POST NO 8: APA KHABAR MPP-UTP

11 01 2010

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Kita seringkali berbicara tentang isu isu nasional sehingga terlupa dengan isu kampus kita sendiri. Ha! Apa agaknya khabar MPP kita sekarang ya?

Sejak Pilihanraya kampus tamat kira kira dua bulan yang lalu, MPP sudah tidak diperkatakan lagi.MPP hanya dibahas,diperdebat,di kritik dan dibela hanya sepanjang tempoh berkempen sahaja. Pilihanraya bukan saja menjadikan MPP bualan ramai, tetapi turut melonjakkan nama satu lagi organisasi iaitu Rakan Masjid (RM). MPP seringkali dikatakan alat kepada RM. Inilah persepsi orang ramai. Jadi bila datang pilihanraya, nama RM melonjak naik dan dibual-kritik disana sini.

Persepsi ini tertanam/cuba ditanam sedalam dalamnya oleh golongan yang cuba membawa pembaharuan.Namun hakikatnya, sedalam mana pun ia, ternyata ia masih gagal menumbangkan calon calon yang dicop sebagai ‘diplomat RM’ ke kerusi MPP. Orang orang sebegini masih menang pilihanraya kampus.Tapi hakikatnya, MPP dan RM kembali dipandang sepi selepas sahaja PRK tamat.Suasana menjadi dingin kembali. Tidak ada lagi orang yang sudi membicarakannya.MPP mahupun RM  kembali disisihkan oleh masyarakat kampus.

Kepimpinan baru MPP dibawah teraju sdr Haniff Humam sedar akan keadaan ini.Beliau sedar bahawa tanggungjawabnya besar.Tugas beliau kini bukan sekadar memperkasa pengurusan MPP sebagai badan perwakilan pelajar, tetapi apa yang lebih mustahak ialah bagaimana untuk mengubah persepsi buruk masyarakat kampus yang begitu jelek terhadap badan tersebut. Itu yang saya kira paling penting untuk didahulukan. Mengurus dan mengikis persepsi.

Saya secara peribadi memuji Presidennya Sdr Haniff Humam atas komitmennya pada perubahan.Beliau sanggup berulang alik dari Johor ke UTP demi memenuhi tanggung jawabnya selaku presiden. Ini berlaku bukan sekali,tetapi berkali kali.Beliau terpaksa mengimbangkan antara tuntutan internship dan juga MPP pada masa yang sama.Saya difahamkan MPP bakal melakukan beberapa perkara penting atas nama perubahan.

Pertama MPP dikatakan mahu merubah namanya kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).Satu sumber menyatakan bahawa ini adalah bertujuan mengikut rentak kebanyakan IPT lain yang telah biasa menggunakan nama tersebut. Yang paling penting ialah supaya MPP-nama lama yang terpalit banyak kontroversi dapat dilupakan sedikit demi sedikit oleh masyarakat kampus.

MPP juga sudah bertukar ke Slogan Baru. Saya tidak ingat sudah berapa banyak slogan yang MPP hasilkan. Slogan mereka memang bagus dan sedap didengar. sebagai contoh bagi kepimpinan yang lepas, lepas mereka tampil dengan slogan ’empowering evolution,bridging the gap,cohesiveness generates synergy (betulkan jika salah) dan lain lain.Hebat bukan! tapi apa natijahnya?adakah slogan slogan tersebut tercapai matlamatnya?biarlah saudara sendiri yang menjawab.

Apapun MPP kali ini telah memutuskan ‘pursuing togetherness’ sebagai slogan baru mereka.Jika diterjemah ia kira kira bermaksud ‘menggapai kebersamaan’. Mungkin MPP kali ini melihat isu perpaduan sebagai isu utama.Perpaduan pelajar sememangnya menjadi masalah dari dahulu lagi. Masyarakat kampus tidak pernah bersatu. Bukan sekadar local-foreigner, sesama local pun bermasalah. jadi baguslah sekiranya MPP mahu menyelesaikan isu ini. Saya sokong.

Dalam rangka usaha mengikis hubungkait RM-MPP, badan perwakilan ini dilihat mahu mengikis sebarang imej RM daripada ahli ahlinya,terutama sekali mereka mereka yang berada  dikerusi tertinggi.Mereka dilihat mahu bebas dari sebarang pengaruh RM. Tetapi jika dilihat dan diamati semula, beberapa figura MPP kali ini sudah jelas dan nyata dari RM.Seorang dari Majlis Tertinggi dan seorang dari kerusi EXCO.Bagaimanakah ini mungkin terlaksana?adakah mereka  mereka ini akan dilarang berkopiah mahupun bertudung labuh selepas ini?Sama sama kita lihat nanti.

Apapun,saya mengucapkan selamat bekerja kepada MPP kali ini. Saya tahu anda semua sejak awal awal lagi sudah pulang ke kampus untuk merangka bermacam macam agenda untuk kebaikan kampus.Semoga kuat dan sabar menjalankan amanah!


Actions

Information

5 responses

11 01 2010
Pelajar UTP

Penulis blog ini bias dan tidak neutral dalam menulis artikal anda sendiri. Apabila anda membenci bn dan umno anda akan menulis yang tidak baik mengenai umno dan seangkatanya. Tidak langsung melihat secara keseluruhan.

Apabila anda menulis tentang mpputp, anda memuji bagaikan mpputp telah melakukan perubahan dan sanggup berulang alik dari johor dan sebagainya.

Adakah itu adil untuk melihat keadaan kempimpinan yang cemerlang? Adakah mpputp yang terdahulu tidak pernah berulang alik dari kampung halaman mereka ke utp? adakah nilai jarak perjalanan yang jauh dan berulang-alik menunjukkan prestasi kepimpinan mereka dan adakah barisan nasional tidak membuat kerja mereka selaku kerajaan yang baik dan adakah pas berjaya mentakbir kelantan dengan baik?

Kerana apabila tajuk blog anda satu komentar. Komen perlulah dilakukan dengan baik dan isu perlulah dianalisis dengan dengan sempurna. Anda harus meletakkan asas komen anda dengan jelas agak pembaca boleh menilai sesuatu pekara ini baik atau pun tidak dan yang paling penting jika anda hendak baik blog anda perlu ditukarkan tajuknya “”SATU KOMENTAR, PERBAHASAN ISU-ISU SEMASA DIKACA MATA SEORANG PEMBANGKANG”.

11 01 2010
pelajarutp

Tahniah kepada kepimpinan baru MPP..

Saya berharap tadbirlah MPP dengan Islam..

Itu sahaja..

11 01 2010
krzaman87

kepada saudara ‘Sdr Pelajar UTP’ saya mengucapkan terima kasih kerana membaca artikel saya dan sudi meninggalkan komen. Pertama pendirian politik kita berbeza.Itu sebabnya berlaku salah faham antara kita. Apapun saya tidak menafikan jasa jasa baik pemimpin BN kepada negara. Mereka berjasa.

Seluruh kerajaan di dunia tidak kira ia komunis,kapitalis atau diktator sekalipun akan membawa pembangunan dan jasa jasa tertentu kepada negara kerana itulah tugas dan tanggungjawab mereka. Yang rakyat bantah ialah isu keadilan, isu rasuah yg menjadi jadi,isu kebobrokan badan kehakiman,isu kebebasan media,isu pencabulan demokrasi dsb.

itu yang menjadi persoalan,bukan masalah pembangunan.BN kalah teruk dikawasan kawasan bandar dan pinggir bandar. BN banyak menang dikawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mendapat informasi seimbang.

berkenaan dengan MPPUTP, saya rasa sdr perlu baca semula entry saya. Saya tidak 100% memuji. Entry saya berisi lebih banyak kritikan dari pujian. Sila baca semula ye bila ada masa.

thanks for your comment.

12 01 2010
oi

ko bljr pon kne CM nk ckp politik. p belajar.

13 01 2010
krzaman87

Salam.
Saudara membuat kenyataan songsang tanpa bukti.
kemukakan bukti bahawa saya pernah CM.InsyaAllah
keputusan exam saya memberangsangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: