POST NO 6 : UMNO JUARA ATAU PENGKHIANAT RAKYAT?

10 01 2010

Semalam UMNO, parti nasionalis terbesar orang Melayu telah melancarkan program besarnya bertajuk “UMNO JUARA RAKYAT”. Program yang dihadiri ‘puluhan ribu orang’ itu dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak bertempat di Bukit Sentosa, Hulu Langat.

Program ini adalah ikhtiar UMNO bagi ‘memujuk’ semula rakyat yang marah,geram dan sakit hati dengan tindak tanduknya pada PRU ke-12 yang lalu. Betapa ramai rakyat yang tidak berpuas hati, hatta penyokongnya sendiri ramai yang yang bertindak protes dengan mengundi pembangkang. Kesannya UMNO-Barisan Nasional tewas di Selangor,Wilayah Persekutuan,Perak,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.

Tidak pernah terbayang difikiran betapa rakyat marah kepada parti nasionalis ini. Rakyat benar benar dahagakan satu pembaharuan. UMNO ketika itu berpecah teruk. Keyakinan ahli kepada Tun Abdullah sangat rendah. Pemimpin UMNO saling mencantas dan berebut menjadi calon PRU. Siapa yang tidak terpilih pula memberikan undi kepada Parti PAS,PKR dan DAP.

Justeru itu, UMNO perlu menarik semula sokongan seberapa cepat yang boleh bagi menjana semula gelombang kekuatan untuk parti itu menang. PRU ke-13 sudah semakin hampir.UMNO nampaknya semakin terdesak untuk memujuk rakyat terbanyak kembali kepangkuan parti itu. Tidak hairanlah Dato Seri Najib cuba membawa sedikit kelainan dalam urus tadbirnya. Rakyat didodoikan dengan slogan 1Malaysia,Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Tapi saya yakin rakyat tidak cepat lupa.Tun Mahathir pernah mendendangkan sajak “Melayu Mudah Lupa”.Sebenarnya UMNO lah yang pelupa,tapi bukan rakyat. Jika rakyat lupa sekalipun, begitu ramai pemimpin lawan yang akan ‘mengingatkan’ mereka.Rakyat sebenarnya masih berdendam dengan UMNO. Walaupun kemarahan mereka nampak sudah reda, namun dendam masih ada.

Saya menjangkakan kejatuhan UMNO-BN yang lebih teruk dimasa depan akibat rampasan kuasa di Perak.Perlu diingati semula kata kata Husam Musa,AJK Pas Pusat bahawa UMNO-BN akan ditolak secara “total” di seluruh semenanjung sekiranya berterusan enggan untuk membubarkan dun dan mengadakan pilihanraya semula di Perak.Banyak lagi perkara yang menjadikan rakyat terus berdendam.Serangan berterusan ke atas Kerajaan Kelantan,keengganan memberi semula royalti minyak kelantan,SPR yang seakan akan diperalat,SPRM yang suka mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat atas tuduhan kecil tapi sepi dengan tuduhan berprofil tinggi terhadap pemimpin pemimpin UMNO,kehilangan enjin jet pejuang,kematian dalam tahanan polis,Kematian A Kugan,Teoh Beng Hock dan macam macam lagi.

Jadi sama sama kita saksikan sejauh mana keberkesanan program “UMNO Juara Rakyat” ini mampu untuk mengubah segala imej negatif yang terpalit di wajah mereka.Saya kaget kerana PAS nampaknya juga mahu menjadi juara rakyat dalam kempennya “UMNO Pengkhianat Rakyat”. Kempen besar besaran ini bakal menyaksikan segala kebobrokan UMNO kepada rakyat selama 5o tahum memerintah negara. Saya yakin PAS ada dokumen yang lengkap berkenaan hal ini.

Jadi biarkan rakyat menilai.Ini baru informasi seimbang. Rakyat pasca PRU ke-12 kini sudah semakin matang menilai maklumat. Jadi UMNO dan PAS silakan berentap merebut sokongan rakyat.


Actions

Information

3 responses

10 01 2010
Za'im Zaman

Pembetulan sket. Bukit Sentosa kat Hulu Selangor, not Hulu Langat.😀
Rumah sewa ana time praktikal kat situ.

11 01 2010
krzaman87

salam,minta maaf atas kesilapan info, ya betul..hulu selangor..bukan hulu langat.

17 01 2010
Pak Tam

Harap sdr dapat mendalami lagi punca sebenar kekalahan besar UMNO/BN dalam PRU12 dan kejatuhan kerajaan PR kepada BN di Perak. Malangnya penuntut2 Melayu yang berpendidikan tinggi spt sdr gagal memberi maklumat politik yang tepat kepada masyarakat. Harap maaf, Tk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: