PARA PEMBACA BUDIMAN

19 02 2010

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf seandainya saya menimbulkan isu  baru baru ini.Saya tidak berniat untuk merenggut ketenangan hati saudara semua.Mungkin terdapat beberapa saluran lain yang lebih baik untuk saya gunakan.Sememangnya saya sudah memanfaatkan saluran yang lain, cumanya jawapan yang saya terima mungkin kurang memberangsangkan. lagipun saya percaya kita semua ingin tahu apa yang berlaku. Itu saja.

Saya tidak menghukum HELWI. Bagi saya HELWI adalah salah satu organisasi yang cukup objektif untuk para siswi.Saya percaya itu.Cumanya saya agak terkejut dengan keberanian HELWI malam tadi. Bukan apa, ia benda baru buat kita. Jadi saya ingin tahulah atas dasar apa HELWI berbuat demikian.Itu saja.tidak lebih tidak kurang.Ramai mungkin yang terkejut malam itu,tapi kemudian melupakannya.Namun ada dikalangan kita yang terkejut dan menyimpan tanda soal di dalam hati.Persoalan ini dirasakan turut bermain difikiran aktivis aktivis dakwah tertentu.

Tujuan utama saya menimbulkan isu ini ialah kerana saya ingin melihat bagaimana cara fikir kita semua bila berhadapan dengan benda baru seperti ini.Saya ingin tahu sejauh mana kita berfikir dan merungkai satu satu masalah.Sebab bagi saya organisasi seperti HELWI dan sesiapapun jua akan berhadapan lagi dengan macam macam cabaran dimasa depan.Saya menanti nantikan jawapan yang objektif,yang rasional dan hujah yang bernas dari kalangan pembaca. Kerana saya yakin pembaca pembaca saya berfikiran kritis,berkarisma dan berilmu agama.Pembaca blog saya mungkin pemimpin pemimpin organisasi dan persatuan tertentu.Saya tidak nafikan ada yang berang dan marah dengan saya kerana membangkitkan hal sebegini.Namun apa yang saya lihat,kita semua (termasuk saya) masih lebih mengutamakan sentimen dan emosi berbanding penjelasan yang rasional.

Saya juga ingin melihat bagaimana pembaca pembaca dikalangan junior menilai sesuatu isu.Saya kurang setuju jika adik adik di bawah sana melihat ini sebagai konflik.Saya tiada konflik dengan HELWI. Pimpinan HELWI adalah kenalan saya sendiri.Mungkin isu ini isu biasa.Barangkali anda akan bilang ini isu kecil.Tapi jika isu kecil nggak bisa diselesaikan,bagaimana mungkin kita mahu berhadapan dengan isu yang lebih besar lagi rumit?

Tapi tidak mengapa.Kita semua sedang melalui proses belajar.Saya juga begitu.Cuma saya benar benar berharap pembaca tidak salah faham.Saya tiada masalah dengan HELWI. HELWI sendiri juga tidak bermasalah. Yang bermasalah mungkin cara fikir kita.Itu saja. Saya bertanggung jawab untuk menyelesaikan kemelut yang mungkin menganggu kita semua. InsyaAllah HELWI akan memberi saya jawapan bertulis.Saya bermaksud untuk berkongsi akan ia dengan anda semua dalam sedikit masa lagi.

Sekian.


Actions

Information

3 responses

20 02 2010
aaaa

bg saya,sesetgh manusia lebih gemar bercakap atau berkerja (linguistik/verbal & kinestatic) dalam mengutarakan pandangan mereka..tak semua org tergolong dlm golongan yang “visual”,yakni gemar membaca dan menulis/memberi pndangan melalui penulisan..insyaAllah,ada hikmah Allah jadikan kita berlainan pandangan dan sbgainya

20 02 2010
ibnunawawi

erm, relax sudey..tegur sahabat bermaksud sayangkan sahabat..cara tegur, setiap orang ada cara masing2…

yang bahagian paling menarik, penegur menegur yg ditegur, tetapi ada yang cuba menangguk di air yang keruh… ape cer beb???nk jadi ‘fire stone in hell’ kah???

ape pun, nice job HELWI, mungkin saudara kita ni concern dgn tatacara dalam berhibur..bukankah salah satu dari panduan berhibur oleh Dr Yusoff al-Qardhawi, mengatakan bahawa tiadanya perempuan yang menyanyi???kerana suara perempuan itu aurat, betul ke???

kita sama2 belajar,eh…silap…anda berdua sama2 belajar, yang ketiga kalau ada yang nk idupkan api peperangan antara dua pihak, belajarlah menginsafi diri….

wassalam…

21 02 2010
faris

da la x bertanggungjawab dalam memberi pandangan hamzah kan? adess ka..

malang sungguh masyarakat kite ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: