Mengapa Saya Tinggalkan UMNO?

25 03 2010

Hari ini saya akan cuba huraikan tajuk ‘Mengapa Saya Tinggalkan UMNO’ seperti yang tertera di atas.Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri setelah saya mula mengambil cakna tentang isu politik tanah air.

Mengapa Saya Tinggalkan UMNO?Bunyinya seolah olah saya adalah ahli UMNO.Ingin saya tegaskan,saya bukanlah ahli UMNO.Bahkan juga bukan ahli mana mana parti politik.Pada asasnya perkenalan saya dengan dunia politik adalah masih baru.

I used to be an UMNO-BN supporter.Segala galanya bermula di sekolah menengah. Yang saya kenal pada waktu itu ialah UMNO dan PAS sahaja. Saya merasa tidak suka dengan guru guru yang cakapnya seolah olah menyindir kerajaan.Bagi saya guru mestilah setia kepada Kerajaan. Mereka tidak boleh menyokong pembangkang kerana kerajaanlah yang bagi mereka gaji setiap bulan.

Parti politik yang saya paling tidak berkenan pada waktu itu ialah PAS.Saya tidak suka cara PAS memperjuangkan Islam.Bukan bermakna saya tidak suka Islam,tapi saya tak suka PAS. Nik Aziz pula suka cakap lepas. Ada ke patut die cakap Tuhan mencarut,Tuhan samseng,Wanita cantik tak boleh bekerja.Waktu itu saya juga berfikiran jika hukum islam dilaksanakan,maka negara mundur seperti Afganistan.Inilah kefahaman yang tertanam dalam fikiran pada waktu itu.Saya tak setuju dengan semua kenyataan si Nik Aziz ni.inilah yang saya pelajari dari buletin utama TV3.Saya menerima sumber berita ini kerana bagi saya apa yang berita laporkan,ia adalah benar.Dan saya tidak pernah kenal sumber berita lain pada waktu ini.

Ketika itu kecenderungan saya kepada politik mula bertunas.Tapi saya tidaklah secakna seperti hari ini. Saya hanya sekadar bersentimen. Jauh sekali dari fikiran saya untuk menyiasat kesahihan laporan berita tersebut. Saya juga tidak pernah terfikir untuk mendengar penjelasan Nik Aziz atau PAS berhubung isu isu yang timbul. Jadi lama kelamaan ia menjadi satu kebenaran yang diyakini bagi saya.Inilah dia kesan media kepada masyarakat kita.

Pada waktu sekolah menengah ,saya masih percaya bahawa Anwar Ibrahim memang bersalah dalam tuduhan rasuah dan liwat ke atasnya. Saya merasa pelik dengan orang yang tidak mempercayainya. Saya yakin dan saya hormat Tun Dr Mahathir. Dia adalah tokoh yang saya sangat kagumi.

Namun, selera saya kepada UMNO-BN mula berubah sewaktu saya di tingkatan lima.Apa yang berlaku mengubah pandangan saya 100% terhadap UMNO-BN.Saya pergi ke kedai runcit. Seperti biasa saya akan membaca surat khabar yang ada disitu.

Saya tak ingat sama ada ia utusan atau pun berita harian.Jadi,apa sebenarnya yang saya baca sehingga ia mengubah pandangan baik saya terhadap parti UMNO-BN?Pada waktu ini isu Negara Islam sedang hangat dimainkan oleh surat khabar. Jadi saya membaca kenyataan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang meminta kebenaran menteri penerangan, Dato Seri Khalil Yakob untuk menerangkan konsep negara islam yang PAS mahukan terus kepada rakyat daripada parlimen.

Apakah jawapan menteri penerangan?adakah beliau memberi kebenaran?Tidak. Beliau menjawap Kerajaan tidak mengizinkan dan PAS perlulah mencari kaedahnya sendiri untuk menerangkan konsep negara Islam kepada rakyat.

Mulai dari saat itu, hati saya telah berpaling daripada UMNO. Mengapa UMNO kejam sebegitu sekali?Apa salahnya PAS bercakap terus kepada rakyat dari parlimen supaya rakyat faham niat PAS?Bukankah UMNO pun orang Islam?

Pada waktu ini saya masih mentah.Saya tidak dapat membaca sebab kerajaan menolak. Sekarang saya sudah tahu. Jika Kerajaan benarkan PAS berucap langsung dengan rakyat,maka ditakuti rakyat akan faham dan memberi sokongan pada PAS. itulah puncanya.Jika rakyat faham,maka rosaklah rencana UMNO untuk terus memburuk burukkan PAS dimata orang Melayu dan orang Bukan Islam.Jika rakyat faham,maka persepsi PAS parti ekstrim,radikal,hudud pasti akan lenyap dari minda rakyat.

sejak hari itu,saya telah berubah. Tapi tidaklah setegas hari ini. Saya hanya membentuk kepercayaan baru dalam diri. Inilah serba sedikit sejarah mengapa saya meninggalkan UMNO.

bersambung..




Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: