Strategi Melemahkan Anwar dan Pakatan

5 03 2010

Kekecohan politik terbaru negara mendapat reaksi berbeza dari pelbagai pihak.Bagi pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang, apa yang berlaku kini adalah satu proses pembersihan yang memeritkan bagi PR. “Kita perlu bersihkan rumah tangga kita sekarang” Kata beliau kepada wartawan.

UMNO pula mendakwa gejolak dalam PKR tidak membawa apa apa kekuatan kepada parti mereka. Ini disuarakan sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin.Mereka berpendapat ahli UMNO tidak boleh merasakan parti mereka menjadi kuatĀ  kerana merasakan PKR sedang menjadi semakin lemah.

Ada juga pandangan menyatakan bahawa apa yang berlaku hari ini adalah satu fasa biasa yang wajip dilalui oleh semua parti parti politik.UMNO sendiri menyaksikan barisan bekas Presiden UMNO yang keluar parti seperti Tunku Abdul Rahman.Parti biasanya akan kembali kuat setelah krisis sebegitu berlalu.

Bagi pandangan penulis pula,apa yang berlaku ini adalah satu usaha terancang bagi melemah dan menghalang kemaraan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim.Barisan Nasional melihat beliau sebagai ancaman yang sangat berbahaya kepada parti mereka.Pakatan Rakyat semakin hari semakin luas pengaruhnya keseluruh Malaysia meskipun media media memberi liputan negatif yang sangat meluas terhadapnya dan parti parti PR.

Anwar diheret sekali lagi kepada tuduhan liwat bagi mengurangkan tumpuan beliau terhadapa PR.Akibatnya Anwar jadi kurang tumpuan kerana banyak masa beliau habis bagi tujuan naik turun mahkamah.Kini berlaku pula perkara perkara bodoh seperti yang kita semua tahu (lompat parti).

Penulis sangat kesal diatas sikap pentingkan diri wakil wakil rakyat yang memilih menjadi katak.Tidakkan mereka kasihan barang sedikitpun terhadap fitnah yang sedang melanda pemimpin no satu mereka?Bukankah ini masanya untuk ahli parti bersatu?Penulis sangat kecewa dengan sikap tidak mengenang budi wakil wakil rakyat ini.

Tindakan melampau mereka pasti memberi tekanan yang hebat kepada Anwar Ibrahim.Tak tau mana nak fokus.Jika tak fokus dimahkamah,takut takut dijerat musuh pula,Jika tak fokus pada pergolakan parti, takut takut parti terus hanyut dan tidak dapat diselamatkan.Keadaan beliau ternyata cukup sukar.

Penulis melihat dua natijahnya disini. BN mahu memberi gambaran seburuk buruknya tentang Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Sarawak sedikit masa lagi. BN juga dikatakan mahu membeli sebanyak mungkin wakil rakyat PR bagi membolehkannya meminda sempadan kawasan pilihanraya sebelum PRU ke-13.Ini adalah taktik bagi memastikan BN terus berkuasa di Malaysia.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: