Pilihanraya kecil Hulu Selangor…jangan sampai pisang berbuah dua kali

26 03 2010

Ihsan : Agenda Daily

Oleh: ROSLI ISMAIL


Ini memang kes gigit jari.Semasa pilihanraya umum Mac 2008 Barisan Nasional menang kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor.Anihnya PKR menang kerusi Parlimen menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia Khamis malam.

Jika dihitung majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi.

Sedangkan Dr Zainal menang kerusi Parlimen dengan majoriti hanya 198 undi.

Soalnya kemana hilangnya 5,981 undi mereka yang menyokong tiga calon BN di tiga DUN berkenaan?

Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi.

Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,555 undi manakala Ramu 6,107.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi .

Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.

Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177.Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.

Ikut ceritanya yang bertiup di Hulu Selangor ialah ini semata-mata kerana orang di situ mahukan calon Melayu sebagai Ahli Parlimen mereka.

Betul kah begitu?

Nampaknya apa analisa sekalipun petunjuknya nampak macam begitu kerana jika tidak …tidak mungkin keputusannya boleh songsang sampai begitu sekali.

Perbezaan undi pula bukan sedikit tetapi sampai 5,981.

Kalau sekadar 200 atau 300 undi mungkin berbagai andaian lain boleh diberi.

Makanya menjelang pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung dalam masa 60 hari dari sekarang ada kalanganpemerhati politik yang bertanya apakah BN sangguh berjudi nasib sekali lagi dengan seorang calon MIC di situ.

Jika mengikut ikatan persefahaman pembahagian kerusi antara komponen BN menang ada satu ikatan ia tidak boleh diubah.

Namun pilihanraya kecil kali ini dikira sangat strategik.

Ini mengenangkan senario politik semasa kebelakangan ini pastinya membuatkan BN kata ia mesti menang dan PKR pun kata ia mesti menang.

Semua orang hendak lihat apakah kesan empat orang Ahli Parlimen PKR bertindak keluar baru-baru ini dan berbagai pendedahan yang mereka buat.Begitu juga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

takdirnya penentu on the ground yang tiba-tiba muncul untuk membuat perhitungan itu ialah menerusi pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Tolak sebelah apa faktor sekalipun jika PKR mengekalkan kerusi itu ia dengan mudah akan berkata ‘ tengok tak ada apa-apa kesan pun’….

Keadaan itu pasti akan mencetuskan tekanan yang berat pada BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dilihat dari mata kasar berdasarkan keputusan songsang di Hulu Selangor masa pilihanraya umum 2008 ,BN akan terus meletakan dirinya sebagai underdog jika kekal dengan Palanivel atau mana-mana calon MIC dalam pilihanraya kecil itu.

Menurut para pemerhati jika MIC sebagai rakan setia dalam BN dan hendak melihat BN dapat mengibarkan balik bendera di Hulu Selangor maka ia harus berkorban dan bertolak ansur dari ikatan perjanjian dan membuka jalan bagi seorang calon UMNO bertanding.

Ramai yang merasa BN boleh berlapang dada dan merasa beban berkurangan dengan sendirinya jika seorang calon Melayu bertanding.

Ini bukan kerana soal perkauman atau apa tetapi realiti dan hakikat politik serta kehendak orang Hulu Selangor sendiri.

Ada juga yang melihat kemungkinan itu mungkin tipis kerana MIC tentu berkeras hendak membuktikan MIC BOLEH….bagi mengembalikan balik imejnya yang hampir punah ranah masa pilihanraya umum 2008.

Soalan yang paling menarik….wajarkah BN berjudi nasib di Hulu Selangor ?- 26/3/2010


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: