2 IKON NEGARA CURI TUMPUAN SELURUH DUNIA

4 02 2010

Rakyat Malaysia kini sedang mengikuti dua kes mahkamah yang saya kira paling penting dalam negara ketika ini. Kes kes ini bukan sahaja menjadi tumpuan seluruh rakyat, malah menarik minat seluruh dunia untuk mengikutinya. Kes pertama ialah perbicaraan kes pertuduhan liwat terhadap Ikon Kebangkitan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini diuji sekali lagi dengan tuduhan menjijikkan dan ia bukanlah perkara baru baginya.

Gelombang reformasi 1998 masih segar dalam ingatan rakyat bagaimana Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri akibat tuduhan rasuah dan liwat.Beliau meringkuk dalam penjara selama enam tahun selepas dibicarakan dalam mahkamah yang mendapat tekanan politik yang kuat. Seluruh dunia mengutuk kezaliman ke atasnya. Tuduhan liwat ke atasnya akhirnya digugurkan oleh mahkamah kerana bukti yang tidak konsisten dari penuduh.

Kini tuduhan serupa kembali lagi. Ramai yang melihat tuduhan liwat siri-2 ini sebagai konspirasi politik terbaru bagi menyekat kebangkitan beliau bersama Pakatan Pembangkang yang benar benar melemaskan parti pemerintah.Ratusan pemimpin,wakil rakyat,wartawan dan pemerhati asing kini bertumpu di mahkamah bagi mengikuti perbicaraan kes beliau dari dekat.Perbicaraan yang diramal memakan masa yang lama ini dilihat bakal merubah landskap politik negara ke satu tahap lain. Sekiranya Anwar disabitkan bersalah, negara sekali lagi akan menyaksikan gelombang reformasi 10 kali lebih dahsyat berbanding 1998.

Satu lagi perbicaraan yang saya kira sangat ditunggu tunggu oleh seluruh pencinta keadilan,pemerhati politik,pakar-pakar perlembagaan dan khususnya oleh jutaan rakyat negeri Perak ialah pertikaian siapakah Menteri Besar yang sah bagi negeri ini. Isu ini menjadi perhatian dunia khususnya negara negara komanwel kerana keputusan Mahkamah kelak bakal menjadi rujukan di seluruh negara komanwel.Justeru,Mahkamah akan menetapkan keputusannya pada 9 Februari ini bagi menyelesaikan krisis perlembagaan yang sudah berlarutan selama hampir dua tahun. Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dari PAS-Pakatan Rakyat bakal ditentang oleh Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari UMNO-Barisan Nasional.

Seperti yang diketahui, krisis Perak bermula apabila tiga Adun Pakatan hilang selama seminggu diwaktu isu lompat parti sedang memuncak dinegeri ini. Mereka didakwa telah dilarikan ke rumah Presiden UMNO untuk membincangkan pelan lompat parti.Negara kemudiannya dikejutkan apabila ketiga tiga adun tersebut muncul bersama Najib di Putrajaya dalam satu sidang media bagi mengumumkan bahawa Barisan Nasional sudah cukup majoriti di Perak dan bersedia menubuhkan kerajaan baru menggantikan Pakatan Rakyat.

Krisis Perlembagaan diPerak menjadi perdebatan hangat pakar pakar perlembagaan, pemerhati politik dan juga ahli ahli akademik.Dato Seri Nizar telah disingkirkan dari jawatannya sedangkan tiada undi tidak percaya di usulkan didewan undangan negeri Perak. Krisis undang undang ini telah membuka mata seluruh rakyat malaysia khususnya rakyat perak untuk memahami dengan lebih dekat tentang undang undang tubuh serta peruntukan perlembagaan berkenaan dengan kuasa kuasa raja dan juga  kuasa speaker dalam sidang dun.

Nizar dari PAS-Pakatan Rakyat menegaskan bahawa pilihanraya seluruh negeri adalah satu satunya cara bagi menyelesaikan konflik itu. Rakyat adalah hakim sebenar dalam isu ini,bukannya mahkamah. Namun Dato Seri Zambry dari UMNO-Barisan Nasional sejak dari awal lagi enggan membubarkan DUN Perak kerana baginya ia adalah kehendak pembangkang,bukannya rakyat.

Dato Seri Zambry tidak sedar bahawa 74% rakyat Perak inginkan Pilihanraya semula. Ini berdasarkan kajian oleh pusat Kajian Merdeka Centre sejurus selepas Kerajaan Pakatan ditumbangkan. Dato Seri Zambry enggan memberikan rakyat hak untuk memilih kerajaan yang sah.Beliau enggan kerana beliau sendiri tahu, bahawa Barisan Nasional bakal  kecundang sekiranya Pilihanraya mengejut diwaktu sentimen anti-Barisan Nasional sedang memuncak di negeri ini. Hakikatnya ,kerajaan Pakatan Rakyat telah mendapat mandat 53% rakyat Perak semasa Pilihanraya Umum 2008 yang lalu. Sejak timbulnya krisis Perak ini, nama Pakatan Rakyat terus mengharum dan mendapat simpati rakyat keseluruhannya. Tiba tiba Nama Nizar Jamaludin menjadi bualan di sana sini. Rakyat nyata bersimpati dengannya.

Walaupun dituduh derhaka oleh musuh musuh politiknya dan juga diberi liputan negatif oleh media media pro-Barisan Nasional, namun nama beliau terus meniti di bibir dan hati rakyat negeri ini. Beliau kini adalah icon baru diperingkat nasional. Justeru beliau telah menjulang tinggi nama PAS dan juga Pakatan Rakyat apabila memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti jauh lebih besar besar di tengah tengah krisis Perak yang sedang memuncak.

Ayuh sama sama kita saksikan apa keputusan mahkamah ke atas isu isu ini. yang dibicarakan bukanlah Dato Seri Anwar ataupun Dato Seri Nizar semata mata, tetapi Mahkamah dan hakim hakim juga dibicarakan juga oleh rakyat yang sentiasa memerhatikan ketelusan mereka dalam menegakkan undang undang.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: