Akhirnya Zulkifli di Pecat

6 03 2010

Akhirnya Ahli parlimen kontroversi, Zulkifli Noordin dipecat dari PKR.Berita ini disampaikan oleh Penasihat Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim di pejabat PKR Petaling Jaya petang tadi.

Penulis blog ini merasa lega di atas berita ini.Pada pandangan penulis, Zulkifli Noordin banyak mendatangkan keburukan kepada PKR mahupun Pakatan Rakyat.

Tindakan tindakan beliau banyak sekali yang membelakangkan parti. Tindak tanduk beliau sangat berbahaya kerana beliau dilihat tidak menghayati prinsip musyawarah dalam berorganisasi.

Beliau suka mengkritik parti secara terbuka dan menghentam rakan dalam Pakatan secara tidak bertanggung jawab. Isu kalimah Allah,perarakan maulidul rasul adalah antara bukti penting betapa Zulkifli merasakan pendapatnya saja yang betul.

Semoga Zulkifli tidak merayu kepada parti untuk kekal dalam PKR. Saya menasihatkannya untuk segera mengosongkan kerusi beliau,Kulim Bandar Baru secepat mungkin.


Actions

Information

3 responses

6 03 2010
kadiology

sama aje pkr dengan umno. tak boleh di kritik. kalau kritik terus kena pecat. esok PKR berkuasa siapa yang kritik kena ISA.

7 03 2010
perlu ke

Dia di pecat sebab TAK suka bermusyawarah dlm. ahli umno dipecat krn HENDAK bermusyawarah.

8 03 2010
sayed imran

penaakulan anda secara mantik amat lemah. agak guguskan buah fikir secara tidak matang. soalan saya cukup mudah, adakah bertanggungjawab PR sekiranya menyingkirkan ahlinya yang mahukan penjelasan? Atau tujuan ahli PKR hanya menyahut “seruan” ahli atasan tanpa menilai kelemahan dalam agenda? Saya merasakan kekuatan Zul Nordin banyak membantu dalam tambah nilai dalam PKR.

Anda justifikasi tentangan Zul Nordin secara terbuka merupakan kesalahan Zul Nordin yang tidak boleh dimaafkan. Dalam kes ini, anda sebenarnya terlupa salah satu perjuangan pemimpin agung anda, DSAI ialah mengangkat keadilan. Keadilan perlu diberikan kepada Zul Nordin atas semangatnya mengunakan hak bersuara beliau!

Adakah hak bersuara mempunyai limitasi untuk menjada agenda politik yang beliau rasakan perlu dibuat teguran?

You actually unable to differentiate between political will and political agenda.

Btw, anda mempunyai minat mendalam dalam berblog, namun apabila bercakap tentang politik, sekiranya anda menganalisa dengan hujah lebih tajam, people will salute u including me.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: