Kerajaan Tolak Daftar Mengundi Secara Automatik

18 03 2010

Penulis membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato Seri Nazri Aziz hari ini di Parlimen menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya pendaftaran pengundi baru yang berusia 21 tahun dijalankan secara automatik.

Alasan penolakan Nazri amatlah tidak matang dan dangkal sekali. Beliau menyatakan pendaftaran secara automatik adalah satu bentuk paksaan kepada rakyat untuk keluar mengundi.

Sebagai menteri, Nazri tidak boleh memberi alasan kurang matang sebegitu kepada rakyat, terutamanya golongan muda seperti kita. Pendaftaran secara automatik bukan paksaan,tapi usaha memudah dan melicinkan proses demokrasi.Jika mereka sudah secara automatik berdaftar,trpulanglah pada mereka untuk keluar mengundi atau tidak.

Pendaftaran secara automatik akan membolehkan 4.5 juta lagi rakyat yang belum mengundi untuk sama sama turut serta dalam PRU ke-13.Kita mesti sedar bahawa sistem pendaftaran sedia ada sangatlah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai diguna pakai.

Jika seseorang mendaftar hari ini sebagai pengundi,maka hanya 5 bulan kemudian namanya akan muncul dalam senarai daftar pemilih.Ini bermaksud jika sebarang pilihanraya berlaku dalam masa kurang lima bulan, maka individu tadi tidak akan berpeluang untuk mengundi walaupun beliau sudah pun layak.

Penulis melihat penolakan oleh menteri adalah kerana UMNO-Barisan Nasional takut kalah pada PRU ke-13 kelak. Ini kerana pengundi penguundi muda adalah cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat. Mungkin ramai anak anak muda pada waktu ini tidak menunjukkan minat kepada perkembangan politik.

Namun jika tiba musim pilihanraya,demam pilihanraya akan melanda seluruh negara. Jadi anak muda yang tidak berminat pada awalnya ditakuti akan keluar mengundi dan menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Anak anak muda pada waktu ini sukar ditipu dengan media kawalan kerajaan seperti tv1,tv2,tv3,utusan malaysia dan sebagainya.

Kesimpulannya,dasar kerajaan yang dangkal dan tidak cerdik (bodoh) adalah punca kenapa ramai rakyat Malaysia masih tidak berdaftar sebagai pengundi.Cara mendaftar yang lapuk,tidak efisien dan karenah birokrasi yang macam macam akan menjauhkan lagi minat orang ramai pada tanggung jawab mengundi


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: