RAKAN MASJID KE ERA BARU

18 02 2010

foto 1: RM melangkah setapak ke hadapan

Penulis sempat menghadiri forum BAITUL MUSLIM anjuran Heart For Islam 2010 malam tadi bertempat di Dewan Cancelor UTP.Forum yang menampilkan 2 panelis popular iaitu penulis dan penerbit filem hebat, sdr Habiburahman El-Shirazy dan juga penulis novel cinta tanah air sdr Hazrizal Abdul Jamil telah berjaya menarik kira kira 1200 penonton untuk sama sama mengupas isu berkaitan cinta.

Penulis tidak berhasrat mencoret semula isi forum tersebut. Apa yang penulis dapat simpulkan ialah, forum tersebut berjaya memukau hadirin yang hadir.Isu cinta dikupas dengan cukup bernas oleh kedua dua ahli panel.Penulis berkeyakinan penuh forum yang sarat dengan mesej ini berjaya menerobos masuk kehati para penonton yang begitu kusyuk mendengar dan mengikuti butir perbualan panelis.

foto 2: Raja Iskandar mengendalikan 2 panelis hebat malam tadi

Penulis mengucapkan tahniah diatas penganjuran forum tersebut. Forum seumpama inilah yang kita nak!Forum ini sangat tepat pada waktu,tempat dan audiennya.Disaat remaja,orang muda menghadapi krisis sosial yang meruncing,ditambah dengan kes zina,sumbang mahram,buang dan bakar bayi,RM datang memberi jalan penyelesaian kepada masyarakat kampus UTP ini.Hakikatnya semua masalah ini bermula dengan persoalan cinta. Kerana jalan jalan cinta yang diambil muda mudi islam kita kini tidak betul,maka timbullah isu isu sosial yang tidak berkesudahan.

foto 3: hadirin yang membanjiri dewan dianggarkan 1200 orang

RM kini dilihat semakin maju kehadapan.Approachnya kepada masyarakat kampus semakin segar.kepimpinan sdr AKRAM ISMAIL dilihat membawa perubahan yang lebih bermakna kepada RM.Badan dakwah terbesar UTP ini bukan lagi jaguh kampus semata mata,malah sudah memperluaskan skop dakwah hingga keluar.RM sudah mula terjun secara serius ke dalam masyarakat.Kini RM sudah biasa menghiasi dada dada akhbar tempatan.Ini menunjukkan bahawa RM sudah melakukan anjakan positif dalam meluaskan lagi jangkauan dakwahnya serta serius dalam memperbaiki imejnya dalam masyarakat.

foto 4: 2/3 dewan penuh

Walau bagaimanapun, RM perlulah fokus kepada masyarakat kampus ini terlebih dahulu.Kerana dalam kampus ini masih banyak isu yang perlu diberi perhatian.RM dilihat berjaya memberi bimbingan awal kepada pelajar pelajar baru dan muda.Aktiviti SMARTGROUP yang sudah menjadi budaya bagi pelajar kemasukan baru adalah sangat positif untuk proses dakwah. Sekurang kurangnya mereka diberi pendedahan dan didikan yang baik sebelum mereka pergi jauh dalam DUNIA UTP yang rencam ini.saya berani menyatakan bahawa RM berjasa kepada masyarakat kampus atas usaha usaha sebegini dan wajarlah untuk kita semua berterima kasih kepada badan dakwah terbesar UTP ini.

Cumanya cabaran RM masih besar.RM berhadapan dengan persepsi negatif sebahagian masyarakat kampus ini,terutamanya golongan golongan tahun pertengahan.RM juga berhadapan cabaran untuk membanteras aktiviti aktiviti tidak sehat dan tidak wajar bagi kampus ini.Namun saya percaya RM akan menghadapi semua ini dengan strategi yang ampuh. Saya menggalakkan RM untuk lebih banyak berdialog dengan badan badan lain di UTP untuk menyampaikan mesej murni RM yang seringkali disalah tafsir dan dikritik pelbagai pihak.

Semoga RM terus maju!Ikhlaslah dalam berjuang.InsyaAllah bantuan Tuhan akan datang.


Actions

Information

2 responses

18 02 2010
pemburu rangka

sape akram?
mcm biasa je nama tue

18 02 2010
hazwan

nape gmbar sy x msuk? hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: