Sedikit Teguran..

8 05 2010

Pagi ini sekumpulan student Jan06 telah mengadakan sedikit acara sukaneka dikalangan batch mereka.Bagi saya acara sebegini bagus kerana dapat mengeratkan hubungan sesama batch. Lagipun,masing masing akan bergraduasi pada semester hadapan.

Namun saya selaku teman ingin membuat sedikit teguranlah dengan aktiviti pagi tadi.Pertama suasana amat bingit dan bising.Hujung hujung minggu seperti ini,ramai yang ingin berehat dibilik.Suasana hingar bingar terutamanya siswi yang terjerit jerit sangat menganggu ketenteraman penghuni blok v5b ini. Ada orang jerit suruh diam tadi,tapi tak siapa yang menghiraukan.Itu adalah petanda ada yang terganggu.Maybe lain kali acara sebegini boleh dibuat dipadang untuk mengelakkan gangguan kepada orang lain.

Kedua,acara sukaneka ini sepatutnya terkawal dan beradab. Saya lihat lelaki dan wanita bercampur campur. Dalam acara passing belon tu,lelaki dan wanita kedudukan mereka berselang seli. Saya pasti hal persentuhan tidak dapat dijaga pada waktu seperti ini iaitu bila masing masing berlumba lumba nak passing belon dengan cepat ke belakang.

Kemudian acara baling baling belon. Saya kurang bersetuju bila lelaki dan perempuan saling baling belon.pakaian wanita banyak yang cerah.bila basah,sudah tentu ia akan mendedahkan bentuk tubuh mereka.Jadi ia dilihat tidak sopan dan sekaligus ditakuti melanggar batas batas agama kita.

Saya percaya dan yakin ramai antara peserta pernah mengikuti event TB,MAP dan event2 lain sebelum ini.Tidakkah ada sekelumit pengalaman yang dapat di aplikasikan dari event event tersebut?Saya berharap selepas ini kita semua dapat observe perkara perkara seperti ini. Sebagai orang Islam perkara sebegini sepatutnya dipandang dengan serius.

sekian.maaf jika tersinggung. tidak berniat pun.Just ingin memberi nasihat.Allah kata,peringatan berguna bagi orang orang yang beriman.





Kekuatan KS tahun ini : Shoutul Harakah!

19 04 2010

Jumaat

Sabtu

Ahad

Jumaat,Sabtu dan Ahad depan, tiga event besar akan mengambil tempat. Jumaat menyaksikan Konsert Euphonious,Sabtu menampilkan konsert tahunan Kembara Sufi dan ahad pula pembuangan undi bagi PRK Parlimen Hulu Selangor.

Meskipun Hulu Selangor sangat jauh,namun bahang kempen pilihanraya dapat dirasakan hingga ke sini.Saya secara personal lebih  terpukul dengan PRK Hulu Selangor berbanding dengan 2 konsert hebat ini.Setakat ini saya masih belum merasakan sebarang gelombang daripada 2 event ini. Mungkin barangkali pada waktu ini komiti Eupho dan KS sedang bertungkus lumus tanpa pengetahuan saya memandangkan konsert mereka yang sudah semakin hampir. Mungkin juga kerana kecenderungan saya pada politik lebih kuat dari kedua dua event bercorak hiburan ini.

Euphonious seperti yang kita tahu ada sasaran penontonnya tersendiri.Euphonious dengan kekuatan jentera promosinya terbukti berjaya menarik ribuan penonton ke konsert mereka. Ini kerana pendekatan muzik mereka adalah muzik moden yang lebih cenderung diminati muda mudi diseluruh dunia.Dengan alatan alatan muzik moden beserta lagu lagu catchy masakini menjadi daya tarikan utama event mereka.

KS pula menjanjikan satu dimensi hiburan yang lain pula sifatnya.Kelas muziknya menjadi ikutan dan kegemaran sebahagian warga kampus dan juga masyarakat Malaysia.KS menampilkan hiburan islami yang semakin hari semakin berkembang dan membangun dalam industri muzik tanah air dan juga diperingkat global.Justeru KS dijangka menarik kehadiran ramai pencinta irama nasyid kontemporari ini dengan harapan ia akan memberi ketenangan dan mesej lahir batin kepada para penontonnya.

Saya menjangkakan kejayaan Interfaith Dialogue tempohari akan berulang semula Sabtu ini.Kalau kita masih ingat, Chancelor Hall penuh sesak dengan ribuan penonton yang begitu teruja melihat dialog perbandingan agama.Jika waktu itu comparative religion menjadi daya penarik,apa pula daya penarik KS kali ini?

Saya melihat kekuatan KS pada kali ini hanya 1. Ia bukan Rabbani dan bukan juga Azhan Atan. Tetapi tunjang kekuatan KS kali ini ialah Shoutul Harakah! Mungkin ramai yang tertanya Tanya kenapa Shoutul Harakah?

Well,saya tidak begitu teruja dengan Rabbani dan Azhan Atan meskipun mereka penyanyi berbakat.Sebabnya saya pernah melihat persembahan mereka sebelum ini.Yang paling saya tunggu tunggu ialah persembahan Shoutul Harakah yang diterbangkan khas dari Indonesia oleh KS pada tahun ini.

Kumpulan ini ternyata sangat istimewa.Mereka cukup terkenal di Indonesia,lebih lebih lagi di kalangan mahasiswa dan para aktivis dan pencinta Palestin. Kumpulan ini tidak sama dengan kumpulan nasyid tanah air kerana lagu dan muzik mereka berbeza. Di Indonesia, nasyid mereka lebih terbuka dari segi rentak lagu dan alat muzik. Mereka menyanyi menggunakan alat muzik moden seperti gitar,drum dan sebagainya untuk disesuaikan dengan peredaran masa dan juga selera anak anak muda waktu kini.

Shoutul Harakah ini sangat terkenal dengan lagu lagu perjuangan Palestin. Muzik mereka indah.Liriknya sungguh ampuh.Mendengarnya saja menaikkan semangat juang kita.Silakan dengar lagu mereka sebagai preview di youtube atau di mana mana sumber.

Kehadiran Shoutul Harakah kali ini bakal menarik ratusan pelajar Indonesia yang ada di UTP. Seterusnya ia juga akan menarik hadir aktivis aktivis yang memperjuangkan isu Palestin kerana Shoutul Harakah ini di iktiraf karya mereka oleh Pejuang Hamas. Lagu lagu mereka berorientasikan perjuangan Palestin yang mana ia sangat sarat dengan mesej dan tauladan bagi ummah.

Komiti KS perlulah bekerja lebih kuat dengan menumpukan usaha menarik golongan golongan sasaran utama seperti tadi. Jangan sesekali terpengaruh dengan khabar angin bahawa kononnya gelombang membenci KS telah merebak ke seluruh UTP. Itu adalah tidak benar sama sekali. Pelajar UTP tidak ada sebab untuk membenci KS yang telahpun establish dan diterima baik oleh seluruh warga kampus.

Cuma,komiti KS perlu lebih bersemangat dan jangan mudah termakan provokasi.Jika hari ini tiket tidak terjual itu adalah perkara biasa.Kerana tarikh kkonsert masih jauh dan orang awam masih belum membuat keputusan muktamad. Biasanya tiket akan laris bak pisang goring sewaktu konsert itu berlangsung. Jadi yakin pada diri dan perhebatkan promosi dan hebahan ke seluruh pelusuk UTP ini.

Jangan lupakan staff-staff UTP,lecturer,Persatuan Pelajar Indonesia,Student Universiti Berhampiran dan juga orang awam.Golongan sasaran terbesar bagi saya ialah golongan atas pagar yang sangat ramai dalam UTP ni.Maksud saya ialah mereka ini adalah golongan yang tidak bermasalah untuk pergi ke mana mana konsert pun. Komiti KS perlu focus kepada mereka mereka ini.

Selepas ini KS sepatutnya membuat sedikit perubahan dari segi artis dan penggunaan alat muzik. Kerana KS untuk 8 tahun ini seolah olah hanya sesuai untuk orang orang melayu tempatan sahaja. KS mesti ingat di UTP ini masih ramai sahabat sahabat muslim kita dari berbilang Negara. Jadi perkara ini mungkin boleh ditekankan pada KS yang akan datang.Jadikan irama nasyid ini irama global.

Jadikan KS sebagai agen penyatu kepada seluruh warga UTP tidak kira local or international.Selamat berkonsert,Selamat Bekerja dan Selamat Mengundi di Hulu Selangor!Selamat maju jaya kepada Eupho,KS dan Hulu Selangor.Semoga Tuhan memberkati.





Tuan Hj Mat Nor Rosli:Imej RM Semakin Positif

18 04 2010

Tuan Haji Mat Nor Rosli,selaku ketua Badan Sokongan Perkhidmatan Pelajar mendakwa Rakan Masjid penggal kepimpinan kali ini (2009-2010) telah melonjakkan  imej mereka sebagai sebuah badan dakwah terbesar di UTP ke satu tahap baru.

Beliau menyatakan pandangan tersebut sewaktu majlis perasmian RM malam tadi di Dewan Kuliah Satu.RM dilihat bergelut dengan persepsi umum yang tidak menentu untuk beberapa tahun kebelakangan ini.Sebahagian masyarakat kampus ini memiliki pandangan kurang enak terhadap badan ini.

Persepsi negatif ini sedikit sebanyak menjauhkan mereka dari program program RM.Mereka mereka ini gagal menyelami gerak kerja RM di dalam ruang kampus ini. Justeru Tuan Mat Nor Rosli mengingatkan barisan pimpinan RM beserta ahli ahlinya untuk tidak sesekali memutuskan hubungan dengan warga kampus yang memiliki latar belakang sosial yang sangat pelbagai.

Beliau berkata RM jangan sesekali memutuskan hubungan dengan mereka.Kerana jika hubungan itu putus,maka amat sukar untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka.RM juga diseru untuk lebih bermasyarakat dengan menjadikan badan itu lebih dekat dengan para pelajar.

Beliau menegaskan RM perlu bercampur dengan segenap warga kampus tidak kira apapun latar mereka.Penulis bersetuju dengan saranan ini memandangkan terdapat suara suara dari bawah yang menyatakan RM kurang mesra rakyat.

Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan semester ini RM bangkit lebih gagah dengan event yang lebih banyak dan mendapat sambutan besar besaran. RM mendapat sambutan luar biasa dalam mengendalikan Khemah Ibadah,Forum Baitul Muslim,Program Comparative Religion,Heart For Islam,Malam Inspirasi Seni dan juga kejayaan luar biasa event Interfaith Dialogue hasil kerjasama strategik dengan kelab dan persatuan di UTP.

Semoga momentum ini berkekalan dan bertambah baik dimasa depan.





Rakan Masjid Dibubarkan?

17 04 2010

Bermula malam ini,Badan dakwah terbesar di UTP iaitu Rakan Masjid akan menjalankan ijtima Sanawi mereka kali yang ke-9.Majlis ini bertempat di Dewan Kuliah 1. Ijtima ini lebih kurang bermaksud Annual General Meeting dalam bahasa Inggeris nya.Ratusan ahli hadir menyatakan komitmen untuk terus berjuang dilandasan rakan masjid. Turut di undang wakil wakil kelab,persatuan dan juga badan dakwah universiti berhampiran.

Sebentar tadi saya telah hadir sebagai pemerhati. Saya sempat mendengar ucapan perasmian oleh Tuan Hj Mat Nor Rosli selaku  Ketua Hal Ehwal Sokongan Pelajar UTP. Tuan Hj Mat Nor Rosli adalah antara pihak atasan UTP yang dilihat cukup intim dan ambil berat tentang Rakan Masjid ini. Harap sokongan beliau ini akan memudahkan lagi beban dakwah RM di UTP ini

Saya hanya sempat mendengar 1/4 sahaja dari ucapan dasar Presiden Rakan Masjid,saudara Akram Ismail. Antara point yang sempat saya dengar ialah isu pembuangan bayi,isu kalimah Allah dan isu hiburan.Beliau mengutarakan apakah pendirian rakan masjid dalam hal hal tersebut.

Rakan Masjid akan meneruskan AGM mereka esok. Dijangka perbahasan ucapan dasar presiden akan berlangsung pagi besok. Ini akan diikuti oleh usul usul perwakilan seterusnya pembubaran kepimpinan sesi 2009-2010 dan akhirnya ialah perlantikan saf kepimpinan RM yang baru untuk sesi akan datang.

Jadi,yang dibubarkan adalah saf kepimpinan,bukan RM itu sendiri.Harap jangan salah faham ya.





Kenyataan Media Untuk Edaran Segera

15 04 2010

Segala bentuk penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak disandarkan kepada mana mana pihak.Blog ini milik saya sepenuhnya dan segala isi kandungannya adalah milik saya sendiri.Justeru pembaca digalakkan untuk tidak melemparkan tuduhan kepada mana mana pihak lain yang tidak berkaitan dengan blog ini.

Saya bersedia ditegur jika sekiranya saya terkhilaf. Niat saya cuma satu. Saya mahu tulisan saya menjadi satu check-and-balance kepada isu isu yang  di UTP.Jika ada dari tulisan saya yang menyinggung mana mana pihak,saya minta maaf. Ambillah mesej yang saya ingin sampaikan.Mesej itu sebenarnya yang lebih penting,bukan penulisnya.

Saya tidak berniat merosakkan reputasi mana mana event.Saya cuma melontarkan pandangan supaya event event anda menjadi lebih bermutu dan bebas dari sebarang isu dimasa depan.Dan yang penting supaya event event anda mendapat keredhaan Tuhan.

Anda lebih bijak menilai mana yang baik,mana yang buruk.Anda lebih tahu mana yang halal,mana yang haram.Tepuk dada tanya iman dihati.

Kepada komiti KS yang memberi komen (hrp mmg komiti KS sungguh),ikhlaskan niat dalam bekerja.Jangan kerana nak tiket cepat habis,maka tanggung jawab dakwah dilupakan. Orang yang ikhlas  dan faham mesej yg disampaikan akan pergi jua. Dan orang yang memang tidak ingin pergi memang tidak akan pergi.

Saya tak pernah halang sesiapa untuk pergi KS ke,Eupho ke,Jom Heboh ke..silakan.Bukan saya nak bayar tiket.Lagipun saya dah sampaikan apa yang saya perlu sampaikan.

Message is delivered.Let your iman decides.

Selamat Berhibur!





Matinya Budaya Tegur Menegur di UTP

15 04 2010

Beberapa hari lagi akan berlangsung Konsert Popular Euphonius kali ke-5.Jika kita perhatikan, semakin ramai penyokongnya tampil mempertahankan majlis ini. Mereka semua bersatu suara seolah olah Konsert Euphonius itu tidak ada sebarang kecatatan dan tidak perlu diubah sama sekali.

Budaya check-and-balance seakan akan dirobek dalam kampus ini. Tindakan menegur dianggap salah.Budaya intelektual diketepikan dalam proses membahaskan sesuatu isu. Penulis melihat penyokong konsert ini melarang sama sekali kritikan membina dari pihak lain ke atas event mereka.Agama tidak lagi menjadi asas sesuatu tindakan.Mencadangkan sesuatu idea asas dalam Islam pula akan digelar ekstrimis.

Pembaca boleh menyemak post post yang ada di blog ini. Tidak ada satu rangkap pun yang menyatakan penulis mengajak orang ramai untuk memboikot Euphonius. Penulis tidak akan berbuat sedemikian kerana penulis percaya,mesej dan ilmu perlu disampaikan terlebih dahulu kepada orang ramai untuk mereka menilai baik buruknya sesuatu perkara.

Penulis ingin menyarankan supaya Euphonius menilai dan mengambil kira pandangan orang ramai terhadap event mereka. Lima tahun sudah berlalu dan Euphonius terus dikritik dan ditegur untuk kebaikan,namun semua itu ditolak ketepi oleh mereka.Kita tidak minta event ini dihentikan kerana semestinya kita tiada autoriti untuk itu.

Namun Euphonius perlulah membuang rasa ego untuk turun mendengar pandangan pihak pihak lain demi kebaikan event mereka khasnya dan demi kebaikan masyarakat kampus ini umumnya.Hal ini kerana kami melihat terdapat beberapa perkara yang ditegur saban tahun namun tidak dihiraukan oleh Euphonius selama 5 tahun lamanya.

Penulis melihat isu ini tidak pernah selesai sejak penulis berada di zaman fondation hinggalah ketahun akhir ini.Adakah kita semua telah diresap sifat individualistik?Adakah budaya amar makruf nahi mungkar perlu ditamatkan?Adakah kita sudah berpedoman dengan budaya ikut suka aku,kubur masing masing?Allah menyuruh supaya kita menyeru perkara yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.Maka selayaknya dalam masyarakat kampus ini kita membudayakan sikap tegur menegur untuk kebaikan kita bersama.

Penulis telah memberi pandangan bahawa sekiranya Euphonius ini mengambil kira pandangan pihak pihak lain dalam pelaksanaan event mereka,maka suara suara bantahan itu akan berkurang dan beransur ansur reda.Namun selagi Euphonius kekal dengan sikap egonya dan selagi peminat fanatiknya terus mempertahankan Euphonius dengan hujah dangkal,emosi dan akal semata mata,maka selagi itulah Euphonius ini akan dibantah oleh orang ramai sehingga hari kiamat.

Kepada komiti Euphonius yang beragama Islam,kalian memikul amanah untuk menyampaikan hasrat islam dalam aspek hiburan.janganlah kalian merasa malu dengan agama yang kalian anuti kerana Islam itu aman dan adil untuk semua.Jika kalian tidak mampu untuk buat semua,janganlah kalian tinggalkan semua.Bawalah perubahan sedikit demi sedikit.

Allah tidak melihat hasil perbuatan kamu,tapi Allah akan menilai usaha usaha kamu.Pertegak yang hak.Jika kamu tidak mampu mempertahankan prinsip,letak jawatan saja.Tidak ada ruginya.

sekian.





Bukan Kerana Namanya Euphonius..

15 04 2010

Jawapan pemberi komen : Final Year Student

prof Yusof Al-Qaradawi,ketua ulama sedunia

Bila bercakap mengenai garis panduan yang telah dibahaskan oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi , pengasingan tempat duduk adalah salah satu sahaja daripada garis panduan yang telah dijelaskan di dalam Islam.Saya melihat perbincangan lebih tertumpu kepada isu pengasingan tempat duduk ini sahaja sampaikan ada yang cuba mencari hujah dengan membandingkan dengan convocation day, kelas dan sebagainya.
Sebagai muslim, kita ada sumber rujukan yang utama iaitu Al-Quran dan Sunnah selain ijma’ dan qias ulamak. Dalam apa-apa pekara pun seperti ekonomi, pentadbiran, ketenteraan walhal di dalam hiburan sekalipun kita tidak boleh mengenetepikan sumber-sumber ini sebagai rujukan dalam membuat tindakan selaku orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, Islam sesekali tidak menolak hiburan malahan hiburan itu juga suatu keperluan untuk memenuhi fitrah manusia.

Saya tidak menolak sesiapa sahaja untuk menganjurkan pertandingan ataupun pertunjukan berbentuk ‘band’ atau sewaktunya dengannya. Tetapi perlulah mengikut garis panduan daripada sumber-sumber yang teringgi yang kita imani. Jika sekadar berhujjah dengan akal semata-mata dalam membuat perlaksanaan, sudah tentu kita akan sesat sebabnya kita jahil dalam menentukan yang mana satu betul dan salah.

Berbalik kepada garis panduan, adakah pengasingan lelaki dan perempuan sahaja yang diperkatakan itu?Bagaimana pula cara penyampaian lagu tersebut, isi-isi kandungan di dalam lagu dan siapa golongan yang diharuskan untuk menyampaikan kepada audiens?

Betul, kalau tidak dapat buat semua … jangan tinggal semua. Perlahan-lahan dalam membuat perubuhan dan penerangan kepada masyarakat.Tetapi bagaimana dengan Euphonius dan event2 lain yang lebih kurang sama patternnya? Dimana tahap perubahan anda sekarang?
5 tahun di UTP, saya melihat kondisinya adalah sama. Tidak bersetuju dengan event-event sebegini bukan bermaksud sekadar event itu atas nama Euphonius, tetapi cara perlaksanaanya. Selagi mana tidak menepati garis panduan beradasarkan sumber yang disebutkan tadi, selagi itu akan ada golongan yang bangkit menyuarakan ketidak setujuan mereka ttg event ini.

JIKA PIHAK EUPHONIUS MAMPU MENUNJUKKAN KOMITMEN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN, SAYA TIDAK RAGU-RAGU UNTUK MENYOKONGNYA MALAH MEMPROMOSIKAN KEPADA KAWAN-KAWAN.

INGAT, BUKAN ATAS DASAR NAMA ‘EUPHONIUS’ ADA PIHAK MENENTANG … TETAPI KANDUNGAN EVENT ITU SENDIRI YANG DIBERI PERHATIAN.





Komiti KS,Sila Bangun Dari Tidur,Konsert Kamu Dah Dekat!Masa Untuk Bekerja Keras!

15 04 2010

Kembara Sufi 2010 akan berlangsung tidak lama lagi. Konsert besar ini telah mencecah usia hampir sepuluh tahun.Ia wujud jauh lebih awal dari Euphonius.Saban tahun Kembara Sufi membawa masuk  artis artis nasyid terkenal tanah air ke UTP.

Raihan,In-Team,Rabbani,Hijjaz,Alkil Hay dan ramai lagi pernah menggegar Chancelor UTP sebelum ini. Tahun ini Kembara Sufi kembali dengan 3 artis hebat. Pertama Juara Akademi Nasyid sdr Azhan Atan.Penyanyi yang sedang meningkat naik ini sungguh memiliki suara yang merdu.Lagu lagu beliau cukup merdu dan bermesej.

Rabbani diundang sekali lagi ke UTP. Meskipun pernah di undang ke UTP pada musim musim sebelum ini,namun Komiti Kembara Sufi merasakan aura Rabbani masih menyengat di UTP. Namun apa yang jelas, peminat Rabbani pasti merindui suara penyanyi solonya iaitu ustaz Asri.Saya rindu suara merdunya.Pemergian ustaz Asri diharap tidak menghilangkan rasa cinta peminatnya pada mesej mesej Islam yang disematkan dalam lirik lagi beliau.

Yang jelas,Kembara Sufi (KS) kali ini menampilkan artis baru dari tanah seberang iaitu kumpulan Shoutul Harakah (SH). Kumpulan ini sangat popular dengan lagu lagu bertenaga yang bisa menaikkan semangat jihad umat Islam.Mereka banyak menghasilkan karya lagu yang tidak dimiliki oleh artis artis nasyid tanah air.Lagu lagu mereka adalah lagu lagu perjuangan.Karya mereka sangat sinonim dengan Perjuangan Rakyat Palestin.

Gandingan tiga artis ini saya kira akan menarik ramai anak muda,staf staf UTP,pelajar pelajar sekolah,mahasiswa universiti sekitar untuk sama sama hadir menyaksikan persembahan mereka.Justeru seluruh tenaga kerja KS diharapa melipat gandakan promosi dan hebahan supaya lebih ramai masyarakat kampus hadir menyaksikan hiburan bermanfaat ini.

Saya mendapat maklumat gerak kerja KS sangat slow buat masa ini.Jualan tiket juga tidak menggalakkan.Bukan tidak laku,tetapi kerana kurangnya usaha usaha promosi dan hebahan dibuat.Seluruh Jentera KS perlulah sedar bahawa event mereka adalah medan dakwah yang cukup besar manfaatnya.KS telah sekian lama menjadi medium terbaik bagi warga kampus untuk mendapatkan hiburan bermutu dan bermanfaat.

Justeru komiti KS hendaklah bersatu tenaga untuk terus bekerja keras sehingga konsert tersebut berlangsung. Ingatlah bahawa pihak lain  menganjurkan konsert juga dan mereka juga sedang berusaha keras untuk menarik seramai mungkin penonton ke majlis mereka.Bersainglah secara sehat.Berlumba lumbalah untuk menghidangkan santapan hiburan yang terbaik untuk warga setempat.

Kebenaran yang tidak terancang akan tewas kepada kebatilan yang terancang.Anggaplah kamu sedang menghadapi pilihanraya kecil di sini. Kamu perlu yakinkan pengundi di UTP ini untuk datang menyokong kamu.Tunjukkanlah kesungguhan kalian.Justeru bangunlah wahai komiti komiti KS.Konsert kamu tinggal seminggu je lagi.Jika kamu terus begini,kamu akan tewas kepada yang lain.Masih ada masa untuk bangkit dan menang!

Selamat maju jaya kepada komiti KS. Semoga usaha usaha kalian akan dilihat sebagai amal soleh di sisi Allah S.W.T.





Mesej Disebalik Banner Euphonius

14 04 2010

Kali ini kita akan bahaskan mengenai banner Euphonius ini.Saya secara peribadi memuji kecantikan banner mereka. Euphonius seperti yang kita tahu sangat hebat dari segi promosinya. Mereka bukan sahaja pasang banner dan poster di board board,malah tampal sampai ke dalam bilik air!

Cuba lihat semangat mereka dalam mempromosi event.Cukup bersungguh sungguh.Dari aspek promosi, saya melihat Eupho masih terkehadapan berbanding Kembara Sufi dan juga event event lain.Gerak kerja mereka nampak lebih tersusun dan teratur.

Saya suka tema warna Eupho. Ia menarik mata orang yang memandang.Pemilihan theme ini bagi saya cukup penting sebab kita sebenarnya berhadapan dengan manusia yang suka melihat perkara yang cantik dan indah indah.

Tapi disebalik kecantikan Banner ini,ada perkara yang buatkan saya terfikir.Cuba lihat background Banner ini betul betul. Ia menunjukkan penonton penonton konsert yang sedang mengangkat tangan, seolah olah sedang menikmati alunan muzik di atas pentas.

Bagi saya,background ini kelihatan cukup negatif. Kita biasa melihat suasana sebegini dibarat. Kalau di Malaysia mungkin kita biasa melihat suasana begini di disko dan pub. Kita biasa melihatnya dalam tv.betul tak?Dari gambar background ini,kita boleh menyimpulkan betapa tiadanya batas pergaulan antara penonton.Mereka berdiri dan berasak dibawah.Pemuzik pula rancak menyanyi dipentas.

Adakah ini gambaran hiburan yang cuba dibawa oleh Euphonius kepada pelajar pelajar UTP?Mungkin mereka boleh menjawap.Background kain rentang ini cukup memberi gambaran kepada kita semua betapa bebasnya penonton menikmati muzik. Saya sebagai mahasiswa tahun akhir melihat ini semua sebagai tidak begitu sesuai.Kita tidak sepatutnya menerapkan budaya seperti itu ke dalam diri warga kampus ini yang kita semua tahu tinggi tahap intelektualitinya.

Mungkin komiti Euphonius ini ramai yang bukan Islam. Jika begitu,mereka sepatutnya sensitif dengan budaya setempat yang sopan.Mereka sepatutnya merasa sensitif bahawa Islam menitikberatkan adab dan tatasusila dalam hiburan.

Bagi komiti beragama Islam dalam Euphonius,ingatlah bahawa kamu sekalian membawa imej Islam yang suci kemana saja kalian pergi.Masyarakat sering menilai Islam ini dari sikap dan perilaku umatnya.Justeru kalian sepatutnya lebih bertanggung jawab dalam kerja kerja yang kalian lakukan kerana akhirnya orang akan memulangkan semua kerja buat kita kepada Islam.

Usahlah dibawa imej imej sebegitu dalam masyarakat kita.Kita ada budaya kita sendiri.Mengapa perlu dicedok semua yang ada dibarat dan dibawa ke sini?Bukankah budaya Islam dan budaya timur ini jauh lebih teratur,lebih sopan dan menenangkan?Jika kita sedar,satu persatu budaya barat yang kita tiru dan ikut di Malaysia ini

Fikri fikirkanlah.Setiap perbuatan akan dipertanggungjawabkan.





Euphonius dan Kembara Sufi

13 04 2010

Dalam tempoh sepuluh hari dari sekarang, dua event besar bakal mengambil tempat di kampus ini. Kedua duanya bakal menggegarkan kita semua.Pertama, pada 23 hb ini event kontroversi tapi popular bakal berlangsung di bumi UTP. Event yang telah berusia lima tahun ini begitu diminati sebahagian warga kampus ini. Ia lebih kepada pertandingan nyanyian antara band-band yang ingin mengetengahkan bakat mereka.Artis artis popular biasa dijemput ke majlis ini.

Meskipun event anjuran International Culture Club (ICC) ini diminati ramai,namun event ini tidak lepas dari kontroversi.Saban tahun akan ada bantahan bantahan dari aktivis aktivis mahasiswa yang tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan event ini yang dikatakan tidak mengikut norma norma Islam dan timur.Namun, event ini tetap subur dan mendapat sokongan kuat peminat peminatnya.

Kedua, 24 hb pula akan berlangsung satu konsert yang cukup popular bernama Kembara Sufi. Konsert ini juga telah lama muncul di bumi UTP.Saban tahun, Kembara Sufi menyajikan artis artis jemputan beserta kumpulan nasyid UTP bagi menyediakan mahasiswa alternatif hiburan Islam yang mendidik jiwa. Setakat ini saya tidak melihat adanya bantahan berlaku dalam penganjuran konsert ini kerana terbukti keberkesanannya dalam mengetengahkan hiburan Islam yang menenangkan dan lebih sesuai dengan budaya timur yang penuh kesopanan.

Jika dilihat,penganjur kedua dua event kini begitu giat mempromosikan event masing masing. Tujuannya ialah untuk menarik sebanyak mungkin mahasiswa mahasiswi ke konsert anjuran masing masing. Pelbagai medium digunakan. Jika dilihat dan diperhati,banner banner Euphonius sudah berada di merata tempat strategik di UTP.Begitu juga dengan Kembara Sufi.Banner nya juga dikesan di beberapa lokasi strategik di UTP ini.

Kalau dari segi politiknya, event event ini seumpama parti parti politik  yang sedang berada dalam musim kempen pilihanraya. Masing masing berusaha meyakinkan pengundi pengundi untuk memilih parti mereka. Mahasiswa mahasiswi yang bertindak sebagai pengundi akan membuat keputusan untuk memilih parti yang mana berdasarkan kempen kempen yang lebih meyakinkan mereka.

Jika kempen Eupho lebih meyakinkan mereka,maka mereka akan mengambil keputusa untuk ke Eupho. Tapi sekiranya Kembara Sufi memberikan kempen yang hebat dan meyakinkan,maka mereka akan cenderung untuk memangkah Kembara Sufi.

Namun sejauh mana hebatnya kempen kempen mereka?anda lebih tahu jawapannya.Saya tidak ingin menyatakan Kembara Sufi dan Euphonius ini sedang berentap. Itu tidak betul. Cuma persoalannya sejauh mana tahap intelektual mahasiswa UTP ini mampu menilai kedua dua konsert hiburan ini dengan kritis dan rasional.Timbanglah dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan untuk hadir kemana mana majlis.

Timbang timbangkan keputusan saudara dengan neraca iman dan islam. Pilihlah hiburan yang bertepatan dengan tahap keilmuan dan intelektualiti saudara saudari sekalian.Anda semua student universiti yang bijak dan pandai. Harap anda pandai jugalah hendaknya dalam mengambil keputusan.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.