PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)

17 02 2010

PENGENALAN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan lagi satu parti yang asing buat rakyat Malaysia.Ia adalah parti baru dan masih muda,ditubuhkan seawal tahun 1998. Pada waktu itu gelombang reformasi sedang melanda tanah air berikutan pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timb Perdana Menteri dan UMNO.Parti PKR atau nama asalnya Parti Keadilan Nasional ditubuhkan sebagai manifestasi kepada desakan dan kehendak rakyat yang ingin membawa perubahan/reformasi kepada arus politik,ekonomi dan pentadbiran negara.

PKR kuat pada awalnya. tapi kian lemah selepas PRU ke-11. Ia diberi jolokan ‘Parti Nyawa Nyawa Ikan’ kerana pada waktu itu PKR hanya berjaya mengekalkan satu kerusi parlimen sahaja iaitu kerusi Permatang Pauh.Ramai yang meramalkan PKR bakal berkubur dan lenyap dari persada politik negara.Namun itu semua ternyata tidak benar.menjelang Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, PKR menyusun kekuatan. Bebasnya Dato Seri Anwar Ibrahim dari penjara menjadi mangkin berkesan ke arah kebangkitan Parti ini.

PKR melakukan kejutan besar pada PRU ke-12.Kerjasama erat dengan PAS dan DAP diseluruh negara membuahkan hasil.Kini PKR boleh berbangga. Jika dahulunya PKR hanya ada 1 kerusi parlimen, kini PKR berjaya menawan 31 kerusi Parlimen dan 43 kerusi Dun di seluruh negara,satu kejayaan luar jangkaan semua pihak.Keahliannya pula kini mencecah 460000 orang ahli.Kini pembangkang mewakili 82 kerusi di Parlimen dengan PAS 23 kerusi dan DAP 28 kerusi.

KONFLIK DALAM PARTI

BN ternyata cemburu dengan kejayaan PKR dan pakatannya. Rakyat malaysia ternyata sudah begitu meluat dengan BN.Jika kita perhatikan, hampir setiap hari media arus perdana memberi liputan negatif tentang parti ini khasnya dan Pakatan Rakyat Umumnya.Ini dilakukan sejak tamatnya PRU k-12 dan tidak akan berhenti sehingga minda rakyat diracuni dengan secukup cukupnya.

PKR sebagai parti baru mungkin ada kelemahannya.Dato Seri Anwar sendiri mengakui beliau tidak begitu teliti dalam memilih calon Pilihanraya dan ini memungkinkan calon calon yang lemah daya tahan diri turut dicalonkan.Dengan asakan kuat dari BN setiap hari, ditambah pula dengan kepentingan peribadi yang mula timbul dan tidak mustahil tawaran lumayan dari BN,maka terjeratlah beberapa wakil rakyat untuk meninggalkan PKR.Sejarah menyaksikan 4 orang Adun PKR (Changkat Jering,Behrang,Lunas,Pelabuhan Klang) dan 1 ahli parlimen (Bayan Baru) telah memilih untuk meninggalkan perjuangan kononnya dengan alasan hilang kepercayaan.

FENOMENA BIASA BAGI ORGANISASI

Pemerhati politik melihat pergolakan yang berlaku dalam PKR ini sebagai kitaran yang normal/biasa bagi sebuah organisasi. Setiap parti ada pergolakannya,tambahan pula PKR adalah parti baru yang masih tercari cari titik kekuatan mereka bersama. Sejarah membuktikan UMNO pernah berpecah teruk sehingga ia diharamkan pada tahun 1987 dan membawa ke arah penubuhan Parti Semangat 46.Sejarah juga menyaksikan perpecahan dalam PAS apabila Presidennya Dato Asri pada ketika itu keluar meninggalkan PAS.Ini telah menyebabkan PAS berpecah kepada 3 kumpulan.

Ini tidak termasuk krisis meruncing dalam MCA,MIC,PPP dan juga parti baru Makkal Sakhti yang sudah melihatkan bibit perpecahan. BN tidak boleh berkokok mendabik dada kononnya Pakatan sedang bergolak. BN sebenarnya jauh lebih teruk dan busuk. Namun itu semua tidak didedahkan kepada rakyat.Justeru kita menyimpulkan konflik dan pergeseran serta wujudnya golongan yang meninggalkan parti sebagai perkara biasa bagi parti parti yang sedang berkembang.

Ahli ahli politik dan para pemerhati berpendapat, apa yang berlaku kepada PKR kini adalah satu ‘langkah pembersihan’ dalam parti itu menjelang Pilihanraya umum ke-13. PKR bukan bersedih,malah menggalakkan mana mana ahli parti sama ada ahli biasa,wakil rakyat,ahli parlimen yang bersikap opportunist,berkepentingan dan sebagainya untuk segera meninggalkan parti.Ini ditegaskan sendiri oleh Menteri Besar Selangor ,Tan Sri Khalid baru baru ini.Beliau berkata orang orang yang berkepentingan tidak ada ruang dalam parti dan mereka dialu alukan untuk keluar secepatnya menjelang PRU akan datang.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, para pembaca janganlah gusar dengan perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR. Itu adalah satu proses yang sehat dan penulis yakin akan selesai jua.PKR dan parti gabungan Pakatan Rakyat sebenarnya sedang mengumpul kekuatan untuk menumbangkan BN di peringkat persekutuan kelak.kata penganalisis politik, setelah konflik,ahli parti akan bersatu dan berpadu kembali.


Actions

Information

3 responses

17 02 2010
ash037

“tidak mustahil tawaran lumayan dari BN”
kene sertakan bukti kukuh ni…

“BN tidak boleh berkokok mendabik dada kononnya Pakatan sedang bergolak. BN sebenarnya jauh lebih teruk dan busuk”
ad kebenaran tetapi kenyataan ni terlalu berat sebelah

now you understand why moderates cannot argue with you..haha

17 02 2010
krzaman87

Sogokan wang utk menarik wakil rakyat bukan perkara baru. BN telah berbuat begitu di Kelantan. Wakil rakyat PAS dipujuk jutaan ringgit,namun berkat kekuatan iman dan prinsip, PAS bertahan pada 2004-2008.

Pakatan juga ada bukti video wakil rakyat PKR kedah cuba disogok dengan wang berjuta oleh BN dan perkara ini didedahkan di Parlimen oleh DSAI. Namun kita tidak lihat sejuahmana SPRM serius mengambil tindakan.

Jelas sekali SPRM bersikap selektif. Bila isu kecil melibatkan pemimpin PR, cepat saja nak bertindak. Bila BN ada saja senyapnya.

BN memang tidak boleh mendabik dada. BN juga teruk dengan pergolakan. UMNO terpaksa buat Program Juara Rakyat kerana ia tahu ia perlu tarik semula sokongan rakyat yang sudah hilang. MCA paling teruk berpecah. Tak campur lagi dengan krisis kepimpinan dalam PPP,MIC dan Makkal Sakhti.

Jika ada wakil rakyat keluar PKR, pemimpin2 besar BN pula masuk PKR. contohnya menteri Zaid Ibrahim,Dr Chua Jui Meng,Bekas timb presiden MIC,Bekas2 ahli parlimen dan sebagainya.

3 01 2011
Gunasagaran

Saya nak cadangkan kepada Parti Keadilan,sesipa yang dicalunkan untuk bertanding dalam PR13 perlu tandantangani kontrak berlandaskan undang&Faham tidak ada dalam Akta Pilihan Raya(sekiranya beliaun hendak menjadi katak perlu mengosongksn kerusi kawasan itu dan perlu membayar ganti rugi kepada Parti sebanyak RM5 juta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: