SPR KETINGGALAN ZAMAN!

10 02 2010

Penulis menyifatkan SPR sebagai ketinggalan zaman kerana masih menggunakan kaedah pendaftaran manual bagi rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi. Kaedah tersebut ternyata kuno dan gagal mendaftarkan berjuta juta rakyat yang sah dan layak untuk membuang undi pada pilihanraya umum.

Justeru SPR mestilah segera melaksanakan kaedah pendaftaran automatik dimana  rakyat Malaysia yang sudah berumur 21 tahun dan ke atas adalah didaftarkan dengan sendirinya oleh sistem.Cadangan ini telah lama dibuat namun SPR nampaknya masih tidak mengambil keputusan. Negara negara maju telah lama mengadaptasi kaedah ini dalam sistem pilihanraya mereka.

Penulis difahamkan sejumlah 15,470,032 orang layak untuk menjadi pengundi sehingga 14 Okt 2009 tetapi jumlah mereka yang mendaftar hanya seramai 11,085,863 orang setakat ini. Ini membawa maksud bahawa masih terdapat 4,384,169 orang ataupun 28.3 peratus masih belum berbuat demikian.

Daripada jumlah itu kaum Melayu adalah yang paling ramai tidak berdaftar.Sejumlah 7,598,902 orang melayu sudah layak mengundi,namun hanya 5,693,985 yang sudah mendaftar sebagai pengundi. Manakala sejumlah 4,853,015 orang cina layak mengundi tapi masih terdapat 1,397,031 yg belum mendaftar setakat ini.

Sementara menunggu SPR yang masih terkial kial mencari kaedah baru untuk mendaftarkan pengundi baru,eloklah rasanya kita semua rakyat Malaysia yang sudah layak untuk mendaftar atas kesedaran sendiri. Mengundi adalah tanggungjawab pada negara.Justeru sebagai rakyat malaysia yang cintakan tanah air kita seharusnya terlibat dalam urusan memilih kerajaan ini secara langsung iaitu menerusi peti undi.

Parti parti politik pula hendaklah bekerja keras bagi memenangi undi 4 juta lagi rakyat yang belum lagi berdaftar.Mereka perlulah berlumba lumba untuk mendaftarkan pengundi baru kerana pilihanraya umum akan berlaku bila bila masa sahaja dari sekarang.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: