Bukti DAP *anti-Islam dan anti-Melayu*

10 04 2010

ihsan : bersumberkan ceramah di Bukit Sentosa,dari akhbar Suara Keadilan

Ahli Parlimen Rasah dari DAP,Antony Loke hari ini membuat pendedahan terbuka bahawa DAP ternyata *anti-Islam dan anti-Melayu*.Perkara ini sangat ketara berlaku terutamanya di Pulau Pinang dibawah pemerintahan *komunis* Lim Guan Eng.

Antara bukti bukti yang beliau sebut ialah :

  1. Selepas menawan P.Pinang pada tahun 2008,DAP dengan *biadapnya* menaikkan peruntukan untuk Majlis Agama Islam P.Pinang dari RM12 juta kepada RM24 Juta.Mereka jadi semakin kurang ajar pada tahun 2009 kerana menambah peruntukan kepada RM25 Juta.
  2. Kerajaan Lim Guan Eng dengan *cauvinisnya* telah menaikkan gaji guru guru KAFA diseluruh P.Pinang.
  3. Guan Eng turut memberi bantuan kepada sekolah sekolah agama rakyat di samping memberi sumbagan memperbaiki makmal makmal sains sekolah agama persendirian di Permatang Pauh.
  4. Dalam memerangi kemiskinan,Kerajaan Komunis P.Pinang ini telah memberi bantuan kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM500. Jika kurang maka kerajaan Negeri akan top-up jadi RM500. 90% penerima skim ini adalah melayu.
  5. Memberi saguhati kepada seluruh warga emas di P.Pinang sebanyak RM100.

Barisan Nasional yang memimpin kerajaan pusat pula terkenal dengan perjuangan membela agama,bangsa dan negaranya. Barisan Nasional ternyata jauh lebih hebat dari DAP kerana DAP ini kafir,manakala BN ni Islam hadhari. Anthony Loke mendedahkan lagi bahawa ;

  1. Parlimen meluluskan tambahan belanjawan sebanyak RM10 Billion termasuk hasil cukai judi haram bagi menampung perbelanjaan negara yg tidak berhemah oleh kerajaan BN.
  2. Jurang defisit semakin melebar kerana hasil tidak cukup jadi perlu top-up dengan hasil cukai judi.
  3. Apabila beliau menyoal di parlimen mengapa  judi ditambah,tak ada pun wakil rakyat UMNO yang bangun menjawap.
  4. Bila ditanya berapa banyak keuntungan kerajaan dari cukai judi,kementrian menjawap Negara mengaut keuntungan bersih RM 1.2 Billion dari cukai judi nombor 4 ekor sahaja. Hebatkan??
  5. Kerajaan pada tahun ini dan tahun lepas telah menambah bilangan cabutan khas judi (special draw) dari 3 hari kepada 4 hari seminggu untuk meningkatkan rezeki negara. ternyata banyak sekali duit judi dalam kewangan negara ni.
  6. Bila menteri ditanya kemana duit cukai ini dibelanjakan,menteri menjawap wang cukai diguna untuk pembangunan negara,kebajikan sosial,sukan dan PEMBINAAN RUMAH IBADAT.

hebatkan Kerajaan Barisan Nasional? Tak sangka pulak Ahli Parlimen DAP yang kafir pun ambil berat pasal judi tapi UMNO-BN yang merupakan pejuang agama boleh kasi lepas,malah menggiatkan perjudian. Jadi mari sama sama kita *beri sokongan* kepada UMNO Barisan Nasional supaya judi semakin subur dan pendapatan negara semakin meningkat.Ini selari dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara Berpendapatan TInggi.


Actions

Information

5 responses

12 04 2010
Akalil Ashraf bin Dato' Paduka Haji Md Rozai

salam,
sebelom BN bangun jawab soalan yg Anthony Loke(yg sememangnya terkenal dgn putar belit statistik dan suka menipu), suruhlah Khalid Ibrahim jawab soklan Khir Toyo nape peratusan rumah urut,pusat maksiat,kelab malam,pusat peratusan meningkat lepas Pakatan Rakyat pegang Selangor..Khalid Ibrahim pon dok diam buat muke toye gak.

Kalo sumber ko bagus ko tkkn post bnde2 one-sided bro.Post2 ko sumer satu sumber je..btol ke research ko dh cukop?? bape ramai ahli politik yg ko dh jmpe utk kuarkan statement nie??

Aku membesar dlm kancah politik Malaysia dr 1999 smpi skrg dan aku tahu this post just a bullshit post trying to show that u know about politik but u don’t. Pity u, put a trust on a race thats been known for their cheat and has been cheating people all around the world. Go and travel bro then u know what kind of race that i’m talking about. Sigh~~

14 04 2010
disini

oi..datang kelas.jgn escape je.lecturer da komen dah..

12 04 2010
krzaman87

Anda tidak perlu menuduh Anthony Loke penipu dan pemutar belit tanpa bukti. Saya sedar isu rumah urut ini mmg akan dimainkan puak puak UMNO. Saya dimaklumkan,tidak ada satu pun lesen baru yg diluluskan oleh Kerajaan Selangor utk rumah2 urut. pusat karaoke pun tidak ada..malah Cybercafe pun takleh dibukak sewenang wenangnya.

Jika anda rasa pusat urut bertambah,maka itu bermakna rumah2 urut trsebut beroperasi secara haram.

Tak usah lah belit belit. Akui sahajalah UMNO meluluskan special draw 4 kali seminggu untuk kaut cukai yg tinggi.Kemudian buat prasarana guna duit duit judi. ini bukan rekaan kerana ia ada perbahasan parlimen. Saya pernah bertemu Anthony Loke di N. Sembilan dan beliau tidaklah seperti yang anda sangka.

Tak usahlah nk pertahankan lagi Barisan Nasionall.

14 04 2010
disini

Dak tu anak YB kedah kot rasenye…bapak die menang thn 1999..kalah tahun 2008. mmg patut pun die ni sokong BN.no wonder~

oit akalil, datang ar kelas. lecturer da komen da ko jarang GLE datang kelas. jgn kene BAR dah la..

Dr Mohd Hayati bin Othman menang di Pendang buat kali kedua apabila menewaskan Calon BN, Md Rozai bin Shafian dengan majoriti 4073 undi

14 04 2010
malas dh nak taip name.tp still org same

aku sokong BN bukan sebb bapak aku wakil rakyat ke ape ke..tp dr perspektif aku hidup dalam arena politik..aku sendiri tgok macam mane kelas pemimpin2 pembangkang..insight scoop yg korg sendiri tak dpt dengar dr mane2 sumber korg dan sememgnya aku tahu yg Anthony Loke memg menipu.Kalo tk menipu dier tkkn duduk dlm PR yg perjuangan sendiri pon dh tk kukuh dan tak solid dan bnde yg tk sepatutnya aku cerita kt sini. Dan aku tak rase yg pusat urut makin bertambah..bnde tu dlm statistic..p la mintak kat Pejabat Agama Negeri Selangor and tgok la berita pasal raid2 pusat2 hiburan.tkkn la tk percaya Utusan smpi citer cnie pon ko nk politikkan.susah la cmtuh.

Aku tk ckp post ko nie salah..cume aku nk ckp yg post ko berat sebelah..letak je tajuk wordpress ko nie wordpress suara keadilan habes cerita,tk perlu ko letak perbahasan isu2 semasa sebab tkder mende pon yg aku tgok ko bahaskan kat sini..sumer nye BN yg salah then where’s the argument. Owh pasal BN gune duit judi buat prasarana pembangunan ect..tnye balik kerajaan2 pembangkang yg pegang negeri..diorg punya duit dh cukop HALAL ke nk buat pembangunan?? care diorg dpat duit tu dh ckop bersih ke dr RASUAH?? better check back and dont you dare lie bro. Kedah sendiri aku bleh kupas satu2 duit diorg buat pembangunan dr kerajaan BN smpi kerajaan PAS hari nie. That’s the previlege of being a politician son. No offend. Aku ade prinsip hidup dan pegangan aku sendiri..sebagaimana ko keras mempertahankan PR..same la cm aku..so nape swoh aku jangan pertahankan BN ??

post pasal kelas!!: aku pegi kelas la pasni…keh keh keh..tkder kene mengena kelas ngn pegangan politik aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: