POST NO 3: BILA AHLI PARLIMEN BERTEKAK DI AKHBAR

3 01 2010

Saya merujuk kepada pertikaian terbaru MP Kulim Bandar Baharu, Dr Zulkifli Noordin dan juga MP Shah Alam Ir Khalid Samad berhubung isu penggunaan nama Allah oleh orang kristian. Umum sudah tahu bahawa dua MP ini adalah MP yang paling kontreversi di Malaysia berhubung isu isu sensitif sebegini.

Dr Zulkifli nampak lebih banyak mempertahankan hak Islam dan Melayu bila mana timbul isu kontreversi sebegini manakala Ir Khalid Samad dari PAS sekilas lalu  nampak lebih banyak berkompromi dengan isu. Isu pemindahan kuil hindu di Shah Alam dan isu Baiah talak tiga merupakan dua isu yang melibatkan pertikaian kedua dua wakil rakyat Pakatan Ini. Sebagai makluman, Dr Zulkifli adalah dari PKR manakal Ir Khalid Samad adalah dari PAS.

Kedua duanya ada hujah. Kedua duanya merujuk Al Quran dan kitab. Ulama dan pakar agama juga berbeza pendapat tentang isu ini. Jadi saya merasakan tidak perlulah mereka berdua ‘berkelahi’ dan ‘bertumbuk’ dalam media masa semata mata mahu mempertahankan pendapat masing masing. Ini tidak bagus. ini mengelirukan rakyat.

Mereka sebagai MP Pakatan hendaklah mencari formula penyelesaian bersama dalam isu ini. Jangan diulangi kesilapan tahun 2009 dimana terlalu banyak pertelagahan terbuka wakil rakyat Pakatan di media,kononnya demokrasi dan kebebasan bersuara. tidakkan mereka tahu perbuatan mereka merungsingkan ‘kepala otak’ rakyat bawahan? tindak tanduk sebegini lebih banyak membawa resah dari keamanan.

cukuplah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: