MINTA HELWI JELASKAN!

18 02 2010

1200 orang penonton forum BAITUL MUSLIM malam tadi seakan tergamam seketika tatkala Hal Ehawa Siswi,HELWI memainkan montaj khas milik organisasi itu.Penonton terkejut kerana HELWI selaku sayap badan dakwah terbesar UTP iaitu Rakan Masjid telah menggunakan lagu latar penyanyi barat Christina Aguilera yang berjudul ‘What Girl Want’ yang popular sedikit masa dahulu dalam rakaman montajnya.

Bukan bermaksud penulis jumud dan tidak terbuka, tetapi penulis hairan seolah olah tidak ada lagu lain yang lebih sesuai dimainkan semasa montaj tersebut.Penulis tidak ingin merencat kreativiti HELWI namun tindakan HELWI ini boleh disalah tafsir oleh orang ramai baik dari golongan aktivis mahupun orang ramai.Kita tidak ingin HELWI dilihat sedikit demi sedikit melencong dari matlamat asalnya.

Tindakan HELWI ini dilihat mengguris hati kebanyakan aktivis dakwah di UTP. Saya difahamkan, komiti dan juga ahli ahli RM sendiri ramai yang menyatakan bantahan secara senyap berhubung isu ini.Penulis  secara umumnya memuji forum BAITUL MUSLIM semalam dan pada masa yang sama menyimpan terlebih dahulu hasrat untuk meminta penjelasan dari HELWI berhubung isu ini.

Penulis menggesa pimpinan HELWI untuk tampil menyatakan pendirian dan memberi penjelasan langkah tidak cermat HELWI dalam isu ini. Penulis ingin bertanya

  1. Adakah HELWI meminta pendapat mana mana pihak sebelum membuat keputusan seperti ustaz?
  2. Adakah montaj itu keputusan bersama seluruh jawatankuasa?
  3. APakah motif HELWI sebenarnya?adakah ini satu provokasi kepada aktivis dakwah?

Penulis berharap penjelasan itu nanti akan mengubati luka hati para aktivitis dakwah yang sememangnya tidak bersetuju dengan tindak tanduk HELWI yang semakin melencong ini.

Penulis.


Actions

Information

19 responses

18 02 2010
helwi baru

ni kira isu semasa ke..macam bukanje

18 02 2010
Amir

Diorang terlepas pandang tu..

18 02 2010
faris

ramai yg terluka =(

18 02 2010
nuriman

Aku berpendapat mcm amir jgak. Mungkin terlepas pandang dalam satu2 event tu. Sebaik2 dalam organize event, mencapai objective majlis adalah paling utama skali. Dalam pengalaman aku yg lepas2 pon same jgak, ade je bende2 yg terlepas pandang bila suasana genting nak dekat event.

18 02 2010
Fit

salam…saye sependapat dgn amir dan nuriman. pernah beberapa kali terlibat dgn pembikinan montaj utk event RM, x pernah pula saya dengar kena dapat izin dari mana² pihak. tajuk lagu berkenaan memang tepat pada pendirian pembikinnya yg saya rumuskan bahawa adalah seorang mahasiswi (ataupun mereka yg meletakkan diri mereka sebagai seorang mahasiswi). diulang, saya menyatakan bahawa tajuk lagu mmg tepat. cumanya mungkin ada hanya sedikit bahagian dalam lirik lagu tersebut tidak berapa kena. itu sahaja.

satu lagi, sekadar pendapat peribadi, isu ini tidak perlulah sehingga dibuat satu blog post mengenainya. saya merasakan lebih hormat kiranya saudara zaman terus menghubungi pengerusi HELWI dan menyatakan pendapat saudara dan kalau perlu minta pihak mereka perjelaskan di blog rasmi HELWI. tidak perlulah semacam yang dicoret di atas, bagai mencabar secara terang-terangan seakan cuba mematahkan perjuangan HELWI yang baru mahu mula bertapak di UTP nih.

teliti apa yang saya coretkan ini. semuanya berkait dengan apa yang pengarang persoalkan

sekian, wallahua’lam

-sekadar.seorang.pencen.yang.memerhati-

19 02 2010
PNP

montaj atau apa2 media perlu mndapat persetujuan dari jawatankuasa organisasi.
sepanjang pengalaman saya dalam bidang PNP, x pernah ada bahan media yg d keluarkan, x perlu kan kelulusan.
keizinan perlu utk mngelakkan perkara x diingini berlaku..
bkn utk RM or Helwi. secara general.

18 02 2010
adlil

Assalamualaikum… saya nak tanya sebagai seorang daripada ‘ahli orang ramai’ yang menghadiri event itu, apa sebenarnya yang menjadi masalah dengan lagu itu?

Mungkin saya kurang faham, tapi boleh tak jelaskan macam mana pilihan lagu Christina Aguilera itu boleh mewujudkan keadaan di mana ‘HELWI dilihat sedikit demi sedikit melencong dari matlamat asalnya’?

Saya agak terkejut semalam bila lagu ini dimainkan, tetapi lagi terkejut dengan reaksi blog ini. Harap-harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik..

18 02 2010
dinpaiman

Perkara ini perlu dipandang dari sudut positif kerana ianya aka menyedarkan kita akan hal-hal yang sering terlepas pandang dalam menjalankan event.

Persoalannyasejauh mana saudara zaman tahu samda montaj itu telah diluluskan atau tidak diperingkat majlis tertinggi HELWI ?

sependapat dengan FIT, tak perlulah secara terbuka menegur ibarat mencatas pucuk yang baru menampakkan hijaunya. sekian

19 02 2010
pemerhati

Assalammualaikum sedara..

First and foremost, setahu sy, HELWI bukanlah RM. Ia adalah satu badan representing mahasiswi UTP including non-muslim.

Tentang lagu tu, memang tidak dinafikanlah saya sendiri sedikit terkejut dgn pemilihan lagu tu, sebab forum tu kan majlis ilmu, so, mcm kurang sesuai lah untuk diselitkan lagu tersebut bersama montaj. Cumanya, mungkin x perlu saudara memperbesarkan hal ini kerana lagu ini tidaklah mempunyai makna yang pelik-pelik sehinggakan kita perlu melenting. Soalan saya, sekiranya lagu ‘What a girl wants’ itu digantikan dengan lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir atau lagu Flying without wings contohnya (mungkin x berapa kena dgn event… tp, ni hanya contoh), dapatkah saudara menerimanya? Pikir-pikirkan lah..

Saranan saya, saudara bincang molek2 dgn cik pengerusi HELWI dan memberi pandangan saudara ttg hal ini. Masih ada ruang untuk pembaikan dalam HELWI, insyaAllah.

Sekadar pandangan seorang pemerhati.
Wallahu’alam.

19 02 2010
aaaa

maaf mencelah,..well planned?ana takut keje last minit,then main amik je lagu yg “updated” skit…wallahua’lam

18 02 2010
Hamba Allah

mungkin bleh pasang lagu ketika cinta bertasbih atau sebagainya? (ini bukan nada bergurau). bukan sebab lirik lagu barat tu menepati matlamat forum itu, tapi demi menghormati satu majlis ilmu (berat ke arah agama pula tu). cuba bayangkan apa fikiran para pembicara forum? mungkin ini kes terlepas pandang, tapi seharusnya ada rehearsal kan?? sedangkan para penonton yang bukan RM atau HELWI atau Baitul Muslim pun kaget dengan tayangan montaj tu. Diharap ini tak dianggap sebagai blaming culture, tapi lebih kepada diskusi dan sesuatu yang pihak bertanggungjawab fikirkan. tindakan penulis blog ni tak salah, sekadar berbincang. Kalau tak ditulis di blog pon, hal ni sudah jadi buah mulut orang pun.

Sekadar ulasan. Cuma memerhati dari mata seorang manusia biasa.

18 02 2010
pemburu rangka

dengar2 encik zamankuno berpakat dengan cik presiden helwi dgn provokasi ini.

just utk tgk response daripada org ramai yg melihatnya (baca:montaj) dari sudut yang lebih terbuka

tapi ini sekadar ramalan saya saja la. macam macam boleh berlaku. yela, penulis blog sekarang licik

19 02 2010
wau

TOPIC CLOSED. Mnta saudara zamankini tidak mnimbulkan isu yg ‘pelik2’. Banyaknya masa menulis post2 sebegini??. Tanyalah org yg lebih mngetahui jika anda xtahu. Cuba dptkn mklum bls dengan lebih lanjut. xdpt tau satu jwpn terus post kt blog ke?? apa kes

maaf gurau kasar sket

20 02 2010
apih.com

Salam sejahtera..kiranya tersalah, perlu mengaku dah diperbetulkan..tadak masalah, stendet la buat silap, lagipun bukan tak boleh diperbaiki dilain masa..sekiranya sudah dirancang, ok kot..hasil mesyuarat adalah yang terbaik InsyaAllah.

20 02 2010
AA

Salam,
kenapa anda sendiri cuba menjatuhkan usaha orang lain?
Cuba jangan memperbesarkan isu2 seperti ini.
Cukuplah teguran ke atas jawatankuasa..
tak perlulah sampai menulis blog seperti ini..
Apa motif anda sebenarnya?
Jangan asyik menghentam dan membuatkan orang lain melihat anda seperti membodohkan diri sendiri..
Saya ketawa membaca blog ini..
Hentikanlah provokasi anda ye..

Sokong HELWI…

20 02 2010
ahli pemerhati

salam sume,

saya beranggapan bahawa isu ini xperlu diperdebatkan pada bukan ahli nya (org umum).

sebagai pemerhati, tidak berat ke mana-mana pihak, sy rasakn ptutnya penulis blog membincangkan isu ini dlm post-mortem. jgn kerna nila setitik habis rosak susu sebelanga. anggap perkara ini boleh diperbaiki kerna HELWI yg bru setahun jagung masih perlukan sokongan bukannya kritikan terbuka. sy akui idea penulis melontar isu ini untk kebaikan bersama..namun x kena pada tempat nya.

kesannya, bukan saja imej HELWi tercalar malah RM itu sendiri serba sedikit mendapat tempiasnya.. sebab ramai pihak umum tidak sedari dari ketahui pada isu ini.

pengalaman sepanjang event di utp, sy perhati bnyak event malah event sebesar TEC atau KONVO masih ade cacat celanya. cuma tertibnya, isu cacat cela itu tidak dibincangkan pada sesi umum sebegini.

berkaitan isu lagu latar pada montaj HELWI itu, sy menganggap tidak ada slah silap nya kerna:
1- lirik lagu itu kalu xsilap bunyinya “What girl want, what girl need..what girl missing in your heart..” lebey kurang gitu laa..tidak menampakkn unsur2 tarikan pada lelaki, malah lebih tepat unsur ‘memujuk’. sy rasakan lebey kepada aspirasi seorg anak hawa, ap yg diperlukan, apa yg dimahui, ape yg hilang…ditambah dengan program2 HELWI itu sendiri seakan2 masuk gaya.
jd..xtimbul isu terpesong atau lari dari agenda sebenar.

2- idea baru dengan cuba menggunakan lagu lebih rancak, catchy, lebih dekat ngn jiwa anak muda tp pada masa sama masih mengekalkn adab2 yg sepatutnya…merupakn idea yg hrap dpt menarik minat anak2 muda dikalangan mahasiswi untk libatkn diri dlm program HELWI ini..

ini sekadar hujah sy..

sebaik2nya, sy cadangkan pihak kepimpinan HELWI, RM mahupun penulis duduk berbincang semeja, biar sume diluahkan pada sesi meja bulat itu. itu baru nmpak kena pada tempatnya untk menegur dan ditegur.

maaf jika ada mana2 pihak terguris tatkala membaca komentar sy ni..
sekadar berkongsi..
untk kebaikan bersama..

wassalam

22 02 2010
Non partisan

Wah…

Ramai berhujah..

tapi takda hujah yang solid…

Berhujahlah dengan Al Quran dan Hadith2 yang Sohih.
Bukan sekadar berhujah atas dalil AQal dan Dalil2 kosong…seperti..kata ulamak2 tu la…inila…padahal..belum tentu ulamak tu pernah cakap ini dan itu…
Yang dasyat lagi.. berhujah atas Aqal sendiri…

Selagi mana ia bercanggah dengan syarak. Ia tetap bercanggah dengan syarak

Dalil-Dalil Yang Mengharamkan Nyanyian :

a. Berdasarkan firman Allah dalam QS. Luqman : 6, artinya ”Dan di antara manusia ada
orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna (lahwal hadits) untuk
menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu ejekan. Mereka itu akan memperoleh adzab yang menghinakan.” 1
Beberapa ulama menafsirkan maksud lahwal hadits ini sebagai nyanyian, musik atau lagu, di antaranya Al-Hasan, Al-Qurthubi, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud.
Ayat-ayat lain yang dijadikan dalil pengharaman nyanyian adalah QS An-Najm : 59-61, dan QS Al-Isra` : 64 (Al-Jazairi, 1992 : 20-22).
b. Hadits Abu Malik Al-Asy’ari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak, dan alat-alat musik
(al-ma`azif).

Hadits Aisyah RA Rasulullah SAW bersabda: ”Sesungguhnya Allah mengharamkan
nyanyian-nyanyian (qoynah) dan menjualbelikannya, mempelajarinya atau mendengarkannya.” Kemudian beliau membacakan ayat di atas.3
d. Hadits dari Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: ”Nyanyian itu bisa menimbulkan nifaq, seperti air menumbuhkan kembang.”4
e. Hadits dari Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang bernyanyi, maka Allah SWT mengutus padanya dua syaitan yang menunggangi dua pundaknya dan memukul-mukul tumitnya pada dada si penyanyi sampai dia berhenti.” 5
f. Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Auf RA bahwa Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya aku dilarang dari suara yang hina dan sesat, yaitu: 1. Alunan suara
nyanyian yang melalaikan dengan iringan seruling syaitan (mazamirus syaithan). 2.
Ratapan seorang ketika mendapat musibah sehingga menampar wajahnya sendiri dan merobek pakaiannya dengan ratapan syetan (rannatus syaithan)

Dalil-Dalil Yang Menghalalkan Nyanyian :

a. Firman Allah SWT dalam QS. Al-Maidah: 87; artinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”
b. Hadits dari Nafi’ RA, katanya: “Aku berjalan bersama Abdullah Bin Umar RA. Dalam perjalanan kami mendengar suara seruling, maka dia menutup telinganya dengan telunjuknya terus berjalan sambil berkata; “Hai Nafi, masihkah kau dengar suara itu ?” sampai aku menjawab tidak. Kemudian dia lepaskan jarinya dan berkata; “Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW.” 6
c. Ruba’i Binti Mu’awwidz Bin Afra ber-kata; “Nabi SAW mendatangi pesta perkawinanku, lalu beliau duduk di atas dipan seperti dudukmu denganku, lalu mulailah beberapa orang hamba perempuan kami memukul gendang dan mereka menyanyi dengan memuji orang yang mati syahid pada perang Badar. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka berkata; “Di antara kita ada Nabi SAW yang mengetahui apa yang akan terjadi kemudian.” Maka Nabi SAW bersabda : “Tinggalkan omongan itu. Teruskanlah apa yang kamu (nyanyikan) tadi.”7
d. Dari Aisyah RA; dia pernah menikahkan seorang wanita kepada pemuda Anshar. Tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda; “Mengapa tidak kalian adakan permainan karena orang Anshar itu suka pada permainan.” 8
e. Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Umar melewati shahabat Hasan sedangkan ia sedang melantunkan syi’ir di masjid. Maka Umar memicingkan mata tidak setuju. Lalu Hasan berkata; “Aku pernah bersyi’ir di masjid dan di sana ada orang yang lebih mulia daripadamu (yaitu Rasulullah SAW)” 9

3 HR. Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Mardawaih.
4 Hadits Mauquf. Riwayat Ibnu Abi Dunya dan Al-Baihaqi.
5 HR. Ibnu Abid Dunya.
6 HR. Ibnu Abid Dunya dan Al-Baihaqy.
7 HR. Al-Bukhari, dalam Fathul Bari III:113 dari Aisyah RA.
8 HR. Al-Bukhari.
9 HR. Muslim II:485.

Al-‘amal bi ad-dalilaini –walaw min wajhin– awlaa min ihmali ahadihima
“Mengamalkan dua dalil –walau pun hanya dari satu segi pengertian— lebih utama daripada meninggalkan salah satunya.” (Abdullah, 1995 : 390)

Prinsip yang demikian itu dikarenakan pada dasarnya suatu dalil itu adalah untuk diamalkan, bukan untuk ditanggalkan (tak diamalkan). Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani menyatakan : Al-ashlu fi ad-dalil al-i’mal laa al-ihmal
“Pada dasarnya dalil itu adalah untuk diamalkan, bukan untuk ditanggalkan.” (An-Nabhani,1994 : 239)

Saudara zaman berbuat baik..

“Siapa saja di antara kalian melihat kemungkaran, ubahlah kemungkaran itu dengan
tangannya (kekuatan fisik). Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya (ucapannya). Jikatidak mampu, ubahlah dengan hatinya (dengan tidak meridhai). Dan itu adalah selemah lemah iman. “ (HR. Imam Muslim, An-Nasa`i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah ).

24 02 2010
jundullah

Kita hendaklah melihat post ini dari sudut yang positif. Dari posting sebeginilah, semua pihak akan mendapat penjelasan kepada permasalahan yang timbul. Kalau tidak, ramai yang akan tertanya-tanya mengenai permasalahn tersebut yang merujuk kepada pemilihan lagu tersebut. Post sebegini secara tidak langsung akan memberi pencerahan kepada golongan2 yang tidak bersetuju dengan pemilihan lagu tersebut hasil daripada perbincangan yang timbul hasil daripada posting ini.

8 03 2010
sayed imran

Allah tidak mencipta umatnya dengan sifat kesempurnaan, kelemahan yang ada perlu bermuhasabah dengan halus agar kesilapan lama tidak berulang kembali.

Allah juga tidak mencipta umatnya untuk membuka keaiban orang, kelemahan orang harus disampaikan secara hikmah agar ikatan ukhwah dapat dijaga.

Itu sahaja komen saya.

Kepada HELWI, you are in the right track. Ini hanyalah dugaan Allah agar kita semua sentiasa berhati-hati.

Kepada Zaman, you have chosen the wrong way to advice people. Awak tidak kenal ke saudara Akram? Why dun u go directly to him?? It s better.

Btw, anda sudah tidak tahu prioriti isu yang anda ingin mainkan. But, i didnt restrain your right to voice out ur opinion, just be wise!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: