Pastikan Dialog Berjalan Lancar

27 02 2010

Dialog antara agama yang bakal di adakan di UTP isnin ini adalah yang pertama bagi kita dikampus ini.Kita masih kurang berpengalaman dalam menjalankan event besar ini.Justeru kita berharapa dan berdoa agar event ini akan berjalan lancar dan membuka minda masyarakat kampus tentang agama.

4 orang speaker dari agama berbeza akan menerangkan konsep ketuhanan masing masing.Saya difahamkan dari tempoh masa 3 jam 45 minit, 2 jam diperuntukkan untuk sesi pusingan pertama iaitu setiap speaker diberi masa yang sama banyak untuk menerangkan apakah konsep ketuhanan yang mereka yakini.

Bagi saya itu tidak menjadi masalah.Yang bakal mencuri tumpuan malam itu ialah sesi soal jawab. sesi soal jawab adalah selama 1 jan 45 minit dan mungkin lebih.Kita tidak dapat menjangkakan siapa yang akan bertanya,siapa yang akan ditanya,soalan apa yang akan ditanya,dsb.

Moderator dan mana mana ahli forum tidak akan mampu mengawal audience secara mutlak. Sekiranya soalan soalan sensitif dan offensive ditanya,tidak ada sesiapa yg dapat mengawal.Justeru kawalan oleh moderator dan juga jawapan ahli panel adalah penawar terbaik bagi segala kemungkinan ini

Justeru moderator forum mestilah memainkan peranan penting dalam menjayakan sesi Soal & Jawab ini.Ustaz Rahmat Abu Seman disebut sebut bakal menjadi moderator khas pada malam itu.Dengan kebolehan yang ada, insyaAllah  Ustaz diharapkan mampu mengawal keadaan pada malam itu.

Saya ada beberapa cadangan untuk pihak penganjur supaya majlis malam itu berjalan lancar,terutamanya dalam sesi Q&A.

  1. Sebelum sesi soal jawab bermula,moderator perlulah menggariskan peraturan dalam melontarkan soalan.
  2. Moderator perlulah mengingatkan para hadirin untuk tidak beremosi dan bersentimen,sebaliknya mestilah melihat dialog ini dari sudut ilmiah
  3. Setiap seorang HANYA dibenarkan utk memberi satu soalan sahaja. Penonton yang bertanya dilarang BERCERAMAH atau memberi MUKADIMAH yang berlebihan.
  4. Soalan yang ditanya mestilah fokus kepada tajuk iaitu Concept of God According to my Scripture. Jadi soalan soalan mestilah berlegar disekitar tajuk ini.Soalan soalan yang agama,namun tidak merujuk kepada tajuk,maka ia hendaklah ditolak.
  5. Speaker perlulah diberi masa fix untuk mejawab soalan.Sesetengah speaker mungkin mengambil masa terlalu lama untuk memberi jawapan.Ini akan menutup peluang speaker lain dan juga penonton.
  6. Memastikan semua speaker mendapat soalan yg sama banyak supaya forum ini dilihat berjalan dengan adil dan saksama.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: