jadi tidak perlu lah dikecam penulisan.

dan saya pendapat peribadinya,juga seiring dgn apd eupho,tapi bukan semua.tentang event2 lain tu.Mungkin kita semua tlepas pandang,atau mungkin saya sndri terlepas pandang..septutnya kene clearkan semua,mksdnya penjelasan secara total.bukan lah eupho semata..event2 yg dsebutkn apd eupho ada yg plik2 skit blaku..jadi ayuh mulakan dari diri kita.beri penjelasan..beri kefahaman.tetapi bukan memaksa..

salam

18 04 2010
ibnu_ghazali

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” [3:159]

Wallahua’lam.. solusinya, kita perlu untuk mengadakan perbincangan.kita kan sesama muslim. Orang islam menyelesaikan permasalahan dengan mengadakan perbincangan sehat sesama mereka.

Tapi sebelum tu, ampunkanlah mereka atas kata-kata yang kadang-kadang
menyakitkan hati kita.Nabi saw sendiri mengampunkan sahabat yang
ingkar semasa perang Uhud, sedangkan ini kita.
Dan antara sahabat yang ingkar semasa itu, kebanyakannya tergolong
di kalangan para pemuda. Penuh dengan semangat dan ghirah, sehingga lupa
pesan Allah dan Nabi Muhammad Saw.

Sahabat-sahabat kita zaman ini semuanya punya semangat itu. Keinginan
untuk berseronok yang tinggi,dan keinginan untuk sentiasa muda.
Namun cara kita untuk menangani masalah ni bukan dengan perang mulut,
Rasulullah saw tak pernah perang mulut dengan siapa pun.
Cumanya apabila mereka berkata salah, ditimbulkan hujah untuk buat
mulut mereka diam dan agar mereka faham pendirian kita.

Kadang-kadang bila kita diludah, kita akan mudah amarah, dan akan akhirnya
melampias dengan kata-kata kesat dan jampi serapah.
Tapi apa yang diajarkan saidina Ali r.a, apabila diludah, terus tidak jadi untuk
membunuh sang kafir, kerana takut dia membunuh kerana amarah bukan
kerana Allah.

Sama juga kita,lawanlah rasa marah dan cuba bercakap dengan penuh hikmah.kena tetap berusaha,walaupun payah.Kadang-kadang orang melenting,tapi kadang-kadang orang tetap akan menerima.
hidayah itu milik Allah,bukan milik kita untuk kita paksakan ke dalam diri mereka.

Wallahua’lam.Cubalah bertenang dan mencari kemampuan untuk berhikmah

18 04 2010
orang kita

woww..
to all people who leave the comment on this blog..
actually we cannot satisfy every people in whatever we did. even eupho and ks itself has its own weaknesses. but i am sure, all the committees already tried the best to satisfy all the utpians.

to ks committee, you should not give up with ur effort when you cannot sell ur ticket. if you are really sincere in ur effort, u will never complain on this issue. u should proud even if ur ticket is not sold out, insyaallah u will get the reward in the hereafter. to the author, sometime we should be more tolerate when deal with people of different background and understanding. u did a right thing but maybe it is not the best approach. just proceed with the message but perhaps u can change the method.

to eupho committee and supporter, do not blame rm.even i am not a rm member, but still i cannot deny that rm is the only society that is really committed in dakwah to create a very harmony and islamic environment in utp which is can pleased all the muslim and non muslim . but still they also have weaknesses. maybe we feel that their method is wrong, but still we can extract the messages that they want to convey. to akmal, as u are a muslim, perhaps u can play a major role in eupho committee. if u really play ur role, u can contribute a lots to islam and for sure Allah will reward u the best. islam is easy. it is all about us who make islam complicated and cause people misunderstand about islam.

it is no need to band or slash eupho, but just modify it so that it is inline with the guideline in islam. smile……

20 04 2010
pelajar final year(batch Zaman)

Susah jugak bila pekara ini melibat kan emosi. Rasa rasa amat pelik dengan pendekatan yang RM gunakan diUTP. Seolah-olah, pekara menjatuhkan events orang lain adalah dakwah yang paling berkesan diUTP. Perlu diingatkan, dakwah perlulah berhikmah agar mesej itu perlulah sampai dengan mudah dan diikuti.

Andai dakwah ini tidak mencapai objektif ataupun telah ditentang, maka kita sebagai muslim haruslah berubah dan mencari alternatif yang terbaik untuk berdakwah. Malah cara ini iaitu menjatuhkan event eupho tiap-tiap tahun berlaku. Cuma hanya penulis dan juga address blog sahaja yang berbeza.

Setelah 5 tahun pekara ini berlangsung di UTP, adakah RM sudah mencapai jalan buntu untuk berdakwah. Adakah cara berdakwah iaitu menulis tentang keburukan euho nie berhasil. Malah setiap tahun, event eupho ini mendapat sambutan. Ini lah yang perlu kita letakkan sebagai asas untuk berdakwah. Andai cara dan pendekatan ini gagal, kita perlulah memikirkan pekara yang lain dan lebih sesuai untuk kita praktikkan di UTP.

Untuk mencapai matlamat sesuatu, kita perlu untuk lebih terbuka dan perlu menerima kritikan. Saya bukan insan yang mulia diUTP untuk melihat siapa yang benar dan siapa yang tidak.

Apabila anda semua mempergunakan contoh “nabi Muhammmas S.A.W pun pernah di baling batu kerana berdakwah”, persoalanya adakah Nabi mempromosikan mengutuk dan menjatuh aib seseorang ataupun mengaibkan mereka dikhalayakkan ramai. Saya katakan tidak, malah tindakan yang Nabi gunakan adalah berhikmah dan bersesuaian dengan keadaan dan ketikanya dan kesannya ramai orang memeluk Islam. Aku yakin RM lagi arif dengan cerita-cerita dakwah Nabi Muhammad S.A.W ini.

Kita jgan mengecilkan minda kita dengan berfikiran pada satu hala. Perfikiran perlulah berlandaskan perubahan dunia dan kemajuannya. Andai kita masih lagi memikirkan sesuatu pekara di takuk yang lama, kita tak akan berjaya. Sesuatu pekara perlulah dilakukan dengan jelas dan bersesuain dengan keadaan. Mungkin cara berdakwah bagi pelajar UTP perlu berbeza dengan dakwah yang dilakukan diluar UTP, sebab pelajar UTP adalah golongan yang terpelajar dan berjaya mendapat kputusan exam yang cemerlang. Maknanya pelajar UTP adalah gologan yang cerdik pandai.

Golongan yang berpendidikan dan tidak berpendidikan adalah berbeza dakwahnya. So saranan saya kepada RM, cuba mulakan pendekatan dakwah yang betol sesuai dengan pelajar Universiti. Mungkin Konvensyen dakwah kebangsaan adalah satu pekara yang menarik untuk diadakan. Jemputlah semua badan agama dari pelbagai university untuk berdakwah dan bertukar pendapat. Manalah tahu kita akn jumpa dengan satu resolusi dakwah yang lebih baik daripada dakwah seperti ENTRY ini.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, perlu diingatkan kita adalah manusia akhir zaman. Zaman dimana maksiat dan juga pekara-pekara yang tidak selari dengan ajaran islam banyak berlaku. Maka kita perlu untuk memikirkan satu resolusi yang tebaik untuk menanganinya. Mungkin kita perlu untuk memikirkan sesuatu yang bermanfaat daripada kita bergaduh dan bercakaran sesama manusia yang jelas tidak akan mendatangkan sesuatu yang baik, malah memecahkan umat islam kita sendiri. Bukan kah itu satu pekara yang tidak elok dan tidak mengikut ajaran islam, apabila umat islam berpecah belah dan berselisihan pendapat antara satu sama lain?

Saya memohon agar satu hari nanti, jgan sampai kepala kita terantuk baru kita hendak terngadah. Bermula dari sekarang, pikir kan sesuatu. 5 tahun aku diUTp, Pekara sama berulang-ulang seoalah-olah kita gagal mencari satu pendekatan yang baru.

Ayuh RM, pikirkan sesuatu. Semoga anda berjaya dalam gerakan dakwah anda. InsyaAllah.

12 05 2010
don

erm.. for me eupho bleh dibuat for non muslim. kalo muslim nk pegi fikir2lah dosa or pahala yg akan korang dpt. aku pg gk eupho ni and aku agak terkejut ble ade dancer2 yg kua menari. kenapa perlu menari? dah tau xleh menang so kene guna cara tu? publisiti murahan?

nk buat eupho bleh tp perlu ada batas (w’pun was2 camne nk jge) bagi korang yg mengutuk rm lak, bukan rm xbuat kerja tp dah rector kata on, on je la. sape yg bleh lwn dia kn??? dieorg dh buat yg terbaek and lepas la di akhirat esk bila ditanya Tuhan kelak. yg korang mengalami krisis identiti tu yg tau kutuk2 org je fikir2lah. korang gak akan ditanya kelak.

manusia tak dpt lari dr budaya hedonisme tp kalau ikut saluran yg btul ptut xjd masalah.

bg ks korang jemput la band2 yg gempak2 sket. buat kene pada timing. harga tiket jgn terlalu mahal. insyaAllah ramai akan dtg.

12 05 2010
don

‘band2′ tu group nasyid k heheh

12 05 2010
baik

KS vs EUPHO..
menarik..x sgka lak bdk2 utp men perang saraf….ok la bg aku battle of the band ni xde la salah..xde la cm gig2 kt luar tu…lg kotor..tp klu ade element2 barat tu cm payah gak la nk terima…sbb aku pn segan nk tgk dorg nye performance…mgkin itu perlu diambil serius…RM aku ade idea…ajk la band cm OAG ke RAMLI SARIP ke..dorg pn ade gak lgu2 ketuhanan..xde la cm dgr islam nasyid..cm stereotaip..slow2 dakwah…klu nk selamat kn org lemas kne selam dulu bru selamat kn org lemas..x gitu..pastu bru tasykil..kekdg dorg ni x phm..mgsa keadaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: