PERKASA akan bantu Kemenangan Pakatan di Hulu Selangor

30 03 2010

zamankini.wordpress.com

Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) pimpinan Ibrahim Ali dijangka akan turut serta berkempen di Hulu Selangor tidak lama lagi dengan ‘tujuan’ membelasah PKR dan Pakatan Rakyat yang mereka dakwa menggadai masa depan melayu kepada bangsa lain.

Jika ini berlaku, Pakatan Rakyat diminta tidak cepat melatah kerana tindak tanduk PERKASA kelak akan memberi kelebihan kepada mereka.PERKASA yang dilihat radikal dalam semangat kebangsaannya tidak akan memberi apa apa kelebihan kepada calon Barisan Nasional.

Barisan Nasional memerlukan undi kaum india dan cina untuk merampas semula Hulu Selangor dari PKR.Meskipun undi melayu membentuk 54% jumlah pengundi,namun undi melayu dijangka berpecah tiga kepada UMNO,PAS dan PKR.Justeru Barisan Nasional memerlukan undi bukan melayu untuk menang disana.Malangnya,Barisan Nasional mungkin akan hilang undi bukan melayu di Hulu Selangor akibat kelantangan pemimpin PERKASA dalam isu isu jajaan mereka.

Untuk rekod, Parlimen Hulu Selangor kosong baru baru ini berikutan kematian penyandangnya Dato Dr Zainal Abidin Ahmad akibat  barah otak. Beliau yang mewakili PKR memberi kejutan dengan memenangi kerusi  tersebut dengan majoriti tipis 198 undi,menewaskan Dato G. Palanivel dari MIC.

Penganalisis politik melihat kemunculan PERKASA sebagai satu liabiliti kepada UMNO-Barisan Nasional yang kini sedang berhempas pulas menarik semula sokongan bukan melayu ke atas parti tersebut.

Sehubungan itu menurut Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PERKASA hanya akan melumpuhkan perjuangan UMNO.

Pendekatan PERKASA yang radikal seharusnya dibendung oleh Barisan Nasional demi memastikan konsep 1 Malaysia tidak dicemari. Ibrahim Ali  baru baru ini secara terus terang telah memberi amaran agar kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan kaum Cina.

Tokoh tokoh UMNO seperti Tun Dr Mahathir,Dato Muhkriz dan Dato Awang Adek telah memberi sokongan terbuka kepada PERKASA.Mereka dilihat hadir ke perhimpunan NGO tersebut malah turut merasmikan NGO tersebut. Menteri UMNO malah memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk menyokong perjuangan PERKASA (Dato Seri Rais Yatim).

Justeru,kehadiran PERKASA amat di alu alukan ke Hulu Selangor. Kehadiran Ibrahim Ali bukan saja akan memeriahkan minggu kempen pilihanraya,tapi akan memudahkan tugas Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor dari Barisan Nasional.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: