Daftar Segera:Pilihanraya Umum Sudah Dekat

8 03 2010

Penulis blog menggesa anak anak muda yang telah layak mengundi tetapi belum berdaftar sebagai pengundi untuk segera berbuat demikian dalam masa terdekat. Ini bagi membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada pemilih pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun dan ke atas adalah layak untuk mengundi dalam pilihanraya.SPR menganggarkan kira kira 15 juta rakyat Malaysia sudah layak mengundi pada waktu ini.Malangnya setakat ini, hanya 11 juta sahaja yang telah mendaftarkan diri.

Ini menunjukkan sejumlah 4 juta yang layak masih tidak berbuat demikian pada masa ini.Walaupun SPR telah menjalankan pelbagai initiatif untuk mendaftarkan pengundi baru,namun semenjak PRU ke-12 tamat pada Mac 2008 yang lalu, mereka yang didaftarkan masih tidak ramai.Ia hanya dalam lingkungan ratusan ribu orang sahaja.

Meskipun tempoh 5 tahun pemerintahan Najib masih berbaki 3 tahun, kita mestilah ingat bahawa pilihanraya tidak menunggu sehingga tahun yang terakhir.Dato Seri Najib boleh membubarkan parlimen bila bila masa dari sekarang, lebih lebih lagi dalam situasi politik tidak menentu seperti sekarang.

DAP menjangkakan Najib akan memanggil pilihanraya umum pada pertengahan tahun 2011 yakni selepas pilihanraya Sarawak berlangsung. Ura ura juga menyatakan Najib bakal membubarkan parlimen sebelum polisi baru, Good & Service Tax (GST) dilaksanakan di Malaysia.

Golongan muda diseru menjadi sebahagian daripada pemilih pada PRU yang akan datang supaya undi undi mereka dapat membawa perubahan bermakna kepada negara.Mengundi adalah tanggung jawab sosial yang perlu ditunaikan kepada negara.Dalam Islam sendiri,memilih pemimpin yang terbaik adalah wajib.

Alasan tidak sukakan politik,politik itu kotor dan tidak berminat hendaklah dikikis dari diri anak anak muda.Jika anda merasakan politik pada waktu ini kotor maka silalah buat perubahan menerusi peti undi.Lantik pemimpin yang akan menjadikan politik itu lebih baik dan demokrasi lebih terjamin.Jika anda hanya berdiam diri dan tidak turut serta, jangan harap politik yang anda kata kotor itu akan berubah dengan sendirinya.

bersambung.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: