BN AKAN DITOLAK DALAM PRU KE-13

21 02 2010

foto 1 : musuh politik

IHSAN:MALAYSIAKINI

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang – tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

foto 2: Pakatan Rakyat pilihan terbaik rakyat Malaysia pada pru ke-13

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor “tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu’.Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.


foto 3: sokongan rakyat terus meningkat. Stadium Kelana Jaya

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

foto 4 : Sambutan Rakyat hangat dimana mana.Stadium Malawati

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana “rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya”.

foto 5 : 70 ribu rakyat hadiri ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Perak

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau AseanMalaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

foto 6 : sambutan rakyat pada pidato royalti minyak kelantan baru baru ini

foto 7: Ceramah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang

foto 8 : Penamaan calon PRK Permatang Pauh

foto 9: Ramainya umat sewaktu Ir Nizar menjadi calon diBukit Gantang

“Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe,” kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).


Actions

Information

5 responses

21 02 2010
hazwan

TAKBIR!!!

21 02 2010
krzaman87

Jangan Takbir je kuat,tapi daftar mengundi nyer belum. By the way akan mengundi dimana nanti?Siapa Adun dan MP sekarang?

21 02 2010
icarus

icarus likes this post!
ini adalah pertama kali saya melihat gambar sokongan padu rakyat terhadap anwar ibrahim.
anwar ibrahim is my idol.🙂

21 02 2010
krzaman87

hey icarus, sebelum ni awak tk pernah tengok ke dalam internet or dalam mana mana blog?
penonton ramai mcm tu adalah biasa utk ceramah Pakatan Rakyat. Ceramah BN lain. kene wajipkan org datang
tu pun tak rmai ramai jugak.

17 11 2010
amin jb

manusia punyai akal dan fikiran untuk berfikir….saya malu anak bangsa mudah terpedaya dengan ilusi dan pandangan politik yang cemburu dan jeles dengan kerajaan yang memerintah sekarang………masa kini ramai manusia yang cepat irihati dengan aper yang seseorang yang mereka lakukan ia berjaya…..tapi ingat arahan allah s.w.t………..manusia di dunia boleh lakukan aper sajer…..jika mereka(manusia boleh berfikir adakah aku lakukan ini betul,halal ,haram,dan boleh menyakitkan hati orang lain…….jika ingin dilakukan….allah akan izinkan tetapi ingat dipadang masyar ia menunggu kamu seadanyer……….)berfikir biar gunakan akal dan iman………jangan berfikir menggunakan nafsu dan dipandukan syaitan……..
manusia jangan berfikir masa muda manusia boleh buat aper sajer….tetapi di alam tua dan nyayuk masa tu lah kamu akan berfikir adakah dosa dan pahala akan menolong aku di akhirat nanti…….subhanallah…..jika kamu ingin jadi pemerintah kamu di dalangi hasutan syaitan dan dosa yang bertimbun…..bukan orang melayu muda lupa…….tetapi itu kuasa allah s.w.t…..semua manusia itu yang dijadikan allah s.w.t akan lupa semasa kecil sehingga kemurkaan hayat……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: