MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK SIRI-1

6 02 2010

Pilihanraya umum 8 mac 2008 menjadi saksi tumbangnya Negeri Perak ke tangan pembangkang. Di samping negeri Perak, negeri Pulau Pinang,Kedah dan Selangor turut berjaya dirampas oleh Pakatan Pembangkang. Manakala PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan kemenangan yang lebih besar.

foto 1: Dato Seri Nizar sentiasa tenang berhadapan dengan wartawan

Di negeri Perak, tiada siapa meramalkan pakatan PAS-DAP-PKR bisa menakluk negeri ini. Negeri Perak sememangnya kubu kuat Barisan Nasional semenjak dahulu lagi. Belum pernah dalam sejarahnya negeri ini diperintah oleh parti pembangkang. Pendek kata, BN tidak menduga akan kalah dan Pakatan pula tidak sangka akan menang.

pada PRU ke-11 pada tahun 2004, Barisan Nasional menang 52 kerusi Dun manakala pembangkang 7 sahaja .Pada PRU ke-13 , Perak dilanda tsunami politik. BN hanya mampu bertahan di 28 kerusi Dun sahaja. Manaka PAS menang 6, PKR 7 dan DAP menang 18 kerusi. Lalu kerajaan campuran PKR-PAS-DAP ditabalkan. Dato Seri Nizar Jamaludin dari PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Memerintah dengan majoriti tipis (beza 3 kerusi) adalah sangat berbahaya. Kerajaan sebegini terdedah dengan pelbagai dugaan. Pihak lawan akan sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan dengan pelbagai cara. Memandangkan pembangkang baru sahaja memegang kuasa, jadi ada diantara mereka yang tidak kuat ketahanan diri. Jadi ada yang mudah diperangkap dan dibeli. Siapa yang tidak kelabu mata jika ditawar wang berjuta juta?Wakil rakyat PAS di Kelantan selalu dirayu dengan wang. Pernah seguni wang dibawa datang kerumah. Namun kerana kekuatan iman dan roh perjuangan, PAS berjaya bertahan sebagai kerajaan walaupun hanya dengan majoriti satu kerusi!

Kerajaan Nizar diserang bertubi tubi. Beliau dikritik disana sini. Tuduhan beliau sebagai boneka DAP adalah biasa didengar. Kritikan ke atas pembelian kereta camry dibuat sehebat hebatnya walaupun Nizar sudah memberi penjelasan yang logik tentang itu. Tapi kita tahu itu semua kritikan politik. Kenapa politik? sebab tidak ada siapapun yang mengkritik kerajaan Sarawak dibawah BN walaupun mereka menggunakan kereta Volvo,Roll Royce yang nyata lebih mahal dan mebazir.

foto 2 : kereta camry yang dijadikan modal politik murahan oleh musuh politiknya

Akhirnya kerajaan Nizar disentak dengan penahanan dua orang EXCO kononnya terlibat dengan rasuah dan habuan seks. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Jamaluddin Radzi (PKR-Behrang) dituduh rasuah bersabit projek perumahan bernilai ratusan juta ringgit di Bandar Seri Iskandar. Mereka diperangkap dan mereka terpaksa mengaku kerana bukti bukti sudah ada. SPRM sudah ada bukti kukuh termasuk rakaman perbuatan mereka.Maka sejak itu mereka mula naik turun mahkamah. Nizar mula diasak disana sini berhubung kedua dua EXCO tersebut. Mereka mendesak agar EXCO tersebut dilucutkan jawatan. Namun Nizar berpendapat jawatan mereka akan terlucut sekiranya mahkamah mensabitkan mereka bersalah kelak.

foto 3 : Dua Adun Pengkhianat. Jamaludin (Kiri) dan Osman Jailu (Kanan)

Semenjak itu bermulalah isu lompat parti di Perak. BN mendakwa sebilangan adun Pakatan bakal menyeberang menyertai mereka. Nizar pula membuat kenyataan yang sama bahawa beberapa Adun BN sudah memberi isyarat untuk menyeberang ke Pakatan. Serangan psikologi semakin sengit dan menimbulkan keresahan dikalangan rakyat. Akhirnya secara tiba tiba Dato  Nasarudin Hashim (BN-Bota) mengumumkan keluar parti untuk bersama sama dengan PKR kerana hilang kepercayaan dengan Barisan Nasional. Negara terkejut. BN tergamam. Satu ceramah besar besaran di adakan di Bota dimana Dato Nasarudin sendiri berucap menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.

foto 4: Adun Jelapang, Hee Yit Foong mengkhianati kerajaan Pakatan Rakyat Perak

Seminggu sesudah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang menyaksikan kemenangan besar PAS, Negeri Perak dikejutkan dengan kehilangan 2 EXCO yang sedang berdepan kes mahkamah. Isteri mereka menangis dan mengadu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mereka gagal dihubungi meskipun melalui SMS. Mereka hilang hampir seminggu tanpa khabar berita. Ini diburukkan lagi dengan ghaibnya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang). Negeri Perak terus berkocak. Kerajaan Nizar dalam bahaya. Ramai wartawan bertanya adakah Nizar akan membubarkan DUN bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Nizat tetap yakin bahawa kerajaannya masih kukuh untuk terus memerintah.

BERSAMBUNG. NANTIKAN SIRI KE-2


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: