MAHKAMAH SUDAH MEMUTUSKAN!

9 02 2010

Dari awal pagi lagi, seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Perak menunggu nunggu keputusan hakim mahkamah persekutuan berhubung MB Perak yang sah. Keputusan yangdijangka diumum pada pukul 9.30 pagi itu tidak juga kunjung tiba.Barangkali seluruh dunia, terutamanya negara negara komanwel kerana keputusan mahkamah ini akan menjadi rujukan diseluruh mahkamah di negara negara bekas jajahan British selepas ini.

Kini sudah diketahui keputusannya. Panel 5 orang hakim sebulat suara menyatakan Zambry sebagai MB Perak yang sah. Keputusan 5-0 hakim hakim ini sebenarnya sudah dijangka oleh sesetengan pihak. Walaupun ramai yang meramalkan keputusan hari ini akan menobatkan Nizar semula ke kerusi MB sebagaimana mahkamah tinggi tempohari,namun nampaknya ramalan tingggal ramalan.

Kepada seluruh pendukung Pakatan Rakyat dan kepada 74% rakyat Perak yang sudah lama menderita menantikan pembubaran Dun, diharap dapat bersabar. Saya tahu anda akan bertambah derita kerana Zambry tidak akan membubarkan Dun. Keputusan mahkamah hari ini tidak sedikitpun akan menyembuhkan luka rakyat Perak yang dari awal awal lagi inginkan mandat memilih kerajaan dipulangkan kepada mereka. Bersabarlah rakyat Perak!

Kepada Nizar dan Pakatan rakyat, apa pula selepas ini?Rakyat tahu, jika Nizar menang hari ini, Nizar pasti akan membubarkan Dun kerana beliau bukan gila kuasa. Beliau hanya ingin memulangkan hak rakyat yang direnggut oleh Barisan Nasional. Tidak mengapalah. Nizar mungkin kalah dimahkamah Persekutuan,namun Nizar tetap menang di mahkamah rakyat.

Tahniah Zambry.tadbirlah negeri ini dengan baik. Tadbirlah negeri disaat hati rakyat engkau lukai. Tadbirlah negeri dibalik derita hati rakyat.Tak usah buat pilihanraya baru walaupun rakyat sangat menginginkannya.

-pengundi Perak-


Actions

Information

2 responses

9 02 2010
lutfie

lepas ni kes speaker dun perak la pula… speaker haram

9 02 2010
krzaman87

betul. masih ada beberapa kes yg belum selesai. kes speaker mana yang sah, kes berkenaan kuasa speaker mengarahkan pilihanraya kecil di 3 dun iaitu changkat jering,behrang dan jelapang dan juga kes rasuah dua orang adun yang melompat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: