RESPONS BALAS KEPADA ENJOYFAILURE

28 01 2010
Tahniah di atas karya penulisan yang menarik,bernas dan diluar kotak pemikiran konvensional. Buat pengetahuan saudara, saya faham tujuan penulisan saudara. Isi kandungannya saya mengerti. Memang benar bak kata pepatah inggeris failure is the best teacher.
Mereka yang sentiasa selesa dengan kejayaan tanpa pernah merasa gagal takkan dapat mengecap nikmat kejayaan. Seperti hal makan minum juga,kita akan rasa betapa nikmatnya kenyang ketika kita berasa sangat lapar. begitu juga dengan mesej kegagalan.Mereka yang asyik berjaya tanpa pernah mengecap rasa gagal  pasti akan terkedu tatkala kegagalan tiba tiba melanda.
Yang saya persoalkan ialah pendirian saudara Syed Haq yang saudara pernah nyatakan dihadapan saya bahawa masyarakat kampus perlu dididik supaya berani melakukan kegagalan. Bagi saya ini adalah kenyataan yang tidak betul dan saya tidak bersetuju sama sekali.
Mungkin benar,ramai tokoh tokoh berjaya sepeti Bill Gates dan ramai hartawan ternama dunia secara kebetulan adalah orang orang yang kecundang diperingkat universiti. Tetapi ini tidak bermaksud setiap mahasiswa perlulah menggagalkan diri mereka supaya kelak menjadi orang kaya,ternama dan hebat seperti Bill Gates!
Sebagai seorang EXCO MPP, anda sepatutnya mendidik masyarakat kampus supaya melihat kegagalan dari sudut yang betul. Gagal bukan akhir kepada segala galanya.Gagal sekali bukan beerti gagal selamanya. Gagal berkali kali juga bukan bereerti takkan pernah berjaya.Kegagalan ini sepatutnya membuatkan kita berfikir dan bermuhasabah dimana kesilapan kita sebenarnya dan sejauhmana usaha kita untuk berjaya. Bukan itu sahaja, anda perlulah mendidik masyarakat kampus ini untuk tidak bergantung sepenuhnya dengan kekuatan akademik mereka sekarang. Mereka perlulah melihat dan mengenalpasti dimana potensi potensi lain yang ada dalam diri mereka untuk diketengahkan.
Itu baru betul pada sudut pandang manusia yang normal. Tapi saudara mengajak semua orang untuk berani melakukan kegagalan. Ini kenyataan yang salah. Implikasinya pun negatif. Mana ada mana mana individu yang ingin sengaja menempah kegagalan. Malah orang yang kuat dan berani sendiripun tidak mungkin akan sengaja menggagalkan dirinya.
Jadi saya berharap saudara akan memperbetul sudut pandang saudara akan hal ini supaya mesej dan usaha murni saudara dapat diterima secara positif oleh masyarakat kampus. Lebih lebih lagi saudara membawa nama besar MPPUTP. Saya tak ingin penulisan saudara menjejaskan imej MPPUTP yang sudah sedia terjejas. Jadi saudara mesti ingat bahawa BERANI MELAKUKAN KEGAGALAN adalah tidak sama dengan BERANI BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN.kedua duanya membawa maksud dan implikasi yang jauh berbeza.
Jadi sebagai kesimpulan,saya memahami saudara mungkin masih baru dalam dunia penulisan. Kita semua belajar dari kesilapan. Saya juga begitu. Saya juga biasa dikecam dan dikritik hebat lebih lebih lagi bila menulis berkenaan politik dan juga pilihanraya. Teruskan menulis demi kebaikan seluruh masyarakat kampus.
Selamat maju jaya.

Actions

Information

2 responses

5 02 2010
Hanif

Itu betul…Kalau kegagalan jadi titik tolak kehidupan,takkan perang Badar Islam nk menang.Disebalik itulah perang Uhud menyaksikan tentera Islam kalah teruk sbb lupa diri dan tidak mendengar nasihat Nabi SAW.Allah sudah susun peristiwa ini supaya kita mengambil iktibar dari sejarah Nabi SAW tersebut, kerana apabila kita mengikut apa yang digariskn oleh Allah dan RasulNya,tidak ada satu pn yang akan gagal.Peristiwa perang Uhud sebagai satu kegagalan dalam bentuk pengajaran kepada umat Islam. Tidak dinafikan,rezeki dari Allah,gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanya.Kena tendang U,tp still berjaya itu adalah takdir Allah n rezekiNya yg diturunkn atas limpah rahmat Allah kepada mereka yang berusaha.Bill Gates,seorg Yahudi yg mana kita tahu satu kaum yg amat bijak hinggakan dalam satu kejadian ketika Almarhum Syeikh Ahmad Yasin dibunuh,Apache digunakn atas dasar back up plan,takut2 Allah tlg Almarhum utk lepas dari serangan tersebut.

Jadi,pandangan kita berbeza,hnya sekadar menambah satu lg pendapat berlandaskan prinsip negara Malaysia yang dikatakan demokrasi dan menyokong kebebasan bersuara.

5 02 2010
k8121

ya itu benar sdr Mr Presiden. saya bersetuju. lagipun saya telah mendapat penjelasan yang baik dari saudara Syed Haq berkenaan dengan entry blog beliau.
saya rasa entry beliau yg trbaru ada kaitan dengan masalah akademik student UTP pada hari ini. Student belajar perkara yang mereka sendiri tidak suka. Jadi tidak hairan lah macam macam masalah timbul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: