Letakkan Jawatan Segera

4 03 2010

Negara terus dikejutkan dengan siri pengkhianatan segelintir wakil rakyat PKR yang bertindak meninggalkan parti.Yang terbaru ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri,65 tahun telah mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi bebas.

Beliau adalah ahli parlimen ke-3 yang meninggalkan parti setelah Dato Seri Zahrain Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru) dan juga Tan Tee Beng (PKR-Nibong Tebal).Jika ditambahkan kesemuanya,sudah 7 orang wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu sejak tahun lalu.

Perkara ini sungguh memalukan Pakatan Rakyat.Umum mengetahui bahawa mereka yang meninggalkan parti ini adalah pemimpin yang bermasalah dan ada juga yang berkepentingan peribadi.Adalah sangat memalukan jika ada diantara mereka keluar kerana dibeli oleh pihak musuh.

Tidak dapat dinafikan, perkembangan terbaru ini boleh menghantar mesej yang salah kepada seluruh ahli parti dan juga para pengundi atas pagar yang telah memberikan undi mereka kepada PKR.Tindakan khianat wakil wakil rakyat ini sangat dikesali.Mereka telah sengaja mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi mereka.

Namun,mengikut veteran politik,apa yang berlaku kepada PKR ada hikmahnya.Hakikatnya parti perlu dibersihkan dari segala daki dan kekotoran agar yang tinggal hanyalah yang bersih dan suci sahaja. Parti perlu dibersihkan dari pemimpin berkepentingan,yang khianat,yang tidak kuat dan tidak setia kepada dasar perjuangan.

Diharapkan PKR dengan bantuan DAP dan PAS akan segera menyelesaikan kemelut ini dan bersiap sedia turun padang memberi penerangan ke seluruh negara tentang isu ini.Kita sudah lihat betapa perlunya calon yang beriman dan berakhlak serta kuat prinsip dilantik menjadi calon pilihanraya.PKR dimasa depan mestilah tidak lagi mengulangi kesilapan memilih calon calon seperti itu.

Penulis berpendapat wakil wakil rakyat yang sudah cabut lari ini untuk segera meletak jawatan sekiranya mereka bermaruah.Mereka dipilih atas nama PKR dan wadah Pakatan.Ahli ahli parti PAS dan PKR lah yang telah bermati matian memenangkan mereka dalam pilihanraya.Jika kini mereka sudah tidak mahu dan tidak setuju dengan Pakatan,sewajarnya mereka meletakkan jawatan mereka.

Letakkan jawatan secara terhormat sebelum rakyat membenci.Rakyat benci pada pengkhianat.Jangan sampai  nama kalian tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat perjuangan.Saya yakin katak katak yang melompat ini sudah menempah kubur dalam karier politik mereka.


Actions

Information

2 responses

5 03 2010
Anonymous

Salam bro, ade bpe soklan nk tye

1. Tindakan keluar parti mmg suatu pengkhianatan kpd pengundi, tp nape bile yg lompat dr PR tuh dikecam sedangkan yg lompat dr BN disambut hormat?

2. “Umum mengetahui bahawa mereka yang meninggalkan parti ini adalah pemimpin yang bermasalah dan ada juga yang berkepentingan peribadi.” statement ni bro ade proof ke? ade skali ngan derang time wat kje? kalo stakat bce news or kabar angin or gosip bek jgn caye 100% coz silap2 nnt derang tuntut kt akhirat nnt. kalo ade proof bley share kn spy kwn xmisinform.

5 03 2010
krzaman87

PR membawa agenda yg jelas dalam menetang amalan rasuah,merakyatkan ekonomi,membawa keadilan utk semua tanpa mengira kaum.Kita merasa janggal bila ada pemimpin yang bertindak keluar dan berundur dari perjuangan sebegini malah memberi sokongan kepada parti lawan yg mereka sendiri tau rasuah dan saya yakin mereka sudah biasa cerca sebelum ini

Manakala, apabila ada dari BN yang ingin bersama PR, itu adalah kerana kemahuannya sendiri dan bukan atas faktor dibeli atau diugut.Contoh jelas Dato Nasharudin Hashim (BN-Bota). Jadi keluar dari parti yang Tun Mahathir sendiri kata penuh rasuah, parti yang busuk sehingga ke usus (kata mahathir) adalah satu proses hijrah yang baik.

Mungkin saudara betul,,kita tiada info yg sebenar2nya sahih utk diketengahkan.Jika begitu ,tidak ada satu berita pun dalam berita n dalam tv yg kita harus percaya.betul tak? Tapi saudara,umum tahu mmg pemimpin ini ada masalah. Contoh mcm Badrul Hisham (bekas PKR-Pelabuhan Klang). Memang PKR negeri tahu dia tak perform dan tak nak baiki prestasi perkhidmatan dia. orang2 Pelabuhan klang sendiri kata. Bila disuruh baiki. dia tak perform jugak. Last2 PKR minta dia letak jawatan jika tak mampu nk berkhidmat. Tu sbb Badrul Hisham keluar PKR sebab protes.

Begitu juga ceritanya dengan pemimpin2 lain. Biasa nya pemimpin pemimpin ini ada masalah.Contoh masalah peribadi dengan pemimpin trtentu,dsb.

wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: