Mahasiswa 21 tahun berhak berpolitik Kerana Perlembagaan Malaysia Membenarkan Mereka Melaksanakan Hak Demokrasi Mereka

20 05 2010

Ihsan : Harakah

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon berkata, tindakan empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor seharusnya digalakkan dan bukan diambil tindakan oleh pihak Universiti.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

“Oleh itu, penyertaan politik ialah satu hak yang sah menurut perlembagaan, tiada sesiapa orang termasuk menteri berkuasa mencabuli hak mereka,” katanya.

Empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ekoran terlibat pada PRK Hulu Selangor.

Selain itu, Kin Woon berkata tindakan keempat-empat mereka juga wajar dipuji kerana berani mempraktikkan hak demokrasi mereka dikala mendapat tekanan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Menurutnya, kekurangan ruang demokrasi di universiti telah menjadikan ramai mahasiswa tidak prihatin terhadap masyarakat.

Namun empat pelajar UKM tersebut telah membuktikan keprihatinan mereka terhadap Masyarakat.

“Dengan suasana intimidasi dan amaran Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin, 4 orang mahasiswa yang mengikuti kursus politik masih berani mempraktikkan hak demokrasi mereka, tindakan ini harus digalakkan dan mendapat sokongan masyarakat.

“Sebab tindakan mereka menunjukkan pemikiran yang matang, rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap masyarakat dan pembangunan negara, ” katanya lagi.

Justeru, beliau menggesa Timbalan Canselor UKM Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menggugurkan dakwaan terhadap ke empat-empat yang dituduh dan menghentikan prosiding yang dijadual 4 Jun hadapan..

Pusat Perkembangan Budaya LLG juga katanya menyarankan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghormati hak demokrasi mahasiswa yang termaktub di dalam perlembagaan, mengusulkan pemansuhan Auku serta merta.

Khaled katanya juga perlu merancang pelan pembaharuan pendidikan pengajian tinggi jangka masa panjang untuk menunjukkan janji ikhlas beliau dalam peningkatan kualiti IPTA.





Ahli UMNO yang Tidak Bersetuju Kerajaan Luluskan Judi Dinasihatkan Meninggalkan Parti dan Sertailah Parti Islam PAS

19 05 2010

Ihsan : Cina ISlam

5 Jamadil Akhir 1431 H

PAS dan UMNO?Sama ke?Fikirkan Semula

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.
Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Sport Toto beri cukai Rm 1.2 Billion setahun pada kerajaan

Malaysiakini/-





DAP Lebih Faham Islam Dari UMNO

15 05 2010

mencarut?islamikkah?judi,halal kah?

Harakah Daily

JERAI, 15 Mei: Umno yang mendakwa mereka pejuang Melayu dan Islam sepatutnya malu kepada DAP yang turut menentang pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia. Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ketika mengulas isu itu berkata Umno sepatutnya bangun untuk menentang kemungkaran yang berlaku setelah dengan jelas melibatkan perjudian yang sememangnya diharamkan oleh agama Islam.

“Apakah pemimpin Umno ini tidak berasa malu apabila DAP sanggup menentang pemberian lesen judi tersebut sedangkan pemimpin-pemimpin Umno hanya mendiamkan diri.

“Kita juga ingin bertanya kemanakah perginya suara-suara yang sebelum ini melaung-laungkan perjuangan untuk agama sepertimana yang mereka uar-uarkan,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat berkata, DAP dalam kempen mereka di Sibu dengan jelas menolak judi sebagai satu sumber pendapatan yang akan mendatangkan kesan sosial negatif kepada masyarakat.

“Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak disekat dan dihalang lambat laun negara ini akan dipenuhi dengan urusan berasas perjudian apabila tindakan Kerajaan yang menghalalkan yang haram itu dianggap sebagai suatu yang baik,” katanya lagi.

Tindakan Umno dan kerajaan itu katanya seolah-olah memperlekehkan umat Islam yang ada dalam negara ini dengan tidak menghormati suara yang menentang sehingga mereka meneruskan pemberian lesen perjudian ini.





Kedah Dalam Bahaya?

14 05 2010

FROM: MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR, May 14 — The Kedah Pakatan Rakyat government has ignored independent MP Zulkifli Noordin’s warning of a “second Perak” and will not seek to dissolve its state assembly.

Its leaders, however, are “extremely on guard” and will keep a close watch on all its 20 PR assemblymen to ensure they remain loyal to the coalition, unlike in Perak where three lawmakers turned independent and caused the collapse of the pact’s government in February 2009.

Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak confirmed with The Malaysian Insider that he had no immediate plans to seek a dissolution of the state assembly since none in his team of lawmakers had indicated plans to defect.

“I just had a discussion with them last night and I am very confident of their loyalty.

“There is no problem in the PR. The only problems are the assemblymen from Barisan Nasional,” he said when contacted.

The PAS leader scoffed at Zulkifli’s prediction that “a certain PR government” would soon fall like Perak had because of the closeness in the seat distribution between PR and BN in the state assembly.

“If he said that the Kedah majority is small, then how did the Kelantan (PAS) government manage to stay in power with only a one seat-majority?

“If other PKR members think like Zulkifli, then not only a few will jump — he cannot declare that a few will jump like him because we are all on good terms in PR,” he claimed.

Azizan believes his assemblymen will be steadfast. — file pic

Azizan also went further to challenge Zulkifli to step down as an MP and re-contest his Kulim-Bandar Baharu parliamentary seat if he felt he was influential enough.

“The people no longer support him… he is no longer credible in Kedah. If he is brave then he should resign and stand for re-election.

“If he really thinks that he has influence then he should resign and we will let our branch leader to go against him,” he said.

Zulkfili, who was sacked from PKR, issued the purported warning on Wednesday and advised a “certain PR state government” to quickly seek for a dissolution.

“It will be a shocker,” he warned, but did not name which state government he was referring to.

He also claimed that two PKR MPs and one assemblyman would soon leave the party.

Kedah PKR chief Johari Abdul admitted that all PR leaders in the state were presently “extremely on guard,” and at the slightest indication of another defection, the state assembly would be dissolved.

“I am an ex-Umno guy myself and I have plenty of friends still in Umno. We are keeping our eyes and ears open, but for now, there is still not indication of anything.

“One thing is for certain, there is no way that any one of the PAS assemblymen will jump. They are bound by the bai’ah (pledge) that they have taken,” he said.

He pointed out that even if all three of PKR’s remaining assemblymen left, the BN would still not have enough assemblymen to form a government.

“Do not forget that the validity of the Kota Siputeh seat is still in question in court. They cannot use that for now,” he said.

PR holds 20 seats in the 36-seat assembly with PAS holding 16, PKR three and DAP one, while the BN has 14. The assembly’s two independents — Radzhi Salleh (Lunas) and Tan Wei Shu (Bakar Arang) — are, however, said to be pro-BN.

The High Court had ordered the Election Commission to call a by-election for the Kota Siputeh state seat in Kedah after the assemblyman Datuk Abu Hasan Sarif twice went absent without leave from the state legislative assembly meetings.

The decision is currently being appealed by the EC.

Meanwhile when contacted, PKR’s assemblymen Tan Show Kang (Sidam) and S. Manikumar (Bukit Selambau) both denied there was any rift in the PR and assured The Malaysian Insider that they were loyal to their party.

“That Zulkifli is a bad man. His job is merely to spread lies and rumours in order to shake the foundation of Kedah’s government.

“We are not going to fall — you have nothing to worry about. If we wanted to leave, we would have left a long time ago. All those who wanted to defect have already left and those remaining will never leave,” he claimed.

Manikar said that Zulkifli was “heading towards insanity” for his predictions.

“Kedah is stable and there will be no negative action. It’s a blatant lie, nothing to worry about,” he said in an SMS.

DAP’s sole assemblyman, Lee Guan Aik (Kota Darul Aman), agreed with his colleagues and insisted that the Kedah PR government was very strong.

“There may be some problems in the PKR but I do not think it will come to that level.

“I believe this is just the work of our opponents who are plotting to create this sense of uneasiness in hopes of destroying us,” he said.

He agreed that he, along with many other PR assemblymen in Kedah, had been offered bribes to defect to BN after Election 2008 but denied the offers had been renewed recently.

“In any case, we will reject the offers outright,” he said confidently.

The third PKR assemblyman, Kulim’s Lim Soon Nee, could not be reached for comment.

A PKR source told The Malaysian Insider that of the three remaining PKR assemblymen in Kedah, Lim was the likeliest to leave.

“He was good friends with Tan Wei Shu (Bakar Arang),” claimed the source, an assemblyman from another state.

Tan resigned from PKR last month, citing his dissatisfaction with the party leadership and his removal from the state executive council.





Zulkifli Noordin Beri Hint Kemungkinan Jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat ke-2 Selepas Perak

13 05 2010

dari : Malaysian  Insider

KUALA LUMPUR, May 12 — Independent MP Zulkifli Noordin today advised “a certain Pakatan Rakyat state government” to quickly seek a dissolution of its assembly, warning that a second “Perak” was on the cards.

His warning came after he confirmed with The Malaysian Insider this afternoon that two PKR MPs and one state assemblyman would soon leave the party, possibly triggering the collapse of a government similar to the PR government in Perak in Feb 2009.

Without naming them, Zulkifli (picture) said the three are now biding time because they fear for their safety if they leave the PKR.

“I cannot reveal who they are but I can confirm that they will leave soon… very soon. They are just afraid of what would happen to them once they leave so they called me up to seek my advice,” he said when contacted.

Zulkifli noted that he had urged them to act based on their own principles and not to allow themselves to be swayed by others.

“One particular person told me that he was angry that his grievances were not addressed, that the party leadership never listened to the grassroots.

“However, in general, the consensus is that they feel that PKR had lost its sense of direction, that it had strayed from its path of reform and its only agenda now is to make (PKR de facto leader Datuk Seri) Anwar Ibrahim the Prime Minister,” he said.

Zulkifli then warned of the coming of “a second Perak” and advised  a”certain PR government” to quickly seek consent from its Sultan for a dissolution of the state assembly.

He said that his advice stemmed from damaging information he had received from “reliable sources”, predicting the fall of yet another PR government since Election 2008.

“They have been forewarned. They should take heed of my advice and do not say they are not aware of this because we all know what happened in Perak.

“One thing I can tell you… it will be a real shocker,” he said.

Zulkifli, who was sacked from PKR earlier this year after coming at odds with the party leadership over the controversial “Allah” issue, would not however reveal which state government he was referring to.

However, it is more than likely that the state government is Kedah where PR is presently has a wafer-thin majority of just six seats more than the Barisan Nasional.

PR holds 20 seats in the 36-seat assembly with PAS holding 16, PKR three and DAP one, while the BN has 14. The assembly’s two independents Radzhi Salleh (Lunas) and Tan Wei Shu (Bakar Arang) are, however, said to be pro-BN.

The BN needs just three more seats to wrest control of the Kedah government and PR sources had earlier confirmed with The Malaysian Insider that its lawmakers had been intensely courted by the BN.

PAS Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak himself had also said that he would seek for a dissolution should one more defection occur.

In addition, Zulkifli said that at least two more division chiefs from Perak would soon leave PKR.

“Some of the Perak people called me after (Ipoh Barat PKR chief) Fauzi Muda left yesterday. They were shocked and they told me that this was because they too are thinking of doing the same thing.

“Honestly, the Perak situation for PKR is also pretty bad,” he said.

Zulkifli noted that Fauzi, one of the founding members of PKR in Perak, is a very influential leader.

“That was why it shocked me and many others when he quit,” he said.

Fauzi quit from all party posts yesterday, citing disillusionment with the party’s state leadership and said that at least 500 other members would follow in his footsteps.

“PKR is digging its own grave. Its leaders say that they are cleansing the party of the rot but what is happening is God is cleaning the party of the good people,” said Zulkifli.

He said the present defections were not timed specifically because of the Sibu by-election, pointing out that the defections had been happening consistently over the past few years.

“Politically, someone like Fauzi holds no threat to the BN so you cannot say that this was because of Sibu,” he said.

Zulkifli noted that the main problem was that the PKR leadership was suffering from the “delusion of grandeur” syndrome and were acting as if they were holding the Federal government.

“They do not care about what their people say, what the grassroots feel. They just wait and see… they will fall,” he predicted.





SUPP (BN) Semakin Terdesak,Isu Negara Islam di Jaja di Sarawak untuk Perbodoh Pengundi Bandar Sibu Untuk tidak Undi DAP

11 05 2010

Sumber:Bernama

tulisan bertanda merah adalah ulasan penulis.

Sibu bertumpu pada isu ‘Negara Islam’
Mei 11, 10 5:09pm

Dengan kempen pilihan raya yang masuk hari ketiga, BN dan pakatan pembangkang kini bertumpu kepada isu negara Islam dengan kedua-dua pihak mencabar pendirian masing-masing berhubung perkara itu.Untuk rekod Isu Negara Islam sudah basi di semenanjung malaysia kerana rakyat faham BN memang sanggup biar parti komponennya hina islam (hudud,negara islam) untuk kepentingan politik.

Ia merupakan suasana yang berbeza memandangkan kebiasaaannya isu tempatan mengatasi isu nasional dalam pilihan raya Sarawak. BN diwakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mengambil pendirian tegas berhubung isu itu dan sebaliknya mencabar DAP sama ada sama ada parti itu menyokong negara Islam seperti yang dibawa rakannya PAS.Selepas PRU ke-12, PAS dilihat telah berjaya memecah tembok persepsi bukan melayu terhadapnya yang sering dilabel ektremis dan radikal oleh mereka. Namun kini mereka telah faham perjuangan PAS bersama pakatan rakyat yang bersifat adil untuk semua. Malah gelaran rasis dan perkauman telah terpalit pula kemuka UMNO  pula yang dilihat sangat tebal semangat perkaumannya dan ini sangat dibenci masyarakat bukan melayu.

“Ini merupakan cabaran kami kepada DAP. Mereka asyik bercakap mengenai perubahan. Kami mahu mereka nyatakan sama ada mereka sokong sebuah negara Islam. Untuk rekod, BN semasa pemerintahan Tun Dr mahathir telah mengisytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Tidak diketahui pula apa pendirian SUPP pada ketika itu.

“Kami mahu pemimpin DAP, jika mereka benar-benar serius bagi membawa masa depan yang lebih baik bagi Sarawak, mereka mesti umumkan bahawa mereka tidak mahu sebuah negara Islam ala PAS,” kata ketua publisiti SUPP Sibu Daniel Ngieng pada sidang akhbar sempena pilihan raya kecil di Sibu hari ini.Nampaknya pemimpin BN Sarawak sangat jahil dan masih mundur pemikiran mereka tentang Islam.Padanlah Sarawak 20 tahun ketinggalan dari semenanjung bila pemimpin mereka pun cetek pemikiran. BN dilihat akan terus berkuasa selagi mana rakyat tidak mendapat kefahaman yang jelas tentang perjuangan PAS.Di semenanjung, PAS memiliki 2o ribu keahlian kelab penyokong dari kalangan bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS untuk keadilan bagi seluruh kaum.

Ngieng mendakwa bahawa rakyat di Sibu tidak menerima PAS atau rakan-rakan lain DAP seperti PKR dan bahawa ceramah (perhimpunan politik) yang diadakan oleh pemimpin PAS dan PKR setakat ini tidak mendapat sambutan.Untuk rekod SUPP kalah teruk pada pilihanraya negeri dengan hilang 6 kerusi kepada pembangkang di sana. PAS dan PKR adalah parti yang semakin mendapat tempat di Sarawak.SUPP lah sebenarnya yang telah kehilangan taring di Sarawak.

“Apa yang orang lihat di semenanjung adalah berbeza dengan apa yang orang di Sarawak lihat pada sesuatu perkara. Kita merupakan dua masyarakat yang berbeza,” katanya.

Beliau juga mempersoal kenapa pemimpin DAP begitu takut dengan konsep 1Malaysia kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mahu menyatupadukan semua kaum, tanpa mengira budaya, agama dan latar belakang.DAP bukan takut,namun konsept 1malaysia hanya sekadara retorik murahan.Kononnya rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan. 74% rakyat Perak inginkan pilihanraya semula di negeri Perak.Adakah kehendak rakyat didahulukan oleh BN?Rakyat kelantan berhak ke atas royalti minyak sebanyak 2billion,adakah rakyat kelantan didahulukan?bukan sahaja diketepikan,malah 2 blok minyak beharga 320 billion digadai ke Brunei.

Poster mee kampua sindir DAP

“Kenapa DAP begitu takut dengan 1Malaysia. Adakah kerana mereka mempunyai fahaman berbeza mengenai Malaysia, sebelum ini Malaysian Malaysia dan kini Middle Malaysia?

Cabaran dari SUPP datang semasa kedua-dua pihak bersiap sedia untuk menarik sokongan pengundi di Sibu, terutama kaum Cina yang merupakan 67 peratus pengundi di kawasan itu.SUPP terdesak melihat kecenderungan masyarakat Cina yang menyokong Pakatan Rakyat. Justeru isu negara Islam dimainkan kembali bagi mempengaruhi sentimen pengundi.Harap pengundi Sibu tidak mudah diperbodohkan dengan politik murahan SUPP.

Berdasarkan keputusan sebelum ini, hanya kira-kira 38 peratus pengundi kaum Cina menyokong BN di kawasan itu berbanding dengan 75 sehingga 85 peratus daripada masyarakat Melayu/Melanau.

Papan iklan dipasang di bandar hari ini, dengan yang paling menojol sekali ialah gambar Mee Kampua (kanan) dengan tulisan “Satu Undi bagi DAP merupakan satu undi bagi sebuah negara Islam” cara yang halus untuk memberitahu pengundi, terutama masyarakat Foochow di sini bahawa mereka mungkin kehilangan hidangan mee tradisional terkenal itu jika pakatan pembangkang berkuasa.

“Kampua merupakan hidangan popular Foochow yang mengandungi bahan babi. Memandangkan majoriti di sini adalah Foochow, kami berharap dengan berbuat demikian, ia boleh menghantar isyarat jelas kepada pengundi mengenai isu negara Islam,” kata Ngieng.SUPP jelas parti jahil dan dilihat cuba memperbodohkan pengundi.Sejak bila pula PAS mengahalang orang Cina makan babi?what a stupid and ignorant party is it?

Penasihat DAP Lim Kit Siang, pada sidang akhbar parti di sini hari ini, mengakui bahawa “BN telah memberikan satu pukulan maut” dengan menyentuh isu negara Islam melalui slogan yang berkesan (“Satu Undi Untuk DAP merupakan satu undi bagi sebuah negara Islam”).

Tidak pernah nyatakan Malaysia negara sekular

“Kami kini menghadapi keadaan yang lebih sengit dalam berkempen. Jika kami tidak dapat pulih, kami akan tewas,” katanya.

Lim (kanan) berkata bahawa kerana strategi ini beliau dan Pengerusi DAP sekarang Karpal Singh tewas dalam pilihan raya umum pada 1999, di mana beliau tewas di Bukit Bendera dan Karpal Singh di Jelutong (kedua-duanya kerusi Parlimen di Pulau Pinang).

“Di semenanjung, strategi ini mungkin tidak berjaya sekarang tetapi di sini keadaannya berbeza,” katanya sambil memberikan contoh pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana para pengundi di kampung baru Cina di Kuala Sepetang memberi sokongan hebat kepada calon PAS dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Para pemimpin DAP mengakui bahawa isu itu telah meletakkan mereka dalam keadaan bertahan dan kerana itu kenapa mereka membawa Nizar bagi menjelaskan isu itu kepada para pengundi melalui sesi ceramah parti.

Mereka juga mendakwa bahawa sejak 10 tahun kebelakangan ini kepimpinan teratas SUPP tidak pernah menyatakan pendirian mereka sama ada Malaysia merupakan sebuah sebuah negara sekular.Untuk rekod,pakar pakar perlembagaan berbeza pendapat tentang perlembagaan Malaysia.Ada yang kata perlembagaan malaysia ini bersifat islamik,ada yang kata ia sekular,ada yang kata ia tidak islamik dan tidak sekular dan ada yang kata ia memiliki kedua dua ciri tersebut.Justeru pentafsiran kepada perlembagaan perlu diperhalusi.

Bagaimanapun, Ketua SUPP Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh (kiri) menolak pandangan Lim mengenai “pukulan maut” itu sambil berkata bahawa parti itu menganggap ia sebagai “perang saraf” sambil mengingatkan agar BN tidak terperangkap.

“DAP memang bijak dalam memanipulasi isu. Mereka boleh membuat gambaran bahawa jika sesuatu yang buruk berlaku di Sibu, ia merupakan kesilapan SUPP. Mereka akan membawa pelbagai isu setiap kali pilihan raya diadakan.

“Itu yang sebenarnya berlaku pada 1982 di mana Tan Sri Wong Soon Kai tewas kepada lawannya dari DAP,” katanya.

- Bernama





11 05 2010

Sumber: Utusan Malaysia Edisi 11 Mei 2010

Sejarah gemilang tidak jamin UMNO terus berkuasa – Najib

Najib Tun Razak yang diiringi Hun Sen memeriksa kawalan kehormat pada sambutan meraikan ketibaannya ke Kemboja di Dataran Majlis Menteri-Menteri di Phnom Penh, semalam. – Bernama


PHNOM PENH 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa sejarah UMNO yang gemilang bukan lagi satu jaminanbagi parti itu untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini turut melihat kedudukannya pada masa kini dan akan datang.

Presiden UMNO itu berkata, bukan semua rakyat memandang kepada fakta sejarah bahawa UMNO telah melalui zaman yang gemilang kerana ada di kalangan rakyat tidak mempedulikan soal tersebut.

“Sebab itu kita perlu realistik bahawa sejarah walaupun begitu gemilang bukan jaminan kelangsungan kuasa pada masa depan. UMNO perlu berubah dan UMNO perlu berani membuat perubahan.

“Perubahan itu adalah perubahan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat agar menjadikan UMNO sebagai parti yang dinamik, segar dan sentiasa relevan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Perdana Menteri berada di sini bagi lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja.

Beliau mengulas ulang tahun penubuhan UMNO ke-64 yang akan disambut esok.

Menurut Najib, jika perubahan tidak dilakukan terhadap UMNO maka parti itu tidak lagi relevan dan diterima rakyat seperti mana yang berlaku ke atas parti-parti lain yang seusia UMNO.

Jelas beliau, usia 64 tahun merupakan satu tempoh yang panjang serta lama bagi parti politik seperti UMNO.

Sebab itulah, kata beliau, UMNO bukan sahaja tidak boleh dipisahkan dengan landskap politik tanah air tetapi juga perkembangan yang berlaku sehingga Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya.

“Kejayaan ini adalah hasil pelaksanaan dasar-dasar yang didukung oleh UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta kepimpinan parti yang memperlihatkan transformasi besar-besaran di Malaysia,” katanya.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.