Generasi Muda Tak Minat Politik?

15 03 2010

Ihsan : Bernama,Malaysiakini

Lebih ramai pengundi muda dilihat cenderung menjadi pengundi non-partisan (tidak memihak) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang, demikian menurut analisis beberapa pemerhati politik.

Trend politik semasa dilihat antara penyumbang kepada senario itu berlaku.

Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan media baru menyebabkan golongan itu tidak lagi mengakses maklumat daripada media konvensional tetapi “mencipta” maklumat dan membentuk pandangan tersendiri.

“Mereka tiada lagi kepercayaan klasik kepada politik,” kata Abu Hassan Hasbullah (kanan) ketika mengulas mengenai pengundi muda pada PRU13.

Pensyarah kanan pengajian media dari Universiti Malaya (UM) itu berkata pengundi muda kini bersikap konstruktif dan liberal serta menilai sesuatu isu bukan berdasarkan ideologi politik.

“Mereka boleh ubah sokongan dan bertindak-balas bila-bila masa,” katanya.

Abu Hassan berpandangan bahawa generasi muda tidak lagi memegang pada kata-kata atau janji ahli politik, sebaliknya menilai bagaimana sesuatu isu dibangkitkan dan ditangani pihak terbabit.

Beliau merujuk kepada isu-isu semasa yang semakin rumit dengan pandangan politik yang sering kali mengelirukan masyarakat seperti pendirian parti politik antara lain, mengenai isu kalimah Allah dan isu royalti minyak.

Kenyataan Abu Hassan itu selari dengan kajian dilakukan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu 70 peratus daripada mahasiswa/generasi muda tidak meminati politik dengan 10 peratus pro-kerajaan dan 20 peratus bersifat terbuka.

Kajian itu dijelaskan Presiden GPMS Jais Abdul Karim pada program “kerusi panas” di Stesen Radio 24 pada 9 Mac lepas membincangkan mengenai hala tuju pertubuhan pelajar Melayu itu.

Bagi pemerhati politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Sivamurugan Pandian (kanan), perkembangan politik di negara ini mengalami “defisit perwakilan politik” sejak dua tahun lepas.

“Parti politik dilihat masih bergelut untuk mencari legitimasi politik bagi memenuhi janji-janji mereka sejak tsunami politik pada Mac 2008,” katanya.

Senario itu menimbulkan dilema kepada generasi muda mengenai persoalan adakah ahli politik hanya mewakili diri mereka atau menyuarakan hasrat rakyat di kawasan diwakilinya?

Sivamurugan merujuk kepada isu keluar parti/lompat parti yang dialami oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tindakan keluar parti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan DAP di Perak pada Februari 2009 menyaksikan pakatan DAP-PKR-PAS kehilangan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) dan terbaru tiga wakil rakyat PKR bertindak keluar parti kerana kecewa dengan pucuk kepimpinan atau atas sebab-sebab lain.

Sivamurugan berkata ketiadaan struktur yang jelas untuk memberikan laluan kepada pemimpin muda dalam parti-parti politik juga menyebabkan kenapa golongan itu cenderung menjadi non-partisan.

“Ini kerana pemimpin muda ialah jambatan kepada pengundi muda. Hanya pemimpin muda yang memahami aspirasi golongan muda. Pihak mana yang memberikan lebih ruang kepada pemimpin muda akan mendapat sokongan pengundi muda,” katanya.

Dianggarkan tujuh juta pengundi muda akan mengundi pada PRU13 dan sokongan golongan ini akan menentukan output pilihan raya sama ada memihak kepada BN atau DAP-PKR-PAS yang kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Menyifatkan pengundi muda sebagai golongan idealis dan “anti-establishment”, penganalisis politik Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff, berkata sokongan pengundi muda bergantung kepada faktor demografi dan taraf pendidikan individu terbabit.

Beliau berkata lebih tinggi taraf pendidikan individu itu bermakna mereka lebih terbuka dan matang untuk membuat pilihan serta tidak terperangkap dalam pengaruh lingkungan sekitar.

“Ini bermakna politik “warisan”, seperti ayah BN maka anak undi BN atau ayah PAS maka anak juga sokong PAS, semakin berkurangan,” kata Wan Abdul Rahman, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

– Bernama


Actions

Information

One response

16 03 2010
Tsir Ah Xuan

The same concern has become a major worry in our Sourthen neighbour, Singapore. Their next generation, too, has lost their faith in the local political system. Many may not know that the same concern has sparked many political science studies to learn and analyze this norming practice. I have also read, China and Japan have washed their hands over this issue, as they have reached the point of no return. The causes were the practice of single party system in the former and the hedonism lifstyle in the latter.

Political monopoly and entertainment distraction may be the rising factor that causes our youth become politically distant. Fear of ISA may not be a concern to them, unlike to those of Generation X would be. Generation Y and so on are just simply apathetic and ignorant.

If a regime with no check and balance, as in North Korea, Malaysia too would end up like ancient Baghdad when invaded by the Mongols – helpless and careless.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: