MELAYU PALING RAMAI TIDAK DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

10 02 2010

SUMBER DARI : MALAYSIAN INSIDER

Bilangan kalangan orang Melayu yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Peratusan orang Melayu yang layak untuk menjadi pengundi tetapi masih belum mendaftar adalah dalam lingkungan 43 pratus berbanding kaum Cina 31.87 peratus manakala orang India pula 9.59 peratus dan bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing 5.29 dan 5.85 peratus), Orang Asli (0.70 peratus dan lain-lain (3.25 peratus).

“Maklumat Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sehingga akhir suku ketiga tahun lalu, seramai 7,598,902 orang Melayu yang telah mencapai usia 21 tahun adalah layak untuk menjadi pengundi yang sah.

“Tetapi, perangkaaan kami di SPR menunjukkan hanya 5,693,985 orang yang telah mendaftar setakat ini. Menunjukkan seramai 43.45 peratus lagi belum mendaftar,” kata beliau dalam pertemuan dengan media.SPR tiada sebab khusus mengapa ramai orang Melayu belum mendaftar.Tetapi secara umum Aziz memberitahu, ia disebabkan banyak sebab dan alasan diberikan oleh mereka yang terbabit.

Oleh itu kata beliau, salah satu pendekatan yang akan digunakan SPR ialah mendapatkan kerjasama ketua-ketua jabatan bagi menarik lebih ramai kakitangan awam mendaftar sebagai pengundi.Lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Johor mencatatkan bilangan lebih daripada 200,000 orang di kalangan masyarakat Melayu yang belum mendaftar lagi.

Daripada jumlah itu, Perlis merekodkan seramai 24,676 orang Melayu di Perlis belum mendaftar sebagai pengundi, Kedah (215,443), Kelantan (225,798), Terengganu (78,314), Pulau Pinang (72,314), Perak (223,585), Pahang (146,047), Selangor (275,771), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (119,914), Putrajaya (6,660), Negeri Sembilan (82,453), Melaka (51,399), Johor (294,570), Labuan (1,014) dan Sarawak (88,100).

Di kalangan masyarakat Cina pula, seramai 1,397,031 atau 31.87 peratus daripada 4,853,015 orang yang layak masih belum mendaftar.

Mengikut negeri, seramai 5,259 tinggal di Perlis manakala di Kedah pula 67,083, Kelantan (10,797), Terengganu (1,124), Pulau Pinang (110,307), Perak (197,589), Pahang (31,150), Selangor (319,744), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 168,366), Putrajaya (182), Negeri Sembilan (38,208), Melaka (32,416), Johor (234,469), Labuan (2,546), Sabah (40,978) dan Sarawak (136,813).

Di kalangan orang India pula kata Aziz, bilangan paling ramai belum mendaftar tinggal di Selangor iaitu seramai 148,832 orang, Perlis (271), Kedah (24,013), Kelantan (175), Pulau Pinang (29,761), Perak (82,985), Pahang (31,150), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (44,271), Putrajaya (177), Negeri Sembilan (27,975), Melaka (7,495), Johor (45,965), Labuan (114), Sabah (868) dan Sarawak (1,259).

Sejak tahun 2003, SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi baru sepanjang tahun dengan daftar pemilih dikemaskinikan setiap suku tahun. Sebelum itu pendaftaran hanya dijalankan setahun sekali.

Selain itu SPR menggunakan khidmat 696 pejabat pos, kaunter statik di pejabat-pejabat SPR, kaunter bergerak dan penggunaan khidmat seramai 2,418 penolong pendaftar membabitkan wakil parti-parti politik.

Menurut Aziz, walaupun seramai 15,470,032 orang layak untuk menjadi pengundi sehingga 14 Okt lalu tetapi jumlah mereka yang mendaftar hanya seramai 11,085,863 orang.

Bermakna seramai 4,384,169 orang ataupun 28.3 peratus masih belum berbuat demikian.

Daripada perangkaan dikeluarkan SPR juga menunjukkan peratusan yang belum mendaftar sebagai pengundi membabitkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan yang menduduki tiga tempat teratas iaitu Putrajaya mempunyai seramai 50.5 peratus, Labuan 35.3 peratus dan Kuala Lumpur 33.7 peratus.

Lain-lain negeri iaitu Sarawak masih mempunyai 33.6 peratus orang yang belum mendaftar, Selangor (32.8 peratus), Johor (31.3 peratus) dan Perak (30.3 peratus).

Kedah (26.6 peratus), Sabah (25.5 peratus), Negeri Sembilan (24.8 peratus), Kelantan dan Pahang (24.5 peratus), Pulau Pinang (23.3 peratus), Perlis (20.8 peratus), Melaka (20 peratus) dan Terengganu (13.4 peratus).


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: