MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK SIRI-2

7 02 2010

Hampir seminggu Pakatan tidak dapat menghubungi 2 EXCO terbabit. DAP juga gagal menjejaki kemana hilangnya wakil rakyat mereka,Hee Yit Foong sehingga DAP terpaksa mengeluarkan arahan bahawa mana mana adun DAP yang tidak bisa dihubungi dalam masa 24 jam, ia dikira sudah mengosongkan kerusi dun masing masing.  Akhirnya pada 6 FEB 2009, semua kemelut ini sampai ke kemuncaknya. Seluruh negara khususnya rakyat negeri Perak dikejutkan dengan gelak ketawa Najib beserta Adun Adun pengkhianat tersebut di satu sidang media di Putrajaya.Dalam sidang media tersebut hampir semua wakil rakyat BN-Perak hadir dengan wajah yang gembira. Najib dengan tepukan gemuruh semua yang hadir mengumumkan bahawa BN sudah ada cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak.

foto 1 : Najib bergembira dibalik luka rakyat Perak

Saya selaku pengundi di negeri Perak merasa sangat marah dan benci dengan apa yang berlaku. Saya tidak menyangka ketiga tiga Adun ini sanggup ‘menjual tubuh’ mereka kepada BN.Majoriti rakyat negeri Perak sangat marah dengan  apa yang berlaku.Kerajaan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan angkuhnya oleh BN. Semua orang tahu Najib Dan Zaid Hamidi adalah ‘Master Plan’ disebalik rampasan kuasa terancang ini. Oleh sebab itu, dua watak ini menjadi watak yang paling dibenci pada ketika itu.

foto 2 : rakyat Malaysia tidak akan melupakan sidang media ini selama lamanya

Pada waktu itu,seluruh rakyat Malaysia berduka. Namun BN gembira. Mereka gembira dengan kuasa. Sejarah tercatat kerana 3 Adun Pakatan yang hilang seminggu rupa rupanya berpakat dengan Najib untuk menumbangkan kerajaan sah di Perak.Entah berapa juta bayaran yang mungkin mereka terima.Inilah yang menjadi kepercayaan ramai orang, iaitu mereka dibeli. Dato Nasaruddin Hashim yang sudah masuk PKR dilihat juga kembali ke pangkuan BN. Pelik sungguh. Entah dimana harga diri mereka. Sanggup mereka mengkhianati pengundi pengundi mereka.Saya yakin ke empat empat Adun ini akan dihukum oleh rakyat diatas pengkhianatan besar yang mereka lakukan. Mereka sudah tidak ada masa depan dalam politik Perak.

foto 3 : tiada maaf bagimu wahai pengkhianat rakyat

Perak terus dilanda kebingungan. Kini BN ada 28 kerusi. Pakatan juga 28 kerusi. 3 lagi Adun adalah adun bebas. Jadi siapa sebenarnya memiliki majoriti di Perak?ketiga tiga Adun PR yang melompat itu sebenarnya sudah membuat perjanjian bertulis bahawa sekiranya mereka lompat parti,maka kerusi dun mereka akan kosong secara automatik.Maka speaker pun mengeluarkan notis kekosongan 3 kerusi Dun iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kepada SPR. Namun SPR dengan bodohnya membantah. Mereka mendakwa tiada kekosongan berlaku. Pakar undang undang merasa pelik, bagaimana SPR boleh mengatasi suara speaker dewan?Tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya. Tapi kini SPR sudah canggih. Maka isu ini kini dibawa ke mahkamah oleh Pakatan Rakyat.

Seterusnya Kenapa BN mengambil 2 orang bekas EXCO bermasalah ini?adakah demi kuasa , BN sanggup mengutip sampah sarap dari luar?Ramai orang melihat 2 orang bekas EXCO ini sanggup melompat parti kerana ingin mengelakkan hukuman mahkamah ke atas dakwaaan rasuah  mereka. mereka mungkin tidak ada cara lain. hanya BN mungkin yang bisa menyelamatkan mereka. Rakyat Malaysia tertanya tanya, sejak mereka melompat menjadi Wakil Bebas, perbicaraan kes mereka tidak lagi kedengaran. tidak seperti dulu,sentiasa mendapat liputan meluas.Entah apa sudah jadi kita pun tak tahu. Mungkin hakim pun dah buat buat lupa. Hee Yit Foong pula keluar parti kerana masalah peribadi. Kononnya tidak puas hati.Beliau keluar kerana agenda peribadi yang tidak dapat ditunaikan.

foto 4 : sekadar sindiran

foto 5 : sekadar kiasan

Nizar merayu untuk membubarkan Dun. Namun Sultan menolak. Sultan terus melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan masih banyak perkara yang masih menjadi persoalan. Pertama, Tiada undi tidak percaya terhadap nizar di sidang dun. Justeru Nizar kekal sebagai menteri besar selagi undi tidak percaya tidak dilakukan. Kedua, status ketiga tiga adun yang melompat juga masih kabur. Speaker sudah mengosongkan kerusi mereka,namun SPR menolak padahal ini adalah kuasa mutlak speaker untuk menentukan kekosongan mana mana kerusi. Semuanya kalut. Maka Nizar pun membawa kes ini ke mahkamah bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.

Mulanya rakyat marah kepada BN. Kini rakyat kecewa pula dengan istana. BN dilihat cuba berselindung dibalik istana. Nizar pula digelar derhaka kepada Sultan kerana tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Padahal Nizar bertindak mengikut undang undang. Propaganda Nizar sebagai penderhaka raja,boneka DAP terus dimainkan bagi membuatkan rakyat benci kepada Nizar. Namun BN silap. Liputan meluas terhadap Nizar mengharumkan lagi nama beliau diseluruh negara. Secara tiba tiba Nizar menjadi popular. Rakyat Malaysia bersimpati dan sayang kepada beliau. Kini beliau muncul sebagai icon baru bagi PAS.Kemana saja beliau pergi, beliau akan disambut ribuan umat manusia yang ingin melihat beliau dari dekat.

Pakatan Rakyat berjaya mencuit sentimen rakyat. Rakyat benci BN.Rakyat Perak nyata terus bersama Nizar. Nizar berkali kali mendesak untuk membubarkan Dun. Serahkan semula mandat memilih kepada rakyat,bukan mahkamah. namun BN enggan. BN takut. Tun Dr Mahathir sendiri meramalkan BN bakal ‘kalah teruk’ sekiranya pilihanraya mengejut dibuat di Perak. Jadi BN akan cuba mengelakkannya dengan apa cara sekalipun.

BERSAMBUNG. DAPATKAN  SIRI KE-3  TIDAK LAMA LAGI.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: