Euphonius dan Kembara Sufi

13 04 2010

Dalam tempoh sepuluh hari dari sekarang, dua event besar bakal mengambil tempat di kampus ini. Kedua duanya bakal menggegarkan kita semua.Pertama, pada 23 hb ini event kontroversi tapi popular bakal berlangsung di bumi UTP. Event yang telah berusia lima tahun ini begitu diminati sebahagian warga kampus ini. Ia lebih kepada pertandingan nyanyian antara band-band yang ingin mengetengahkan bakat mereka.Artis artis popular biasa dijemput ke majlis ini.

Meskipun event anjuran International Culture Club (ICC) ini diminati ramai,namun event ini tidak lepas dari kontroversi.Saban tahun akan ada bantahan bantahan dari aktivis aktivis mahasiswa yang tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan event ini yang dikatakan tidak mengikut norma norma Islam dan timur.Namun, event ini tetap subur dan mendapat sokongan kuat peminat peminatnya.

Kedua, 24 hb pula akan berlangsung satu konsert yang cukup popular bernama Kembara Sufi. Konsert ini juga telah lama muncul di bumi UTP.Saban tahun, Kembara Sufi menyajikan artis artis jemputan beserta kumpulan nasyid UTP bagi menyediakan mahasiswa alternatif hiburan Islam yang mendidik jiwa. Setakat ini saya tidak melihat adanya bantahan berlaku dalam penganjuran konsert ini kerana terbukti keberkesanannya dalam mengetengahkan hiburan Islam yang menenangkan dan lebih sesuai dengan budaya timur yang penuh kesopanan.

Jika dilihat,penganjur kedua dua event kini begitu giat mempromosikan event masing masing. Tujuannya ialah untuk menarik sebanyak mungkin mahasiswa mahasiswi ke konsert anjuran masing masing. Pelbagai medium digunakan. Jika dilihat dan diperhati,banner banner Euphonius sudah berada di merata tempat strategik di UTP.Begitu juga dengan Kembara Sufi.Banner nya juga dikesan di beberapa lokasi strategik di UTP ini.

Kalau dari segi politiknya, event event ini seumpama parti parti politik  yang sedang berada dalam musim kempen pilihanraya. Masing masing berusaha meyakinkan pengundi pengundi untuk memilih parti mereka. Mahasiswa mahasiswi yang bertindak sebagai pengundi akan membuat keputusan untuk memilih parti yang mana berdasarkan kempen kempen yang lebih meyakinkan mereka.

Jika kempen Eupho lebih meyakinkan mereka,maka mereka akan mengambil keputusa untuk ke Eupho. Tapi sekiranya Kembara Sufi memberikan kempen yang hebat dan meyakinkan,maka mereka akan cenderung untuk memangkah Kembara Sufi.

Namun sejauh mana hebatnya kempen kempen mereka?anda lebih tahu jawapannya.Saya tidak ingin menyatakan Kembara Sufi dan Euphonius ini sedang berentap. Itu tidak betul. Cuma persoalannya sejauh mana tahap intelektual mahasiswa UTP ini mampu menilai kedua dua konsert hiburan ini dengan kritis dan rasional.Timbanglah dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan untuk hadir kemana mana majlis.

Timbang timbangkan keputusan saudara dengan neraca iman dan islam. Pilihlah hiburan yang bertepatan dengan tahap keilmuan dan intelektualiti saudara saudari sekalian.Anda semua student universiti yang bijak dan pandai. Harap anda pandai jugalah hendaknya dalam mengambil keputusan.


Actions

Information

13 responses

14 04 2010
asam

pergi eupho then kembara sufi..xde mslah..x yh nkdibesar-besarkan bnd ni..bkn ade papepun

14 04 2010
Tak Suka Fikir

Asam dan golongan yg sama waktu dgnnya mmg malas pk.. bukan ada papepun sbb seronok.. seronok mmg xde pape.. x ke bodoh bunyinya?

14 04 2010
UTPian

To ‘Tak Suka Fikir’,tak paham what are yo trying to say.It means you are on Kembara Sufi side?Nak menghentam Euphonious?Kenapa perlu menghentam Euphonios dengan cara kotor?Contoh-cabut semua poster Euphonious.Tak bermoral sungguh.Apa tujuan utama umat Islam kat UTP ni nak bangkang Euphonious?Sebab konsert macam tu tak ikut guidelines islam?Ye,memang betul tu tapi kenapa sampai nak sabotaj event tu?Kalau you guys nak bangkang Euphonious,buat la dengan cara Islam.Tak payahla guna cara kotor sampai nak cabut semua poster,nak caci maki kat website Euphonious semua tu.Respect others boleh tak?Aii takkan dalam islam tak ada ajar nilai murni to respect others?Kalau nak respect others pun tak boleh buat,jangan haraplah nak hancurkan Euphonious.

25 04 2010
Karipap Sardin

To UTPian :

Tahniah untuk komen dan kata2 yang paling bernas. Rasanya anda ni bukan student UTP, kalau dinilai dari segi intellectual value berdasarkan komen anda. Lebih baik jangan guna nama UTPian, oh ya, jangan guna nama IPT2 dan institut2 pengajian lain. Kesian pulak nama mereka tercemar.

Not respect others? Cabut banner sesuka hati? Cabut poster sesuka hati? Sapa yang buat semua tu? Memang kompem dak2 RM ke yang buat?

Macam mana agaknya dengan perbincangan berhemah antara orang2 atasan RM dan hicom organizer Eupho? Tu x dikira perbincangan berhemah? Ada siapa2 berani kata yang dalam perbincangan tu pihak hicom RM menggunakan pendekatan mengugut?

Mengenai perbuatan vandalisme ke atas segala bentuk media massa Eupho. Ada bukti kukuh x? Ke anda sekadar menuduh berdasarkan observation anda bahawa ketika terserempak orang2 yang menurunkan banner2, menjahanamkan poster2 tu orang2 yang berkopiah / muka masjid / muka ‘alim’ / etc

Kalau macam tu la pendefinisian anda ttg ‘orang2 RM menjalankan kerja2 penjahanaman medium2 iklan Eupho’, anda kena ingat bahawasanya fitnah tu lebih baik daripada membunuh..ingat tu. Jangan sekadar menuduh berdasarkan apa yang orang kata aje, carik bukti dulu..ok?

Kalau anda benar seorang UTPian, saya pasti ayat2 saya ni mudah saja utk anda hadamkan.

Sekian, sama2 kita fikirkan

15 04 2010
Abu Bakar

^ good post up there. Totally agree with UTPian.
Dear anti-euphonious, don’t be:
“See the bacteria across the river, but can’t see the elephant in front of your eyes”.
If you have the time, I would advise you to sit in your room and study for your Final Exam. bwahahahaha

15 04 2010
wak joko

jgnla bt cmni, buruk imej islam jgk, islam xsuruh org bermusuh krn berbeza pandapat. kte ingt x? bahawa org2 alim sentiasa diuji oleh Allah SWT dgn dugaan. dn dugaan itu adalah riak kerna dia beranggapan dia lebih ilmu agama dr org lain. biasanya tindakn org2 yg riak ini adalah berlandaskn nafsu amarahnya. apabila marah kita akn lupa pd tuhan, kita akn bt sesutu yg bertentangan ngn ajran islam, iatu hasad dengki terhadap org len. jd jgnla bertindak sesuatu yg memburukkn imej islam , jgnla kita menjadi provokatif, dakwahlah secara sabar dan halus. insyaallah.

15 04 2010
krzaman87

apakah pendirian anda tentang garis panduan dalam berhibur wahai pak joko?adakah anda meyokong atau bagi anda garis panduan ini tidak perlu dan orang ramai boleh berhibur tanpa sebarang garis panduan?

15 04 2010
outsider

ICC club, get lawyer and sue this boy

25 04 2010
Karipap Sardin

To outsider:

Amboi2..so easy to sue people..can you give concrete reason why this guy (krzaman) has to be sued?

24 04 2010
LoL

okeh2…all people have different pendapat…so, juz go on wit ur pendapat…no need to fight bout this matter…jus if u wan tgakkn pendapat itu, dun need to be ‘force’ or some else..nnt jd lak puak2..1malaysia!!!

25 04 2010
Karipap Sardin

Saya setuju..!

25 04 2010
nurluqman

Israel atau dengan lebih jelas terang benci akan umat ISLAM. Budaya Hedonistik atau hiburan yang dianjurkan kebanyakan ini akan melemahkan umat ISLAM. Jadi adik adik semua pelajar, jangan ingat seronok je kerana anda adalah yang akan menjadi peneraju masa depan. Lihat Singapura, apa jadi masyarakat melayu di sana. “Dijajah akhirnya”. Anda nak jadi seperti itu. Terlampau berhibur melemahkan fikiran… dan kalau saya perhatikan bangsa lain atau agama lain dengan sengaja sangat suka mengadakan hiburan-hiburan yang melalaikan umat ISLAM. Kalau adik adik rasa sebagai seorang ISLAM sedarlah. ALLAH dah tunjukkan macam macam bencana terbaru di Ireland dan China ada di Indonesia. Dah sipi sipi tu, tak sedar sedar lagi ke???? Berkenaan dengan jenis jenis konsert pun dah masing masing nak berperang dalam laman ni. |Sebagai seorang pelajar pikir lah atau bincang le perkara perkara yang bernas. ” Takkan jadi penumpang je bila nak ke langit”. kena jadi pemandu juga. Ini contoh je….

15 11 2010
wani

i know this comment kind of late. tapi still nak share.

i was one of the committee of kembara sufi. frankly speaking, saya bukan lah ahli RM and even kadang2 ada juga rasa tak puas hati. i don’t know much what is KS at first. penglibatan saya pun setelah salah seorang rakan saya ajak masuk. bukan semua committee KS adalah RM. Committee KS consist of different types of people, as long as they are muslim. sepanjang penglibatan saya semasa kembara sufi, tak pernah langsung saya dengar kutukan or hinaan dari committee kembara sufi or even high committee sendiri mengenai euphonius. and dorang tak menghalang atau mengeluarkan apa-apa provokasi untuk menghadiri euphonius. what i know is, they organized this event for dakwah.

but, out of nowhere, timbul cerita, committee kembara sufi or maybe RM mencabut poster eupho, sabotaj and memburukkan mereka. but, they didn’t claim with proof. and what even worst, ada pula pihak marah bila committee kembara sufi or RM or even others yang cuba menyedarkan kita tentang tentang muzik mengikut islam. konon dikatakan cuba untuk sabotaj. mereka cuba menjalankan tanggungjawab sebagai seorang islam. tapi bagaimana pula dengan kita ?

fikir- fikirkan😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: